“YA
ALLAH, kau tetapkan la hati hambamu ini. Seandainya ini suratan yang
harus aku tempuhi, aku terima dengan redha. Aku yakin, setiap yang
berlaku terhadap diriku adalah yang terbaik untukku. Kuatkan la
semangatku, agar aku dapat menjaga dan mendidik zuriatku agar menjadi
hambaMU yang solehah,” Shaza Azwin menyapu airmata yang mula jatuh
dari tubir matanya.
Shaza
Azwin teringat kembali, saat bermulanya cinta dia terhadap Aniq
Raykal mula berputik. Pertemuan dan perkenalan mereka tidak seperti
yang biasa, dibaca dan diolah oleh penulis novel. Baginya, berkenalan
dengan insan bernama Aniq Raykal banyak memberi kesan hitam yang
tidak mungkin dapat dia lupakan, sebegitu mudah.
Usai
menunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAH, Shaza Azwin mengambil
tempat di jendela untuk memerhati keadaan dibawah dari aras rumah
barunya. Ada sesuatu yang berjaya menarik perhatiannya. Selaras itu,
tergambar kembali di ingatan bagaimana dia berkenalan dengan insan
bernama Aniq Raykal.
“Assalammualaikum
dan selamat pagi semua. Selamat datang, saya ucapkan kepada semua
pelajar yang baru menjejakkan kaki ke kolej ini. Sebelum saya
berbicara lebih panjang, izinkan saya mengenalkan diri terlebih
dahulu,” Aniq Raykal memberi kata-kata aluan kepada penghuni baru
di Kolej Bersatu.
'Ish!
Poyo betul la mamat ni!' getus hati Shaza sebaik mendengar mukadimah
pemuda yang berada di pentas utama itu.
“Nama
saya, Aniq Raykal Dato' Mukhriz. Sebagai ketua pelajar di sini, ingin
saya tegaskan tentang beberapa isu yang boleh membuatkan anda dibuang
dari Kolej Bersatu ini,” Aniq Raykal meneruskan ucapannya sambil
menerangkan beberapa perkara yang di anggap berat oleh pihak Kolej
Bersatu.
'Aduh,
lelaki ni dah kenapa? Perlu ke dia nak bagitahu, semua orang yang dia
anak Dato'? Apa motif dia sebenarnya? Nak memikat pelajar baru ke
apa?' Shaza langsung tak berkenan, dengan sikap yang ditunjukkan oleh
Aniq Raykal pada pertemuan pertama mereka. Bagi Shaza, isu anak Dato'
tak perlu dihebohkan kepada semua orang, bukan dia seorang je anak
Dato' kat kolej ni.
“Sebelum
saya benarkan anda semua bersurai, saya nak anda semua beratur dalam
dua barisan, mengikut dua angka akhir kad pengenalan anda. Siapa yang
dua nombor akhirnya, 0 sila bergerak ke sebelah kanan saya, dan
diikuti dengan nombor seterusnya. Saya bagi anda masa 5 minit sahaja
untuk beratur.
Lelaki
dan perempuan dilarang bercampur atau beratur dalam satu barisan. 5
minit anda bermula sekarang!” lantang suara Aniq Raykal memberi
arahan.
'Ni
yang paling, aku malas! Dah macam budak tadika pulak, dia buat. Ni
tak lain, nak ragging la ni!' Shaza sudah mula menceceh seorang diri.
“Masa
5 minit anda, masih berbaki seminit! Jadi cepat buat barisan!” Aniq
Raykal memberi arahan tanpa menggunakan alat pembesar suara.
Mula
kedengaran suara gadis-gadis menjerit bila dilanggar, menambahkan
lagi hiruk-pikuk suasana di dalam dewan yang mengumpulkan seramai 800
orang pelajar baru.
“Bagus!
Semua masih sihat, deria pendengaran! Okay, sekarang saya nak
perkenalkan kepada anda semua senior-senior yang akan menjadi
fasilitator sepanjang tempoh orientasi yang akan berjalan dalam masa
dua minggu ini.
Mereka
yang memegang nombor 0 pada akhir kad pengenalannya, akan diselia
oleh Fakhrul Rizal dan Laila Melisa. Kumpulan 1 diselia oleh Murshid
dan Ieka Razak. Kumpulan 2 diselia oleh Azman dan Mila. Kumpulan 3
diselia oleh Jamal dan Miza.
Kumpulan
4 diselia oleh Zainal dan Fina. Kumpulan 5 diselia oleh saya, Aniq
Raykal bersama partner saya Ruhaila. Kumpulan 6 diselia oleh Nabil
dan Racheal. Kumpulan 7 diselia oleh Eyrulez dan Farhana. Manakala
kumpulan 8 diselia oleh Fahmi dan Intan, dan yang terakhir kumpulan 9
diselia oleh Ammar dan Erin.
Sekiranya
anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh berhubung terus dengan
mereka. Semua dah jelas mengenai fasilatator, untuk minggu orientasi
ni?” Aniq Raykal bertanya sebaik selesai memberitahu semua pelajar
yang berada di situ.
'What?
Mamat poyo ni yang handle group aku? Aduh! Menyampah betul aku nak
tengok muka dia ni!' Shaza sudah rasa tak sedap hati, mahunya tidak
dalam masa dua minggu ni, dia kena hadap muka mamat poyo yang maha
berlagak ni.
“Okay,
sekarang kalian boleh beredar mengikut fasi masing-masing. Tepat
pukul 11, anda dikehendaki berkumpul kembali. Kami akan menetapkan di
bilik mana akan anda diami selama anda berada di Kolej Bersatu,”
kini giliran Ruhaila pula memberi arahan.
Shaza
Azwin mengerling jam di tangannya. Jarum pendek menunjukkan pukul 9,
manakala jarum panjang berada di angka 3. Bererti masa dia bersama
Aniq Raykal, lebih kurang 1jam 45minit.
'YA
ALLAH, lamanya. Macam mana aku nak hadap, muka mamat poyo ni? 1Jam
45minit kot? Lama tu, ni baru 5 minit aku hadap dah berbakul dosa
aku,' Shaza bermonolog sendiri.
“Okay,
kumpulan 5. mari ikut saya dan Cik Ruhaila,” Aniq Raykal sengaja
menekan nama Ruhaila, seperti memberi clue supaya pelajar lelaki
tidak mendekati Ruhaila.
Mereka
hanya menurut, tanpa berani untuk mengeluarkan suara kerana takut
jika di marahi dihadapan orang ramai.
“Okay,
sekarang seorang demi seorang datang depan, untuk ambil kad yang
berada di tangan saya dan Cik Ruhaila. Jangan sesekali berani untuk
membuka kad itu sebelum kami memberi keizinan,” Ruhaila mengambil
tugasan Aniq Raykal untuk memberi arahan.
“Kalau
kami buka juga? Apa jadi?” Shaza Azwin bersuara sebaik Ruhaila
selesai memberi arahan.
Semua
mata memandang ke arah Shaza. Mereka terkejut dengan keberanian Shaza
bersuara, di hadapan fasi merangkap senior mereka.
“Siapa
yang bersuara tu? Sila datang ke hadapan dalam kiraan 3!” suara
Aniq Raykal mulai meninggi.
“Saya,
kenapa? Salah ke saya bertanya?” Shaza masih dengan muka
selambanya.
“Wow!
Baru hari pertama, dah berani bersuara. Boleh saya tahu nama, cik
adik yang sangat berani ni?” Aniq Raykal bertanya sambil memandang
tepat wajah Shaza Azwin.
“Nama
saya Shaza Azwin Marzuki. Kenapa? Setahu saya, dari tadi awak dan Cik
Ruhaila tak da pula bagi arahan untuk kami tidak bersuara, betul tak
Cik Ruhaila?” Shaza memandang Ruhaila dengan pandangan sinis dan
agak tajam kepada Aniq Raykal yang amat poyo itu.
“Betul,”
Ruhaila teragak-agak untuk bersuara.
“See,
your special girlfriend also agree with what i'm saying,” Shaza
menunjukkan muka toyanya depan Aniq Raykal.
“Please
beware your mouth, Shaza! Don't you dare to challenge my patience!”
Aniq Raykal sudah menahan marahnya.
“Do I
care?” Shaza mengambil kad yang berada di tangan Ruhaila, dan
menyusun langkah untuk kembali ke tempatnya.
Semua
yang berada disitu hanya memerhati isu, yang sedang terpapar dimata
mereka tanpa berkutik walau seinci.
Sebaik
sampai ke tempat asalnya, Shaza Azwin ditegur oleh pelajar yang
berada dibelakangnya.
“Assalammualaikum,”
sapanya.
“Waalaikummussalam,”
Shaza menoleh sambil memberikan senyuman.
“Berani
awak tentang dia kan? Awak tak takut ke, apa yang akan dia buat pada
awak kemudian?” soal gadis itu lagi.
“Dia
manusia, saya pun manusia. Jadi, apa yang perlu saya takut? Bukannya
dia ALLAH, yang saya nak kena sembah dan sujud pada dia,” padat
jawapan yang Shaza berikan untuk soalan yang ditanya oleh gadis
dibelakangnya itu.
“Saya
kagum dengan keberanian awak, boleh saya jadi kawan awak?” spontan
gadis itu bicara.
“Boleh,
apa salahnya. Bukankah ISLAM itu sendiri menggalakkan kita
mengeratkan siratullrahim?” Shaza masih tersenyum.
“Nama
saya Maziana Jaslina, awak boleh panggil saya Maz,” Maziana
menghulurkan tangan tanda perkenalan.
“Saya
Shaza Azwin, awak boleh panggil Shaza,” jawabnya sambil menyahut
salam yang dihulurkan oleh Maziana.
Hikmah
disebalik keberaniannya, dia berjaya menambah lagi seorang kawan dan
mungkin juga sahabat sehidup sematinya kelak.
Afiq
Raykal tidak lepas memandang gelagat gadis, yang begitu berani
mencabar egonya sebagai seorang ketua dan juga seorang lelaki
dihadapan lebih dari 50 orang.
'Tunggu
kau, Shaza Azwin! Ada ubi, ada batas. Ada hari, terima la nasib kau
lepas ni. Jangan ingat semudah itu, aku akan lepaskan kau! Aku akan
pastikan kau, akan bayar balik apa yang telah kau buat pada aku hari
ni!' Afiq Raykal sudah membahang melihat tingkah Shaza Azwin yang
langsung tak menunjukkan riak bersalah.
2 comments:
wah..flash back balik;-) best!
tq kak sebab sudi memberikan kata-kata semangat pada adikmu ini..
Post a Comment