UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 5 March 2014

What? Katak Puru Suamiku? 14

Selamat pagi, Cik Riana. Macam mana dengan hari ni?” sapa Dr Raziq apabila memeriksa tahap kesihatan Riana.
Selamat pagi doktor. Saya rasa, saya dah sihat. Bila saya boleh keluar dari sini, doktor?” soal Riana. Dia sudah tidak sabar, untuk meneruskan rutin hariannya yang terganggu apabila dia ditahan di hospital.
Amboi, tak sabar nak keluar dari sini? Dah bosan ke, tengok saya Riana?” soal Dr Raziq sambil menatap wajah Riana.
Err, tak da la bosan sangat tengok muka awak. Cuma, saya rimas la duduk sini. Dah la, makanan semuanya tak sedap. Lepas tu, nak kena hadap muka tak da seri jururawat awak tu. Dah la tak reti nak senyum, lepas tu dia layan saya macam saya ni orang kurang upaya.
Ini tak boleh buat, itu tak oleh buat. Habis tu, tak kan lah dia nak saya ternak badan je dekat sini?” Riana meluahkan apa yang terbuku dibenaknya tika ini.
Awak ni kan, dari dulu tak pernah berubah,” Dr Raziq sudah tidak menggunakan panggilan formal, apabila hanya dia dan Riana yang berada dalam bilik itu.
Tak pernah berubah? Maksud awak, Raziq? Tolong jangan nak berkias sangat, saya malas nak fikir tentang kiasan awak tu,” Riana berterus terang.
Maksud saya, sikap awak tu. Dari dulu, sampai sekarang masih sama. Asyik nak cari salah orang. Dah memang tugas dia sebagai jururawat, menjaga pesakit di sini. Tak kan awak nak, dia menyanyi untuk awak?” Raziq mula memerli Riana.
Sesungguhnya, wajah itu amat dirinduinya. Hampir 3 tahun, dia terputus hubungan dengan Riana. Dengan kuasa Yang Maha Esa, dia dapat berjumpa kembali dengan gadis yang telah hampir membuatkannya hilang kewarasan akal.
I know that, tapi tak perlu lah sampai saya nak pergi toilet pun dia nak ikut? Mana privasi saya? Okey, kita tukar topik. So, how's your live now?” Riana bertanya sambil mengumpul kekuatan untuk menatap wajah jejaka yang hampir meragut cintanya.
Wow! Lepas awak menghilangkan diri, selama 3 tahun. Awak boleh tanya saya, how's my life? Betul ke awak nak tahu?” Raziq mahu menduga Riana.
Why? Salah ke saya bertanya?” Riana sekadar ingin tahu bagaimana, kehidupan jejaka itu selepas dia mengambil keputusan untuk mengundur diri.
I don't think its suitable time, for me to story about that. Okey, Riana esok awak dah boleh discharge. Saya minta diri dulu, banyak lagi pesakit yang saya nak periksa,” Raziq tidak mahu emosinya terganggu jika dia membuka cerita apa yang telah terjadi selepas Riana pergi dari hidupnya.
Riana tercenganggang. Dia tidak menyangka bahawa jejaka itu, akan meninggalkannya tanpa menceritakan tentang apa yang berlaku selepas dia mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Ya ALLAH, ujian apa kali ini yang Kau kirimkan untukku? Kenapa aku dipertemukan kembali, dengan insan bernama Raziq Ackmal? Kau tabahkanlah hatiku, untuk menghadapi ujianMU,” Riana berdoa sebaik kelibat Raziq tidak lagi kelihatan di biliknya.
Riana, aku nak tanya kau sikit boleh?” Ashfiq mengambil tempat di hadapan pasangan kembarnya itu.
Kau nak tanya apa, Fiq? Kalau aku boleh jawab, aku jawab,” balas Riana sambil menyedut minumannya.
Betul ke, kau dengan Raziq sekarang ni? Aku nak dengar, dari mulut kau sendiri,” Ashfiq mahukan kepastian.
Mana kau dapat cerita ni? Siapa yang bagitahu kau?” Riana masih cuba berselindung.
Siapa yang bagitahu dan mana aku dapat cerita ni, tak penting. Aku nak kau cakap dengan aku, korang couple ke?” Ashfiq terus mendesak.
Beri aku sebab, kenapa aku kena bagitahu kau dengan siapa aku berkawan?” Riana masih mahu menduga.
Riana, jangan nak main tarik tali dengan aku boleh? Kau lupa ke, dekat dunia ni tinggal kau seorang keluarga yang aku ada? Jadi, aku berhak tahu dengan siapa kau berkawan. Kau jangan lupa yang kita ni kembar, kalau kau sakit aku akan rasa yang sama.
Aku tak kisah kau nak berkawan dengan sesiapa, tapi bukan dengan Raziq. Aku tak nak kau rapat dengan dia,” Ashfiq memberikan nasihat kepada kembarnya.
Kenapa aku, tak boleh rapat dengan Raziq? Boleh kau rungkaikan, apa yang kau simpulkan dekat minda aku sekarang ni?” Riana menunjukkan ketidakpuasan hatinya.
Riana, kau jangan salah faham. Bukan aku tak bagi, kau kawan langsung dengan Raziq. Cuma aku tak nak, kau kecewa kemudian hari nanti,” Ashfiq memberi nasihat.
Kenapa aku mesti kecewa kalau aku rapat dengan dia?” Riana sudah mulai berang.
Riana, boleh tak kau kawal sikit marah kau tu? Aku sekadar nak lindungi kau,” Ashfiq cuba memanipulasi keadaannya sekarang.
Fiq, kau cakap terus terang boleh tak? Kau sendiri tahukan, yang aku tak suka sangat orang berkias dengan aku? Tadi kau cakap tak nak aku kecewa, sekarang kau nak lindungi aku? Apa maksud kau sebenarnya ni?” Riana mulai bertenang.
Okey, aku bagitahu kau sebab apa aku tak nak kau rapat dengan Raziq. Firstly, kau sedar tak tentang latar belakang keluarga dia?” Ashfiq menyoal.
Kenapa dengan background family dia?” Riana mengerutkan dahinya.
Riana, kau tak siasat ke dengan siapa kau berkawan?” Ashfiq masih mampu mengawal suaranya.
Setahu aku, dia dari family yang kaya raya. Dia anak sulung dari dua beradik,” Riana memberikan respon atas soalan yang ditujukan kepadanya.
Okey, kau sendiri tahu family dia orang kaya. So, kau rasa sesuai ke kau nak berkawan dengan dia? Riana, ukur baju di badan sendiri,” Ashfiq sempat menekan peribahasa yang digunakan.
Fiq, minda kau ni masih kolot kan? Zaman sekarang, mana ada orang yang fikir tentang darjat lagi. Kau jangan cepat menjatuhkan hukuman, kalau kau sendiri tak kenal family dia. Pernah kau nampak dia, meninggikan diri dengan pelajar lain dekat sini?” Riana membidas hujah Ashfiq dengan point yang dia rasa amat tepat.
Memang dia tak meninggikan diri, tapi family dia? Kau tahu? Aku cuma nak kau berjaga-jaga. Jangan mudah percayakan orang, aku tak nak kau terima nasib serupa dengan arwah ibu. Kau lupa ke apa yang ayah buat dekat ibu?
Menurut arwah ibu, ayah dulu perangai dia sama seperti orang biasa. Tapi bila, family dia tahu ibu mengandungkan zuriat ayah. Mereka memaksa ayah ceraikan arwah ibu, jika tidak ayah tak kan dapat sesen pun harta family dia. Kau nampak tak sekarang, apibila family campur tangan dalam perhubungan mereka?
Gara-gara harta, ayah sanggup buang kita, buang arwah ibu dari hidup dia. So, tak mustahil juga si Raziq akan lakukan perkara yang sama. Kau kuat ke nak hadapi situasi itu?” Panjang lebar Ashfiq menerangkan dan mengembalikan ingatan Riana terhadap apa yang pernah mereka bertiga lalui sewaktu hayat ibu masih dikandung jasad.
Riana termenung apabila memikirkan kembali, apa yang Ashfiq bicarakan sebentar tadi. Sesungguhnya, dia bukanlah wanita yang tabah seperti arwah ibunya. Wanita yang sanggup mnerima ketentuan takdir yang diberikan kepadanya. Tetapi, dia tetap berusaha dalam menyara zuriatnya yang masih kecil.
Riana... Riana... ?” Ashfiq memanggil Riana tetapi tiada respon yang ditunjukkan oleh Riana. Apabila melihat Riana, masih kaku. Ashfiq menggoyangkan tubuh Riana.
Astafirullah alazim,Fiq. Kau dah hilang kewarasan ke? Buat aku macam tu?” Riana beristighfar apabila melihat Ashfiq disebelahnya.
Dah tu, aku panggil kau tiga empat kali tiada respon. Aku pun gegarkan la kau. Jauh kau termenung. Kau ingatkan apa?” soal Ashfiq sambil mengambil buah-buahan kegemaran Riana yang diletakkan di kerusi yang berada disisinya sebentar tadi.
Bila kau sampai?” soal Riana sambil meraup wajahnya.
Baru je. Kau tak jawab pun soalan aku. Kau menungkan apa?” Ashfiq melabuhkan punggung ke kerusi yang disediakan.
Fiq, tadi Raziq periksa aku,” Riana mula berbicara.
Ya, aku tahu dia yang rawat kau. So, apa kena mengena dia rawt kau dengan kau mengelamun?” soal Ashfiq.
Tadi dia tanya aku, kemana aku menghilangkan diri selama 3 tahun. Aku tak jawap apa-apa. Tapi aku nampak yang riak wajahnya, berubah bila aku tanya tentang kehidupannya sekarang. Aku rasa, dia masih menaruh harapan dengan aku, Fiq.
Bila aku perasan akan riak wajahnya yang berubah, dia terus minta diri. Seperti dia sorokkan sesuatu dari aku,” Riana menceritakan apa yang terjadi antara dia dengan Raziq sebentar tadi.
Riana, aku nak kau jujur. Kau masih ada hati pada dia ke?” Ashfiq sudah berubah riak.
Fiq, kalau betul pun aku menaruh hati pada dia, mustahil aku mampu untuk berjalan seiring dengan dia. Aku sedar taraf kita, Fiq. Aku tahu di mana aku berpijak,” Riana meluahkan.
Baguslah kalau kau fikir macam tu. Ingat, aku tak nak kau kecewa, gara-gara lelaki yang reti nak hargai dan hormati kau. Riana, sebenarnya aku ada benda penting nak bagitahu kau ni,” Ashfiq mengalihkan topik perbualan.
Kau nak bagitahu apa?” soal Riana, sambil mengupas epal hijau yang dibawa oleh Ashfiq untuknya.
Aku nak bagitahu kau, yang aku dengan Qursyia ...” Merah padam muka Ashfiq menahan malu.
Kau dah kenapa? Aku tengok, kau ni persis seperti udang yang kena bakar bila sebut nama Qursyia. Jangan-jangan kau dengan dia dah terlanjur? Itu yang kau nak bagitahu aku?” Riana saja mengusik kembarnya.
Kau dah gila ke cakap aku tuduh aku macam tu? Walaupun aku ni, jenis sosial tapi tak sampai ke tahap itu lagi. Okey, sebenarnya aku dengan Qursyia. Kami couple sekarang,” Ucap Ashfiq sambil mengawal riak wajahnya.
Ha? Really? Betul ke apa aku dengar ni? Tak sangka, kuat juga jodoh kau dengan dia. Tahniah! Aku nak ingatkan kau, jangan sesekali kau mainkan hati perempuan. Kalau kau buat jugak, kau tu sama macam ayah! Fiq, sebenarnya tadi aku mengelamun tentang arwah ibu. Aku rindukan dia!” ucap Riana sambil memeluk bahu Ashfiq.
Riana, bukan kau seorang yang rindukan arwah ibu, aku pun rindu jugak. Kita hanya mampu, untuk mendoakan kesejahteraannya di sana. Riana, bila kau boleh keluar hospital?” soal Ashfiq sambil membalas pelukan Riana.
Raziq cakap, esok aku dah boleh discharge. Fiq, esok kau ajak Qursyia sekali jemput aku. Rasa rindu pulak aku dekat bakal adik ipar aku,” Riana mengusik Ashfiq.

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!