“Masuk!”
Dr Raziq memanggil dari dalam biliknya, sebaik pintu biliknya diketuk
dari luar.
“Dr,
Encik ni tunang kepada Cik Riana,” jururawat itu menjelaskan kepada
Dr Raziq.
“Silakan
duduk, En ...” Dr Raziq tidak tahu nama pemuda yang mengaku tunang
kepada Cik Riana.
“Dr
boleh panggil saya Ezrean,” Ezrean memahami akan keadaan itu.
Lantas, tangan Dr Raziq disambut.
“Okey,
En Ezrean. Berkenaan dengan Cik Riana. Cik Riana pernah bagitahu
apa-apa tentang sakit dia kepada En Ezrean?” Dr Raziq sekadar
bertanya seandainya Ezrean mengetahui tentang Riana.
“Hurm,
dia tak da pulak bagitahu saya. Dia sakit apa, doktor? Boleh saya
tahu?” Ezrean bertanya dengan penuh pengharapan.
“Sebenarnya
dia menghidapi penyakit ...” Dr Raziq berhenti dari bicaranya,
sebaik pintu biliknya diketuk.
“Masuk,”
Dr Raziq memberi keizinan.
“Maaf
mengganggu doktor, adik Cik Riana nak berjumpa untuk bertanyakan
tentang keadaan kakaknya,” jururawat itu memberitahu.
“Bawa
dia masuk,” pinta Dr Raziq.
“Baik
doktor, encik silakan masuk,” jururawat itu memberi kebenaran untuk
Ashiq masuk dan berjumpa dengan doktor yang merawat kakaknya.
“Terima
kasih,” ucap Ashfiq sambil menguntumkan senyuman.
“Silakan
duduk,” Dr Raziq berbahasa.
“Terima
kasih,” ucapnya sambil menarik kerusi disebelah Ezrean. Dia tidak
mengenali lelaki itu.
“Kebetulan,
tunang dan adik Cik Riana ada sekali. Jadi boleh saya teruskan?” Dr
Raziq memecahkan kesunyian yang mengunjung.
“Wait!
Dr Raziq, siapa tunang kakak saya?” Ashfiq bertanya sebaik Dr Raziq
memberitahunya.
“Encik
ini bagitahu yang dia tunang kepada Cik Riana,” Dr Raziq
memberitahu.
“Maafkan
saya Dr Raziq, setahu saya kakak saya tak pernah bertunang dengan
sesiapa. Macam mana dia boleh mengaku, dia tunang kakak saya?”
Ashfiq mulai berang dengan lelaki yang ada disebelahhnya tika itu.
Ezrean
terkejut, sebaik mendengar lelaki yang mengaku sebagai adik kepada
Riana meninggikan suaranya.
“Kau
ni siapa? Berani kau mengaku sebagai tunang kakak aku?” Ashfiq
memandang tepat kearah Ezrean.
“Aku
Ezrean, Ezrean Zackri. Sebenarnya aku ...” Ezrean Zackri tidak
mampu nak meneruskan bicaranya, sebaik disergah oleh Ashfiq.
“Sebenarnya
kau apa?” Ashfiq mula meradang tanpa memikirkan Dr Raziq yang
berada disitu.
“Sebenarnya
aku sukakan dia,” akhirnya Ezrean mengakui tentang perasaannya pada
Riana, tetapi bukan di depan Riana, sebaliknya pada adik Riana,
Ashfiq.
“Maaf
menyampuk, sini hospital. Bukan gelanggang berdebat,” Dr Raziq mula
mencelah, apabila situasi semakin panas.
“Maafkan
saya, Dr Raziq. Saya tak dapat mengawal emosi saya, apabila orang
yang saya sendiri tidak kenali mengaku sebagai tunang kepada kakak
saya,” Ashfiq tersedar akan kewujudan Dr Raziq di situ.
“Dr
Raziq, saya minta maaf. Saya yang salah dalam situasi ni,” Ezrean
akui kesilapannya kerana mengaku dirinya sebagai tunang Riana.
“So,
should I continue about Riana?” Dr Raziq bertanya sebaik keadaan
mulai tenang.
“Dr
Raziq, I think better we wait for Riana,” Ashfiq meluahkan
pendapatnya.
“Okay,
I terima pandangan tu,” Dr Raziq memberi kata setujunya.
Riana
tersedar dari pengsannya, apabila dia di kejutkan dengan kehadiran
cahaya putih. Riana meruap mukanya yang mula di basahi dengan peluh,
tidak ubah seperti orang yang baru selasai melakukan senaman.
“Aku
dekat mana ni?” Riana panik apabila melihat kawasan sekitarnya tika
itu.
“Riana,
kau dah sedar?” Ashfiq bertanya, lalu menghampiri Riana yang berada
di atas katil pesakit.
“Fiq,
aku dekat mana ni? Macam mana aku boleh ada dekat sini? Setahu aku,
tadi aku ada dekat office aku,” Riana bersuara sebaik melihat
kehadiran Ashfiq disisinya.
“Ya,
betul tadi kau dekat office kau. Sekarang kau dekat hospital. Kau
ingat tak apa-apa yang berlaku semasa kau dekat office tadi?”
Ashfiq bertanya sambil menuangkan air untuk Riana minum.
“Seingat
aku, tadi masa dekat office aku terperangkap dalam lif dengan Ezrean.
Dekat sejam jugalah aku dekat dalam tu. Kejap, Ezrean mana?” Riana
bertanya kepada Ashfiq apabila dia mula mengingati semula apa yang
terjadi sebentar tadi.
Ashfiq
pelik, apabila Riana bertanyakan tentang Ezrean. Setahunya Riana amat
membenci lelaki itu, malah lelaki itu turut dipanggilnya dengan
panggilan Katak Puru.
“Kau
ni okay ke tak? Kenapa kau tanya tentang dia? Jangan cakap dekat aku,
yang kau dah jatuh hati pada dia?” Ashfiq meluahkan apa yang mula
bertamu di benak fikirannya.
“Err,
mana ada aku jatuh hati pada dia. Kau tak jawab lagi soalan aku,
macam mana aku boleh ada dekat sini? Siapa yang menghantar aku ke
sini?” Riana mengubah topik untuk menutupi rasa hatinya tika itu.
“Tadi
kau pengsan, sebaik keluar dari lif,” Pendek jawapan Ashfiq.
“Siapa
yang bagitahu kau aku dekat sini? Siapa pula yang bawa aku ke sini?”
Riana terus mengasak , sebaik fikirannya mula stabil.
“Miranda
dengan Ruzila, yang bagitahu aku kau dekat sini. Menurut Miranda, si
katak puru tu yang bawa kau kemari. Sampai sanggup mengaku sebagai
tunang kau, dekat Dr Raziq lagi,” Ashfiq memberitahu sambil
membantu Riana bersandar.
“What?
He admit, as my fiancee? Is it true?” nafas Riana seakan terhenti
seketika, apabila mendengar apa yang Ashfiq beritahunya.
“Ya,
buat apa aku nak tipu? Nasib baik la Dr Raziq ada tadi, kalau tak
mahu berdarah mulut dia aku tumbuk. Ribut tak da, angin tak da
tiba-tiba dia mengaku sebagai tunang kau? Mahu aku tak bengang?
Aku
ni adik kau, tak tahu menahu pun tentang tu. Aku rasa dia betul-betul
da angau dengan kau la, Riana,” Ashfiq menyatakan apa yang terjadi
sebentar tadi.
'Betul
ke dia serius dengan aku? Jika betul dia serius, dia serius dengan
siapa? Aku atau Qiesha?' Riana mula berangan.
'Sedar
la Riana, kau dengan Qiesha adalah dua personaliti yang berbeza,
walau berkongsi satu jasad. Bukan ke masa di dalam lif tadi, dia
bagitahu dia suka pada Qiesha bukan Riana?
Aku
tak rasa yang kau ada masalah pendengaran. Pasti kau dengar dengan
jelas, apa yang dia bagitahu kau kan?' hati kecilnya berbicara.
'Betul
jugak, aku dengan Qiesha adalah dua personaliti yang berbeza. Aku
tidak akan semudah itu, untuk tewas dalam permainannya,' Riana
bertekad dengan dirinya sendiri untuk tidak semudah itu mempercayai
kata-kata seorang lelaki.
Peristiwa
yang paling dia tidak mahu ingat, kini kembali terlayar di matanya.
Peristiwa dimana, ayahnya melafazkan cerai talak satu kepada ibunya.
“Aku
ceraikan kau dengan talak satu! Mulai esok, aku tak nak tengok muka
kau dengan anak-anak kau ada dalam rumah aku! Aku tak kisah, kau
dengan anak-anak kau nak kemana! Macam mana kau dengan anak-anak kau
nak makan atau berteduh, aku tak peduli!” keras suara Qamarul
Hairee malam itu.
Tika
itu, Riana dan Ashfiq baru berusia 12 tahun. Masih mentah untuk
memahami masalah yang melanda mereka tiga beranak. Ibu mereka,
Fazilah Khusna membawa mereka pulang ke kampung halamannya dan
menyekolahkan mereka di sana. Mujur ibunya masih ada adik yang
prihatin akan nasib mereka.
Di
kampung, mereka memulakan kehidupan dan membesar tanpa ayah di sisi.
Apabila mereka bertanya mengenai ayah mereka, ibu hanya menjawab yang
ayah bekerja di luar negara.
No comments:
Post a Comment