Shaza mengambil keputusan untuk berjalan dan melihat sendiri,
bagaimana keindahan persekitaran rumah yang didiaminya bersama
Maziana dan Shadrina. Hatinya tak habis-habis memuji Maziana, kerana
Maziana begitu bijak dalam memilih lokasi yang sesuai untuk
merehatkan minda.
“Tak sangka, Maz pandai memilih lokasi sebegini indah dan begitu
stategik. Tidak terlalu tersorok, dan tidak terlalu terdedah,”
Shaza berasa begitu tenang dan bersyukur, kerana dipilih untuk
mendiami lokasi yang begitu indah.
Ketenangan yang dirasainya sebentar tadi telah diragut oleh insiden
yang tidak disangka akan terjadi.
“Hai, masih ingat saya?” lelaki dihadapannya bersuara, sebaik
Shaza Azwin mengangkat wajahnya.
Sungguh tidak menyangka, dia akan menemui lelaki itu disini.
“Err.. hai..” Shaza sudah menjadi tak keruan.
“Awak sihat? Lama awak menghilangkan diri, tak sangka dapat jumpa
awak kat sini. Awak buat apa dekat sini?”
“Dengan izin ALLAH, saya masih diberi kesihatan yang baik untuk
mencari rezeki dibuminya ini,” Shaza memilih untuk menjawab dua
soalan yang diajukan kepadanya, dalam satu jawapan yang bernas.
“Mencari rezeki? Sejauh ini?” lelaki itu masih tidak berputus asa
untuk berbual dengan Shaza.
“Kenapa? Salah ke kalau saya mencari rezeki di sini? Bumi ALLAH ni
luas, jadi saya berhak untuk kemana saja yang saya suka untuk mencari
rezeki. Tiada pulak undang-undang yang menahan saya, semasa saya
mencari rezeki di sini.
Lagi satu, antara kita sudah tiada apa-apa kaitan. Jadi, boleh bagi
jalan? Saya tak nak kumpul dosa, bila berdepan dengan awak,” Shaza
sudah tidak selesa bila berhadapan dengan jejaka, yang pernah hadir
dalam hatinya pada suatu ketika dulu.
“Kumpul dosa bila berhadapan dengan saya? Maksud awak? Maaf saya
kurang jelas,” lelaki itu merasai kedinginan yang ditunjukkan oleh
Shaza padanya.
“Saya tak rasa, saya bercakap dengan budak tadika. Tepi, saya dah
lambat ni!” Shaza mengerling sekilas pada jam tangan yang
dipakainya.
'Tidak ku sangka, kau boleh berubah sebegini Shaza Azwin. Dulu, kau
merupakan seorang yang lemah lembut, manja dan tak reti nak tinggikan
suara. Tapi itu semua dulu.
Selepas 5 tahun kita berpisah, kau telah menjadi seperti orang lain.
Sungguh! Ku akui, kini aku tidak lagi mengenali dirimu, Shaza Azwin,'
hati lelakinya merintih selepas ditengking dan ditinggalkan oleh
insan yang masih disayangi.
Sebaik sampai dirumah, Shaza Azwin segera memasukkan kunci pintunya
sambil melihat sekeliling. Dia tidak mahu, lelaki tadi tahu di mana
dia tinggal.
Apabila pasti dia tidak diikuti, Shaza segera menerobos masuk ke
rumah. Serta merta, pintu rumahnya dikunci.
Airmatanya mengalir keluar tanpa dipinta. Sungguh dia tidak menyangka
akan berjumpa, dengan lelaki yang pernah meninggalkan titik hitam
dalam hidupnya.
“Ya ALLAH, kenapa dia harus muncul kembali dalam hidupku? Apakah
kehadirannya kali ini, hanya untuk menambahkan kedukaanku atau
membawa satu sinar yang mungkin aku tidak sedari?” Shaza Azwin
terduduk bersandarkan pintu.
Maziana yang terdengar pintu rumahnya dibuka, segera mengatur langkah
menuruni tangga. Maziana terpana, melihat Shaza Azwin terduduk
dipintu sambil menangis. Hatinya mendesak, agar dia menghampiri
Shaza. Belum sempat dia bertanya dan mendekati Shaza, Shaza sudah
berlari masuk ke biliknya.
'Apa yang buat dia menangis? Mesti ada sesuatu yang mengganggunya!
Aku mesti siasat, perkara apa yang buat dia menangis!' getus hati
Maziana.
*******
“Along, tak teringin ke melawat Riena? Boleh juga kita, melawat
negara orang,” Mustieqa memberi ideanya.
“Okey jugak, idea Tieqa tu. Along pun dah lama, tak jumpa Riena.
Tieqa, tolong along booking flight, boleh?” Qhaleef mulai teruja.
“Along serius ke ni? Jangan nanti, bila Tieqa dah booking flight
along yang cancel last minit,” Mustieqa mengertak alongnya.
“Tieqa, ada nampak along bergurau ke? Along serius ni, lagipun
boleh jugak along release tension kerja. Tieqa tahu kan, kerja along
ni macam mana? I think, it the best suggestion. Why not, Tieqa ask
Ummi? Maybe, she want join us?” Qhaleef menyakinkan Mustieqa.
“Tieqa, tak rasa Ummi ada masalah tentang tu. Sebenarnya, Ummi yang
bagi cadangan ni. Ummi pun dah rindu sangat, dekat anak kesayangan
dia. Along nak ambil cuti, berapa hari?” Mustieqa menuangkan air
kedalam cawan dan menghulurkannya kepada alongnya.
“Terima kasih. Maybe, along ambil dua minggu kot. Tieqa boleh ke
cuti sampai dua minggu?” Qhaleef menghirup minuman yang diberi
kepadanya.
“Tieqa okey je. Lagi pun, Tieqa kerja sendiri. Bukan macam along.
Along, tak nak ajak girlfriend along sekali ke?” Mustieqa mula
masuk jarumnya.
“Nak buat macam mana, dah itu yang along minat. Jap, Tieqa sebut
apa tadi?” Qhaleef berpura tidak mendengar perkataan 'GIRLFRIEND'
yang keluar dari mulut adiknya.
“Amboi, rancaknya anak-anak Ummi berbual. Qhaleef dengan Tieqa bual
apa? Boleh Ummi join?” Datin Nur Ain menarik kerusi didepan
anak-anaknya.
“Ummi, along da setuju nak join kita pergi melawat Riena. Dia ambil
cuti, dua minggu. Lama tu,” Mustieqa membuka cerita.
“Betul ke ni Qhaleef? Ummi tak salah dengar ke?” Datin Nur Ain
mula mengusik.
“Betul la, apa yang Tieqa cakap tu Ummi. Lagipun, Qhaleef dan lama
tak bercuti. Qhaleef, memang dah ada plan nak bercuti. Cuma tak tahu
nak pergi mana, kebetulan Tieqa ajak pergi melawat Riena. Qhaleef
setuju jela,” Qhaleef menerangkan kepada Umminya sambil
menghulurkan cawan berisi air kepada Umminya.
“Kenapa sampai dua minggu? Qhaleef nak melawat Riena ke, nak cari
menantu untuk Ummi?” Datin Nur Ain memainkan peranannya.
“Kenapa semua, beriya nak Qhaleef cari teman ni? Salah ke kalau,
Qhaleef membujang sampai ke tua?” Qhaleef mula bermain dengan
situasi.
“Ish, jangan sesekali Qhaleef berniat macam tu! Setiap hamba yang
wujud dengan izin ALLAH, sudah dijanjikan pasangan untuknya. Sama ada
cepat atau lambat, biar masa yang tentukan. Sebenarnya Qhaleef, Ummi
nak sangat tengok Qhaleef naik pelamin.
Qhaleef pun, bukan semakin muda. Ummi ni, bila-bila masa je boleh
pergi menghadap ILLAHI. Qhaleef tak kesiankan Ummi ke?” Datin Nur
Ain memulakan perang psikologinya terhadap anak lelaki tunggal, hasil
perkahwinannya dengan Dato Syed Ismail.
“Ummi, jangan cakap macam tu. Qhaleef rasa bersalah sangat, kalau
tak mampu nak tunaikan impian Ummi tu. Tapi, Qhaleef akan berusaha
untuk melunaskan impian Ummi.
Ummi sendiri, pernah pesan pada Qhaleef. Jangan sesekali kita,
memaksa orang untuk terima dan sayang kita. Sayang yang terlahir dari
keterpaksaan, adalah sayang yang tidak ikhlas. Qhaleef tak nak, bakal
isteri Qhaleef nanti berdosa kerana tidak mencintai suaminya tetapi
mencintai orang lain.
Ummi, perancangan ALLAH kita tak tahu. Jika ada jodoh Qhaleef di
dunia ini, pasti akan Qhaleef temui juga,” Qhaleef menyusun
kata-katanya agar tidak menyinggung hati Umminya.
“Qhaleef, tak penat ke kerja sebagai doktor bedah? Ummi tengok,
Qhaleef macam dah tak kehidupan lain. Sampai masa untuk diri sendiri
pun tak da,” Datin Nur Ain menukar topik. Dia tahu, pasti Qhaleef
sudah bersedia terlebih dulu.
“Penat tu memang penat Ummi. Tapi itu kan, bidang yang Qhaleef
mahir? Qhaleef bukan pandai dalam perniagaan. Qhaleef tidak sebijak
Ummi dan Tieqa.
Tieqa, bertunang sampai bila? Tak da perancangan nak kahwin ke?”
Qhaleef mulai mengusik adiknya, yang sebentar tadi menjadi pendengar
yang setia.
“Ha? Along tanya apa tadi?” Mustieqa sudah terpinga bila, Qhaleef
menggoyangkan badannya.
“Tengok tu Ummi, anak dara Ummi ni. Mengelamun naik pelamin la tu?”
Qhaleef sudah tersenyum.
“Ish, along ni. Ke situ pulak dia. Ummi, Tieqa tak sabar nak jumpa
Riena. Kalau boleh, esok jugak Tieqa nak flight kesana,” Mustieqa
sudah terlalu merindui adiknya.
“Tieqa, soalan along masih tiada jawapan lagi. Jangan nak ubah
topik!” Qhaleef sudah mencubit pipi Mustieqa.
“Along, repeat soalan sekali lagi. Tieqa tak dengar tadi. Tieqa
teringatkan Walid tadi,” Mustieqa menyatakan apa yang membuatkan
dia termenung sebentar tadi.
“Tieqa, buat apa nak ingat dekat orang yang tak ingatkan kita?”
Qhaleef mulai berang, apabila Mustieqa menyebut nama itu.
“Qhaleef, tak baik cakap macam tu. Walau apa pun, yang Walid dah
lakukan dia tetap ayah kamu. Jangan sesekali lupa tentang dia,”
Datin Nur Ain memberi ingatan.
“Tapi Ummi, Qhaleef tak boleh terima apa yang dia lakukan pada
kita. Disebabkan harta, dia sanggup tinggalkan kita anak beranak.
Masih terngiang di telinga Qhaleef, apa yang dia ucapkan dulu.
Qhaleef takkan sesekali lupa, apa yang dia lakukan,” Qhaleef
mengalihkan pandangannya pada langit malam.
“Ummi faham apa yang Qhaleef rasa, tapi Ummi tak pernah sekali pun
membencinya. Itu semua sudah ditakdirkan untuk kita. Ummi terima apa
yang terjadi, sebagai ujian untuk Ummi,” Datin Nur Ain mengingatkan
anak-anaknya.
“Ummi, along Tieqa minta maaf. Gara-gara Tieqa, Ummi dengan along
berdebat. Tieqa tak sengaja. Dah lah, Tieqa tak nak rosakkan mood
kita malam ni.
Ummi, sebenarnya Tieqa nak bagitahu sesuatu pada Ummi dan along,”
akhirnya Mustieqa memberanikan diri untuk membuka cerita.
“Tieqa nak bagitahu apa?” serentak itu, along dan Umminya
bertanya.
“Tieqa nak bagitahu, sebenarnya Qashiefa bukan anak angkat Tieqa.
Tapi anak ...” Mustieqa sudah menelan air liurnya. Tika itu,
suaranya seperti ditahan untuk keluar dari kerongkongnya.
“Tapi apa, Tieqa?” Qhaleef dan Umminya sudah tidak sabar menunggu
apa yang ingin Mustieqa sampaikan.
No comments:
Post a Comment