Salam isnin
Anda suka masak?
Tapi sering "pening" nak masak ape?
Jangan risau meh Me perkenalkan resipi ayam.
Resipi yang maha simple yet delicious ni ditujukan khas untuk semua
yang nak masak sepantas sap-sap soi!
Kita masak ayam jela sonang.
Tak mahal sangat berbanding lain-lain lauk.
Oh! Oleh sebab ni musim raya korban, molek jugak kiranya u ols nak guna daging.
Jangan sampai terlebih makan dan darah tinggi tetiba naik sudah le, sayang-sayang sekalian.
So, sila muncungkan mulut ke depan dan pendekkan lidah tuan-tuan.
Baru gaya #chefwan sikit.
Kata nak feel memasak kan?
Menu kita: Ayam "lekat-lekat"
Sebab ape lekat-lekat?
Sebab ayam ni memang akan melekat kalo dah siap masak nanti.
Bahan-bahan:
- ayam (dipotong kecik ala nak buat tomyam)
- bawang putih 8 ulas
- sos tiram
- kicap (manis ke masin ikut u ols)
- garam
- kunyit (untuk goreng ayam)
- cili padi
- bawang beso dihiris
Caranya:
- Goreng ayam (tambah kunyit + garam) goreng sampai agak garing.
Pastikan ayam dipotong kecik baru feel nak makan itu datang.
- Kopek bawang putih dan tumbuk. Agak-agak la bawang tu banyak mana. ME
Suka letak banyak sebab bawang putih tu yang akan lekat-lekatkan ayam tu nanti.
Bawang merah tayah okeh. Tak termasuk dalam senarai. Hehehehe.
- Angkat ayam yang digoreng tadi, lepas tu tumis bawang putih yang ditumbuk tadi.
After dah garing bawang tu masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
- Masukkan ayam yang digoreng tadi, lepas tu ketuk cili padi dan gaul rata.
Perisakan sedikit dengan garam, jangan over
letak garam sebab kicap tu dah masin kan?
Kang high blood pulok....! Kuang-kuang-kuang...
- Last taruk bawang beso yang dihiris bulat.
- Jangan lupa pas bawang dah layu, tutup api kang terbako rumah lak.
- Tak payah letak air sebab nanti ayam tu basah, so tak jadi lekat-lekat.
Itulah saje cara untuk buat ayam "lekat-lekat" mudah dan simple.
Orang buta pon boleh buat tau. Hehehehehe.
Anak-anak pon boleh makan tapi jangan le taruk cili padi seguni kan?
Itu caik penyakit namanye. Muahahahaha.
Bukan takat anak takbley makan, makpak pon mulut boleh terkuor
api jadi naga terus.
Kehkehkehkeh. Terus Gongxi Pak Choi kata nyer!
Sehingga ketemu lagi di lain hari diwaktu dan blog yang sama.
Jangan serik untuk mecuba menu "setahun sekali" dari ku ini.
Muahahahahhaha!
Coba tau resipi ni...coba-coba jangan tak coba.
Baiiiii bayaaa....#sengau alachefwan
Catatan Untuk Semua Dari,
Megat Eyrulez
No comments:
Post a Comment