UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Friday, 11 October 2013

Adakah Dia Milikku? 5


Diana Syuhada kembali ke realitinya apabila terdengar laungan azan yang berkumandang di kasawan berhampiran. Terpaku Diana Syuhada tatkala mendengar suara orang yang melaungkan azan itu. 'Sedapnya suara dia melaungkan azan, mesti tinggi ilmu agama yang didalaminya. Taranum dan tajwidnya semua di kedudukannya.' Dia bermonolog sendiri. Tanpa berlengah dia terus menuju ke kamar mandinya untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH yang satu.
“Yana,awal kau bangun pagi ni?” soal Dina Mariani sambil mengosok matanya yang masih mengantuk. Dina Mariani tersedar dari tidurnya apabila cahaya lampu dihidupkan.
“Awal ke? Aku rasa biasa je. Kau yang lambat bangun. Cuba kau tengok jam tu dah pukul berapa?”
“Eh, biar betul ko ni. Baru pukul 6.15pagi. Selalunya kau bangun pukul 6.30 kan?” soal Dina Mariani yang pelik dengan sikap Diana Syuhada pada pagi itu.
“Tak salahkan aku bangun awal?” jawab Diana Syuhada.
“Memang tak salah, cuma aku pelik yang kau boleh bangun awal tanpa dikejutkan. Selalunya kau liat sikit nak bangun pagi ni.” luah Dina Mariani.
“Hehe.. kau tau ya yang aku ni liat nak bangun pagi?” soal Diana Syuhada seperti baru sehari menetap sebilik dengan Dina Mariani.
“Macam la aku baru kenal kau Cik Diana Syuhada. Dah tiga tahun aku bersama dengan kau. Aku dah kenal luar dalam kau.” bidas Dina Mariani.
“Eh, luar dalam kau kenal eh? Malunya aku.”
“Kau nak malu dengan aku? Biar betul? Makhluk mana yang dah masuk dalam badan kau?” soal Dina Mariani sambil melemparkan bantal berbentuk hati kearah Diana Syuhada.
Akhirnya, terhambur ketawa antara mereka. Diana Syuhada lega kerana Dina Mariani begitu memahami dirinya.

“Assalammualaikum”
“Waalaikummussalam” seraya itu Khairul Fadlan segera menoleh kearah suara yang memberi salam kepadanya.
“Maafkan saya, jika saya mengganggu saudara.” jawab gadis itu.
“Eh, awak tak da salah apa-apa pun. Ada yang boleh saya bantu?” soal Khairul Fadlan kepada gadis itu.
“Sebenarnya, saya nak tumpang tanya. Saudara kenal tak dengan orang yang bernama Pn.Maziah?” soal gadis itu.
“Saudari ni siapa ya? Kenapa saudari menanyakan tentang Pn.Maziah? Boleh saya tahu sebabnya?”
soal Khairul Fadlan yang mulai curiga bila gadis itu bertanyakan tentang neneknya.
“Maaf, sebab tak kenal kan diri. Nama saya Aisya Syafia. Saya diminta oleh ayah saya untuk menemui Pn.Maziah.” jawab gadis itu.
“Cik Aisya? Saya Khairul Fadlan. Saya cucu kepada Pn.Maziah. Mari saya bawa Cik Aisya bertemu dengannya.” pelawa Khairu Fadlan kepada gadis itu.
“Terima kasih saudara Khairul Fadlan, kerana sudi membantu saya.” ujar Aisya Syafia.
“Kebetulan, saya cucu Pn.Maziah. Pertolongan yang tak seberapa pun Cik Aisya.” jawab Khairul Fadlan.
Aisya Syafia hanya menuruti langkah Khairul Fadlan tanpa berbicara.
“Cik Aisya kita dah sampai pun kat rumah Pn.Maziah, nenek saya.” bicara Khairul Fadlan.
“Terima kasih saudara, kerana sudi membantu saya.” jawab Aisya Syafia sambil menghadiahkan seutas senyuman kepada Khairul Fadlan.
“Assalammualaikum nek.” Khairul Fadlan memberi salam.
“Waalaikummussalam cu” jawab Pn.Maziah sambil berjalan menuju ke pintu.
Sampai saja Pn.Maziah ke pintu. Dia terus bertanya kepada Khairul Fadlan mengenai gadis yang berada di sisi cucunya.
“Siapa ni cu?” soal Pn.Maziah sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan tetamunya.
“Saya Aisya Syafia. Puan ni Pn.Maziah ke?” soal Aisya Syafia mendapatkan kepastian.
“Ya, saya Pn.Maziah. Ada yang boleh saya bantu?” soal Pn.Maziah kebingungan.
“Saya diminta oleh ayah saya untuk berjumpa dengan Puan.” jawabnya.
“Marilah masuk dulu, Cik Aisya. Kita berbual di dalam.” ujar Pn.Maziah.
“Silakan duduk Cik Aisya. Berbual la dulu dengan nenek saya. Saya nak solat Zuhur sebentar,” Khairul Fadlan berbahasa.
“Terima kasih saudara.” jawab gadis itu.
“Cik Aisya, boleh saya panggil Cik Aisya cucu? Lagipun saya ni dah tak muda lagi, dan lebih manis kalau Cik Aisya panggil saya nenek,” Pn.Maziah memulakan bicara.
“Boleh nek. Maafkan saya, jika kedatangan saya menggangu nenek.” jawab Aisya Syafia sopan.
“Boleh nenek tahu, apa hajat cucu datang kesini dan berjumpa dengan nenek?”
“Sebenarnya, saya datang dengan membawa hajat dari ayah saya. Dia minta saya jumpa dengan nenek, dan menyerahkan sampul ini kepada nenek,” jawabnya sambil menghulurkan sampul yang dikeluarkan dari beg tangannya.
“Sampul apa ni cu?” soal Pn.Maziah.
“Saya tidak mengetahui tentang isi kandungan dalam sampul itu. Saya hanya menuruti permintaan ayah saya.” jawab Aisya Syafia sambil menghadiahkan senyuman kepada Pn.Maziah.
Tanpa berlengah, Pn.Maziah terus membuka sampul yang diberikan kepadanya.

Kehadapan bonda yang tercinta,
Tika bonda membaca surat ini,bermakna anakda sudah kembali ke Malaysia. Tetapi, anakda bukan pulang sendirian, sebaliknya bersama keluarga baru anakda. Tujuan anakda menyuruh Aisya Syafia, adalah untuk meminta maaf disebabkan anaknda telah gagal menunaikan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak anakda bersama dengan arwah Aqilah Murni.
Anakda ingin menebus kembali tanggungjawab anakda. Anakda berharap agar anakda diberi peluang untuk bertemu dengan anak-anak anakda. Disini anakda sertakan cek dan alamat anakda untuk bekalan mereka mencari dan berjumpa dengan ayah kandung mereka. Anakda berharap bahawa anakda biberi kesempatan untuk berjumpa dengan anak-anak anakda.
Ikhlas dari anakda
Al Farisi
Usai membaca surat yang diserta dengan cek dan alamat terbaru menantunya, Pn.Maziah berubak riak. Hatinya begitu terbakar dengan isi kandungan surat itu.
“Nenek rasa lebih baik Aisya Syafia pulang, dan beritahu pada ayah kamu bahawa nenek tak kan sesekali membenarkan mereka berjumpa dengannya.” tegas suara Pn.Maziah.
“Nek, boleh Aisya tahu kenapa nenek tiba-tiba marah selepas baca surat itu?” soal Aisya Syafia yang sedang kebinggungan.
“Nenek cakap balik! Balik sekarang! Nenek tak nak tengok kamu kat sini lagi!” Pn.Maziah tidak mampu lagi menahan marahnya dan secara tidak sengaja perasaan itu dilepaskan pada Aisya Syafia.
Tanpa membuang masa, Aisya Syafia beredar meninggalkan rumah Pn.Maziah dengan seribu satu persoalan yang bersarang di mindanya.
'Kenapa nenek berubah lepas baca surat yang ayah kirim? Apa isi kandungannya? Dan kenapa nenek tidak membenarkan mereka berjumpa ayah? Siapakah mereka yang dimaksudkan?' Aisya Syafia bermonolog sendiri dan cuba mencari jawapan kepada segala persoalan yang timbul dibenaknya.
“Nek, Aisya Syafia mana?”soal Khairul Fadlan setelah usai menunaikan solat Zuhur.
“Err.. dia minta diri untuk pulang. Katanya ada urusan yang nak diselesaikan,” jawab Pn.Maziah untuk menutup peristiwa yang terjadi tadi dari pengetahuan cucunya.
'Kenapa baru sekarang kau datang nak tebus kesalahan kau mengabaikan anak-anak kau? Setelah 14tahun? Kau ingat tempoh tu sekejap? Kau biarkan mereka membesar tanpa kasih sayang seorang ayah, kau langsung tak hulurkan nafkah pada mereka? Bila mereka dah besar baru kau ingat tanggungjawab kau? Kau ingat dengan cek yang kau bagi, aku akan membenarkan mereka mencari kau? Kau silap besar Al Farisi! Silap besar!' Pn.Maziah bermonolog sendiri sambil mengomel tindakan menantunya untuk berjumpa dengan cucu-cucunya.
Khairul Fadlan langsung tidak mengesyaki apa-apa yang terjadi antara Aisya Syafia dengan neneknya. Dia terus melipat pakaiannya dan dimasukkan kedalam begnya, kerana esok dia akan berangkat pulang ke Shah Alam kerana cutinya sudah habis.
“Assalammualaikum cu,”
“Waalaikummussalam nek. Masuk la,” jawab Khairul Fadlan sambil mengemas pakaiannya.
“Esok Khai bertolak ke Shah Alam pukul berapa?” soal Pn.Maziah sambil membantu cucunya melipat pakaian.
“Lepas Zuhur nek, sebab Khai nak tunggu Escha balik dulu,” jawab cucunya.
“Bagusla, dapat la nenek bekalkan makanan untuk Khai makan dalam bas nanti. Khai, nenek nak tanya sesuatu boleh?” aju Pn.Maziah.
“Tanya la nek. Kalau Khai boleh jawab, Khai jawab,”
“Khai tahu Aisya Syafia tu anak siapa?” soal Pn.Maziah.
“Khai tak tahu nek. Dia cuma bagitahu nama dia Aisya Syafia tu je yang Khai tahu nek, kenapa nenek tanya tentang dia?” soal Khairul Fadlan kembali.
“Tak da apa-apa la cu. Nenek cuma nak tanya tu ja.” lega Pn.Maziah kerana Khairul Fadlan tidak mengetahui bahawa Aisya Syafia adalah adik-beradiknya.
“Nek, Escha mana? Dari pagi Khai tak nampak Escha?” soal Khairul Fadlan apabila tidak nampak kelibat adiknya dirumah, sedangkan hari ini cuti sekolah.
“Escha pagi-pagi lagi dia dah pergi rumah Cikgu Latifah. Khai cari Escha kenapa?” Pn.Maziah memberitahu lokasi dimana Alescha Awanies berada.
“Khai nak ajak Escha temankan Khai ke pekan. Khai nak beli barang sikit sebelum Khai bergerak balik ke Shah Alam.”
“Oh, kejap lagi balik la tu. Khai ada nak makan apa-apa untuk malam ni? Nenek masakkan?” soal Pn.Maziah sambil mengusap rambut cucunya.
“Khai teringin nak makan gulai lemak cili padi. Nenek masakkan boleh?” pinta Khairul Fadlan.
“Untuk cucu nenek sorang ni,boleh. Tapi Khai kena janji dengan nenek satu perkara,” Pn.Maziah bersuara.
“Apa dia nek?”
“Khai janji dengan nenek yang Khai tak kan sesekali bercinta semasa belajar, boleh Khai janji dengan nenek?” pinta Pn.Maziah.
“Khai janji nek, yang Khai tak kan bercinta semasa belajar. Tapi boleh Khai tahu sebabnya kenapa nenek melarang kami adik-beradik bercinta semasa belajar?” Khairul Fadlan mencuba untuk merungkai sebab musabab mengapa neneknya melarang mereka bercinta semasa belajar.
“Nenek tak nak pisang berbuah dua kali.” ujar Pn.Maziah.
“Maksud nenek? Khai tak berapa faham,”
“Nanti nenek bagitahu kamu adik beradik mengapa nenek melarang kamu semua bercinta semasa belajar.” jawab Pn.Maziah.
“Bila nek?” asak Khairul Fadlan.
“Selepas Escha tamat menjawab kertas SPM nya yang terakhir, dan selepas along tamat peperiksaannya. Nenek tak nak mengganggu emosi mereka sekarang ni. Nenek harap Khai dapat simpan perkara ini dari pengetahuan Escha dengan Kak Yana.” tegas Pn.Maziah.
“Khai janji dengan nenek yang Khai akan simpan rahsia ni,” ujar Khairul Fadlan sambil mengangkat tangan kanannya keatas seperti mengangkat sumpah di mahkamah.


No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!