Diana Syuhada terkejut
bukan kepalang apabila mendapat khabar dari adiknya,Khairul Fadlan
bahawa neneknya amat marah padanya kerana mengingkari nasihat
neneknya. Bukan dia tidak mengelak, tapi apabila melibatkan soal
hati, dia sendiri tak mampu nak mengawalnya. Diana Syuhada termanggu
ditepi tingkap rumah sewanya, mengingat kembali pesan nenek tercinta.
“Along, nenek nak pesan
kat along. Masa belajar nanti, berikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajaran, jangan sesekali melibatkan diri dengan cinta. Nenek tak
mahu along gagal dalam pelajaran disebabkan cinta. Kalau benar along
nak bercinta, pastikan tamat dulu belajar tu. Nenek bukan menghalang,
tapi nenek tak mahu pelajaran along terganggu disebabkan cinta. Along
kena ingat, sebagai anak sulung along kena menjadi contoh yang baik
kepada dua orang adik along tu. Along nak ke tengok adik-adik along
gagal dalam pelajaran disebabkan cinta?”Pn.Maziah bermain psikologi
dengan cucunya.
“Along janji dengan
nenek, yang along akan beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran dan
along janji along tak kan sesekali melibatkan diri dengan cinta.”
Janji Diana Syuhada pada
neneknya, kini menghantui dirinya. Perasaan serba salah pada neneknya
mula bersarang dibenak fikirannya. 'Nek maafkan along. Along da
ingkar pada janji along dekat nenek. Along da cuba menafikan perasaan
tu, tapi along tak kuat nek. Tapi along akan buktikan pada nenek
bahawa cinta tak kan mengganggu pelajaran along.' Diana Syuhada
bermonolog sendiri.
“Yana, apa yang kau
menungkan di tepi tingkap tu? Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah,
bagitahu la aku, mana tahu aku boleh tolong kau?” tegur Dina
Mariani apabila melihat Diana Syuhadah termenung di tepi tingkap
bilik mereka. Dina Mariani merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang
pengurusan perniagaan merangkap kembar kepada Diana Syuhadah. Mereka
sentiasa bersama, susah senang dia sentiasa disisi Diana Syuhadah.
“Dina, aku rasa bersalah
sangat kat nenek aku. Aku dah mungkir janji pada nenek aku,” ujar
Diana Syuhada.
“Mungkir janji? Janji
apa Yana? Boleh aku tahu?”soal Dina Mariani sambil membuka tudung
yang menutup auratnya.
“Sebenarnya, sebelum aku
daftar masuk belajar kat sini, aku dah janji kat nenek aku yang aku
takkan bercinta selagi aku tak habis belajar. Tapi aku...”Diana
Syuhada terhenti disitu apabila mengenangkan neneknya.
“Tapi kau bercinta juga?
Yana, aku sebenarnya tak setuju kau bercinta buat masa sekarang,
sebab sekarang kita kat tahun akhir. Aku tak nak cinta mengganggu
emosi dan komitmen kau.” Dina Mariani bersependapat dengan
neneknya.
“Dina, aku sebenarnya
taknak bercinta, tapi sebagai manusia aku tak mampu nak lawan
perasaan ini, bukankah cinta itu kurniaan ALLAH pada hambanya?”
Bidas Diana Syuhada.
“Betul, cinta tu
kurniaan ALLAH, tapi sebagai manusia kita kena bijak tentukan masa
yang sesuai untuk bercinta. Jangan sampai cinta mengagalkan hidup
kita. Kita sekarang di tahun akhir, kena bagi tumpuan yang lebih pada
pelajaran. Lagi satu, aku tak nampak yang Nazrul Alimi benar-benar
cintakan kau. Aku bukan nak menghasut agar kau membencinya, tapi cuba
kau guna mata hati kau dalam menilai keikhlasannya. Kau sendiri kenal
dia macam mana kan?”Dina Mariani mengeluarkan pendapatnya.
“Maksud kau, Nazrul
Alimi nak permainkan aku? Atas dasar apa? Aku ni cuma budak kampung,
yang tiada harta, apa faedahnya dia nak mempermainkan aku?” Diana
Syuhada membidas.
Dina Mariani malas nak
bertekak dengan Diana Syuhada mengenai Nazrul Alimi. Dia faham yang
Diana Syuhada akan sentiasa membela kekasihnya. Benar cakap orang,
bukan cinta itu yang buta, tetapi orang yang bercinta tu yang buta.
Tak dapat nak bezakan baik buruknya. Dina Mariani terus mencapai
tualanya dan masuk kebilik air untuk membersihkan diri.
Malam itu, tidur Diana
Syuhada tidak nyenyak memikirkan janjinya pada neneknya, dan juga
pertelingkahannya dengan rakan karibnya, Dina Mariani. Diana Syuhada
memikirkan kembali apa yang dibangkitkan oleh Dina Mariani tadi. 'aku
tak nampak yang Nazrul Alimi benar-benar cintakan kau. Aku bukan nak
menghasut agar kau membencinya, tapi cuba kau guna mata hati kau
dalam menilai keikhlasannya. Apa yang Dina nak sampaikan? Kenapa dia
suruh aku tengok guna mata hati?' Diana Syuhada bermonolog sendiri.
Fikirannya kembali mengingati detik perkenalannya dengan Nazrul
Alimi.
Nazrul Alimi? Seorang
jejaka yang banyak berahsia mengenai asal usulnya. Diana Syuhada
sendiri pelik macam mana dia boleh jatuh hati pada Nazrul Alimi
sedangkan lelaki itu adalah lelaki yang paling tidak disukai olehnya
ketika memulakan pelajarannya di universiti itu. Diana Syuhadah tidak
menyukai Nazrul Alimi disebabkan jejaka itu sering mengganggu dan
mengucar kacirkan kehidupannya. Pelbagai cara yang digunakan oleh
Nazrul Alimi untuk menawan hatinya. Yang paling menyentuh hatinya
untuk menerima kehadiran jejaka itu, apabila Nazrul Alimi sanggup
menunggunya setiap pagi dipintu depan universiti, untuk memberikan
sekuntum bunga padanya.
“Selamat pagi Yana,”
sapa Nazrul Alimi.
“Waalaikummussalam, ya
En.Nazrul Alimi. Ada yang boleh saya bantu saudara?” jawab Diana
Syuhada sambil memandang jejaka itu.
“Jangan panggil saya
dengan gelaran Encik boleh? Panggil je Yol.” Nazrul Alimi
memperkenalkan dirinya.
“Yol? Apa pelik sangat
nama awak ni? Awak ni datang dari planet mana?” Diana Syuhada
memerli jejaka itu.
“Saya dari bumi jugak
macam awak. Kenapa, salah ke dengan nama tu? Okey macam ni, awak
boleh panggil saya Naz.” jawabnya sambil menguntumkan senyuman pada
gadis yang diminatinya itu.
“Okey Naz. Apa yang
boleh saya bantu awak?”
“Saya nak berkenalan
dengan awak boleh? Itu pun kalau awak sudi?” jawabnya.
“Err, berkenalan dengan
saya? Untuk apa?” soal Diana Syuhada pelik, apabila Nazrul Alimi
memberitahu hajatnya.
“Nak berkenalan, kena
ada sebab ke?”
“Ya, saya nak tahu apa
sebabnya awak nak berkenalan dengan saya? Sebab saya tak suka nak
berkenalan dengan orang yang saya tak kenal.”
“Macam mana awak nak
kenal saya, kalau awak tak bagi saya peluang untuk berkenalan dengan
awak. Saya nak berkawan dengan awak sebab awak lain dari gadis lain
yang saya jumpa?” Nazrul Alimi bermukadimah.
“Saya lain dari gadis
lain? Maksud awak? Dan apa yang membezakan saya dengan gadis lain
yang awak jumpa?” soal Diana Syuhada.
“Yang membezakan awak
dengan gadis lain ialah, awak tak pernah rapat dengan mana-mana
lelaki, dan saya tak pernah nampak awak berjalan dengan lelaki.”
menyuarakan pendapatnya.
“Awak intip saya ke?
Sampai awak tahu yang saya tak pernah rapat dan jalan dengan lelaki?”
soal Diana Syuhada yang mulai curiga dengan Nazrul Alimi.
“Err, saya tak intip
awak. Awak jangan salah sangka.” Nazrul Alimi mulai cuak apabila
Diana Syuhada mengajukan soalan itu kepadanya.
“Apa-apa je lah Naz,
saya dah lambat nak masuk kelas ni. Sebelum terlupa, terima kasih
untuk bunga-bunga yang awak selalu hantar pada saya selama ini dan
saya nak ingatkan awak bahawa lepas ni, jangan hantar saya bunga
lagi, saya tak suka. Kalau betul awak ikhlas nak berkawan dengan
saya, tolong hormati permintaan saya yang tak seberapa ni. Kalau awak
masih teruskan dengan kerja awak ni, saya tak teragak-agak untuk
melaporkannya kepada pihak universiti yang awak menggangu saya. Harap
awak faham. Assalammualaikum,” Diana Syuhada memberi salam dan
berlalu pergi meninggalkan Nazrul Alimi yang terkejut dengan
tindakannya.
No comments:
Post a Comment