“Assalammualaikum, angah sihat?” soal Alescha Awanies.
“Waalaikummussalam, maaf Khai pergi tandas sebentar,”
jawab jejaka di hujung talian.
“Oh, yeke? Maafkan saya, saya ingatkan angah saya
tadi, tak pa la kalau macam tu,” ujar Alescha Awanies.
“Sebentar, boleh saya tahu sapa disana?” soalnya
kembali.
“Saya adik dia, nanti tolong pesan padanya, suruh dia
telefon saya balik? Assalammualaikum,” ujarnya.
“Waalaikummussalam,” terkedu apabila Alescha Awanies
menamatkan panggilan.
Setibanya, Khairul Fadlan di meja makan, dia tertanya
kenapa telefon dia berada ditangan kawan karibnya itu.
“Macam mana telefon aku ada kat tangan kau?” soal
Khairul Fadlan sambil meminta telefonnya kembali.
“Err, maaf Khai. Tadi kau tertinggal handphone
kau masa kau pergi toilet. Lepas tu, ada orang call, aku
angkat la,” akuinya jujur.
“Oh, okay. By the way, sapa yang call aku
tadi?” soal Khairul Fadlan.
“Adik kau, dia suruh kau call dia balik. Kau tak cakap
pun kat aku, kau ada adik perempuan?” jawabnya.
“Kenapa, aku kena bagitahu kau aku ada adik
perempuan?” soal Khairul Fadlan yang mulai curiga dengan kawan
karibnya.
“Sekurangnya, aku boleh tolong jaga dia,” jawabnya
sambil kenyitkan mata kearah Khairul Fadlan.
“Ni nampak?” soal Khairul Fadlan sambil mengacukan
penumbuk ke muka sahabatnya itu.
“Amboi, garangnya bakal abang ipar aku ni?” soalnya
sambil tertawa.
“Banyak la kau punya abang ipar, tak ingin aku ada
adik ipar yang sebaya dengan aku. Lagi-lagi, kalau orangnya adalah
kau,” jawab Khairul Fadlan.
“Kenapa pulak aku tak boleh? Tak cukup padan ke aku
dengan adik kau? Atau kau nak orang yang kaya je jadi adik ipar kau?”
sakat sahabatnya lagi.
“Kau ingat adik aku tu apa? Cuma, aku tak nak dia
terikat dengan cinta selagi dia belum habis belajar,” akuinya.
“Berapa umur adik kau, Khai? Dia belajar kat mana?
Mana la tahu aku boleh pantau dia untuk kau?” jawabnya lagi sambil
tersenyum.
“Baru habis SPM, tapi dia nak sambung belajar. Tu yang
aku cari keje part-time, sebab nak bantu family aku. Kau
sendiri tahu kisah hidup aku macam manakan? Ada ayah, tapi abaikan
kami adik beradik sejak adik aku berusia 3 tahun? Dah 14 tahun dia
abaikan kami, tanpa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
ayah. Nasib baik, kami masih mempunyai nenek, yang sanggup membela
kami. Sebab tu, jugaklah aku tak nak melibatkan diri dalam bercinta
dengan sesiapa, selagi aku belum tamat belajar,” ujarnya tanpa rasa
segan.
“Aku faham, tanggungjawab kau. Jangan risau Khai, aku
cuma bergurau je tadi. Aku hormat pendirian kau, aku cuma nak
ingatkan tentang tiga perkara,” nada suaranya mulai serius.
“Tiga perkara? Aku tak faham la,Rayyan,” ucap
Khairul Fadlan pada sahabatnya, Daniel Rayyan.
“Okay, yang pertama ialah tentang
tanggungjawab. Tanggungjawab kau sebagai anak lelaki. Tanggungjawab
kau untuk menjaga kakak dan adik kau cukup besar, sebab kau adalah
wali mereka yang sah, sekiranya ayah kau telah tiada. Kedua, sahabat.
Kau ada aku sebagai sahabat kau, aku akan sentiasa dibelakang kau,
membantu dan menasihati. Ketiga,pelajar. Kau sedarkan yang kau masih
belajar? Tak salah sekiranya kau nak buat part-time ni, tapi jangan
ssesekali kau abaikan pelajaran kau disebabkan oleh keje ni.”
panjang lebar Daniel Rayyan berhujah.
“Thank you, sebab kau ingatkan aku tentang
perkara tu, and thank also for your concern about me,” ucap
Khairul Fadlan terharu.
“Itu gunanya kawan Khai, sentiasa bersama tak kira
susah atau senang. Kau pun, dah banyak membantu aku, jadi tak salah
kalau aku pula membantu. Kau nak guna duit ke untuk adik kau sambung
pelajarannya?” soal Daniel Rayyan.
“Kenapa kau tanya tentang tu?” soal Khairul Fadlan
resah.
“Tak da la, aku cuma tak nak adik kau tak dapat
sambung belajar, disebabkan masalah kewangan. Gelap masa depannya
nanti,”
“Kau nak tolong aku macam mana?” soal Khairul
Fadlan.
“Boleh aku dapatkan salinan keputusan SPM nya?”
soalnya kepada Khairul Fadlan.
“Aduh, aku terlupa nak tanya dia tentang keputusan
dia. Nasib baik kau ingatkan. Kejap ya, aku nak call dia kejap,”
ujarnya.
“Okay,” jawab Daniel Rayyan sambil tersenyum.
“Assalammualaikum,” soal Khairul Fadlan apabila
panggilannya dijawab.
“Waalaikummussalam angah. Angah dekat mana tu? Lama
Escha tunggu angah call balik.
Kawan angah tak bagitahu ke yang Escha kol angah tadi?”
bertubi soalan diajukannya.
“Angah tengah tengok bola kat kedai mamak dengan kawan
angah. Dia ada bagitahu, angah yang terlupa tadi. Nasib baik, dia
ingatkan,” akui Khairul Fadlan.
“Yela, bola lagi penting dari Escha. Pergi lah angah
tengok bola, Escha nak tido dulu,” Alescha Awanies merajuk dengan
angahnya gara-gara angahnya lambat call dia balik.
“Ala, tak kan dengan perlawanan bola pun, Escha nak
jealous? Macam budak kecik, sikit-sikit nak merajuk,” pintas
Khairul Fadlan.
“Macam mana tak merajuk, dekat dua jam baru angah nak
call Escha,” adu Alescha Awanies.
“Okay, angah salah. Angah minta maaf, kita tutup buku
ya? By the way, ada apa call angah tadi?” soal
Khairul Fadlan sambil mengalah kepada adik kesayangannya.
“Escha nak bagitahu angah, tentang keputusan SPM
Escha,” akuinya.
“Ohh, result SPM da keluar, Liya dapat berapa?”
soal Khairul Fadlan mengusik adiknya.
“Angah ni kan, yang tanya result Liya buat apa?
Dia adik angah ke? Atau angah ada hati dekat dia?” soal Alescha
Awanies mengenakan kembali angahnya.
“Tak da la, angah gurau je. Okay, my little
sisters, how's your result's? Is it okay or not?” soalnya lagi.
“Excuse me, Mr Khairul Fadlan. I'm Alescha Awanies,
your sister get's an excellent result's in SPM and also the best
student of this year okay?” jawab Alescha Awanies berbangga.
“Wow, first time I hear you speaking! Not bad, by
the way, what's your's plan after this? Working or continue study?”
soal Khairul Fadlan lagi.
“Of course, I want continue my study. I have
ambition okay? Escha takkan sesekali biarkan impian Escha hancur
begitu saja!” tegasnya lagi.
“Okay-okay. Just cool, adik da plan nak sambung
kat mana? Dah mohon ke belum?” soal Khairul Fadlan.
“Escha tak tahu lagi,tu yang Escha nak minta pendapat
angah. Escha kalau boleh, tak nak susahkan nenek ngan angah. Tapi
Escha nak sambung belajar.” ujarnya meluahkan apa yang terbuku.
“Escha nak ambil bidang apa?” soal Khairul Fadlan
kepada adiknya.
“Escha nak ambil bidang HR,” jawabnya.
“Okey, nanti angah cuba carikan maklumat untuk Escha,
Escha jangan risau ya? Sebelum angah terlupa, nenek sihat? Rindu
angah kat nenek,” soalnya lagi.
“Escha ada kat sini, mestilah nenek sihat, angah
jangan risau. Angah, betul ke along nak balik minggu depan? Escha nak
call dan tanya dia, tapi Escha takut ganggu dia, ye la diakan
tahun akhir, mesti sibuk dengan assigment dia,” luah Alescha
Awanies.
“Tak pa, nanti angah akan follow up balik
dengan dia. Escha jangan risau okay?” Khairul Fadlan cuba
meyakinkan adiknya.
“Angah, Escha nak tanya sikit boleh?” soal Alescha
Awanies.
“Tanya apa Escha? Kalau angah boleh jawab, angah akan
jawab,” akuinya.
“Kenapa hari tu nenek tinggikan suara masa angah
berbual dengan nenek? Angah ada buat salah ke?” soalnya lagi.
“Ouh sebab tu, tak da apa-apa. Angah minta pendapat
nenek untuk buat part-time. Nenek tak bagi, sebab tu dia
tinggikan suara dekat angah,” jawab Khairul Fadlan sambil
menyembunyikan hal sebenar kerana dia telah berjanji dengan neneknya.
“Ouh, sebab tu ke? Escha takut bila nenek tiba-tiba
tinggikan suara, yela sebelum nikan nenek tak pernah tinggikan suara.
Kenapa angah nak buat part-time? PTPTN tak cukup ke?” soal
Alescha Awanies mengenai apa yang tersirat di mindanya.
“Err, angah nak beli motorsikal, tu yang angah nak
buat part-time,” akuinya sambil cuba berselindung dengan
tujuan asalnya membantu neneknya.
“Kenapa angah tak bagitahu nenek? Kenapa angah
sembunyikan dari pengetahuan nenek?” soal Alescha Awanies.
“Angah tak nak susahkan nenek, jadi lebih baik angah
usaha sendiri,” ujarnya.
“Oh, tapi jangan sampai mengganggu pelajaran angah
sudahla. Angah, Escha nak minta izin, nak tidur dulu, sebab esok
Escha kena bangun pagi, nak tolong Cikgu Latifah buat kek,”
ucapnya.
“Amboi, cakap orang pandai, yang dia berkerja boleh
pulak?” soal angahnya.
“Escha tak pa, sebab Escha belum sambung belajar lagi,
jadi baik Escha manfaatkan masa yang ada ni, dengan tolong Cikgu
Latifah, sekurangnya dapat juga Escha duit belanja dan tolong nenek,”
jawabnya mematahkan hujahan dari angahnya.
“Amboi, bijaknya berkata-kata. Okay, pergi la
tidur. Assalammualaikum,”
“Waalaikummussalam,” jawabnya sambil bermonolog
sendiri. 'Nasib baik la, ada teknologi terbaru, tak perlu bayar untuk
berbual, cuma memerlukan muat turun aplikasi dan memuat turun. Untung
manusia sekarang, pandai juga aku memanfaatkannya' sambil tertawa
sendiri.
No comments:
Post a Comment