UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Sunday, 17 November 2013

Adakah Dia Milikku? 10


Al Farisi memandu ke lokasi di mana dia dan arwah isterinya, Aqilah Ayuni berjumpa untuk pertama kalinya. Sebaik sampai di tasik yang menjadi saksi pertemuannya dengan Aqilah Ayuni, dia melepaskan sebuah keluhan yang begitu dalam. Sedalam itu jugalah kasih dan sayangnya kepada Aqilah Ayuni. Dia tidak dapat menafikan isi hatinya, bahawa dia begitu merindui arwah isterinya, kerana baginya Aqilah Ayuni merupakan wanita pertama yang bertakhta dihatinya. Tujuan utama dia ke Malaysia, ialah untuk melanjutkan pelajarannya. Pertemuan yang tidak diduga itu, berlaku ketika dia sedang berjogging di kawasan tasik itu. Baginya, udara di situ sungguh segar, kerana di sekitar kawasan itu masih banyak fauna yang belum terusik oleh pembangunan. Dia melakukan aktiviti hariannya di situ tanpa menghiraukan pengunjung yang lain. Ketika itu, dia hanya memakai seluar sukan dan T-shirt sukan yang di bawa dari negara kelahirannya, kerana ia mempunyai nilai sentimental yang susah untuk di lupakan.
Tanpa berlengah, dia duduk di bangku yang disediakan di situ. Pemikirannya jauh terbang, mengutip sisa kenangannya bersama Aqilah Ayuni. Kini, kenangan itu menjelma di kotak fikirannya.
Tolong! Tolong! Beg saya diragut!” Aqilah Ayuni menjerit untuk menarik perhatian pengunjung di situ bagi membantunya.
Pada mulanya, Al Farisi tidak begitu mengendahkan jeritan itu, kerana ketika itu dia berada agak jauh dari Aqilah Ayuni. Tiba-tiba dia dirempuh dari belakang. Dia bangun dan cuba menyerang orang merempuhnya, tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa perempuan itu mencampakkan beg ditangannya dan meninggalkan Al Farisi apabila dia dikejar oleh pengunjung di situ. Aqilah Ayuni terus menanggalkan kasut tingginya dan berlari kearah Al Farisi apabila terlihat beg ditangannya, kepunyaan Aqilah Ayuni.
Encik okay?” soal Aqilah Ayuni tanpa memikirkan dengan siapa dia bercakap.
Err, saya okay, ni beg cik ke?” soal Al Farisi apabila melihat Aqilah Ayuni melirikkan matanya kearah beg yang dipegangnya.
Ya, beg saya. Terima kasih, kerana tolong saya dapatkan balik beg saya,” ucap Aqilah Ayuni sambil mengambil begnya dan membantu Al Farisi bangun.
Sama-sama, sebenarnya saya tak buat apa-apa pun, perempuan tu yang merempuh saya kemudian dia melarikan diri apabila dikejar oleh orang ramai,” akui Al Farisi yang begitu fasih berbahasa Malaysia.
Saya Aqilah Ayuni, jika dia tidak merempuh encik, mesti saya tak dapat balik beg saya ini,” ucap Aqilah Ayuni sambil menghulurkan tangannya.
Saya Al Farisi,” jawabnya ringkas kerana terpegun melihat keayuan Aqilah Ayuni.
Maaf bertanya, encik bukan orang Malaysia kan? Sebab nama encik yang mengambarkannya,” ucap Aqilah Ayuni sambil berjalan seiringan dengan Al Farisi.
Ya, saya lahir di Pakistan, tetapi belajar di sini,” jawap Al Farisi.
Tak sangka En Al Farisi fasih berbahasa Malaysia,” ucapnya yang begitu kagum dengan kefasihan jejaka kelahiran Pakistan itu.
Panggil je saya Faris,” jawabnya sambil tersenyum kepada Aqilah Ayuni.
Lagu Aisheteru nyanyian band dari Indonesia mematikan lamunannya, serta membawanya kembali kedunia realiti, dimana Aqilah Ayuni sudah pergi meninggalkannya untuk selamanya.
Assalamualaikum, daddy sihat? Daddy kat mana tu?” soal Azhael Ikhtiman dihujung talian.
Waalaikummussalam, alhamdulillah daddy sihat, how's bout you, my prince?” soal daddynya.
Hael, sihat alhamdulillah. Tadi Hael call rumah, Kak Aisya cakap daddy tak da, tu yang Hael call daddy, Hael ganggu daddy ke?” soal Azhael Ikhtiman.
Tak ganggu pun sayang. Daddy kat luar ni. Tak da meeting pun, cuma ambil angin petang je, ada apa-apa yang Hael nak share dengan daddy?” soal Al Farisi.
Hael nak minta pendapat daddy, Hael nak sambung belajar, tapi Hael tak tau nak sambung dekat mana,” luah Azhael Ikhtiman.
Hael minta bidang apa sayang?” soal daddynya.
Hael nak ambil bidang HR. tapi tak tau dekat mana,” luah Azhael Ikhtiman.
Nanti daddy survey universiti mana yang sesuai untuk Hael, sebelum daddy terlupa, macam mana dengan keputusan SPM Hael?” soal Al Farisi.
Hehe, Hael dapat straight's Ala daddy. Daddy, mana hadiah Hael?” soalnya mengusik daddynya.
Hadiah? Alamak daddy lupa la sayang, daddy tunggu sayang balik sini dulu, baru daddy bagi, okay sayang?” jawabnya.
Okay daddy. Hael balik minggu depan. Tak sabar nak jumpa semua, lagi-lagi dengan Dexter,” ucapnya dengan gembira.
Amboi, Dexter juga yang dirindui sangat. Macam mana la nanti, kalau girlfriend Hael tak suka dengan Dexter?” usik daddynya lagi.
Hael, cari yang sama minat dengan Hael la daddy,” jawabnya sambil tersenyum.
Okey la sayang, daddy nak balik dulu, badan pun da berlengas ni. Kita jumpa minggu depan ya?” ucap Al Farisi.
Okey daddy, hati-hati memandu tu. Assalammualaikum,” balas putera bongsunya.
Waalaikummussalam,” jawabnya lagi.
Fikirannya, melayang lagi. Kini, fikirannya tertaut pada anak-anaknya bersama arwah Aqilah Ayuni.
'Tak silap, umur mereka semua sebaya. Kalau macam tu, mesti Alescha Awanies sebaya dengan Azhael Ikhtiman. Bagaimana dengan keputusan SPM dia agaknya? Adakah dia juga berminat nak sambung belajar seperti Azhael Ikhtiman?' hatinya bermonolog sendiri. Fikirannya masih mengingati nama anak bongsunya, kerana nama itu dia sendiri yang memilihnya.
'Aku akan cari cara bagaimana untuk berjumpa dengan mereka. Aku begitu merindui mereka semua, adakah mereka sudi untuk berjumpa dengan aku? Setelah hampir 14 tahun aku meninggalkan mereka tanpa berita? Tanpa nafkah?' hatinya bermonolog lagi.
Tanpa berlengah, dia terus menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan kawasan tasik itu.
Tasik itu menjadi tempatnya, melepaskan rindunya kepada arwah Aqilah Ayuni serta anak-anaknya.
Lokasi tasik itu, masih menjadi rahsianya tanpa berkongsi dengan semua ahli keluarga barunya.

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!