UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Saturday 8 March 2014

Alhamdulillah.....




Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Puteri Sarah Liyana, 29, sah menjadi isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 30,tepat pada jam 10.30 pagi tadi.

Majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara itu menyaksikan pasangan mempelai diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Al Fadhil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa.

Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM1,111.
Kedua-dua ibu bapa mempelai iaitu Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan Paridah Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut kelihatan di majlis pernikahan. Dianggarkan seramai 200 orang tetamu hadir menyerikan majlis yang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti tanah air.

Majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini bertempat di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian berikutan kesihatan Syamsul yang tidak mengizinkan.

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!