UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, 4 March 2014

Aku Doktor Peribadi Hatimu! 04

“Assalammualaikum, Doktor,” sapa Maya Idrisha sambil mencuba mengambil perhatian doktor muda itu.
“Waalaikummussalam,” Jawabnya tanpa memandang wajah yang memberi salam sebentar tadi.
“Doktor, busy ke?” soal Maya Idrisha yang masih tidak mahu mengalah.
“Awak nampak, macam saya busy ke tidak?” Acuh tak acuh saja, dia menjawab.
'Ish, poyo nya mamat ni! Aku tanya elok-elok, kau boleh jawab macam tu?' getus hati Maya Idrisha.
“Pada pandangan saya ...” belum sempat Maya membuka mulut, doktor muda itu sudah memotong.
“Ada yang penting, awak jumpa saya ni? Kalau tak da, saya rasa awak tahu di mana pintu untuk keluar kan?” jejaka itu bersuara.
“Err, sebenarnya saya ...”
“Sebenarnya apa? Awak jangan, buang masa saya boleh tak? Banyak benda lagi, yang saya nak kena uruskan!” Nada suaranya saja, ditinggikan agar tidak diganggu oleh perempuan itu.
Maya Idrisha melangkah pergi, sebaik dia diherdik oleh jejaka itu. Hatinya membahang apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh jejaka itu sebentar tadi.
'Kau ingat! Hari ni, hari kau malukan aku! Tunggu tiba masa aku malukan kau nanti, silap-silap dalam mangkuk jamban tu kau sorokkan muka kau!' hatinya berkata sebaik langkahnya diatur meninggalkan lelaki itu.
'Tak faham bahasa betul perempuan ni. Dah aku tunjuk yang aku tak minat dengan dia, yang dia masih tak faham ni kenapa? Tak kan la dia tak malu?' dia bermonolog sendirian, sebaik Maya Idrisha meninggalkan dia.
“Assalammualaikum, Ummi. Ummi sihat?” segera dia menjawab panggilan sebaik telefon bimbitnya bergetar.
“Waalaikummussalam, anak Ummi sihat? Malam ni along free tak? Ummi ingat, nak buat makan-makan sikit,” jelas Ummi jejaka itu.
“Alhamdulillah, along sihat Ummi. Ummi nak buat makan-makan? Sempena apa Ummi?” soalnya kembali. Setahunya, Umminya jarang nak masak dekat rumah. Mesti ada yang istimewa ni.
“Along ni, Ummi ajak balik makan pun kena ada sebab ke?” Umminya tahu, dia pasti pelik bila berhajat nak buat makan-makan dekat rumah.
“Mestilah, selalunya Ummi jarang nak buat makan-makan dekat rumah. Along nak rasa masakan Ummi pun susah, yela Ummi kan Iron Lady. Bila balik rumah je, along asyik makan masakan Tok Mah je,” sempat mengusik Umminya.
“Ish, along ni kan. Kalau Ummi tak kerja, macam mana Ummi nak besarkan along dengan adik-adik? Along sendiri pun tahu, macam mana family kita sejak Ummi bercerai dengan Walid kan? Ni along jadi tak nak balik ni? Tadi cakap nak rasa masakan Ummi,” Umminya tahu bagaimana nak ambil hati anak terunanya.
“Mestilah along balik, sebab dah lama along nak rasa masakan Ummi. Okey, sebelum Maghrib along sampai. Ummi along minta diri dulu, nak periksa pesakit jap dan siapkan report untuk hari ni,” Anak terunanya meminta diri, sebelum menamatkan panggilan.
“Okey, hati-hati drive tu. Ingat sikit, yang awak tu belum berkahwin. Assalammualaikum,” Umminya sempat memberi hint.
“Ha? Kenapa Ummi tiba-tiba bangkitkan isu kahwin ni? Tahun ni, umur aku baru 27 tahun. Masih banyak, yang aku nak capai dalam kerjaya aku ni. Tak da masa lagi nak fikir, tentang rumahtangga ni,” dia berbicara sendiri setelah talian dimatikan.
'Syed, kau kena ingat yang Ummi kau da tua. Mesti dia nak berehat, dan bermain dengan cucu-cucunya. Sampai bila kau nak tunggu?' Hati kecilnya berbicara sendiri.
'Kalau Ummi teringin sangat nak cucu, suruhlah angah atau alang yang kahwin. Lagipula, mereka perempuan. Bila dah kahwin, tak payah fikir pasal tanggungjawab nak sara keluarga. Tanggungjawab itu terletak pada suami mereka,' mindanya pula membidas.
'Syed, cuba kau tenung diri kau dekat cermin. Adik-adik kau semua dah jadi tunangan orang. Tapi kau, sampai sekarang tak pernah terikat dengan mana-mana perempuan. Tak kan kau nak tunggu, perempuan yang pinang kau?' hatinya masih terus mengusik kewarasannya.
“Bila tiba masanya nanti, aku akan kahwin jugak. Biar masa yang tentukan, sama ada cepat atau lambat jodoh itu menemui aku,” mindanya warasnya berbisik.
“Sayang, kenapa ni asyik nangis je dari tadi? Mama nak buat kerja rumah pun tak boleh?” soal Shaza pada anaknya.
“Mama, papa mana? Baby, rindukan papa. Kenapa papa tak da dengan kita?” Shadrina menyatakan apa yang dia rasa.
Terkedu Shaza seketika. Dia tidak menyangka anaknya yang berusia 3 tahun itu bertanya sebegitu. 'Apa aku nak jawab ni? Tak pernah dia tanya tentang papa dia sebelum ini? Takkan aku nak tipu dia?' Mindanya berusaha memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Shadrina.
“Baby, bukan Mama dah bagitahu ke yang Papa dah tinggalkan kita? Papa dah tak da dekat dunia ni lagi,” Spontan itu jawapan yang keluar dari mulut Shaza.
“Papa pergi mana? Papa dah tak sayangkan baby ke?” Shadrina bertanya sambil memeluk tubuh mamanya.
“Baby, bukan Papa tak sayangkan Baby. Tapi ALLAH, lebih sayangkan Papa,” Shaza terpaksa berbohong. Dia tidak mahu, anaknya bertanyakan tentang lelaki itu.
Shaza bertekad untuk melupuskan memori tentang lelaki itu dalam dirinya, dan juga anaknya itu.
“Maksud Mama? Baby tak faham,” Shadrina mencari jawapan untuk memahaminya.
“Baby, setiap yang hidup pasti akan mati. Itu telah ditakdirkan oleh ALLAH. ALLAH ambil papa, sebab ALLAH lebih sayangkan papa. Walaupun baby tak da papa, baby masih ada mama dan aunty Maziana.
Baby, nanti baby akan faham apa yang mama cakapkan ni. Sekarang ni, baby tengok tv dulu, sementara mama buat kerja rumah. Lepas mama siap buat kerja mama, kita keluar jalan-jalan. Baby nak tak jalan-jalan?” Shaza menukarkan topik untuk menceriakan balik emosi puteri tunggalnya itu.
“Mama, baby tak faham apa yang dorang cakap,” ucap Shadrina sambi menuding jarinya kearah tv yang terpasang.
Shaza menepuk dahinya. Macam mana dia boleh terlupa nak alihkan suara kartun? Sedangkan dia tahu, puterinya itu tidak memahami bahasa German. Seawal usia setahun lagi, Shaza sudah mengajar puterinya bahasa English. Shaza beruntung, sebab dikurniakan zuriat yang bijak dan mampu menangkap setiap butir yang di ajarkan kepadanya, walaupun masih kanak-kanak.
“Sorry baby, mama terlupa nak tukar suaranya. Baby, minggu depan mama daftarkan baby masuk kelas bahasa German. Baby nak tak?” Shaza bertanya sambil menukar suara siaran tv.
“Mama, baby nak. Nanti mesti baby, dapat ramai kawan,” Shadrina memberikan persetujuannya untuk menyertai kelas bahasa German.
Shaza bersyukur, sebab zuriatnya memahami situasinya. Disamping itu, dia juga perlu menyertai kelas bahasa German, agar dapat memudahkannya untuk berkomunikasi dan mencari pekerjaan untuk menampung hidup mereka berdua.
Baginya, dia tidak mahu menyusahkan Maziana lagi. Cukupla dengan pemberian rumah milik Maziana yang diberikan untuknya berteduh. Dia bertekad untuk menyara keluarganya sendiri dengan membanting tulang empat keratnya yang dikurniakan ALLAH.
“Assalammualaikum Ummi. Makin cantik Ummi along sekarang,” katanya sambil menyalam dan memeluk Umminya. Sudah lama dia tidak pulang kerumah Umminya, sejak dia mula berkerja sebagai seorang Doktor Pakar Bedah.
“Waalaikummussalam, hai bodek Ummi nampak,” sergah adiknya yang muncul di belakang Umminya.
“Angah? Bila balik? Tak bagitahu along pun angah balik,” hatinya melonjak girang apabila melihat susuk tubuh adik yang amat dirinduinya.
“Along kan busy memanjang. Mana ada masa nak ambil tahu tentang kami,” perli Sharifah Mustieqa, sambil memeluk Umminya di depan pintu.
“Dah mula la tu, pantang jumpa mesti nak perli memerli. Angah, meja makan da siap ke?” soal Umminya.
“Dah beres Ummi, cuma tunggu putera Ummi ni menyantap makanan yang terhidang,” Sharifah Mustieqa masih mahu memerli abangnya. Seingatnya, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya adalah pada hari dia pulang ke Jakarta, Indonesia.
“Amboi, sejak jadi tunang orang ni mulut tu dah tak da insurans. Ummi masak apa hari ni?” soalnya.
“Ummi dengan Tika masak lauk kegemaran along la, gulai tempoyak udang galah. Eh, masuk la. Tak kan nak berbual dekat depan pintu ni je. Tieqa, pergi panggil Iffa turun makan sekali. Kesian dia, sampai tertidur tunggu kita masak,” Datin Nur Ain memberi arahan kepada puteri sulungnya.
Jejaka itu hanya memerhati, Sharifah Mustika berjalan meninggalkan mereka.
“Ummi, siapa Iffa?” soalnya sambil memeluk bahu Umminya.
“Oh, Iffa anak angkat Tieqa. Menurut Tieqa, dia jumpa budak tu depan pintu rumah dia. Masa dia jumpa, budak tu masih bayi. Sekarang umur dia da tiga tahun,” Umminya menerangkan kepada Syed Qhaleef Dani.
“Dah tiga tahun? Maknanya, dah 3 tahun juga along tak balik sini?” soal Syed Qhaleef Dani yang mulai terkejut.
“Ya sayang. Dah 3 tahun. Lepas je, along habis belajar di India kan along terus kerja? Along terus pindah dekat rumah yang Ummi belikan untuk along sempena kejayaan along. Tak kan dah lupa?” Umminya mengingatkannya kembali.
“Haah, maafkan along Ummi. Along tak sangka cepat betul masa berlalu. Ummi, Sharifah Zuriena dekat mana sekarang?” soal Qhaleef sebaik sampai di meja makan.
“Riena? Sekarang dia di Frankfurt. Dia belejar dekat sana, dalam bidang Science Computer. Tak silap Ummi, Goethe University Frankfurt nama tempat dia belajar. Qhaleef sendiri tahu Riena macam mana kan?” Umminya menerangkan kepada putera sulungnya.
Syed Qhaleef Dani mengangguk, tanda faham akan minat adik bongsunya. Kelihatan Tieqa mendekati dia dan Umminya di meja makan.
“Iffa, salam Uncle Qhaleef. Uncle Qhaleef ni abang Mama,” Tieka menerangkan kepada anak angkatnya.
“Assalammualaikum Uncle Qhaleef. Mama kenapa, Uncle Qhaleef nampak lagi muda dari mama?” Qashiefa bertanya sambil mengambil tempat sebelah Unclenya.
“Iffa, Uncle Qhaleef tu doktor. Memang la nampak muda, dia pakai banyak makan ubat,” perli Tieqa. Tidak menyangka anak angkatnya, mampu berkata begitu.
“Nama siapa ni?” soal Qhaleef sambil membetulkan rambut anak angkat adiknya.
“Nama Qashiefa, uncle boleh panggil Iffa je,” jawabnya sambil tersenyum.
“Iffa tak baik cakap macam tu dekat mama. Tapi uncle setuju, yang mama nampak lagi tua dari uncle,” ucapnya sambil ketawa. Gamat seketika situasi di meja makan.
Manakala, Sharifah Mustieqa sudah menarik muka. Geram apabila diperli begitu, oleh abangnya dan anak angkatnya.
“Qhaleef, dah la tu. Tak baik ajar, Iffa yang bukan-bukan. Tengok Tieqa tu, dah tarik muka dah,” Umminya mencelah.
“Tieqa, janganlah tarik muka. Abang bergurau je, tak sangka cepat sensitif pulak sekarang ni. Tieqa, esok ada plan kemana-mana tak?” Qhaleef bertanya sebaik menuangkan nasi ke pinggan buah hatinya.
“Along sendiri tahu kan, yang Tieqa tak suka bila isu itu dijadikan bahan untuk memerli Tieqa? Saja la tu, nak tengok Tieqa tarik muka. Esok? Tak da, kenapa?” Mustieqa menuangkan nasi ke pinggan Umminya dan pinggannya.

“Along cuti esok. Ingatkan nak ajak Tieqa pergi Sunway Lagoon, sebab along nak spend time dengan buah hati along ni,” jawab Qhaleef sambil mengusap kepala anak buahnya itu. Sememangnya, Qhaleef memang sukakan budak-budak. Itu terbukti, dengan kemesraannya dengan Iffa, walaupun baru 15minit berjumpa.
Post a Comment

Google+ Followers

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!