UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Sunday 6 October 2013

Adakah Dia Milikku? 3


“Nek,along ada telefon nenek tak?” Soal Khairul Fadlan kepada Pn.Maziah.
“Tak da pulak, kenapa Khai, ada apa-apa yang Khai dengan along sembunyikan pada nenek ke?”
“Khai,tak da sorok apa-apa daripada nenek. Along cuma cakap, dia rindukan nenek. Dia cakap, dia rindukan masakan nenek. Dia cakap dekat Khai, kalau tak halangan, InsyaAllah awal bulan depan dia balik, tapi bukan sorang la, berteman nek.” Khairul Fadlan memberitahu sambil mengukir senyuman yang mampu menggoyahkan hati wanita yang melihatnya.
“Dalam diam along, dah pandai main cinta. Kenapa along tak nak dengar cakap nenek,Khai? Kan da banyak kali nenek pesan kat kamu tiga beradik, selagi belum tamat belajar, jangan sesekali melibatkan diri dengan cinta. Susah sangat ke nak dengar cakap nenek?” Pn.Maziah menahan rasa marah yang sedang meluap-luap akibat cucunya tidak mendengar nasihat yang diberikannya.
“Khai ingat pesan nenek. Khai pun da ingatkan along, tapi dia tak nak dengar. Dia cakap, dia boleh bahagikan masa untuk belajar dan bercinta.” Khairul Fadlan berasa serba salah apabila mengabarkan berita itu pada neneknya.
“Nenek nak tengok dia buktikan kata-kata dia. Kalau dia gagal, nenek tak teragak-agak suruh dia berhenti belajar dan kahwin je.” Nada suara Pn.Maziah sungguh tegas.Alescha Awanies tergamam bila terdengar neneknya meninggikan suaranya. 
Neneknya sebelum ini, tidak pernah sekali meninggikan suara bila bercakap dengan cucunya. Alescha Awanies mengesyaki ada sesuatu yang menyebabkan yang menyebabkan neneknya bertindak begitu. Dia jadi kecut perut.Mulanya dia ingin berbual dengan angah dan neneknya, tetapi hajat itu dipendamkan sahaja. Dia tidak mahu mencampuri urusan orang dewasa. Alescha Awanies terus mengunci pintu biliknya. Dia masih terperanjat dengan kejadian sebentar tadi. Seumur hidupnya, dia tidak penah dengar neneknya marah sebegitu, dia nak bertanya tapi takut mengundang kemarahan neneknya pula. Tanpa sedar, dia terlena dengan ingatan pada peristiwa malam tadi.
“Escha, bangun cu. Mari solat subuh berjemaah cu.” Pn.Maziah mengetuk pintu sambil memanggil Alescha Awanies.
“Ya nek,Escha bangun ni.”Jawab Alescha Awanies sambil mengeliat diatas katil. Segera dia bingkas dari katil dan mencapai tuala yang digantung dibelakang pintu.
“Escha tak nak sarapan dulu ke sebelum pergi sekolah?” Tanya Pn.Maziah.
“Escha makan kat sekolah je nek, sebab Escha nak jumpa Cikgu Latifah, nak tanya tentang tugasan yang dia bagi.”Escha sempat mencium neneknya sebelum dia meninggalkan rumah
Pn.Maziah cuba untuk mengelakkan perkara silam dari berulang kembali. Dia tidak mahu cucu-cucunya mengulangi kesilapan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh anak tunggalnya, Aqilah Ayuni. Kesilapan yang dilakukan oleh puteri tunggalnya susah untuk dilupakan dari kotak ingatannya kerana ia begitu mengaibkan baginya.
 Aqilah Ayuni telah menconteng arang kemukanya apabila dia telah ditangkap khalwat semasa menuntut disebuah universiti tempatan. Dan yang lebih memalukannya, apabila Aqilah Ayuni disahkan hamil 3bulan tanpa ikatan perkahwinan. Aqilah Ayuni telah dibuang oleh pihak universiti kerana masalah sosial. Pn.Maziah berharap agar pembuatan puteri tunggalnya itu tidak terjadi pada cucu sulungnya,Diana Syuhada.
“Jauh nenek termenung? Nenek fikirkan apa tu?” Soal Khairul Fadlan. Pertanyaan yang tidak disengajakan oleh Khairul Fadlan, telah menyebabkan gelas yang dipegang oleh Pn.Maziah terjatuh berderai ke lantai.
“Khai, da tak reti nak bagi salam ke? Terkejut nenek dibuatnya,” Omel Pn.Maziah sambil mengutip sisa gelas yang jatuh dilantai. 
“Maafkan Khai, kalau Khai buat nenek terkejut. Khai tak sengaja. Khai minta maaf nek,”Ucap Khairul Fadlan sambil membantu neneknya mengutip sisa gelas.
“Hmm, nenek maafkan. Lain kali, jangan buat lagi. Nasib baik nenek tak da sakit jantung kalau tak terus jalan nenek,” Ujar Pn.Maziah.“Khai nak tanya sikit boleh?” Khairul Fadlan mendekati neneknya.“Nak tanya apa,Khai?”
“Kenapa nenek marah kami bercinta masa belajar?” soal Khairul Fadlan.Terus berubah muka Pn.Maziah bila soalan itu ditanya oleh Khairul Fadlan. Tidak menduga soalan itu dibangkitkan oleh cucunya. Perkara yang diselindung selama ini cuba dirungkai oleh cucunya. 
“Kenapa soalan itu yang ditanya?” Pn.Maziah cuba berbolak-balik dengan soalan yang diajukan.“Tak apa nek, Khai cuma pelik bila Khai cakap pasal along, nenek tiba-tiba meninggikan suara. Sedangkan sebelum ini, nenek tak penah tinggikan suara dengan kami walau kami buat silap.” Adu Khairul Fadlan.
Pn.Maziah menyedari kesilapannya sendiri dalam menyembunyikan perkara yang mengaibkannya. Tidak sewajarnya dia meninggikan suara, kerana ia mesti menjadi persoalan pada cucunya. Dia mengutuk sendiri dirinya atas kecuaiannya sendiri. Akhirnya, Pn.Maziah mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan yang diajukan. Dia belum bersedia untuk merungkai perkara itu.
“Khai cuti sampai bila?” Soal Pn.Maziah dengan tujuan soalan tadi tidak perlu dijawab.
“Khai cuti sampai minggu depan nek. Minggu depan Khai ada program dekat Janda Baik,Pahang. Khai terlibat dengan program memelihara alam sekitar.” Jawab Khairul Fadlan tulus
.“Baguslah kalau Khai ikut serta program macam tu, sekurangnya kita tahu nak bersyukur dan berbakti kepada alam sekitar.” Pn.Maziah memuji cucunya itu.
“Nek, Khai nak keluar kejap boleh? Teringin nak mandi sungai, boleh nek? Dah lama tak mandi sungai” Ujar Khairul Fadlan.
“Pergilah Khai, nanti dah sibuk balik dengan study susah nak mandi sungai.” Pn.Maziah membenarkan agar rahsia tersimpan rapi.

1 comment:

Asyu said...

best x10 hehehe bila nak sambung lagi cepat2 sambung x sabar ni :3

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!