UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Thursday, 31 October 2013

Adakah Dia Milikku? 7



Neng Aisya, mari turun makan, hidangannya sudah siap kok, mari nyantap,” panggil Kak Siti dalam dialek Indonesia. 
Kejap lagi Aisya turun, Aisya nak pakai perapi rambut jap,” jawab Aisya Syafia dari atas.
Jangan ngak turun ya, nanti nyonya besar marah sama Kak Siti,” pesan pembantu rumahnya itu.
“Ya, akak jangan risau,” jawab Aisya Syafia lagi.
Selepas mendapat jawapan dari Aisya Syafia, dia pun berlalu ke dapur untuk menghidangkan hidangan tengahari untuk majikannya. Sebaik sampai ke dapur, terkejut bukan kepalang apabila melihat majikannya,Pn.Emy sudah terbaring di atas lantai. Perasaan cemasnya terus menjelma.
Nyonya, bangun nyonya. Kok baring di sini?” Siti cuba untuk mengejutkan majikannya, tetapi tiada tanda-tanda yang majikannya akan sedar. Tanpa berlengah terus dia berlari keluar dari dapur untuk mendapatkan pertolongan.
Non Aisya! Non Aisya! Nyonya pengsan didapur!” jerit Siti sambil mendaki tangga.“Apa Kak Siti? Aisya tak dengar,” jawabnya. Macam mana nak dengar, earplug masih ditelinga.
Non, nyonya pengsan didapur!” balas Siti sambil mengetuk pintu anak majikannya.
“Apa? Mummy pengsan?” tanpa berlengah Aisya terus berlari mendapatkan mummynya yang terbaring di dapur.
“Kak Siti, tolong Aisya angkat mummy, kita bawa mummy ke kereta!” arah Aisya Syafia dalam keadaan panik.
“Apa yang bising-bising ni?” soal Al Farisi apabila keluar dari biliknya.
Daddy, mummy pengsan. Tolong Aisya angkat mummy, kita bawa mummy pergi hospital!” pinta Aisya Syafia.
“Ya ALLAH, macam mana mummy boleh pengsan ni sayang?” soal Al Farisi sambil mengendong tubuh isterinya yang tidak sedarkan diri itu.Tanpa berlengah Aisya Syafia terus menghidupkan enjin keretanya. Daddy dibelakang disamping mummynya.
“Kak Siti, jaga rumah! Tolong telefon along, dan bagitahu mummy pengsan!” arah Aisya Syafia.
“Ya non! Kak Siti akan ngabarin pada tuan!” jawab Siti apabila kereta yang dipandu Aisya Syafia mula meninggalkannya.Tanpa membuang masa, Siti terus menghubungi anak sulung majikannya untuk mengkhabar berita bahawa Pn.Emy pengsan dan dibawa kehospital.
“Assalammulaikum, tuan.” Siti memberi salam dalam nada suara yang begitu panik.
“Waalaikummussalam, kenapa Kak Siti? Lain ja nada suada Kak Siti ni?” soal anak majikannya.
“Tuan, Kak Siti mau ngabarin yang nyonya pengsan!” jawab Siti.
“Apa?! Mummy pengsan? Habis tu sekarang macam mana keadaan mummy Kak Siti?” soalnya lagi.
Nyonya telah dibawa oleh non Aisya sama Tuan, ke hospital” jawab Siti.
“Hospital mana Kak Siti?” soalnya lagi.
“Gi mana mau Kak Siti tau? Kak Siti dirumah kok, cuba tuan hubungi non atau Tuan Besar,” jawab Siti.
“Maaf, saya terlupa. Terima kasih sebab beritahu saya tentang mummy,” balas anak sulung majikannya.
“Assalammualaikum, daddy. Macam mana dengan keadaan mummy? Macam mana mummy boleh pengsan? Mummy kena tahan wad ke?” soal anak sulungnya tanpa sempat memberikannya peluang untuk berkata.
“Doktor cakap keadaan mummy stabil, tapi mummy kena tahan wad dalam masa 3 hari ni. Doktor nak buat pemeriksaan lanjut ke atas mummy. Tentang macam mana mummy boleh pengsan tu, daddy tak dapat nak jawab, sebab masa tu daddy tengah solat Zuhur.” terang Al Farisi sambil menanti doktor keluar dari bilik yang merawat isterinya.
Daddy, tak da meeting ke hari?” soal puteranya.
“Sepatutnya daddy ada meeting hari ni, tapi dah mummy masuk hospital, takkan daddy nak pergi meeting juga? So, I ask my PA to cancel it,” jawab Al Farisi.
Oh, like that. So, have you take your lunch dad?” soalnya lagi.“Tak sempat, kejap lagi la daddy makan. Hati daddy tak tenteram, selagi daddy tak tahu perkembangan mummy kamu, yang kamu tanya daddy kamu dah makan?” soal daddynya kembali.
“Err, sama la. Belum makan lagi, sebaik saja dapat panggilan dari Kak Siti, terus kemari, tak fikir tentang makan mahupun kelas, mummy lagi penting,”jawabnya.
“Daddy harap, kamu dengan Aisya tidak bagitahu hal ni pada adik kamu. Daddy tak nak fokus dia terganggu, dia kan tengah hadapi SPM. Biar selesai dulu tanggungjawab dia, nanti daddy sendiri yang akan bagitahu dia,” pinta daddynya tenang.
Okay daddy. I promise! By the way, where your little princess? I can't see her here?” soalnya lagi.Oh, she's going down. To buy something to eat. You want to order something? I can inform her?” pelawa daddynya.
It's okay daddy, I can buy it myself,” jawabnya.Up to you boy. Daddy, nak pergi toilet kejap,”
“Okay daddy, I'm stay here, wait for doctor,” jawabnya.Al Farisi pun beredar meninggalkan puteranya. Sebaik sahaja dia beredar, Aisya Syafia muncul dengan bungkusan makanan di tangannya.
“Kau beli apa tu?” soalnya kepada adiknya, Aisya Syafia.“Aku beli makanan untuk aku dan daddy, kenapa ?” Aisya Syafia membalas.
“Tak da apa, daddy pergi toilet,” dia memberitahu kepada adiknya apabila perasan Aisya Syafia seperti mencari seseorang.
Oh, thank but no thank,” ujar Aisya Syafia.“Dah makan?” soal Aisya Syafia memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka.
“Belum,” jawab abangnya.
Take this,” ucap Aisya Syafia sambil menghulurkan sebungkus roti berinti ikan bilis dengan air kotak kepada abangnya.
Thanks,” jawabnya yang segan dengan layanan adiknya. Sebelum ini mereka sering bertelagah. Tak sangka yang adiknya memberinya makanan walaupun tak seberapa, cukuplah untuk alas perut.Tanpa disedari oleh mereka dua beradik, perlakuan mereka sebentar tadi telah dilihat oleh daddynya. Al Farisi cukup gembira melihat perubahan mereka.
“Betul ke kau nak sambung belajar?” soal abangnya untuk memecahkan kesunyian antara mereka dua beradik.
“Mana kau tahu, aku nak sambung belajar?” soalan berbalas soalan.
“Aku terdengar kau berbual dengan daddy dan mummy pagi tadi,” akuinya.
“Tak salahkan aku nak sambung belajar?” soal Aisya Syafia kembali.“Aku tak cakap pun salah, tapi kalau betul kau nak sambung belajar, baguslah. Aku boleh bagi cadangan kat kau universiti mana yang terbaik,” jawabnya sambil menunjukkan sifat prihatinnya sebagai seorang abang.
Thanks,” jawab Aisya Syafia sambil tersenyum.
“Kau nak ambil bidang apa?” ajunya lagi. Dia akui yang selama ini, dia tidak perasan bahawa senyuman adiknya begitu manis dan mampu mengoyahkan hati jejaka yang melihatnya.
“Aku rasa nak belajar bidang pertanian. Lagipun, aku minat dalam berbakti kepada alam sekitar. Kau rasa okay tak?” soal Aisya Syafia.
“Tak sangka kau minat pertanian, aku ingatkan kau nak ambil fesyen. Yela, kau kan kaki shopping,” jawabnya sambil tertawa.
“Hahaha, memang aku minat shopping. Tapi, tak salahkan kalau aku minat pertanian? Kau je yang tak tahu aku minat pertanian,” jawabnya sambil ketawa.
“Amboi rancaknya berborak, sampai tak perasan daddy kat sini.” soal Al Farisi sambil mengusik anak-anaknya.
“Sorry daddy,” jawab Aisya Syafia.It's okay princess, I'm glad that both of you can chat together, I'm sure your mummy must be happy to see it,” ucap Al Farisi.Tanpa kata, kedua-dua permatanya menguntumkan senyuman. Mereka memeluk Al Farisi.
Daddy harap, kalian tak bergaduh lagi lepas ni,” ucapnya sambil membalas pelukan dari permatanya.
Prince, how's your mummy? Get any info from doctor?” soal Al Farisi.“Belum lagi daddy,” jawab putera sulungnya.
Daddy, makan la dulu. Kesian daddy, tak makan lagi,” jawab Aisya Syafia sambil menghulurkan makanan yang diberi di kantin tadi.
Thank you, princess,” jawab daddynya.

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!