UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, 12 March 2014

setuju

Ciri-ciri wanita idaman


Mesti ramai nak tahu apa ciri-ciri wanita idaman sang kumbang (Lelaki la). Bukan senang nak mendapat ciri-ciri yang di idamankan. Sini aku letak la ciri-cirinya. Mana tahu para wanita nak berubah pula ke. Hehehehe.

1. Solehah
Adakala lelaki memang nak yang solehah. Walaupun perangai dia pun macam Setan. "Bukan setan la Syaitan, Sultan" Cerita Seniman Bujang Lapok. Hahhaha. Kenapa nak yang macam ni kalau diri tak baik? Mungkin bagi lelaki seorang perempuan adakala boleh mengubah diri mereka jadi lebih baik. (Takut Bini)

2. Penyayang
Ramai lelaki nak wanita yang penyayang. (Bukan gedik). Kalau wanita tu penyayang, mesti la lelaki bertambah sayang. Tak perlu nak buat-buat penyayang la kan. Biar keluar dari hati yang murni.

3. Sporting
Ni pun penting juga ni. Sebab apa, kalau wanita tu sporting, boleh jadi kawan dan kekasih dalam satu masa. Kalau wanita tu garang je, lelaki pun takut nak cerita masalah. Mana tahu dia nak kahawin lagi, boleh la bawa berbincang macam kawan. Hahahaha. (Bukan aku ok)

4. Jujur & Ikhlas
Sebenarnya aspek ni paling penting. Kalau kita jujur dan ikhlas pada lelaki tu, tak kira dia tak hensem macam aku ni, mesti banyak persefahaman yang boleh dibuat. Jangan pandang rupa sangat, takut nanti jadi andartu (Anak Dara Tua). hahahahaha

5. Tidak Materialistik
Ni paling aku dan para lelaki takut. Materialistik. Jangan....Jangan... Jadi macam ni. Sebab apa? Please la, kalau dapat yang takda harta macam aku ni, apa mampu diberi. Hati yang suci sukar dicari. Kalau nak juga pandang kebendaan, cari lelaki ada kedai besi buruk, macam-macam benda ada. Hahahaha...

6. Natural Beauty
Maksudnya bukan nak yang cantik sangat pun. Tapi tak payah la makeup sampai tebal 10 inci, pemerah bibir sampai lagi merah dari warna kereta sport. Hahaha. Ni bukannya pencarian watak hantu. (Sorry kalau terasa). Kan better korang makeup ala kadar je. Bersyukur la dengan kurniaan Allah. Jangan rasa rendah diri walaupun rendah, sebab rendahkan comel. Tak gitu. =P

7. Tak Sombong
Jangan nak menyombong sangat la. Lelaki yang cool macam aku ni, memang pantang betul jumpa yang menyombong ni. Biar luar tak cantik, tapi dalamannya cantik. Sombong la tinggi mana pun, bukan boleh terbang macam burung pun. Cakap cara baik je dengan orang sekeliling, baru ramai suka kawan. =)

Ni antara ciri-ciri yang dapat aku ceritakan. Tak banyak tapi boleh membantu la juga. Aku ni tak kisah pun dengan jenis-jenis macam ni. Yang penting kita dah sayang, semua boleh terjadi. Berubah perlahan-lahan dan kena paham setiap manusia berbeza sifatnya.

Jangan jadikan orang yang kita nak tu menjadi bukan diri dia yang sebenar. Terima kelemahan dan kelebihan mereka. Dan kalau tanya aku ni boleh berubah ke kalau orang suruh? Jawapan aku senang je.

"Aku Tetap Aku"

ZH Blogger



credit for him, sebab sudi bagi info yang berguna...
Post a Comment

Google+ Followers

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!