“Nek,along ada telefon
nenek tak?” Soal Khairul Fadlan kepada Pn.Maziah.
“Tak da pulak, kenapa
Khai, ada apa-apa yang Khai dengan along sembunyikan pada nenek ke?”
“Khai,tak da sorok
apa-apa daripada nenek. Along cuma cakap, dia rindukan nenek. Dia
cakap, dia rindukan masakan nenek. Dia cakap dekat Khai, kalau tak
halangan, InsyaAllah awal bulan depan dia balik, tapi bukan sorang
la, berteman nek.” Khairul Fadlan memberitahu sambil mengukir
senyuman yang mampu menggoyahkan hati wanita yang melihatnya.
“Dalam diam along, dah
pandai main cinta. Kenapa along tak nak dengar cakap nenek,Khai? Kan
da banyak kali nenek pesan kat kamu tiga beradik, selagi belum tamat
belajar, jangan sesekali melibatkan diri dengan cinta. Susah sangat
ke nak dengar cakap nenek?” Pn.Maziah menahan rasa marah yang
sedang meluap-luap akibat cucunya tidak mendengar nasihat yang
diberikannya.
“Khai ingat pesan nenek.
Khai pun da ingatkan along, tapi dia tak nak dengar. Dia cakap, dia
boleh bahagikan masa untuk belajar dan bercinta.” Khairul Fadlan
berasa serba salah apabila mengabarkan berita itu pada neneknya.
“Nenek nak tengok dia
buktikan kata-kata dia. Kalau dia gagal, nenek tak teragak-agak suruh
dia berhenti belajar dan kahwin je.” Nada suara Pn.Maziah sungguh
tegas.Alescha Awanies tergamam
bila terdengar neneknya meninggikan suaranya.
Neneknya sebelum ini,
tidak pernah sekali meninggikan suara bila bercakap dengan cucunya.
Alescha Awanies mengesyaki ada sesuatu yang menyebabkan yang
menyebabkan neneknya bertindak begitu. Dia jadi kecut perut.Mulanya dia ingin berbual
dengan angah dan neneknya, tetapi hajat itu dipendamkan sahaja. Dia
tidak mahu mencampuri urusan orang dewasa. Alescha Awanies terus
mengunci pintu biliknya. Dia masih terperanjat dengan kejadian
sebentar tadi. Seumur hidupnya, dia tidak penah dengar neneknya marah
sebegitu, dia nak bertanya tapi takut mengundang kemarahan neneknya
pula. Tanpa sedar, dia terlena dengan ingatan pada peristiwa malam
tadi.
“Escha, bangun cu. Mari
solat subuh berjemaah cu.” Pn.Maziah mengetuk pintu sambil
memanggil Alescha Awanies.
“Ya nek,Escha bangun
ni.”Jawab Alescha Awanies sambil mengeliat diatas katil. Segera dia
bingkas dari katil dan mencapai tuala yang digantung dibelakang
pintu.
“Escha tak nak sarapan
dulu ke sebelum pergi sekolah?” Tanya Pn.Maziah.
“Escha makan kat sekolah
je nek, sebab Escha nak jumpa Cikgu Latifah, nak tanya tentang
tugasan yang dia bagi.”Escha sempat mencium neneknya sebelum dia
meninggalkan rumah
Pn.Maziah cuba untuk
mengelakkan perkara silam dari berulang kembali. Dia tidak mahu
cucu-cucunya mengulangi kesilapan yang sama seperti apa yang
dilakukan oleh anak tunggalnya, Aqilah Ayuni. Kesilapan yang
dilakukan oleh puteri tunggalnya susah untuk dilupakan dari kotak
ingatannya kerana ia begitu mengaibkan baginya.
Aqilah Ayuni telah
menconteng arang kemukanya apabila dia telah ditangkap khalwat semasa
menuntut disebuah universiti tempatan. Dan yang lebih memalukannya,
apabila Aqilah Ayuni disahkan hamil 3bulan tanpa ikatan perkahwinan.
Aqilah Ayuni telah dibuang oleh pihak universiti kerana masalah
sosial. Pn.Maziah berharap agar pembuatan puteri tunggalnya itu tidak
terjadi pada cucu sulungnya,Diana Syuhada.
“Jauh nenek termenung?
Nenek fikirkan apa tu?” Soal Khairul Fadlan. Pertanyaan yang tidak
disengajakan oleh Khairul Fadlan, telah menyebabkan gelas yang
dipegang oleh Pn.Maziah terjatuh berderai ke lantai.
“Khai, da tak reti nak
bagi salam ke? Terkejut nenek dibuatnya,” Omel Pn.Maziah sambil
mengutip sisa gelas yang jatuh dilantai.
“Maafkan Khai, kalau
Khai buat nenek terkejut. Khai tak sengaja. Khai minta maaf nek,”Ucap
Khairul Fadlan sambil membantu neneknya mengutip sisa gelas.
“Hmm, nenek maafkan.
Lain kali, jangan buat lagi. Nasib baik nenek tak da sakit jantung
kalau tak terus jalan nenek,” Ujar Pn.Maziah.“Khai nak tanya sikit
boleh?” Khairul Fadlan mendekati neneknya.“Nak tanya apa,Khai?”
“Kenapa nenek marah kami
bercinta masa belajar?” soal Khairul Fadlan.Terus berubah muka
Pn.Maziah bila soalan itu ditanya oleh Khairul Fadlan. Tidak menduga
soalan itu dibangkitkan oleh cucunya. Perkara yang diselindung selama
ini cuba dirungkai oleh cucunya.
“Kenapa soalan itu yang ditanya?”
Pn.Maziah cuba berbolak-balik dengan soalan yang diajukan.“Tak apa nek, Khai cuma
pelik bila Khai cakap pasal along, nenek tiba-tiba meninggikan suara.
Sedangkan sebelum ini, nenek tak penah tinggikan suara dengan kami
walau kami buat silap.” Adu Khairul Fadlan.
Pn.Maziah menyedari
kesilapannya sendiri dalam menyembunyikan perkara yang mengaibkannya.
Tidak sewajarnya dia meninggikan suara, kerana ia mesti menjadi
persoalan pada cucunya. Dia mengutuk sendiri dirinya atas kecuaiannya
sendiri. Akhirnya, Pn.Maziah mengambil keputusan untuk tidak menjawab
soalan yang diajukan. Dia belum bersedia untuk merungkai perkara itu.
“Khai cuti sampai bila?”
Soal Pn.Maziah dengan tujuan soalan tadi tidak perlu dijawab.
“Khai cuti sampai minggu
depan nek. Minggu depan Khai ada program dekat Janda Baik,Pahang.
Khai terlibat dengan program memelihara alam sekitar.” Jawab
Khairul Fadlan tulus
.“Baguslah kalau Khai
ikut serta program macam tu, sekurangnya kita tahu nak bersyukur dan
berbakti kepada alam sekitar.” Pn.Maziah memuji cucunya itu.
“Nek, Khai nak keluar
kejap boleh? Teringin nak mandi sungai, boleh nek? Dah lama tak mandi
sungai” Ujar Khairul Fadlan.
“Pergilah Khai, nanti
dah sibuk balik dengan study susah nak mandi sungai.” Pn.Maziah
membenarkan agar rahsia tersimpan rapi.
1 comment:
best x10 hehehe bila nak sambung lagi cepat2 sambung x sabar ni :3
Post a Comment