UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, 11 February 2014

Aku Doktor Peribadi Hatimu! 02

“Kau biar betul ni, Maz?” Shaza seakan tidak percaya akan apa yang sedang dilihatnya.
“Kenapa? Kau jangan cakap yang kau dah rabun sekarang?” Maziana sempat memerli Shaza.
“Mak cik! Sampai hati kau cakap, kawan kau yang cantik ni rabun? Aku rasa kau yang rabun kot?” Shaza tidak mahu mengalah.
“Yela, aku je la yang rabun. Kalau betul kau tak rabun, takkan la kau tak nampak apa yang ada depan mata kau?” soal Maziana sambil menunjukkan kearah kejutan yang tersedia untuk Shaza Azwin.
“Bukan aku tak nampak, tapi aku macam tak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang ni,” Shaza Azwin menggosokkan kedua belah matanya.
“Shaza, sekarang ni aku cuma dapat berikan ini sahaja sebagai hadiah. Hadiah sempena keputusan kau untuk membina hidup baru. Aku harap, hidup kau selepas ini lebih bermakna. Aku juga berharap agar kau, lebih berhati-hati dan fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan,” Maziana memeluk Shaza Azwin sambil mengelap air matanya yang mula jatuh.
“Terima kasih, Maz. Aku tak tahu, macam mana nak balas jasa baik kau. Kau banyak membantu aku,” Shaza membalas pelukan Maziana sambil mengawal airmatanya.
“Sekarang ni aku nak, kau ambil ni. Lepas ni, aku tunjukkan lokasinya dekat kau,” Maziana mengelap airmata Shaza yang jatuh dari tubir matanya.
“Maz, aku nak tanya sikit boleh?” Shaza membetulkan rambutnya yang mengerbang ditiup angin.
“Kau nak tanya apa? Aku rasa aku tahu, apa yang kau nak tanya,” Maziana memandang Shaza yang masih lagi terkejut dengan kejutan yang diterima.
“Kalau betul kau tahu, cuba kau bagi tahu aku?” Shaza bertanya sambil menolak stroller Shadrina.
“Kau nak tanya, macam mana aku boleh ada benda ni? Kalau tak pun, kau nak tanya macam mana aku tahu kau nak pindah sini? Itu maksud kau?” Maziana bertanya sambil memberi Shaza apa yang dipegangnya.
“Ya, macam mana kau tahu? Sedangkan aku tak bagitahu kau pun, sebelum aku ikut kau kesini?” Shaza semakin bingung dengan permainan Maziana.
“Okey, let's me honest with you dear. Sebenarnya, aku dah lama beli rumah ni. Tapi, aku jarang balik sini, aku cuma upah orang untuk mengemas dan membersihkan rumah ni. Sejak aku tahu, Aniq Raykal ceraikan kau, aku memang plan nak ajak kau pindah sini.
Sebab aku tahu, dekat Malaysia kau dah tak da sesiapa. So, after you tell me that you want to migrate here. Aku buat keputusan, untuk ajak kau pindah sini dan hadiahkan kau rumah ni.
Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang duduk dekat rumah aku. Jadi bila aku balik sini, boleh la aku tidur dekat sini dan bermain dengan anak aku sorang ni,” panjang lebar Maziana menerangkan kepada Shaza, akan niatnya itu.
“Maz, aku tak tahu nak cakap macam mana dekat kau. Aku betul-betul tak sangka, sampai begini sekali kau bantu aku dengan Shadrina. Aku nak balas guna duit, aku tak mampu. Kau sendiri faham macam mana situasi aku sekarang ni kan?
Apa yang aku boleh buat masa ni, hanya doakan kesejahteraan kau. Hanya ALLAH yang dapat balas jasa baik kau, terhadap kami. Maz, terima kasih banyak-banyak,” Shaza masih terkejut dengan perancangan yang telah diatur oleh sahabatnya itu, Maziana Amani.
“Dah-dah! Tak perlu nak menangis bagai. Macam la kita ni baru kenal. Pertolongan aku, tak la besar mana berbanding apa yang telah kau buat kepada aku dulu.
Kalau kau tak bantu aku dulu, aku tak rasa aku masih ada dimuka bumi ni. Anggap sahaja, pemberian ini sebagai hadiah ulangtahun perkenalan kita. Jangan kau cakap, kau lupa tarikh bermakna ni?” Maziana mula mengusik sahabatnya.
“Mana mungkin aku lupa, cuma aku hanya mampu bagi kau ni je sebagai hadiah. Aku janji, bila aku dapat kerja nanti aku akan bagi kau lebih dari ni,” Shaza memberi sesuatu kepada Maziana.
“Shaza, tak sangka kau masih simpan gambar ni! Kau tahu tak, yang aku mencari gambar ni? Sampai bersepah bilik aku, gara-gara mencari gambar ni. Macam mana kau ada ada gambar ni?” Maziana sudah melonjak kegembiraan bila Shaza memberinya gambar yang amat bermakna bagi dirinya.
“Kenapa kau gembira sangat, sedangkan aku cuma bagi kau sekeping gambar?” Shaza sudah berkerut dahi melihat tingkah sahabatnya itu.
“Mana aku tak gembira, gambar ni di ambil semasa kita melakonkan watak sebagai madu dalam pemntasan drama untuk Politeknik kita. Gara-gara pementasan ini juga, aku dapat jumpa seorang sahabat yang sanggup menggadaikan nyawanya demi aku.
Walaupun ianya sekeping gambar, bagi aku ia terlalu berharga. Terima kasih Shaza. Akhirnya dapat juga aku gambar ni. Wait! Macam mana kau boleh ada gambar ni?” Maziana sudah bercekak pinggang.
“Sebenarnya gambar ni terjatuh, masa kau kelam kabut gara-gara terlewat bangun. Aku terjumpa gambar ni, dan aku ambil keputusan untuk menyimpannya. Aku tak sangka pula, gambar ni begitu berharga pada kau. Maafkan aku Maz, gara-gara aku simpan gambar ni. Bilik kau bersepah, semata-mata mencari gambar ni,” Shaza memeluk Maziana sekali lagi.
“Okey, aku maafkan. Shaza, kau tak lapar ke? Jom kita makan dulu, perut aku ni dah siap menyanyi lagu keroncong untuk ana lagi,” Maziana sempat berjenaka.
Akhirnya, terhambur tawa antara dua sahabat ini. Maziana mengambil alih tugas Shaza, dengan menolak stroller Shadrina. Bagi Maziana, Shaza adalah sebahagian dari hidupnya. Darah yang mengalir dalam tubuh badannya adalah sebahagian milik Shaza. Begitu juga dengan buah pinggang sebelah kiri miliknya juga didermakan oleh Shaza.
Di sebabkan oleh itu, Maziana terhutang nyawa dengan Shaza. Dia tidak akan melupakan jasa baik Shaza. Dia juga tidak menyangka, bahawa orang luar seperti Shaza Azwin sanggup berkongsi buah pinggang dengannya, sedangkan keluarganya sendiri tidak sanggup untuk mendermakan buah pinggang mereka. Tika itu, usia perkenalan mereka baru mencecah setahun.
“Shaza, kau nak makan apa?” Maziana bertanya sebaik mereka sampai di restoran yang dimiliki oleh Maziana.
“Kau biasa ke makan dekat sini? Aku bukan tahu sangat, tentang makanan dekat Frankfurt ni. Kau ada cadangan tak?” Shaza jadi tak keruan, bila Maziana bertanya mahu makan apa.
“Shaza, betul ke kau nak aku suggest apa yang best dekat sini?” Maziana sudah mengangkat keningnya.
“Ya la, aku ni kan orang Asia. Mana la tahu sangat tentang masakan dekat sini. Kau lain la, memang keturunan sini,” Shaza sudah tersenyum malu.
“Ouh! Macam tu ke? Aku suggestkan dekat kau try, Schnitzel-Spätzle Topf. Boleh?” Maziana menberi cadangan.
“Schnitzel-Spätzle Topf? Apa tu? Berbelit lidah aku, nak menyebutnya,” Shaza sudah menahan malu.
“Ala, biasa la tu. Mula-mula memang macam tu. Lama-lama nanti aku yakin, kau akan expert. Silap-silap lepas ni, kau pula yang ajar aku,” Maziana masih mengusik sahabatnya itu. Maziana suka melihat wajah Shaza yang sedang menahan malu.
“Ish! Kau ni kan, kalau sehari tak usik aku, tak sah hidup kau kan?” Shaza pura-pura marah akan tindakan sahabatnya, sedangkan tidak sedikit pun berbekas di hatinya untuk berkecil hati.
“So, macam mana? Kau nak try tak Schnitzel-Spätzle Topf?” Maziana mengulangi cadangannya.
“Apa benda tu? Kau jangan buat hal, kau tahu kan aku tak makan makanan laut?” Shaza mengingatkan Maziana tentang alahannya.
“Shaza, don't worry about that. Aku akan bagitahu mereka, yang kau tak nak makanan laut. Sebenarnya, Schnitzel-Spätzle Topf ialah sejenis mee. Dalam bahasa malaysia, ia dipanggil mee gunting periuk. Kau faham tak, apa yang aku cakap ni?” Maziana bertanya sebaik melihat wajah Shaza yang dilanda kebingungan.
“Apa pelik bebenor bunyinya? Confuse teman, nak memakannya Yong,” Shaza berubah dialek.
“Ala, kau janganlah risau. Benda tu halal untuk dimakan, sebab ...” Maziana terdiam sebaik pelayan disitu datang untuk mengambil pesanan.
“Guten Abend, Miss Maziana. kann ich Sie bestellen?” tanya pelayan itu sambil tunduk hormat kepada Maziana.
“Für meine zwei Sätze snip Topf Nudeln, möchte man nicht Fisch, der andere als gewöhnlich. und Trinken, für meine beiden Apfelsaft. Das Dessert, ich will zwei Stück Schwarzwald,” Maziana memesan makanan.
“Nur?”
“Das ist es. Sie gehen können, dank,” ucap Maziana sambil menguntumkan senyuman.
“Maz, kau cakap apa tadi? Pening kepala aku, nak menafsirkannya,” Shaza sudah mengaru kepalanya.
“Okey. Let's me explain. Guten Abend, Miss Maziana. kann ich Sie bestellen bermaksud selamat petang Cik. Boleh saya ambil pesanan?
Aku pun jawablah Für meine zwei Sätze snip Topf Nudeln, möchte man nicht Fisch, der andere als gewöhnlich. und Trinken, für meine beiden Apfelsaft. Das Dessert, ich will zwei Stück Schwarzwald. Bermaksud bagi saya dua set mee gunting, satu tak nak makanan laut, satu lagi seperti biasa. Manakala minuman, bagi saya dua jus apple. manakala dessert, saya nak dua slice black forest,” panjang lebar Maziana menerangkan pada Shaza akan maksud, bicaranya dengan pelayan restoran itu.
“Thank's, sebab sudi ajar aku cakap German sikit-sikit. Nampaknya, lepas ni aku kena masuk kelas bahasa German la, kalau tak mahu ketawa orang-orang kat sini. Tapi dorang faham english kan?” soalnya sambil melihat dekorasi yang berada di restoran tu.
“Memang ada yang faham, tapi mereka lebih suka gunakan bahasa mereka sendiri sebab mereka telah dididik dari kecil untuk memperjuangkan bahasa mereka. So, what you think about this restaurant? I mean, about the decoration here?” soal Maziana sambil mendukung Shadrina.
“Aku rasa, pemilik restoran ni mesti orang kaya. Aku cakap macam tu, sebab aku tengok hiasan dia semuanya eksklusif. Kau rasa pemilik dia lelaki ke perempuan?” Shaza ternyata kagum dengan susun atur restoran itu.
“Mana lah aku tahu, aku bukannya kenal pun dengan pemiliknya. Aku suka datang sini, sebab pelayan dekat sini semuanya ramah belaka. Lepas tu hiasan dia, mampu menenangkan aku. Aku selalu lepak sini, bila aku pulang ke Frankfurt,” Maziana menceritakan apa yang dilaluinya sebelum ini.
“Maz, aku nak tanya sikit boleh?” Shaza tersenyum melihat Maziana melayan cahaya matanya.
'Syukur, Shadrina tidak ikut wajah Aniq Raykal. Kalau tidak, macam mana aku nak menghadapinya,' Hatinya berbicara di saat melihat wajah puterinya itu.
'Shaza, kau lupa ke darah yang mengalir dalam tubuh Shadrina? Bukankah ia hasil hubungan kalian? Kau tak boleh, nak menafikan hak Aniq Raykal,' satu suara yang entah dari mana, tiba-tiba membidas kata hati Shaza tika itu.
Matanya meliar, mencari arah suara itu. Dia yakin yang dia, tidak bermimpi. Suara itu jelas milik,

seseorang yang amat dia rindui.

2 comments:

Unknown said...

oo..rumah rupa2nya..hehe..bagus ME..cuma satu, silau sangat nak baca..warna tulisan or background macam tak match..silau sikit:-)

Unknown said...

HEHEHE,
ternyata tekaan akak tidak mengena

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!