“Assalammualaikum, sayang bie dah ada dekat depan pintu ni,”
Nazrul Alimi terus menghubungi Diana Syuhada sebaik dia sampai
didepan rumah kekasihnya itu.
“Waalaikumussalam, bie sekarang pukul berapa?” Diana Syuhada
seakan tidak berpuas hati dengan Nazrul Alimi.
“Sekarang? Pukul 10, bie minta maaf sebab lambat. Tadi bie terlajak
tidur. Sayang dah siap ke?” Nazrul Alimi sedar akan kesilapannya.
“Hurm, Bie ni kan. Janji pukul 9, sekarang dah pukul 10 baru
sampai. Sayang, tunggu dekat sejam tahu tak? Dah la tak sarapan
lagi,” Diana Syuhada sudah merajuk.
“Bie minta maaf sangat-sangat. Kenapa sayang tak sarapan lagi?
Hurm, jom kita pergi breakfast dulu, lepas tu kita direct pergi rumah
bie. Banyak ke beg sayang bawa?” Nazrul Alimi cuba mengambil hati
kekasihnya itu.
“Hurm, okey. Tunggu kejap, sayang nak turun bawak beg ni,
assalammualaikum,” Diana Syuhada mematikan talian. Sempat lagi dia
intai dari jendela. Sama ada Nazrul Alimi betul di depan pintu
ataupun sekadar kata-kata.
“Assalammualaikum, Escha dah bangun ke cu?” lembut panggilan
Pn.Maziah pagi itu.
“Waalaikummussalam nek, Escha baru bangun nek. Escha nak mandi
dulu, lepas tu Escha turun ye nek,” Alescha Awanies memberitahu
Pn.Maziah.
“Nenek tunggu Escha dekat dapur ye cu, nenek dah buatkan lempeng
kegemaran Escha. Jangan lupa solat subuh ya cu,” Pn.Maziah
mengingatkan Alescha Awanies akan tanggungjawabnya sebagai makhluk
ciptaan ALLAH S.W.T.
“Ya nek, Escha mandi dulu ya?” Alescha Awanies menarik tuala yang
disidai diampaian yang ada dalam biliknya.
Usai solat subuh dilakukan, Alescha Awanies menadah tangannya untuk
berdoa kepada TUHAN yang satu.
“YA ALLAH, Ya Tuhanku. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, serta
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku kecil.
YA ALLAH, KAU lembutkan la hati abangku untuk menerima hakikat ini,
janganlah KAU biarkan dia hanyut dengan perasaannya sendiri. Aku tahu
bukan mudah untuknya, menerima apa yang sedang berlaku sekarang ini,
tapi dengan izinmu, aku yakin ia mampu.
YA ALLAH, kau berikanlah nenekku kesihatan yang baik, agar dia mampu
bersamaku menghadapi ranjau kehidupan yang masih panjang ini. YA
ALLAH, KAU ampunilah dosa kakakku, serta lembutkanlah hatinya untuk
menerima kehadiranku sebagai adik kandungnya. Hanya padaMU aku
bermohon, dan hanya padaMU aku berserah,” Sebaik selesai doanya,
Alescha Awanies menyapu airmatanya. Gambar arwah ibunya diambil dan
dia mencium gambar itu, kerana ia amat merindui arwah ibunya yang
terlebih dahulu menghadap ILLAHI.
Alescha Awanies menanggalkan telekungnya, lalu dilipat dan disidai di
ampaian. Alescha Awanies berazam untuk bangkit dari kekecewaan yang
dihadapinya.
Pagi ini, Khairul Fadlan bangun agak lewat dari kebiasaannya. Malam
tadi, otak dan mindanya terlalu banyak berfikir tentang apa yang
Alescha Awanies dan neneknya sampaikan.
“Assalammualaikum, angah dah bangun ke?” Alescha Awanies mengetuk
pintu bilik Khairul Fadlan.
“Dah bangun dah, kenapa?” Khairul Fadlan masih belum dapat
melupakan apa yang terjadi antara dia, Alescha Awanies dan neneknya.
“Escha ada benda nak bincang dengan angah dengan nenek. Escha
tunggu angah, dekat ruang tamu,” ucapnya sambil berlalu dari depan
pintu Khairul Fadlan.
“Kalau aku tak da, kau dengan nenek tak boleh nak berbincang ke?”
Khairul Fadlan sudah menukar panggilan dirinya.
Alescha Awanies yang baru menapak beberapa langkah, terhenti
seketika. Dia langsung tidak menyangka, Khairul Fadlan boleh berubah
sedemikian rupa.
Sebelum ini, walau bagaimana marahnya kepada Alescha Awanies dan juga
Diana Syuhada. Khairul Fadlan tidak pernah sesekali menggunakan ganti
nama aku dan kau.
Hanya dengan sekelip mata, Khairul Fadlan berubah. Alescha Awanies
sungguh tidak menduga.
“Sayang, kenalkan ini Mummy bie,” Nazrul Alimi memperkenalkan
mummynya kepada Diana Syuhada.
“Mummy, kenalkan my soul heart Diana Syuhada,” gilirannya
memperkenalkan kekasihnya kepada mummynya.
“Nice meet you, just call me Aunty Diana. Dah lama couple dengan
Yol?” Datin Sri Diana Ameera memulakan perbualan.
“Lama jugak la. By the way, Aunty ni Datin Sri Diana Ameera kan?
The top and the best designeer kan?” Baru Diana Syuhada perasan
sebaik melihat lesung pipit Datin Sri Diana Ameera.
“Please not mention about it here. We in family now, jadi lupakan
hal yang tak berkaitan. Aunty macam pernah tengok muka Diana ni, tapi
aunty tak ingat dekat mana. Can you remind me?” Datin Sri Diana
Ameera menilik wajah gadis yang berjaya menakhluk hati putera
tunggalnya.
“Maybe, kita pernah jumpa masa fashion show. Diana pernah jadi
model, untuk pakaian muslimah dan tudung MERunda. Masa tu, Diana
hanya jadi model sampingan je. Model yang sepatutnya buat show, tak
dapat datang.
Kebetulan, pemilik jenama tudung tu mummy kepada kawan Diana. Dia
yang bawa Diana, jumpa mummy dia,” panjang lebar Diana bercerita.
Persis sudah lama mereka mengenali.
“Oh, Aunty dah ingat dah. Jadi, Diana lah yang Aunty, cari selama
ni? By the way, you got such a mixed blood face. Are you?” Datin
Sri Diana sudah mesra berbual dengan Diana Syuhada. Mungkin
disebabkan minat yang sama, iaitu fesyen Muslimah.
“Sebenarnya, arwah ibu saya orang Malaysia tapi berkahwin dengan
orang Pakistan. Tu yang rupa saya, tak ketara sangat seperti orang
Malaysia. Aunty, sebenarnya Diana dah lama simpan hajat untuk jumpa
dan berbual dengan Aunty, tak sangka Aunty Mummy Nazrul Alimi.
Tadi Aunty cakap, Aunty dah lama cari Diana. Sebab apa aunty? Diana
ada buat salah ke dekat aunty?” Diana Syuhada semakin teruja
apabila berjumpa dengan orang yang dia amat kagumi, hingga terlupa
sang pujangga hati berada disisi.
“Betul, Diana ada buat salah dengan Aunty,” Datin Sri Diana
sengaja mengusik.
“Diana buat apa dekat Mummy? Sampai Mummy cari dia?” Nazrul Alimi
menyampuk.
“Diana dah curi perhatian mummy. Sebenarnya, next month mummy ada
fashion show dekat Paris. Bertemakan pakaian Muslimah berkerjaya.
Mummy nak sangat, Diana jadi model untuk rekaan Mummy nanti. Sebab
wajah Diana ni komersial dan natural beauty,” Datin Sri Diana
menyatakan hasratnya.
“Mummy suka buat suspens! Yol ingatkan, Mummy cari Diana sebab dia
ada buat salah dekat Mummy. Sayang, nak ke terima tawaran Mummy?”
Nazrul Alimi bertanyakan pendapat dan kata putus dari Diana Syuhada
untuk tawaran yang diberikan kepadanya.
“Aunty, serius ke ni? Diana macam tak percaya, budak kampung macam
Diana ni boleh jadi perhatian Aunty,” Diana Syuhada seakan mahu
meloncat kegembiraan kerana tidak menyangka akan ditawarkan menjadi
model untuk pereka ternama Malaysia.
“Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Diana sudi
ke terima tawaran Aunty?” Datin Sri Diana mengharapkan jawapan yang
positif.
“Diana terima tawaran Aunty, tapi Aunty kena tanya Nazrul Alimi
juga. Boleh ke dia benarkan, kekasih dia menjadi model?” Diana
Syuhada sengaja memerli kekasihnya.
“How about you? Can you allow her? Aunty tengok, kamu berdua ni dah
macam suami isteri. Tak nak melangkah ke fasa seterusnya ke?”
giliran Datin Sri Diana memerli mereka berdua.
“Diana ni perempuan aunty, tak kan perigi nak cari timba? Lagipula,
Diana ni anak yatim piatu,” Diana Syuhada memulakan agenda
terbarunya. Dia tidak mahu, Datin Sri Diana mengetahui susur galur
kehidupannya.
“Kalau ikut Yol, sekarang juga Yol nak sunting Diana jadi
permaisuri Yol. Yol tak sanggup, nak lepaskan dia. Tapi, Yol kan
masih belajar lagi. Mana ada duit nak tampung kehidupan kami, selepas
berkahwin nanti?” Nazrul Alimi menyatakan pendapatnya.
“Okey macam ni, lepas Mummy dan Diana balik dari Fashion Show dekat
Paris. Mummy nak satukan kalian. Any objection for that?” Datin Sri
Ameera memahami gejolak jiwa remaja anaknya.
“Are you serious? I'm not dreaming, right? Sayang, dengar tak apa
yang Mummy cakap tadi?” Nazrul Alimi memandang wajah gadis yang
membawa motivasi kepada dirinya.
Diana Syuhada hanya mampu mengangguk. Rohnya seperti sudah keluar
dari jasad. Tidak menyangka, semudah itu Datin Sri Diana Ameera
menerima kehadirannya dalam family mereka.
“Tapi dengan satu syarat!” Datin Sri Diana membulatkan matanya.
“Apa syaratnya?” serentak itu, Diana Syuhada dan Nazrul Alimi
bertanya.
“Hai, tak sabar nampak?” Datin Sri Diana memerli.
Nazrul Alimi berlagak spontan sambil membetulkan kolar kemejanya,
sementara Diana Syuhada sudah menunduk malu.
“Syaratnya, Diana kena jadi model Aunty dan berhenti belajar. Can
you?” Datin Sri Diana memandang wajah gadis itu.
“Boleh!” sekali lagi, mereka berdua bersuara.
“Okay, kiranya dah termeterai perjanjian kita. Shall we go
shopping? Mummy dah lama tak sampai Philipines ni. Diana boleh
temankan Aunty? While we shopping, we can know each other much
better,” Datin Sri Diana sudah tersenyum.
Telefon bimbit milik Diana Syuhada, berdering. Menandakan ada
panggilan masuk. Diana Syuhada segera mencari telefonnya yang
diletakkan di dalam beg tangannya. Serta merta wajah, Diana Syuhada
berubah apabila melihat nama yang tertera di skrin.
No comments:
Post a Comment