UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 18 February 2014

Aku Doktor Peribadi Hatimu! 03

“YA ALLAH, kau tetapkan la hati hambamu ini. Seandainya ini suratan yang harus aku tempuhi, aku terima dengan redha. Aku yakin, setiap yang berlaku terhadap diriku adalah yang terbaik untukku. Kuatkan la semangatku, agar aku dapat menjaga dan mendidik zuriatku agar menjadi hambaMU yang solehah,” Shaza Azwin menyapu airmata yang mula jatuh dari tubir matanya.
Shaza Azwin teringat kembali, saat bermulanya cinta dia terhadap Aniq Raykal mula berputik. Pertemuan dan perkenalan mereka tidak seperti yang biasa, dibaca dan diolah oleh penulis novel. Baginya, berkenalan dengan insan bernama Aniq Raykal banyak memberi kesan hitam yang tidak mungkin dapat dia lupakan, sebegitu mudah.
Usai menunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAH, Shaza Azwin mengambil tempat di jendela untuk memerhati keadaan dibawah dari aras rumah barunya. Ada sesuatu yang berjaya menarik perhatiannya. Selaras itu, tergambar kembali di ingatan bagaimana dia berkenalan dengan insan bernama Aniq Raykal.
“Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Selamat datang, saya ucapkan kepada semua pelajar yang baru menjejakkan kaki ke kolej ini. Sebelum saya berbicara lebih panjang, izinkan saya mengenalkan diri terlebih dahulu,” Aniq Raykal memberi kata-kata aluan kepada penghuni baru di Kolej Bersatu.
'Ish! Poyo betul la mamat ni!' getus hati Shaza sebaik mendengar mukadimah pemuda yang berada di pentas utama itu.
“Nama saya, Aniq Raykal Dato' Mukhriz. Sebagai ketua pelajar di sini, ingin saya tegaskan tentang beberapa isu yang boleh membuatkan anda dibuang dari Kolej Bersatu ini,” Aniq Raykal meneruskan ucapannya sambil menerangkan beberapa perkara yang di anggap berat oleh pihak Kolej Bersatu.
'Aduh, lelaki ni dah kenapa? Perlu ke dia nak bagitahu, semua orang yang dia anak Dato'? Apa motif dia sebenarnya? Nak memikat pelajar baru ke apa?' Shaza langsung tak berkenan, dengan sikap yang ditunjukkan oleh Aniq Raykal pada pertemuan pertama mereka. Bagi Shaza, isu anak Dato' tak perlu dihebohkan kepada semua orang, bukan dia seorang je anak Dato' kat kolej ni.
“Sebelum saya benarkan anda semua bersurai, saya nak anda semua beratur dalam dua barisan, mengikut dua angka akhir kad pengenalan anda. Siapa yang dua nombor akhirnya, 0 sila bergerak ke sebelah kanan saya, dan diikuti dengan nombor seterusnya. Saya bagi anda masa 5 minit sahaja untuk beratur.
Lelaki dan perempuan dilarang bercampur atau beratur dalam satu barisan. 5 minit anda bermula sekarang!” lantang suara Aniq Raykal memberi arahan.
'Ni yang paling, aku malas! Dah macam budak tadika pulak, dia buat. Ni tak lain, nak ragging la ni!' Shaza sudah mula menceceh seorang diri.
“Masa 5 minit anda, masih berbaki seminit! Jadi cepat buat barisan!” Aniq Raykal memberi arahan tanpa menggunakan alat pembesar suara.
Mula kedengaran suara gadis-gadis menjerit bila dilanggar, menambahkan lagi hiruk-pikuk suasana di dalam dewan yang mengumpulkan seramai 800 orang pelajar baru.
“Bagus! Semua masih sihat, deria pendengaran! Okay, sekarang saya nak perkenalkan kepada anda semua senior-senior yang akan menjadi fasilitator sepanjang tempoh orientasi yang akan berjalan dalam masa dua minggu ini.
Mereka yang memegang nombor 0 pada akhir kad pengenalannya, akan diselia oleh Fakhrul Rizal dan Laila Melisa. Kumpulan 1 diselia oleh Murshid dan Ieka Razak. Kumpulan 2 diselia oleh Azman dan Mila. Kumpulan 3 diselia oleh Jamal dan Miza.
Kumpulan 4 diselia oleh Zainal dan Fina. Kumpulan 5 diselia oleh saya, Aniq Raykal bersama partner saya Ruhaila. Kumpulan 6 diselia oleh Nabil dan Racheal. Kumpulan 7 diselia oleh Eyrulez dan Farhana. Manakala kumpulan 8 diselia oleh Fahmi dan Intan, dan yang terakhir kumpulan 9 diselia oleh Ammar dan Erin.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh berhubung terus dengan mereka. Semua dah jelas mengenai fasilatator, untuk minggu orientasi ni?” Aniq Raykal bertanya sebaik selesai memberitahu semua pelajar yang berada di situ.
'What? Mamat poyo ni yang handle group aku? Aduh! Menyampah betul aku nak tengok muka dia ni!' Shaza sudah rasa tak sedap hati, mahunya tidak dalam masa dua minggu ni, dia kena hadap muka mamat poyo yang maha berlagak ni.
“Okay, sekarang kalian boleh beredar mengikut fasi masing-masing. Tepat pukul 11, anda dikehendaki berkumpul kembali. Kami akan menetapkan di bilik mana akan anda diami selama anda berada di Kolej Bersatu,” kini giliran Ruhaila pula memberi arahan.
Shaza Azwin mengerling jam di tangannya. Jarum pendek menunjukkan pukul 9, manakala jarum panjang berada di angka 3. Bererti masa dia bersama Aniq Raykal, lebih kurang 1jam 45minit.
'YA ALLAH, lamanya. Macam mana aku nak hadap, muka mamat poyo ni? 1Jam 45minit kot? Lama tu, ni baru 5 minit aku hadap dah berbakul dosa aku,' Shaza bermonolog sendiri.
“Okay, kumpulan 5. mari ikut saya dan Cik Ruhaila,” Aniq Raykal sengaja menekan nama Ruhaila, seperti memberi clue supaya pelajar lelaki tidak mendekati Ruhaila.
Mereka hanya menurut, tanpa berani untuk mengeluarkan suara kerana takut jika di marahi dihadapan orang ramai.
“Okay, sekarang seorang demi seorang datang depan, untuk ambil kad yang berada di tangan saya dan Cik Ruhaila. Jangan sesekali berani untuk membuka kad itu sebelum kami memberi keizinan,” Ruhaila mengambil tugasan Aniq Raykal untuk memberi arahan.
“Kalau kami buka juga? Apa jadi?” Shaza Azwin bersuara sebaik Ruhaila selesai memberi arahan.
Semua mata memandang ke arah Shaza. Mereka terkejut dengan keberanian Shaza bersuara, di hadapan fasi merangkap senior mereka.
“Siapa yang bersuara tu? Sila datang ke hadapan dalam kiraan 3!” suara Aniq Raykal mulai meninggi.
“Saya, kenapa? Salah ke saya bertanya?” Shaza masih dengan muka selambanya.
“Wow! Baru hari pertama, dah berani bersuara. Boleh saya tahu nama, cik adik yang sangat berani ni?” Aniq Raykal bertanya sambil memandang tepat wajah Shaza Azwin.
“Nama saya Shaza Azwin Marzuki. Kenapa? Setahu saya, dari tadi awak dan Cik Ruhaila tak da pula bagi arahan untuk kami tidak bersuara, betul tak Cik Ruhaila?” Shaza memandang Ruhaila dengan pandangan sinis dan agak tajam kepada Aniq Raykal yang amat poyo itu.
“Betul,” Ruhaila teragak-agak untuk bersuara.
“See, your special girlfriend also agree with what i'm saying,” Shaza menunjukkan muka toyanya depan Aniq Raykal.
“Please beware your mouth, Shaza! Don't you dare to challenge my patience!” Aniq Raykal sudah menahan marahnya.
“Do I care?” Shaza mengambil kad yang berada di tangan Ruhaila, dan menyusun langkah untuk kembali ke tempatnya.
Semua yang berada disitu hanya memerhati isu, yang sedang terpapar dimata mereka tanpa berkutik walau seinci.
Sebaik sampai ke tempat asalnya, Shaza Azwin ditegur oleh pelajar yang berada dibelakangnya.
“Assalammualaikum,” sapanya.
“Waalaikummussalam,” Shaza menoleh sambil memberikan senyuman.
“Berani awak tentang dia kan? Awak tak takut ke, apa yang akan dia buat pada awak kemudian?” soal gadis itu lagi.
“Dia manusia, saya pun manusia. Jadi, apa yang perlu saya takut? Bukannya dia ALLAH, yang saya nak kena sembah dan sujud pada dia,” padat jawapan yang Shaza berikan untuk soalan yang ditanya oleh gadis dibelakangnya itu.
“Saya kagum dengan keberanian awak, boleh saya jadi kawan awak?” spontan gadis itu bicara.
“Boleh, apa salahnya. Bukankah ISLAM itu sendiri menggalakkan kita mengeratkan siratullrahim?” Shaza masih tersenyum.
“Nama saya Maziana Jaslina, awak boleh panggil saya Maz,” Maziana menghulurkan tangan tanda perkenalan.
“Saya Shaza Azwin, awak boleh panggil Shaza,” jawabnya sambil menyahut salam yang dihulurkan oleh Maziana.
Hikmah disebalik keberaniannya, dia berjaya menambah lagi seorang kawan dan mungkin juga sahabat sehidup sematinya kelak.
Afiq Raykal tidak lepas memandang gelagat gadis, yang begitu berani mencabar egonya sebagai seorang ketua dan juga seorang lelaki dihadapan lebih dari 50 orang.

'Tunggu kau, Shaza Azwin! Ada ubi, ada batas. Ada hari, terima la nasib kau lepas ni. Jangan ingat semudah itu, aku akan lepaskan kau! Aku akan pastikan kau, akan bayar balik apa yang telah kau buat pada aku hari ni!' Afiq Raykal sudah membahang melihat tingkah Shaza Azwin yang langsung tak menunjukkan riak bersalah.

2 comments:

Unknown said...

wah..flash back balik;-) best!

Unknown said...

tq kak sebab sudi memberikan kata-kata semangat pada adikmu ini..

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!