“Assalammualaikum,
Doktor,” sapa Maya Idrisha sambil mencuba mengambil perhatian
doktor muda itu.
“Waalaikummussalam,”
Jawabnya tanpa memandang wajah yang memberi salam sebentar tadi.
“Doktor,
busy ke?” soal Maya Idrisha yang masih tidak mahu mengalah.
“Awak
nampak, macam saya busy ke tidak?” Acuh tak acuh saja, dia
menjawab.
'Ish,
poyo nya mamat ni! Aku tanya elok-elok, kau boleh jawab macam tu?'
getus hati Maya Idrisha.
“Pada
pandangan saya ...” belum sempat Maya membuka mulut, doktor muda
itu sudah memotong.
“Ada
yang penting, awak jumpa saya ni? Kalau tak da, saya rasa awak tahu
di mana pintu untuk keluar kan?” jejaka itu bersuara.
“Err,
sebenarnya saya ...”
“Sebenarnya
apa? Awak jangan, buang masa saya boleh tak? Banyak benda lagi, yang
saya nak kena uruskan!” Nada suaranya saja, ditinggikan agar tidak
diganggu oleh perempuan itu.
Maya
Idrisha melangkah pergi, sebaik dia diherdik oleh jejaka itu. Hatinya
membahang apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh jejaka itu
sebentar tadi.
'Kau
ingat! Hari ni, hari kau malukan aku! Tunggu tiba masa aku malukan
kau nanti, silap-silap dalam mangkuk jamban tu kau sorokkan muka
kau!' hatinya berkata sebaik langkahnya diatur meninggalkan lelaki
itu.
'Tak
faham bahasa betul perempuan ni. Dah aku tunjuk yang aku tak minat
dengan dia, yang dia masih tak faham ni kenapa? Tak kan la dia tak
malu?' dia bermonolog sendirian, sebaik Maya Idrisha meninggalkan
dia.
“Assalammualaikum,
Ummi. Ummi sihat?” segera dia menjawab panggilan sebaik telefon
bimbitnya bergetar.
“Waalaikummussalam,
anak Ummi sihat? Malam ni along free tak? Ummi ingat, nak buat
makan-makan sikit,” jelas Ummi jejaka itu.
“Alhamdulillah,
along sihat Ummi. Ummi nak buat makan-makan? Sempena apa Ummi?”
soalnya kembali. Setahunya, Umminya jarang nak masak dekat rumah.
Mesti ada yang istimewa ni.
“Along
ni, Ummi ajak balik makan pun kena ada sebab ke?” Umminya tahu, dia
pasti pelik bila berhajat nak buat makan-makan dekat rumah.
“Mestilah,
selalunya Ummi jarang nak buat makan-makan dekat rumah. Along nak
rasa masakan Ummi pun susah, yela Ummi kan Iron Lady. Bila balik
rumah je, along asyik makan masakan Tok Mah je,” sempat mengusik
Umminya.
“Ish,
along ni kan. Kalau Ummi tak kerja, macam mana Ummi nak besarkan
along dengan adik-adik? Along sendiri pun tahu, macam mana family
kita sejak Ummi bercerai dengan Walid kan? Ni along jadi tak nak
balik ni? Tadi cakap nak rasa masakan Ummi,” Umminya tahu bagaimana
nak ambil hati anak terunanya.
“Mestilah
along balik, sebab dah lama along nak rasa masakan Ummi. Okey,
sebelum Maghrib along sampai. Ummi along minta diri dulu, nak periksa
pesakit jap dan siapkan report untuk hari ni,” Anak terunanya
meminta diri, sebelum menamatkan panggilan.
“Okey,
hati-hati drive tu. Ingat sikit, yang awak tu belum berkahwin.
Assalammualaikum,” Umminya sempat memberi hint.
“Ha?
Kenapa Ummi tiba-tiba bangkitkan isu kahwin ni? Tahun ni, umur aku
baru 27 tahun. Masih banyak, yang aku nak capai dalam kerjaya aku ni.
Tak da masa lagi nak fikir, tentang rumahtangga ni,” dia berbicara
sendiri setelah talian dimatikan.
'Syed,
kau kena ingat yang Ummi kau da tua. Mesti dia nak berehat, dan
bermain dengan cucu-cucunya. Sampai bila kau nak tunggu?' Hati
kecilnya berbicara sendiri.
'Kalau
Ummi teringin sangat nak cucu, suruhlah angah atau alang yang kahwin.
Lagipula, mereka perempuan. Bila dah kahwin, tak payah fikir pasal
tanggungjawab nak sara keluarga. Tanggungjawab itu terletak pada
suami mereka,' mindanya pula membidas.
'Syed,
cuba kau tenung diri kau dekat cermin. Adik-adik kau semua dah jadi
tunangan orang. Tapi kau, sampai sekarang tak pernah terikat dengan
mana-mana perempuan. Tak kan kau nak tunggu, perempuan yang pinang
kau?' hatinya masih terus mengusik kewarasannya.
“Bila
tiba masanya nanti, aku akan kahwin jugak. Biar masa yang tentukan,
sama ada cepat atau lambat jodoh itu menemui aku,” mindanya
warasnya berbisik.
“Sayang,
kenapa ni asyik nangis je dari tadi? Mama nak buat kerja rumah pun
tak boleh?” soal Shaza pada anaknya.
“Mama,
papa mana? Baby, rindukan papa. Kenapa papa tak da dengan kita?”
Shadrina menyatakan apa yang dia rasa.
Terkedu
Shaza seketika. Dia tidak menyangka anaknya yang berusia 3 tahun itu
bertanya sebegitu. 'Apa aku nak jawab ni? Tak pernah dia tanya
tentang papa dia sebelum ini? Takkan aku nak tipu dia?' Mindanya
berusaha memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada
Shadrina.
“Baby,
bukan Mama dah bagitahu ke yang Papa dah tinggalkan kita? Papa dah
tak da dekat dunia ni lagi,” Spontan itu jawapan yang keluar dari
mulut Shaza.
“Papa
pergi mana? Papa dah tak sayangkan baby ke?” Shadrina bertanya
sambil memeluk tubuh mamanya.
“Baby,
bukan Papa tak sayangkan Baby. Tapi ALLAH, lebih sayangkan Papa,”
Shaza terpaksa berbohong. Dia tidak mahu, anaknya bertanyakan tentang
lelaki itu.
Shaza
bertekad untuk melupuskan memori tentang lelaki itu dalam dirinya,
dan juga anaknya itu.
“Maksud
Mama? Baby tak faham,” Shadrina mencari jawapan untuk memahaminya.
“Baby,
setiap yang hidup pasti akan mati. Itu telah ditakdirkan oleh ALLAH.
ALLAH ambil papa, sebab ALLAH lebih sayangkan papa. Walaupun baby tak
da papa, baby masih ada mama dan aunty Maziana.
Baby,
nanti baby akan faham apa yang mama cakapkan ni. Sekarang ni, baby
tengok tv dulu, sementara mama buat kerja rumah. Lepas mama siap buat
kerja mama, kita keluar jalan-jalan. Baby nak tak jalan-jalan?”
Shaza menukarkan topik untuk menceriakan balik emosi puteri
tunggalnya itu.
“Mama,
baby tak faham apa yang dorang cakap,” ucap Shadrina sambi menuding
jarinya kearah tv yang terpasang.
Shaza
menepuk dahinya. Macam mana dia boleh terlupa nak alihkan suara
kartun? Sedangkan dia tahu, puterinya itu tidak memahami bahasa
German. Seawal usia setahun lagi, Shaza sudah mengajar puterinya
bahasa English. Shaza beruntung, sebab dikurniakan zuriat yang bijak
dan mampu menangkap setiap butir yang di ajarkan kepadanya, walaupun
masih kanak-kanak.
“Sorry
baby, mama terlupa nak tukar suaranya. Baby, minggu depan mama
daftarkan baby masuk kelas bahasa German. Baby nak tak?” Shaza
bertanya sambil menukar suara siaran tv.
“Mama,
baby nak. Nanti mesti baby, dapat ramai kawan,” Shadrina memberikan
persetujuannya untuk menyertai kelas bahasa German.
Shaza
bersyukur, sebab zuriatnya memahami situasinya. Disamping itu, dia
juga perlu menyertai kelas bahasa German, agar dapat memudahkannya
untuk berkomunikasi dan mencari pekerjaan untuk menampung hidup
mereka berdua.
Baginya,
dia tidak mahu menyusahkan Maziana lagi. Cukupla dengan pemberian
rumah milik Maziana yang diberikan untuknya berteduh. Dia bertekad
untuk menyara keluarganya sendiri dengan membanting tulang empat
keratnya yang dikurniakan ALLAH.
“Assalammualaikum
Ummi. Makin cantik Ummi along sekarang,” katanya sambil menyalam
dan memeluk Umminya. Sudah lama dia tidak pulang kerumah Umminya,
sejak dia mula berkerja sebagai seorang Doktor Pakar Bedah.
“Waalaikummussalam,
hai bodek Ummi nampak,” sergah adiknya yang muncul di belakang
Umminya.
“Angah?
Bila balik? Tak bagitahu along pun angah balik,” hatinya melonjak
girang apabila melihat susuk tubuh adik yang amat dirinduinya.
“Along
kan busy memanjang. Mana ada masa nak ambil tahu tentang kami,”
perli Sharifah Mustieqa, sambil memeluk Umminya di depan pintu.
“Dah
mula la tu, pantang jumpa mesti nak perli memerli. Angah, meja makan
da siap ke?” soal Umminya.
“Dah
beres Ummi, cuma tunggu putera Ummi ni menyantap makanan yang
terhidang,” Sharifah Mustieqa masih mahu memerli abangnya.
Seingatnya, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya adalah pada
hari dia pulang ke Jakarta, Indonesia.
“Amboi,
sejak jadi tunang orang ni mulut tu dah tak da insurans. Ummi masak
apa hari ni?” soalnya.
“Ummi
dengan Tika masak lauk kegemaran along la, gulai tempoyak udang
galah. Eh, masuk la. Tak kan nak berbual dekat depan pintu ni je.
Tieqa, pergi panggil Iffa turun makan sekali. Kesian dia, sampai
tertidur tunggu kita masak,” Datin Nur Ain memberi arahan kepada
puteri sulungnya.
Jejaka
itu hanya memerhati, Sharifah Mustika berjalan meninggalkan mereka.
“Ummi,
siapa Iffa?” soalnya sambil memeluk bahu Umminya.
“Oh,
Iffa anak angkat Tieqa. Menurut Tieqa, dia jumpa budak tu depan pintu
rumah dia. Masa dia jumpa, budak tu masih bayi. Sekarang umur dia da
tiga tahun,” Umminya menerangkan kepada Syed Qhaleef Dani.
“Dah
tiga tahun? Maknanya, dah 3 tahun juga along tak balik sini?” soal
Syed Qhaleef Dani yang mulai terkejut.
“Ya
sayang. Dah 3 tahun. Lepas je, along habis belajar di India kan along
terus kerja? Along terus pindah dekat rumah yang Ummi belikan untuk
along sempena kejayaan along. Tak kan dah lupa?” Umminya
mengingatkannya kembali.
“Haah,
maafkan along Ummi. Along tak sangka cepat betul masa berlalu. Ummi,
Sharifah Zuriena dekat mana sekarang?” soal Qhaleef sebaik sampai
di meja makan.
“Riena?
Sekarang dia di Frankfurt. Dia belejar dekat sana, dalam bidang
Science Computer. Tak silap Ummi, Goethe University Frankfurt nama
tempat dia belajar. Qhaleef sendiri tahu Riena macam mana kan?”
Umminya menerangkan kepada putera sulungnya.
Syed
Qhaleef Dani mengangguk, tanda faham akan minat adik bongsunya.
Kelihatan Tieqa mendekati dia dan Umminya di meja makan.
“Iffa,
salam Uncle Qhaleef. Uncle Qhaleef ni abang Mama,” Tieka
menerangkan kepada anak angkatnya.
“Assalammualaikum
Uncle Qhaleef. Mama kenapa, Uncle Qhaleef nampak lagi muda dari
mama?” Qashiefa bertanya sambil mengambil tempat sebelah Unclenya.
“Iffa,
Uncle Qhaleef tu doktor. Memang la nampak muda, dia pakai banyak
makan ubat,” perli Tieqa. Tidak menyangka anak angkatnya, mampu
berkata begitu.
“Nama
siapa ni?” soal Qhaleef sambil membetulkan rambut anak angkat
adiknya.
“Nama
Qashiefa, uncle boleh panggil Iffa je,” jawabnya sambil tersenyum.
“Iffa
tak baik cakap macam tu dekat mama. Tapi uncle setuju, yang mama
nampak lagi tua dari uncle,” ucapnya sambil ketawa. Gamat seketika
situasi di meja makan.
Manakala,
Sharifah Mustieqa sudah menarik muka. Geram apabila diperli begitu,
oleh abangnya dan anak angkatnya.
“Qhaleef,
dah la tu. Tak baik ajar, Iffa yang bukan-bukan. Tengok Tieqa tu, dah
tarik muka dah,” Umminya mencelah.
“Tieqa,
janganlah tarik muka. Abang bergurau je, tak sangka cepat sensitif
pulak sekarang ni. Tieqa, esok ada plan kemana-mana tak?” Qhaleef
bertanya sebaik menuangkan nasi ke pinggan buah hatinya.
“Along
sendiri tahu kan, yang Tieqa tak suka bila isu itu dijadikan bahan
untuk memerli Tieqa? Saja la tu, nak tengok Tieqa tarik muka. Esok?
Tak da, kenapa?” Mustieqa menuangkan nasi ke pinggan Umminya dan
pinggannya.
“Along
cuti esok. Ingatkan nak ajak Tieqa pergi Sunway Lagoon, sebab along
nak spend time dengan buah hati along ni,” jawab Qhaleef sambil
mengusap kepala anak buahnya itu. Sememangnya, Qhaleef memang sukakan
budak-budak. Itu terbukti, dengan kemesraannya dengan Iffa, walaupun
baru 15minit berjumpa.
2 comments:
best!dah semakin berkembang jalan cerita dan juga watak2. hari tu ada singgah nak baca cite ni tapi silau sangat at that time..sekarang, baru ok;-)
sorry for that...
ME da repair,
demi semua pelawat dan pembaca karya ME
Post a Comment