Hari yang di tunggu-tunggu oleh Alescha Awanies tiba
jua. Hari di mana kakaknya pulang ke kampung. Seingatnya, kali
terakhir Diana Syuhada pulang ke kampung, ialah 4 bulan yang lalu.
Diana Syuhada tidak seperti Khairul Fadlan, yang sebulan sekali akan
pulang ke kampung, mungkin disebabkan dia mahu fokus pada final year,
dan mungkin juga dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk dia
berulang-alik ke kampung. Diana Syuhada tidak mempunyai kekuatan
untuk pulang ke kampung disebabkan dia takut untuk menghadapi
neneknya, setelah neneknya mengetahui dia tidak berpegang janji dan
menjalinkan cinta semasa masih belajar.
“Assalammualaikum,” Diana Syuhada memberi salam.
“Waalaikummussalam, kejap. Escha datang ni,” jerit
Alescha Awanies dari dalam rumah.
Terkocoh-kocoh Escha mendapatkan orang yang memberi
salam.
“Ehh, Along rupanya. Along sihat?” soal Alescha
Awanies sambil menyalam alongnya dan sahabat alongnya yang berada
disisi alongnya.
“Kalau along, tak sihat along tak da kat depan Escha
sekarang ni. Mesti la along kat rumah ataupun dekat hospital,”
jawab alongnya sambil memerli.
“Escha, sapa yang datang tu? Kenapa tak jemput mereka
masuk? Tak manis berbual di muka pintu tu,” ujar neneknya dari
dalam.
“Nek, along yang datang ni. Along bawa kawan dia
sekali,” jawab Alescha Awanies.
Sebaik mendengar suara neneknya dari dalam, serta merta
Diana Syuhada menggigil ketakutan.
'Yana, rileks la, kan aku da cakap. Kau kena berani,
Yana yang aku kenal tak macam ni', Dina Mariani membisikkan kata
semangat ditelinga Diana Syuhada.
“Along, siapa nama kakak sebelah along ni?” soal
Alescha Awanies. Dia begitu tertarik dengan penampilan Dina Mariani,
kerana baginya Dina Mariani seorang yang pandai bergaya.
“Maaf Escha, lupa pulak akak nak kenalkan diri. Nama
akak Dina Mariani, Escha boleh panggil Kak Dina je,” Dina Mariani
memperkenalkan dirinya.
“Oh Kak Dina. Cantiknya Kak Dina. Kak Dina ni model
ke?” soal Alescha Awanies yang mengagumi penampilan Dina Mariani.
“Eh, akak bukan model la Escha,” jawab Dina Mariani.
“Escha, kalau nak jadi wartawan pun, jemput la kami
masuk dulu, ni tak, berborak depan pintu pulak,” tegur Diana
Syuhada kepada adik bongsunya.
“Maafkan Escha, along. Escha cuma suka tengok
penampilan Kak Dina,” puji Alescha Awanies kepada sahabatnya, Dina
Mariani.
“Yana, sabarlah. Aku okey je, janganlah marah Escha,”
pujuk Dina Mariani.
“Tak pe, Kak Dina. Mari Escha tolong akak angkat beg
bawa masuk,” pelawa Alescha Awanies.
“Ha, baguslah. Kau memang layak, jadi tukang angkat
beg ja. Jangan nak berangan, la nak pakai cantik-cantik macam Kak
Dina!” ucap Diana Syuhada keras.
Terkejut! Itu perasaan sahabatnya tika ini, apabila
melihat sisi lain, yang hadir dari diri sahabatnya, Diana Syuhada.
Berdesing telinga Alescha Awanies, mendengar kata cacian yang
dilemparkan oleh kakaknya. Diana Syuhada masih tidak boleh melupakan
kisah yang terjadi 14 tahun lalu. Dia menyalahkan Alescha Awanies
atas kematian ibunya. Sejak dari pemergian ibunya, Diana Syuhada
begitu membenci akan adiknya, Alescha Awanies.
“Hei! Apa yang merasuk kau ni? Kenapa kau cakap macam
tu kat adik kau? Kau waras ke tak?” soal Dina Mariani kepadanya.
“Tak ada benda yang merasuk aku! Aku cuma benci tengok
budak ni! Gara-gara dia, aku kehilangan ibu aku!” ucap Diana
Syuhada sambil memalingkan mukanya dari melihat wajah Alescha
Awanies.
“Kau kenapa cakap, macam orang tak da agama ni?”
soal Dina Mariani kepada sahabatnya.
“Kau tak da hak, nak cakap tentang agama dengan aku,
Dina!” ujar Diana Syuhada.
“Habis siapa yang ada hak, nak cakap tentang agama
dengan kau? Teman lelaki kau?” ucap Pn.Maziah yang sebelum ini
hanya memerhati dari jauh.
“Nek, dah la tu. Jangan la marah along,” ucap
Alescha Awanies cuba meleraikan ketegangngan yang berlaku.
“Kau diam, Escha! Tak payah nak tunjuk baik depan
aku!” Diana Syuhada melepaskan geramnya kepada Alesha Awanies.
“Kau ni da kenapa? Sebelum ni, aku tak pernah tengok
sikap kau yang kurang ajar, dan tak hormat orang!” Dina Mariani
bersuara.
“Kau nak kau, aku hormat dekat anak yang bawa malang
ni ke!” Diana Syuhada membidas kata-kata sahabatnya. Sebaik ucapan
itu keluar dari mulutnya, sebuah penampar hinggap di pipinya.
Terkejut bukan kepalang, kerana penampar itu datang dari sahabatnya
sendiri.
“Kenapa kau tampar aku?” soal Diana Syuhadah sambil
memegang pipinya yang sakit akibat ditampar tadi.
“Aku tampar kau, sebab kau da melebihi batas! Aku
betul-betul tak sangka kau macam ni! Aku betul-betul tak kenal, Diana
Syuhada yang ada kat depan mata aku sekarang ni!” luah Dina Mariani
yang tidak menyukai sikap yang ditunjuk oleh sahabatnya.
“Kau nak tahu siapa sebenarnya yang menyebabkan ibu
kau meninggal?” soal Pn.Maziah sambil menahan marah.
“Nenek, jangan nak salahkan orang lain, gara-gara nak
selamatkan budak yang bawa malang ni!” ucap Diana Syuhada sambil
matanya mencerlung memandang Alescha Awanies.
“Budak yang kau cakap, bawa malang ni sebenarnya yang
dah menyelamatkan kau, dari menjadi korban dari dirogol oleh
budak-budak kampung ni! Ibu kau berkejar ke sana sebaik mendengar
jeritan budak ni! Budak yang kau cakap bawa malang ni! Tanpa
memikirkan tentang kenderaan yang lalu lalang, ibu kau terus berlari
untuk selamatkan kau! Gara-gara kau yang tak reti menjaga maruah
sendiri, ibu kau yang menjadi mangsa langar lari! Sekarang kau masih,
nak salahkan budak ni?” soal Pn.Maziah tegas kepada Diana Syuhada,
sambil mengesat airmata yang berguguran tanpa ada tanda yang akan
berhenti.
“Nenek tipu, Yana tak semudah itu nak percaya, apa
yang nenek cakap!” Diana Syuhadah masih bertegas dengan
pendiriannya.
“Tak percaya apa yang aku cakap? Aku tak rasa yang
otak kau gagal untuk berfungsi bagi mengingati kembali peristiwa
hitam itu. Sebenarnya, kau lah yang mebawa malang! Kau sendiri yang
menyebabkan kami semua kehilangan!”
Begitu pedas, apa yang di ucapkan oleh neneknya, tanpa
berlengah dia terus berlari memasuki biliknya, sambil menghempaskan
pintu bilik dengan sekuat hatinya.
“Maafkan kami, cu. Kami sekeluarga tidak berniat untuk
menyambut kedatangan cucu ke teratak kami, dengan adegan yang tidak
sewajarnya dipaparkan kepada tetamu,” ucap Pn.Maziah sekali lagi
kepada Dina Mariani.
“Nek, saya faham. Malah, saya tidak salahkan nenek.
Saya sebagai sahabatnya, tidak menyangka yang begitu sekali perangai
dia. Selama saya kenal dia, saya tidak pernah melihat, dia bertindak
sedemikian,” jawab Dina Mariani bagi mengurangkan rasa bersalah
Pn.Maziah kepadanya.
“Escha, bawa kawan along ni masuk bilik kamu, biarkan
dia membersihkan diri dan berehat. Lepas tu, Escha tolong nenek masak
kat dapur ya?” arah Pn.Maziah sambil mengelap airmata yang masih
tersisa di pipi cucu kesayangannya.
“Baiklah nek, Kak Dina mari Escha tunjukkan bilik
Escha,” ucap Alescha Awanies sambil membantu Dina Mariani membawa
begnya, ke kamar nya.
“Terima kasih, Escha. Maafkan akak ya?” jawab Dina
Mariani yang merasakan kedatangannya kekampung Diana Syuhada, telah
merobek ketenangan gadis itu.
“Kak Dina, tak perlu minta maaf. Escha dah biasa kena
marah dengan along, lagipun Kak Dina tak buat salah apa-apa pun pada
Escha,” ucap Alescha Awanies sambil cuba menguntumkan senyuman.
Senyuman yang terlahir begitu palsu sekali, kerana ingin menutup
kedukaan hatinya tika itu. Seumur hidupnya, ini adalah cacian yang
paling pedas yang dilontarkan oleh alongnya.
Sebenarnya, dia sendiri tidak mengetahui sebab musabab
yang meragut nyawa ibunya.
Betul ke apa yang neneknya ucapkan tadi? Fikirannya
begitu terganggu disebabkan perkara-perkara yang berlaku sebentar
tadi. Airmatanya, mengalir tanpa disedari.
“Escha, apa yang tercegat kat situ lagi? Mari tolong
nenek, sayang,” pinta Pn.Maziah.
“Nek, betul ke apa yang nenek cakapkan tadi dekat
along? Escha, macam sukar nak menerimanya,” luah Alescha Awanies
jujur.
“Escha, maafkan nenek sayang. Nenek sedar, yang nenek
tidak sepatutnya berbohong kepada Escha. Sebenarnya, nenek terpaksa
berbohong tentang pemergian ibu Escha, sebab nenek tak nak Yana
berterusan mencaci Escha. Nenek tak kuat Escha, bila melihat Escha
diperlakukan sebegitu,” akui Pn.Maziah tulus.
“Maksud nenek? Escha, tak faham apa yang nenek
sampaikan,” ucap Alescha Awanies.
“Sebenarnya, ibu Escha pergi menghadap ILLAHI
disebabkan perkara lain,” Pn.Maziah segera mematikan perbualannya
dengan cucu kesayangannya apabila melihat Dina Mariani keluar dari
bilik Alescha Awanies.
“Dina, kenapa tak berehat je kat bilik Escha? Dina,
tak selesa ke?” soal Pn.Maziah prihatin kepada tetamunya.
“Eh, tak nek. Dina selesa duduk kat bilik Escha, cuma
Dina tak selesa, bila asyik duk dalam bilik je. Dina nak tolong,
nenek masak boleh?” ucapnya.
“Eh, Dina kan tetamu. Biar nenek dengan Escha, je yang
memasak,” balas Pn.Maziah.
“Ala nek, Dina nak tolong nenek masak, tak manis la
kalau anak dara, asyik terperap dalam bilik je,” jawabnya sambil
mengulumkan senyuman.
“Sejuk perut mak Dina, dapat anak perempuan yang rajin
masuk dapur,” puji Pn.Maziah.
“Nenek, nak masak apa ni?” soal Dina Mariani.
“Dina, nak makan apa?” soal Pn.Maziah.
“Dina tak memilih, tapi Dina teringin nak makan
masakan kampung. Escha, okay ke? Akak tengok, Escha diam je dari
tadi,” soal Dina Mariani.
“Err, Escha okay kak,” jawabnya sambil berpura-pura
tersenyum.
“Escha, akak nak minta tolong sikit boleh?” soal
Dina Mariani kepada Alescha Awanies.
“Kak Dina, nak minta tolong apa? Kalau Escha boleh
tolong, InsyaAllah Escha tolong akak,” jawabnya jujur.
“Akak nak minta tolong Escha teman akak pergi pekan,
akak nak beli barang sikit dan bawa akak ronda-ronda kampung, boleh?”
pinta Dina Mariani.
Belum sempat Alescha Awanies berbicara, Pn.Maziah segera
memintas.
“Escha nanti temankan Kak Dina ye? Tak elok kita
hampakan permintaan orang,” ujar neneknya.
“Okay, Kak Dina. Lepas solat Zuhur, Escha temankan
akak okay? Sekarang, kita siapkan memasak dulu,” terpancar
kegembiraan di wajah Alescha Awanies.
“Okay dik,” jawab Dina Mariani sambil memeluk
Alescha Awanies. Alescha Awanies terkedu. Sebelum ini, dia tidak
pernah merasakan pelukan seorang kakak, kerana Diana Syuhadah begitu
membencinya. Teragak-agak Alescha Awanies nak membalas pelukan Dina
Mariani. Dia memandang Pn.Maziah, neneknya membalas dengan anggukkan.
“Akak, tak nak ajak along ke?” soal Alescha Awanies.
“Akak nak kuar dengan Escha, buat apa nak ajak dia?
Akak da selalu keluar dengan dia, hari ni akak nak, Escha pulak
temankan akak? Boleh? Sebab akak tak pernah rasa kasih sayang dan
perhatian seorang adik. Sebab akak anak bongsu, abang-abang semua da
bawa hala tuju masing-masing,” luah Dina Mariani.
“Akak sama dengan Escha la, kita sama-sama anak
bongsu,” jawab Alescha Awanies sambil tersenyum.
“Manisnya senyuman adik akak,” ucapnya sambil
mencuit hidung Alescha Awanies.
Sebalik kegembiraan Alescha Awanies dengan Dina Mariani,
ada yang sudah hangus terbakar melihat adegan mereka! Rasa menyesal
mula bertandang dijiwanya, kerana mengajak Dina Mariani mengikutinya
untuk pulang ke kampung.
No comments:
Post a Comment