Sebaik
melangkah keluar dari lif, Riana merasakan pandangan sekelilingnya
berubah menjadi hitam. Pandangannya kabur, terasa seperti mahu jatuh,
tapi Riana tidak semudah itu mengalah. Riana berusaha untuk
bergantung pada sesuatu, tetapi usahanya gagal.
Ezrean
yang melihat keadaan itu, mulai cemas. Ezrean berlari mendapatkan
Riana, tanpa memikirkan barang-barangnya yang masih di dalam lif.
Mahupun begitu, Ezrean terlambat beberapa saat, kerana Riana sudah
terjelepok jatuh menyembah bumi.
Ezrean
segera mencempung tubuh Riana, dan meletakkannya diatas sofa yang
terletak di pintu masuk pejabat Riana.
“Anybody,
please help me! Riana fainted!” Ezrean meminta tolong pada
kakitangan yang berada disitu.
“Encik,
macam mana Cik Riana boleh pengsan?” soal kakitangan yang berada
disitu.
“I
don't know! Elok je dia keluar dari lif, dia terus pengsan. Tak
sempat saya nak berbuat apa-apa,” terang Ezrean. Jelas kelihatan,
wajah Ezrean yang pucat dan risau.
“Encik,
kita bawa Cik Riana ke hospital. Takut ada kecederaan, pada Cik
Riana,” salah seorang dari kakitangan disitu memberikan cadangan.
Tanpa
memikir panjang, Ezrean terus mencempung tubuh Riana dan menuju ke
lif. Dia dibantu oleh kakitangan disitu. Butang lif ditekan, tetapi
lif masih belum terbuka. Skrin diatas pintu lif menunjukkan tingkat
8.
“Awak
boleh tolong, call keluarga dia tak?” soal Ezrean yang masih
mencempung tubuh Riana dengan kemas.
“Okay,
saya akan call keluarga Cik Riana,” dengan pantas wanita itu
berlari masuk ke dalam pejabat dan menghubungi keluarga Riana.
'Ish,
masa-masa macam ni pulak, lif ni lambat,' getus hati Ezrean.
“Lambat
lagi ke lif ni?” Ezrean sudah tidak mampu menahan sabar.
Perasaannya bercampur aduk.
“Encik
larat ke nak dukung Cik Riana? Kalau larat, kita turun guna ...”
belum sempat habis apa yang ingin dikatakan oleh kakitangan di situ,
kelibat Ezrean sudah dilihat menuju tangga.
“Awak
tunggu apa lagi dekat situ? Tolong ambil, kunci kereta saya dalam
poket coat saya. Saya tunggu dekat bawah,” Ezrean mengarahkan gadis
itu.
“Err,
okey-okey. Saya ambil sekarang,” Tergopoh-gapah gadis itu,
mendapatkan coat Ezrean.
“Encik,
ni kuncinya. Kereta Encik di mana?” soal gadis itu.
“Tu,
yang berwarna hijau lumut tu. Awak tahu bawa kereta?” soal Ezrean
sambil mengendong tubuh Riana ke keretanya.
“Tahu,”
ringkas jawapan gadis itu.
“Hello,
En.Ashfiq. Saya Miranda, officemate Cik Riana,” suara dihujung
talian berbicara.
“Ye,
Miranda. Apa yang boleh saya bantu?” Ashfiq terasa pelik bila
Miranda menelefonnya.
“Cik
Riana. Cik Riana pengsan! Encik Ashfiq dimana?” Miranda menjelaskan
tujuan dia menghubungi Ashfiq.
“What?
Riana pengsan?! Dia dekat mana sekarang?” Ashfiq sudah separuh
menjerit.
“Encik,
sabar. Cik Riana sekarang dalam perjalanan ke hospital,” Miranda
mengawal perasaan cuaknya bila bercakap dengan Ashfiq.
“Hospital
mana? Siapa yang bawa di pergi hospital?” soal Ashfiq, sambil
mengatur langkahnya menuju ke kereta miliknya.
“Hospital
mana, saya tak tahu. Tapi Encik boleh hubungi Ruzila. Dia bersama
dengan Cik Riana sekarang. Nanti saya sms nombor telefon dia,”
Miranda sudah berpeluh, bila mendengar nada suara Ashfiq yang berubah
mendadak.
“Okey,
I'm wait your text. Sebentar, telefon bimbitnya dimana?” Ashfiq
sempat memikirkan barangan milik Riana.
“Beg
tangannya ada dekat saya. Cuma dompet sahaja, ada dengan Ruzila,”
Miranda menerangkan tanpa selindung apa-apa.
“By
the way, thank's for info. Kalau ada apa-apa berita, tolong call
saya,” Ashfiq menyatakan apa yang tersirat di mindanya tika itu.
“Nurse,
tolong saya!” Ezrean seakan menjerit, sebaik sampai di ruangan
kecemasan.
“Encik,
boleh letakkan pesakit atas stroller ni, kami akan membawanya ke
bilik kecemasan!” arah kakitangan disitu.
Ezrean
tidak membiarkan Riana keseorangan. Dia turut mengikut kakitangan
hospital yang membawa Riana. Dia tidak mahu berjauhan dengan Riana.
Dia mahu menjadi insan yang pertama, di sisi Riana apabila Riana
membuka matanya.
“Maaf
Encik, Encik kena tunggu di luar. Nanti kami akan panggil,” jelas
jururawat disitu.
Ezrean
jadi tak keruan menunggu, Riana diluar bilik pemeriksaan. Ezrean
asyik bermundar-mandir didepan pintu bilik, dimana Riana dirawat.
“Encik,
maafkan saya bertanya. Encik ni siapa? Apa hubungan Encik dengan Cik
Riana?” Ruzila memberanikan diri untuk bertanya.
“Saya
Ezrean Zackri. Awak boleh panggil saya Akie. Saya kawan Riana. Awak
pula?” Ezrean mengambil tempat duduk di sebelah Ruzila, tetapi
masih ada jarak dua kerusi.
“Saya
Ruzila, PA Cik Riana. Saya ingatkan Encik ...” Ruzila masih dalam
bicara formal.
“Just
call me, Akie. It's simple. Awak ingat saya apa?” Ezrean bertanya
sambil mengangkat keningnya.
“Saya
ingatkan Akie, teman lelaki Cik Riana. Saya tengok, Akie sungguh
cemas bila Cik Riana pengsan tadi,” Ruzila mengangkat wajahnya dan
memandang Ezrean.
'Bertuahnya
Cik Riana. Pandai Cik Riana cari pasangan, dah la kacak,berbudi
bahasa lagi dan paling penting senyumannya yang manis tu. Aduh! Mahu
jatuh hati, aku tengok Akie ni,' mindanya mula berbicara sendiri
apabila melihat wajah Ezrean yang bersih itu.
“Ruzila?
Ruzila? Awak fikirkan apa tu?” Ezrean memetik jarinya didepan mata
Ruzila, apabila Ruzila tidak memberikan respon kepadanya.
“Ha?
Apa dia Akie?” Ruzila seperti sudah lama mengenali jejaka yang
berada didepannya tika itu. Lansung hilang, kekoknya memanggil
Ezrean.
“Hai,
jauh betul awak mengelamun? Saya tanya, awak dah lama ke kerja dengan
Riana?” Ezrean sempat memerli Ruzila, yang baru tersedar dari
lamunannya.
“Oh,
kerja dengan Cik Riana? Baru lagi. Saya baru je grad, saya apply
kerja dekat company tu tahun lepas, baru tahun ni mereka panggil
saya. Kiranya ni rezeki tahun baru la,” Ruzila menutup mulutnya
apabila tertawa.
'Sumpah!
Aku suka dengan Akie! Aku akan pastikan, dia akan jadi milikku!'
Ruzila telah menanam azam didalam dirinya, untuk menakluki Ezrean
Zackri.
'Berangan
tak habis la kau ni! Akie tu kan kekasih bos kau, Cik Riana?'
kedengaran satu suara yang menentang apa yang Ruzila azamkan.
'Bila
masa pulak dorang, couple? Tadi Akie sendiri yang bagitahu, dia
dengan Riana hanya kawan? So, aku masih ada peluang kan?' Ruzila
sudah bertekad.
'Kau
jangan buat yang bukan-bukan! Kau tu baru je kerja, dibuatnya Cik
Riana pecat kau. Kau nak makan apa nanti?' suara itu terus membidas.
“Encik,
encik siapa dengan pesakit?” soal jururawat yang baru keluar dari
bilik yang menempatkan Riana.
“Saya,
tunang dia. Kenapa cik?” Ezrean spontan menjawab, tanpa memikirkan
implikasi kepada jawapannya tadi.
'Tak
guna punya jantan! Tadi, cakap tak da apa-apa dengan Riana. Sekarang
mengaku sebagai tunang pulak?' Ruzila sudah terbakar mendengar
jawapan Ezrean.
“Doktor
mahu berjumpa dengan Encik, di biliknya. Mari saya tunjukkan
biliknya,” jururawat itu mempelawa Ezrean.
“Err,
okay. Thank you,” Ezrean mengucapkan terima kasih diatas
pertolongan jururawat itu sebentar tadi.
Ruzila
masih kaku. Hatinya tika itu, sudah terbakar. Terbakar dengan
pengakuan Ezrean, sebentar tadi. Ruzila tidak menyangka sebegitu
cepat, hati jejaka itu boleh berubah.
No comments:
Post a Comment