“Assalammualaikum, Escha oh Escha?”
“Waalaikummussalam, oh Liya rupanya. Masuk la dulu, nenek pergi panggilkan Escha ya?” pelawa Pn.Maziah kepada rakan karib cucunya, Aliya Qaisara
“Terima kasih nek,” jawab Aliya Qaisara.
“Escha, ni Liya datang cari kamu,” ucap Pn.Maziah sambil mengetuk pintu bilik cucunya.
“Ya nek, Kejap, Escha nak pakai tudung dulu,” jawab Alescha Awanies dari dalam.
“Liya, duduk dulu la ya, Escha tengah pakai tudung. Nenek pergi buat air kejap,” ujar Pn.Maziah.
“Eh nek, tak yah susah-susah, Liya da minum tadi dekat rumah,” jawab Aliya Qaisara yang tidak mahu menyusahkan Pn.Maziah.
“Tak da susah pun, Liya. Nenek tahu, Liya dahaga berjalan dari rumah nak ke sini. Kejap ya nenek buat,” ujar Pn.Maziah sambil menghadiahkan senyuman kepada tetamu cucunya.
“Terima kasih nek,” jawab Aliya Qaisara.
“Liya, maaf buat kau tunggu lama,” ucap Alescha Awanies kepada sahabat karibnya.
“Lama apanya, aku pun baru ja sampai ni. Amboi, cantiknya kau! Nak pergi ambil keputusan SPM ke, nak pergi cari teman lelaki ni?” gurau Aliya Qaisara.
“Pandai la kau, puji aku cantik. Maaflah, tak da duit kecil nak bagi,” ucap Alescha Awanies.
“Kedekut! Ada ke nak bagi aku duit kecil? Tak nak! Nak duit besar!” rajuk Aliya Qaisara seperti budak kecil.
“Liya, mari minum dulu. Escha dengan Liya nak pergi mana ni? Nenek tengok, bukan main berseri lagi muka kamu berdua ni,” sapa Pn.Maziah.
“Escha dengan Liya nak pergi sekolah nek, nak ambil keputusan SPM. Macam takut la pulak nak pergi ambil keputusan,” jawab Alescha Awanies.
“Nak takut apa cu? Nenek yakin, Escha dengan Liya mesti dapat keputusan yang cemerlang.
Escha dengan Liya dah berusaha, sekarang tawakal kepada ALLAH, terima keputusan nanti dengan hati yang terbuka. Jangan lupa, ucap terima kasih kepada cikgu-cikgu yang dah mengajar kamu, takut selepas kamu keluar dari sekolah, kamu tidak dapat kesempatan nak berjumpa dengan mereka,” Pn.Maziah menyampaikan amanatnya kepada kedua-dua mereka.
“Insya ALLAH, nek Escha minta diri dulu nek,” ucap Alescha Awanies sambil menyalam neneknya.
“Nek, Liya pun minta izin dulu. Terima kasih kerana buatkan Liya air,” ucap Aliya Qaisara sambil menyalam Pn.Maziah.
“Sama-sama, hati-hati jalan tu. Tengok kiri kanan, bila melintas jalan. Jangan lupa berzikir kepadaNYA,” pesan Pn.Maziah.
'Sudah besar cucu aku, cepat betul masa berlalu, terasa seperti baru semalam Qila tinggalkan mak dengan anak-anak. Semoga roh Qila aman disana nak, mak maafkan segala kesilapan Qila kepada mak, mak halalkan segala susu yang telah mak berikan,' Pn.Maziah bermonolog sambil memerhatikan Alescha Awanies dan Aliya Qaisara berjalan meninggalkannya. Tanpa disedari airmatanya, berguguran jatuh apabila teringat akan arwah anaknya. Pn.Maziah akan teringatkan Aqilah Ayuni apabila melihat senyuman yang terukir dibibir Alescha Awanies. Senyuman Alescha Awanies begitu menyerupai senyuman yang dimiliki oleh arwah Aqilah Ayuni.
“Assalammualaikum, mummy sihat?”
“Waalaikummussalam, alhamdulillah mummy sihat sayang. Anak mummy, dekat sana sihat?” soal Pn.Emy, apabila menerima panggilan dari anak bongsunya, yang berada disekolah berasrama penuh.
“Hael sihat mummy. Mummy, Hael takutla nak ambil result SPM ni,” adu anak bongsunya.
“Azhael Ikhtiman, sejak bila pula anak mummy ni jadi penakut? Hael da berusaha, sekarang tawakal. Dah kenapa, anak lelaki apa ni takut nak ambil keputusan SPM ni?” ujar Pn.Emy sambil memerli anak bongsunya.
“Ish, mummy ni! Bukan nak bagi motivation, tapi menjatuhkan semangat pulak,” Azhael Ikhtiman seakan merajuk.
“Tak yah nak merajuk dengan mummy, nanti tak kacak anak mummy ni. Sekarang Hael dekat mana?” soal Pn.Emy.
“Hael dekat kantin ni, nak sarapan dulu sebelum masuk dewan ambil keputusan,” ujarnya jujur.
“Okay sayang, selamat bersarapan. Mummy yakin anak mummy mampu dapat keputusan yang cemerlang,” Pn.Emy memberi galakan.
“Mummy, Hael tak sabar nak balik rumah, Hael rindu dengan Dexter,” ucapnya.
“Rindu dekat Dexter je ke? Mummy dengan daddy tak rindu?” soal mummy.
“Mestilah, Hael rindu semua, tapi Hael paling rindu dekat Dexter. Dexter sihat tak mummy?” soal Azhael Ikhtiman.
“Dexter sihat sayang,” ucap mummynya sambil terbatuk-batuk.
“Mummy, kenapa ni?” soal Azhael Ikhtiman cemas.
“Mummy tak da apa-apa. Mummy cuma batuk ja, kurang minum air agaknya. Hael jangan risau okay sayang?” Pn.Emy cuba menyembunyikan perkara sebenar kerana tidak mahu emosi anaknya terganggu saat ini.
“Okay la kalau macam tu, mummy Hael nak sarapan dulu ni. Mummy jangan lupa sarapan ya? Kirim salam sayang dekat semua dan tolong peluk cium untuk Dexter,” ucapnya.
“Ya sayang, assalammualaikum,” ujar mummynya.
“Waalaikummussalam,” jawabnya.
No comments:
Post a Comment