UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Friday, 11 October 2013

Adakah Dia Milikku? 6


Hari yang paling ditakuti oleh Escha dan rakan sebayanya kini tiba menjenguk mereka. Masa begitu pantas berjalan. Hari ini, adalah hari peperiksaan Sijil Pelalajaran Malaysia atau secara ringkasnya SPM bermula. Semua warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 1990 wajib menduduki peperiksaan ini tanpa kompromi sama ada sebagai calon sekolah ataupun calon yang berada di hospital. Peperiksaan ini penting bagi menentukan masa depan mereka sama ada berjaya memasuki pusat pengajian tinggi ataupun tidak. Alescha Awanies juga tidak terlepas untuk mendudukinya.
“Nek, hari ni SPM bermula. Nenek doakan Escha berjaya ya nek,” Alescha Awanies meminta agar neneknya mendoakan kejayaannya.
“Ya, nenek doakan Escha dapat buat yang terbaik. Nenek yakin cucu nenek mampu,” Pn.Maziah memberikan motivasi pada cucunya.
“Terima kasih nek,Escha sayangkan nenek. Escha janji yang Escha akan buat sehabis baik.” Alescha Awanies menanam janji dalam dirinya.
“Selawat dan banyakkan zikir kepadaNya, insyaAllah Dia akan membantu kita. Ingat apa yang telah Escha belajar selama ini ya cu,” ujar Pn.Maziah sambil mencium dahi Alescha Awanies.
“Nek, Escha pergi dulu. Assalammualaikum,” Alescha Awanies memberi salam kepada neneknya sebelum dia melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
“Waalaikummussalam,”
'YA ALLAH, permudahlah cucu hamba menjawab peperiksaan ini YA ALLAH,bantulah dia. Hamba memohon hanya padaMU' Pn.Maziah memohon pertolongan kepada ALLAH, Tuhan yang satu.

“Assalammualaikum daddy. Maafkan Aisya, Aisya tidak berjaya melakukan tugasan yang daddy bagi kat Aisya.” sayu suaranya memaklumkan perkara yang berlaku semalam.
“Waalaikummussalam, tak pa la sayang, daddy faham situasi yang berlaku. Daddy tak salahkan sayang. Daddy tahu anak daddy dah lakukan yang terbaik untuk daddy. Mesti Pn.Maziah marahkan anak daddy ni kan?” soal Al Farisi kepada puteri tunggalnya bersama dengan isteri barunya, Emy Zuhana.
Daddy, boleh Aisya tahu apa yang ada dalam sampul yang daddy suruh Aisya bagi kepada Pn.Maziah semalam?” soal puterinya.
“Kenapa sayng tanya?” Al Farisi masih bermain tarik tali dengan puterinya.
“Aisya cuma pelik, lepas Pn.Maziah buka sampul tu. Dia terus berubah dan memarahi Aisya dan menghalau Aisya,” Aisya Syafia menjelaskan apa yang berlaku kepada daddy nya.
“Sebenarnya, Pn.Maziah itu adalah ..” Al Farisi tidak sempat menyatakan hal sebenar apabila melihat kemunculan isterinya,Emy Zuhana.
“Apa yang sayang bualkan dengan daddy? Macam serius je mummy tengok.” soal mummynya kepada Aisya Syafia sambil menjeling suaminya.
“Eh, tak da yang penting pun mummy, Aisya cuma tanya pendapat daddy tentang universiti mana yang bagus untuk Aisya sambung belajar.” jawab Aisya Syafia berselindung.
“Sejak bila pula anak mummy, berminat nak sambung belajar ni?” soal Emy Zuhana kepada puteri tunggalnya bersama arwah suaminya dahulu, sebelum dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan duda yang berasal dari Pakistan iaitu Al Farisi.
“Ala mummy ni, Aisya nak sambung belajar pun salah ke dimata mummy?” jawab Aisya Syafia.
Mummy tak cakap salah, cuma mummy pelik je,” Emy Zuhana terus memeluk puterinya.
“Aisya ada rancangan ke hari ni?” soal Al Farisi pula.
“Hurm, tak da daddy. Kenapa,daddy tanya?”
“Tak da apa-apa, cuma daddy nak minta tolong Aisya temankan mummy. Daddy tak dapat nak temankan mummy shopping, sebab daddy ada meeting dengan forwording agency tentang barangan yang kita order untuk projek kita di Bintulu,Sarawak.” ujar Al Farisi.
“Oh, temankan mummy. Boleh je daddy, asalkan mummy belanja Aisya” jawabnya manja.
“Tu, Aisya kena minta dengan mummy. Daddy da mandi kejap,” ujar Al Farisi sambil mengenyitkan matanya kepada isterinya.
“Ya sayang, jangan risau, mummy akan belanja, nasib baik Aisya ada temankan mummy nak harapkan daddy temankan mummy, susah. Daddy asyik sibuk memanjang,” pintas mummynya.
Mummy, Aisya nak tanya sikit boleh?” soal Aisya Syafia.
“Sayang nak tanya apa?” balas Pn.Emy.
“Kenapa mummy tak nak uruskan syarikat mummy? Kenapa mummy serahkan kepada daddy untuk uruskan?” Aisya Syafia menanyakan apa yang tersirat di mindanya.
“Bukan mummy tak nak uruskan, tapi mummy tak begitu mahir nak menguruskannya. Jadi mummy serahkan kepada daddy untuk uruskan. Lagipun daddy ada pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan syarikat. Lagipun mummy dah tua sayang untuk duduk di bangku CEO.” ujar mummynya.
“Sapa cakap mummy Aisya ni da tua? Bagi Aisya, mummy masih bergetah lagi,” pujinya mengagumi
“Amboi ampu mummy nampak? Mesti ada yang dia nakkan la tu mummy.” bidas satu suara dari tangga.
“Eh, yang kau sibuk ni kenapa? Kalau satu hari, tak sakitkan hati aku tak boleh ke?” jawab Aisya Syafia.
“Betul kan, apa yang aku cakap? Mummy suruh continue study, kau tak nak. Alasan otak dah tepu. Menghabiskan duit orang tua je yang kau tahu.”
“Dah-dah diam! Kamu berdua ni, kalau sehari tak bertekak tak boleh ke? Sakit telinga mummy ni dengar kamu berdua bergaduh!” marah Pn.Emy kepada anak-anaknya.
“Dia tu mummy, yang mulakan. Aisya tak kacau dia pun.” jawab Aisya Syafia mengadu.
“Kamu kalau sehari tak kacau Aisya tak boleh ke?” marah Pn.Emy kepada anak sulungnya.
“Maaf mummy. Mummy orang pergi kelas dulu. Malas nak tengok anak manja mummy tu kat rumah,” jawabnya sambil keluar meninggalkan mummynya dengan anak kesayangannya.
“Ada orang cemburu la tu mummy.” pintas Aisya Syafia.
“Pening mummy dengan perangai kamu berdua ni. Dari kecil sampai besar, perangai tak berubah. Tak boleh ke kamu berdua jadi adik beradik yang lain? Menyayangi antara satu sama lain? Ni tak, dah macam anjing dengan kucing, pantang jumpa.” tegas suara Pn.Emy.
Mummy nak keluar pukul berapa?” soal Aisya Syafia yang tidak mahu mendengar mummynya berleter panjang.
“Lepas lunch dengan daddy baru kita keluar,” ujar mummynya sambil menuju kedapur.
“Okey, mummy Aisya naik atas dulu ey? Nanti mummy suruh la Kak Siti panggil Aisya kalau semua dah siap.” ucap Aisya Syafia.
“Okey,” ringkas jawapan Pn.Emy.

EMY ZUHANA merupakan seorang janda yang hartawan. Dia memegang status janda apabila arwah suaminya,Dato' Isaac Mikhael meninggal dunia disebakan oleh penyakit jantung yang menyerangnya. Arwah meninggalkannya bersama tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan. Arwah juga seorang yang tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan juga CEO kepada Isaac & Zuhana SDN BHD. Didalam ketegasannya mendidik anak-anaknya,dia juga merupakan seorang bapa yang kuat bekerja bagi memastikan empayar perniagaannya terus kukuh bagi menjamin masa depan anak-anaknya.
Setelah dua tahun pemergian suami tercinta, Emy Zuhana bertekad untuk menamatkan status jandanya bersama seorang duda yang berjaya menawan hatinya keika dia menghadiri meeting di Islamad,Pakistan. Pertemuan yang diaturkan oleh rakan karibnya sendiri iaitu Datin Sharifah Zahirah. Beliau juga merupakan kenalan arwah Aqilah Ayuni sebelum berkahwin dahulu. Datin Sharifah Zahirah simpati dengan dugaan yang menimpa bekas suami rakan karibnya. Tujuan Datin Sharifah Zahirah mempertemukan mereka berdua adalah kerana ingin melunaskan janjinya kepada arwah Aqilah Ayuni, iaitu memastikan suaminya peroleh kebahagian walau bukan bersama dengannya.

Tanpa diduga, pertemuan yang diaturkan mencapai matlamatnya. Datin Emy Zuhana terpikat dengan kejujuran yang dimiliki oleh Al Farisi. Mereka meneruskan perhunungan yang terjalin dengan ikatan sah sebagai suami isteri. Al Farisi mengambil keputusan untuk menetap bersama keluarga barunya di Teluk Intan,Perak. Perkahwinan antara Datin Emy Zuhana dengan Al Farisi mendapat sokongan daripada anak-anaknya. Tetapi Emy Zuhana tidak gemar orang memanggilnya 'Datin'.

1 comment:

Mimie said...

Ade namaku di sini ye...wahai pemilik bloger, kne byr royalti ni sbb mgunakn namaku sbgai watak utama! Hahahahahaha

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!