“Maz,
aku nak tanya sikit boleh?” Shaza menyoal sambil menyediakan air
untuk Maziana.
“Sejak
bila kau, kena minta izin dengan aku kalau nak bertanya?” Maziana
terus menoleh kearah Shaza apabila Shaza seperti orang yang baru dia
kenali.
“Jangan
lah pandang aku macam tu. Seram pulak aku nak tanya kau ni,” Jawab
Shaza spontan.
“Aku
cuma pelik je, bila kau minta izin. Sebelum ni, kau main redah je.
Okey, kau nak tanya apa Shaza? Kalau aku boleh jawab, aku akan jawab.
Kalau tak boleh, kau kena tunggu aku fikirkan jawapan kepada soalan
kau,” Maziana menghampiri Shaza.
“Sebenarnya,
aku teringin sangat nak bekerja. Yela, aku rasa ralit pulak bila tak
kerja. Lagipun, aku tak nak susahkan kau lagi,” Shaza menyatakan
hasrat hati dengan penuh waspada.
“Maksud
kau dengan susahkan aku? Aku tak berapa nak dapat faham soalan kau
tu,” Maziana mengambil gelas yang sudah dituangkan air oleh Shaza
dan menghirupnya.
“Okey,
macam ni. Semenjak aku duduk dekat rumah kau ni, semua perbelanjaan
aku dengan Shadrina kau yang tanggung. Tu yang buat aku rasa, seperti
aku ni tak boleh nak berdikari. Kau sendiri tahu, aku macam mana kan?
Aku tak reti nak mohon simpati orang,” Shaza amat berjaga-jaga
dalam setiap butir bicaranya, agar tidak disalah ertikan oleh
Maziana.
“Shaza,
aku dah anggap kau dengan Shadrina macam sibling aku sendiri. Aku tak
pernah rasa, sekelumit pun susah bila bantu kau,” Maziana sudah
membawa gelasnya yang berisi jus oren ke ruang tamu.
“Aku
tahu tu, cuma aku rasa macam nak pegang duit sendiri. Duit yang
datang, dari hasil titik peluh aku sendiri,” Shaza cuba menyakinkan
Maziana.
“Okey,
aku faham. So, kerja apa yang kau boleh buat dekat sini?” soal
Maziana, tanpa ada sekelumit perasaan untuk memandang rendah akan
keupayaan sahabatnya itu.
“Kalau
boleh, aku nak kerja yang setaraf dengan kelulusan aku,” Shaza
mengambil tempat di sebelah Maziana.
“Aku
rasa, aku boleh tolong kau dapatkan kerja yang setaraf dengan
kelulusan kau,” Maziana baru teringat akan sepupunya yang sedang
mencari pekerja.
“Kau
nak tolong macam mana?” soal Shaza dengan perasaan teruja.
“Jom
ikut aku. Nanti aku kenalkan pada kau dengan orang yang boleh bantu
kau, dapatkan pekerjaan yang kau nak,” Maziana memandang Shaza
untuk melihat reaksi sahabatnya itu.
“Kau
biar betul, Maz? Kau tak penat ke? Bukan kau, baru mendarat ke?”
soal Shaza yang seperti sukar untuk menerima apa yang Maziana ucapkan
sebentar tadi.
“Ala,
kau macam tak kenal aku? Kau nak ke tak nak ni? Jangan sampai aku
ubah fikiran?” Maziana sengaja mengertak Shaza.
“Kau
nikan, tak menyempat! Bagi aku 10 minit,” Shaza sudah berlari ke
biliknya untuk bersiap.
Sebaik
kelibat Shaza hilang dari pandangan, matanya tertancap kepada suatu
objek yang diletakkan disebelah televisyen.
'Shaza
masih menyimpannya? Kenapa dia tidak buang je?' dikala akalnya sibuk
memikirkan pelbagai kemungkinan, langkah kakinya diatur mendekati
objek itu. Tanpa menghiraukan Shaza yang mungkin melihat
perbuatannya, Maziana mengambilnya.
“Maz,
apa yang kau buat dekat situ?” soal Shaza sebaik keluar dari
biliknya.
“Shaza,
kenapa kau masih simpan?” soal Maziana sambil memegang objek yang
menariknya kesitu.
“Sejak
bila ia ada dekat sini? Setahu aku, aku tak pernah simpan pun benda
tu,” ucap Shaza yang sudah mengerutkan dahinya.
“Kalau
kau tak simpan, maknanya aku yang letak dekat sini?” soal Maziana
sambil mengerahkan mindanya untuk memikirkan kembali.
Peristiwa
5 tahun lalu, kini mula terlayar di tubir matanya. Saat dia baru
melangkah masuk kerumah, yang dibelinya dengan hasil titik peluhnya
sendiri.
**********
Tanpa
berlengah, Maziana mula memunggah segala barang-barangnya yang dibawa
bersamanya. 'SQD, maafkan saya sebab dah kecewakan awak. Bukan niat
saya untuk memutuskan, hubungan yang terjalin antara kita. Cuma, saya
tak nak awak menderita dengan kehilangan saya jika pembedahan ini
gagal.
Sekurang-kurangnya,
awak tahu saya masih bernyawa saat saya tinggalkan awak. Sekiranya
ada jodoh antara kita, INSYAALLAH kita akan bertemu suatu hari
nanti,' Maziana terus mengelap airmata yang melimpah dari tubir
matanya.
Sesungguhnya,
dia berasa serba salah diatas perbuatannya itu. Tetapi demi
kebahagiaan insan yang dia sayang, dia rela melepaskannya walaupun
dia tahu dia yang akan menderita.
Lalu
diarinya, diambil dari dalam beg tangannya. Diarinya, merupakan
satu-satunya teman yang mengetahui segala apa yang berlaku dalam
hidupnya.
28
March 2004/Khamis 12.45pm
Dear
Diary,
Hari
ni, genap sebulan aku meninggalkan dia. Aku tahu bukan mudah
untuknya, menerima keputusanku ini, begitu jua aku. Tetapi, aku harus
tekad! Aku tak nak dia rasa kehilangan, bila pembedahan ini gagal!
Aku
rela dibencinya, gara-gara keputusan yang aku buat ni. Aku cuma mahu,
dia menemui kebahagiaannya dengan orang lain! Aku redha! Sebagai
manusia, aku percaya akan setiap perkara yang diatur olehNYA.
SQD,
maafkan aku kerana terpaksa membohongimu, aku terpaksa kerana aku
tidak mahu kau meneruskan hubungan ini atas dasar simpati!
Semoga
dia, berjumpa dengan insan yang mampu membahagiakannya dunia dan
akhirat.
Cuaca diluar seakan memahami, kesedihan yang dialaminya. Lantas dia,
menyimpan kembali diarinya kedalam tas tangannya.
Lalu, sekeping gambar diambil dan dimasukkan ke dalam bingkai gambar
dan diletakkan disebelah televisyen.
“Walaupun kita sudah tiada apa-apa hubungan, izinkan diriku
menyayangi dan mencintai dirimu sehingga ALLAH menukar sayang dan
cintaku kepada insan lain.
**********
“Maz. Gambar siapa yang kau pegang tu?” soal Shaza sebaik airmata
Maziana mulai gugur.
“Err... Kau tanya apa tadi?” Maziana pantas menghapuskan
airmatanya. Dia tidak mahu, Shaza mengetahui akan kisah cintanya
dengan SQD.
“Tadi kau tanya aku kenapa aku simpan gambar tu, sedangkan aku
sendiri tak tahu gambar apa,” Shaza menghampiri Maziana.
“Err... nothing. Jom, aku bawa kau jumpa dia,” Maziana pantas
menyimpan bingkai gambar itu dalam tas tangannya.
“Maz, boleh aku tahu apa yang terjadi sampai kau menangis tadi?”
Shaza mencapai baju sejuknya yang disidai dibelakang pintu.
“Ha? Bila aku menangis?” Maziana beriaksi seperti sedang
terkejut.
“Tadi, lepas kau tanya aku. Kenapa aku masih simpan gambar tu. Aku
pun pelik, gambar siapa yang aku simpan? Tak da ribut, tak da taufan.
Tiba-tiba, aku tengok kau menangis. Kongsi la dengan aku,” Shaza
cuba mengorek rahsia sahabat yang sudah dianggap sebagai kembarnya.
“Hurm, nanti sampai masa dan ketikanya aku akan cerita pada kau,”
Maziana pantas mengunci pintu rumahnya.
“Maz, semalam anak aku ada tanya aku. Mama, kenapa papa tak da
dengan kita?” Shaza memulakan bicara sebaik suasana sepi tercipta.
“Ha? Habis tu, kau cakap apa?” Maziana menunjukkan minat
untukmengetahui kisah selanjutnya.
“Aku cakap, papa dia dah mati ...” suaranya seakan tersekat
ditekak bila bicara mengenai bekas suaminya.
“Shaza, kenapa kau cakap macam tu? Kenapa kau bohong akan kewujudan
Aniq Raykal? Dia berhak tahu, papa dia belum mati,” Maziana
memberikan pendapatnya.
“Aku rasa, lebih baik dia tak tahu tentang papa dia. Kau sendiri
tahu, apa yang dia buat dekat aku semasa aku tengah sarat
mengandungkan Shadrina,” Shaza ada sebab, kenapa dia tidak mahu
zuriatnya mengetahui tentang insan yang bernama Aniq Raykal.
“Aku tahu, tapi kenapa kau ketepikan hak Aniq?”
“Hak? Dia tahu ke apa maksud hak tu? Maz, kau sendiri ada masa dia
lafazkan talak dekat aku. Dia sendiri menafikan akan kewujudan bayi
yang aku kandung,” airmata Shaza sudah tidak dapat dibendung lagi.
**********
“Iffa, dah besar nanti Iffa nak jadi apa?” Qhaleef bertanya
sebaik mendukung tubuh si kecil.
“Iffa, nak jadi seorang pramugari,” si kecil memberi jawapan
kepada soalan yang diajukan oleh Pak Longnya.
Serta merta wajah Qhaleef berubah. Qhaleef tidak menyangka bahawa,
anak saudaranya mempunyai impian sebegitu. Qhaleef cuba berlagak
seperti tiada apa, sebaik melihat Mustieqa menghampirinya.
“Along, lepas ni kita nak pergi mana?” Mustieqa bertanya sebaik
memulangkan pelampung yang disewanya semasa bermain di Sunway Lagoon.
“Iffa, lepas ni kita nak pergi mana?” Qhaleef bertanya kepada si
kecil.
“Uncle, kita makan ais krim boleh? Tapi Iffa nak ais krim Buskin's
Robin tau,” si kecil yang didukung oleh Qhaleef sudah bertepuk
tangan.
“Padan muka along, layankan lagi Iffa ni. Dia ni demand sikit,”
Mustieqa mengambil Qashiefa dari dukungan Qhaleef, dan menyerahkan
beg yang disandangnya.
“Demand, sama macam mama dia,” ucap Qhaleef sambil mencubit pipi
adiknya.
“Along, Tieqa nak tanya sikit boleh?” soal Mustieqa sebaik sampai
di kereta milik alongnya.
“Tieqa nak tanya apa?” Qhaleef membukakan pintu untuk adiknya dan
si kecil.
“Along tak da girlfriend ke?” Mustieqa menjalankan misinya untuk
menyelidik tentang alongnya.
“Girlfriend? Girlfriend yang macam mana tu?” Qhaleef sengaja buat
tak faham.
“Ala along ni! Buat-buat tak faham pulak. Maksud Tieqa, teman
wanita la. Teman istimewa, tak da ke?” Mustieqa masih berusaha.
“Kenapa tiba-tiba tanya ni? Mesti Ummi yang suruh tanya ni kan?
Baik Tieqa cakap cepat,” Qhaleef memandang Mustieqa sekilas lalu
dan kembali fokus pada pemanduan.
“Tak da lah, Tieqa cuma pelik. Tak kan la orang macam along tak da
teman istimewa?”
“Apa yang peliknya? Bagi along biasa je,” Qhaleef berdiplomasi.
“Along, Tieqa serius ni!” Mustieqa masih mahu bermain dalam
permainan yang diciptanya.
“Habis tu, Tieqa ada nampak along main-main ke? Siapa yang nak
dekat along ni?” Qhaleef jadi sayu tiba-tiba.
“Siapa cakap tak da yang nak? Entah-entah, along yang jual mahal
tak?” Mustieqa membidas.
“Uncle, nanti kita pergi Legoland boleh?” Qashiefa mencelah
tiba-tiba.
“Boleh sayang, nanti Uncle bawa Iffa pergi sana ye?” Qhaleef
berasa lega apabila Qashiefa mencelah. Dia bersyukur, kerana si kecil
itu dah membantunya.
Qhaleef mengerling wajah adiknya, dia tersenyum apabila melihat
adiknya sudah menarik muka.
********
Aniq Raykal menghempaskan tubuhnya diatas katil sebaik memasuki
biliknya. Fikirannya berserabut ketika itu. Lalu, bantal peluknya
dicapai dan dibalingnya dipintu.
“Tak guna punya perempuan! Kemana kau menghilang?! Kau ingat,
semudah itu aku nak lepaskan kau? Jangan mimpilah! Selagi aku, Aniq
Raykal Dato' Mukhriz masih bernafas, aku tak kan biarkan kau hidup
dengan aman!” Aniq Raykal melepaskan amarahnya.
Sudah 3 tahun, dia mencari Shaza Azwin. Sudah berpuluh penyiasat yang
diupah, tetapi masih gagal untuk menjejaki lokasi sebenar Shaza Azwin
berada.
Dendamnya pada bekas isterinya itu, masih belum terpadam.
Perkahwinannya dengan Shaza Azwin, bukan atas dasar cinta, tetapi
hanya berlandaskan dendamnya pada wanita itu.
No comments:
Post a Comment