UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Monday, 20 January 2014

Adakah Dia Milikku? 25


 Diana Syuhada tidak mampu untuk melelapkan matanya, walaupun pelbagai cara yang dia lakukan. Mindanya serabut, memikirkan perjalanan yang bakal ditempuh esok hari. Pelbagai persoalan mula menerjah kotak mindanya.
'Kau dah sedia ke, nak berjumpa dengan keluarga Nazrul Alimi? Kau serius ke dengan dia?' hati kecilnya mula berbicara, tika dia mengambil diarinya.
'Aku sebenarnya, belum bersedia lagi. Hubungan kami baru masuk 4 bulan. Dia sendiri pun, aku tak kenal sepenuhnya, ni pulak nak berkenalan dengan keluarganya?' Mindanya pula berkata.
'Kalau benar kau tak sedia, kenapa kau setuju? Kau sendiri sedar, akan hakikat dan akibat persetujuan kau tadi kan? Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa,' hatinya masih berbalah dengan akalnya.
'Aku setuju sebab, aku sayangkan Nazrul Alimi. Aku tak nak kehilangan dia. Aku tak nak kehilangan lagi. Cukupla aku kehilangan, arwah ibuku dahulu,' Ingatannya kepada arwah ibunya, menjelma di mata.
“Kakak, nanti dah besar akak nak jadi apa?” Aqilah bertanya sambil menyisir rambut Diana Syuhada.
Ketika itu, usia Diana Syuhada baru menginjak 8 tahun. Manakala, Alescha Awanies baru 2 tahun. Diana Syuhada sememangnya, tidak menyukai Alescha Awanies. Baginya, Alescha Awanies telah meragut kasih sayang arwah ibunya. Manakan tidak, ibunya lebih memberikan perhatian kepada Alescha Awanies berbanding dirinya.
“Kakak nak jadi ahli perniagaan, sebab ustazah dekat sekolah ada cakap. 9/10 rezeki adalah dari perniagaan,” Diana Syuhadah sudah tersenyum hingga menampakkan giginya yang rosak, gara-gara suka sangat makan gula-gula.
“Selain itu, sebab apa kakak pilih nak jadi ahli perniagaan?” Aqilah bertanya lagi.
“Kakak nak ubah nasib keluarga kita. Kakak nak hantar ibu, dengan ayah pergi haji,” akui Diana Syuhada jujur.
Aqilah Ayuni sungguh tidak menyangka, Diana Syuhada mampu berfikir sejauh itu. Baginya, kanak-kanak berusia sebaya dengan Diana Syuhada tidak tahu akan masa depan yang bakal dilalui. Diana Syuhada telah menunjukkan perkembangan neuron otaknya yang berkembang dengan baik.
“Ibu, doakan kakak mampu capai impian kakak. Tapi, kakak jangan lupa. Kakak masih ada dua orang adik. Ibu hanya mahukan, kalian adik beradik sentiasa bersatu. Ingat pesan ibu ni,” Aqilah Ayuni mencium dahi Diana Syuhada.
Diana Syuhada kembali ke realitinya, apabila terdengar suara orang melaungkan azan. Itu bermakna subuh sudah menjelma.
“YA ALLAH, rindunya aku kepada arwah ibuku. Kau tempatkanlah rohnya, dikalangan orang yang beriman, YA ALLAH. Hanya padaMu, aku memohon YA ALAH,” Diana Syuhada menyeka airmatanya, yang mula jatuh sebaik selesai menamatkan doanya.
Diana Syuhada menoleh, ke arah jam yang terletak di sebelah katilnya. Alangkah terkejutnya, bila jarum pendek, menunjukkan kearah angka 6.
“YA ALLAH, cepatnya masa berlalu,” Diana Syuhada seperti orang tak keruan, apabila teringat akan janjinya dengan kekasih hati. Di mana, Nazrul Alimi akan menjemputnya dalam pukul 8. Sekarang masa yang berbaki, hanya tinggal dua jam. Diana Syuhada masuk ke dalam kamar mandi dan membersihkan dirinya.
“Along, betul ke girlfriend along ikut sekali trip ni?” Dania Aqiescha bertanya sebaik melihat abangnya yang baru keluar dari biliknya.
“Kenapa tiba-tiba Dania tanya? Dia tak boleh ikut sekali ke?” Nazrul Alimi bertanya sambil menarik begnya keluar dari bilik.
“Bukan tak boleh, Dania cuma nak kan kepastian siapa bakal kakak ipar Dania. Along ni, bila cakap tentang girlfriend dia, hidung along mesti merah, kenapa? Along malu nak cakap, pasal dia ke?” Dania galak bertanya, sambil menyandarkan badannya di dinding.
“Err, nampak sangat ke merahnya?” Nazrul Alimi mulai cuak. Dia takut, nanti Diana Syuhada perasan akan perubahan dirinya bila diusik tentang buah hatinya.
“Hahahaha, yang along cuak ni kenapa? Rilex la, Dania gurau je tadi. Tak sangka, along Dania ni pemalu jugak orangnya. Dania ingatkan, along ni tak ...” Dania tidak sempat berkata, apabila adik bongsu mereka mula menunjukkan diri.
“Along dengan angah bual apa ni? Sampai dalam adik dengar tawa angah,” Sofia Sufiana memulakan bicaranya.
“Kau ni, kacau la!” Dania Aqiescha mempamerkan wajah tidak puas hati, apabila Sofia Sufiana menyampuk perbualan antaranya dengan Nazrul Alimi.
“Dania, kenapa marah adik? Salah ke dia nak ikut berborak dengan kamu berdua?” kedengaran suara mummynya dihujung tangga.
Terkejut Dania, apabila mummy mula menyampuk. Dia tak tahu yang mummynya memerhatikan mereka tiga beradik. Sofia Sufiana sudah tidak berani nak bersuara.
“Tak salah mummy,” Dania Aqiescha menjawab persoalan mummynya, tanpa sedikit pun rasa bersalah.
“Habis tu? Kenapa marah dia? Dah lama mummy perasan, yang kamu seperti tidak suka dengan Sofia. Boleh mummy tahu kenapa?” soal mummynya sambil memeluk Sofia Sufiana.
“Dania, cuma tak suka orang menyampuk bila Dania tengah berbual,” spontan keluar dari mulut Dania Aqiescha.
“Dania, mari ikut daddy kejap,” sampuk daddynya pula, apabila terdengar isterinya menegur Dania.
“Okey, daddy. Dania turun ni,” tanpa kata maaf dari mulut Dania, dengan selamba dia menarik begnya dan mendapatkan daddynya yang sudah tunggu dibawah.
“Along, mummy nak tanya sikit,” nada suara mummy jelas terpancar ketidakpuasan hatinya terhadap sikap yang ditunjukkan oleh Dania.
“Mummy, nak tanya apa?” Nazrul Alimi memandang wajah mummy kesayangannya itu.
“Along, sekarang dah pukul berapa? Sampai sekarang mummy tak nampak pun batang hidung girlfriend along tu?” mummynya sudah menukar arah perbualan, walaupun hakikatnya hatinya mahu bertanyakan soalan yang lain.
“Alamak! mummy along terlupa nak ambil dia. Semalam along dah janji, along akan ambil dia. Mummy along keluar kejap, ambil dia. Boleh tak mummy?” pinta Nazrul Alimi yabg sudah gelabah apabila mummynya menyebut tentang Diana Syuhada.
“Ish! Muda-muda dah jadi pelupa? Kesian dekat bakal menantu mummy tu, kena tunggu lama. Dah pergi cepat, nanti tersekat pulak dalam jammed,” Datin Sri Nadia Ameera sempat mengusik anak bujangnya itu. Dia tidak menghalang, siapa pun yang menjadi pilihan anak-anaknya. Baginya, kebahagian mereka lebih bermakna untuknya.
“Thank you, mummy. Kalau mummy tak ingatkan along, mahu along terlupa,” Nazrul Alimi sempat mencium pipi mummynya sebelum dia turun tangga.
Datin Sri Nadia Ameera hanya tersenyum melihat tingkah kelam-kabut putera tunggalnya itu. Sofia Sufiana yang hanya menjadi pendengar setia, mula berbicara.
“Mummy, betul ke along nak bawa girlfriend dia sekali?” Sofia Sufiana bertanya sambil memeluk pinggang mummynya.
“Itu yang along minta, mummy tak kisah. Asalkan girlfriend dia tu, tahu macam mana nak sesuaikan diri dengan keluarga kita. Sofia sendiri tahu, mummy tak pernah nak halang anak-anak mummy buat apa yang kamu semua suka.
Tapi itu tidak bermakna, kalian boleh buat sesuka hati. Mummy tahu, anak-anak mummy semua mampu berfikir, mana yang baik dan mana yang buruk. Mummy harap, anak-anak mummy tidak melakukan sebarang gejala negatif,” Datin Sri Diana Ameera menasihati anak bongsunya.
DATIN SRI DIANA AMEERA, merupakan seorang pereka fesyen yang terkenal di Malaysia. Rekaan-rekaannya telah banyak, memenangi anugerah yang di anjurkan di Malaysia. Malah, namanya juga sudah mula dikenali dibenua Asia, setelah terpilih sebagai wakil Asia didalam THE BEST DESIGNER IN THE WORLD. Dalam pertandingan yang disertainya itu, dia telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama. Dia telah menamatkan zaman bujangnya semasa berumur 24 tahun. Datin Sri Diana Ameera, bukan dilahirkan dalam golongan orang senang. Sebaik berkahwin dengan Dato' Sri Kamarul Hairee, kehidupannya berubah serta-merta.
Datin Sri Diana Ameera juga telah melupakan keluarganya. Baginya, harta Dato' Sri Kamarul Hairee lebih bermakna dari keluarganya.
“Sayang, apa yang berlaku dekat atas tadi? Riuh semacam je daddy dengar,” Dato' Sri Kamarul Hairee bertanya kepada Dania Aqiescha sebaik melangkah keluar dari rumah.
“Sofia tu yang buat hal. Tadi, Dania berbual dengan along. Tiba-tiba dia keluar bilik, terus menyampuk perbualan antara kami. Mana Dania tak bengang,” Dania Aqiescha melepaskan apa yang terbuku dihatinya.
“Sofia ni pun satu hal, sehari kalau tak buat orang marah tak boleh ke?” Dato' Sri Kamarul Hairee pula berang apabila mendapat tahu situasi sebenar.
Dato' Sri Kamarul Hairee tidak dapat menerima, kehadiran Sofia Sufiana dalam hidupnya. Baginya, kelahiran Sofia hanya membawa malang. Sebaik Datin Sri Diana Ameera, melahirkan anak bongsu mereka, Datin Sri Diana Ameera terpaksa menjalani pembedahan membuang rahimnya akibat jangkitan kuman.



MEGAT EYRULEZ

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!