UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Monday, 18 November 2013

Adakah Dia Milikku? 12



 “Escha, akak nak tanya sikit boleh?” ucap Dina Mariani.
Akak nak tanya apa?” soalnya sambil membetulkan tudungnya yang ditiup angin.
Yana memang tak ngam, dengan Escha ke?” soal Dina Mariani.
Hurm, kenapa akak tanya soalan itu?” soal Alescha Awanies. Sebenarnya, dia tidak selesa untuk berkongsi masalah yang dihadapinya bersama Diana Syuhada kepada orang lain, lagi-lagi Dina Mariani, sahabat kakaknya.
Akak tak paksa Escha, akak faham apa yang bermain di fikiran Escha sekarang ni. Mungkin Escha masih menganggap akak sebagai orang luar,” ucap Dina Mariani.
Bukan, itu maksud Escha, kak. Cuma Escha belum bersedia untuk bercerita mengenainya,” akui Alescha Awanies.
Tak pa, Escha. Akak faham situasi Escha sekarang. Escha, sebenarnya tersepit antara kasih sayang kepada seorang kakak, dan juga perasaan hati nenek Escha kan?” Dina Mariani berdiplomasi.
Escha, sebenarnya tak mahu masalah ini berlarutan. Escha tak nak hubungan Escha dengan Kak Yana begini. Escha sayangkan Kak Yana, walaupun dia tidak pernah sayangkan Escha,” akui Alescha Awanies sambil mengelap air mata yang keluar melalui tubir matanya.
Kak Dina, minta maaf. Akak, tak berniat buat Escha menangis,” ucap Dina Mariani serba salah apabila melihat airmata yang keluar dari wajah Alescha Awanies.
Akak tak salah apa pun. Tadi akak cakap nak pergi pekan kan?” soal Alescha Awanies yang tidak mahu topik itu berlarutan.
Escha, sudi ke temankan akak?” soal Dina Mariani.
Escha pun dah lama tak pergi pekan kak, Escha nak survey laptop, ya la masa belajar nanti semua nak guna laptop kan kak?”
Oh, nak tengok laptop ya? Escha minat laptop jenama apa?” soal Dina Mariani.
Escha tak kisah tentang jenama kak, yang Escha pentingkan ialah kemampuan Escha untuk memilikinya,” akui Alescha Awanies.
Jenama pun penting sayang, sebab kalau tak da jenama ni, nak cari alat ganti susah,” ucap Dina Mariani.
Betul jugak, cakap Kak Dina. Tapi, Escha tak mampu nak beli yang ada jenama ni,” akui Alescha Awanies.
Sapa cakap Escha yang beli?” bidas Dina Mariani.
Habis tu, kalo Escha tak beli, macam mana Escha nak guna?” jawab Alescha Awanies jujur.
Maksud akak, Escha beli, tapi bukan pakai duit Escha,” ucap Dina Mariani.
Habis tu pakai duit sapa?” soalnya lagi.
Nanti Escha tahu la, dah jom kita masuk,” ucap Dina Mariani.
Kak, cantikkan laptop-laptop kat sini?” soal Alescha Awanies yang mula teruja apabila melihat berbagai jenis peralatan komunikasi di hadapannya.
Escha tengok la, mana laptop yang menarik perhatian Escha,” arah Dina Mariani.
Rambang mata Escha tengok ,” ucap Alescha Awanies.
'Gembiranya aku rasa, bila dapat membuat orang sekelilingku bahagia YA ALLAH, semoga niatku ini diberkatimu' Dina Mariani bermonolog didalam hatinya apabila melihat Alescha Awanies gembira.
Kak, akak rasa mana yang cantik dan okay?” soal Alescha Awanies kepada Dina Mariani sambil menunjuk kearah laptop jenama ACER dan TOSHIBA.
Dua-dua ada kelebihan masing-masing, dan ada jugak kelemahannya. Macam ACER ASPIRE P3 ni, seperti yang Escha tengok, dia mampu untuk touch n type. Manakala TOSHIBA PORTEGE ni pulak, dia nipis dan ringan, yang mana Escha nak?” soal Dina Mariani.
Escha rasa ACER ni lah kak, sebab dia multi user, boleh guna dua-dua, mesti menarik,” ujar Alescha Awanies gembira.
Okay miss, we take this,” ucap Dina Mariani kepada pekerja di kedai tersebut.
Terkejut bukan kepalang, Alescha Awanies apabila mendengar Dina Mariani berkata begitu.
Akak biar betul ni? Escha tak cakap pun, yang Escha nak beli yang ni, mana cukup duit Escha,” ucap Alescha Awanies apabila gadis itu meninggalkan mereka.
Escha, jangan risau okay. Anggap ini hadiah dari Kak Dina, sebab Escha dapat Straight's A dalam SPM, okay dik?” ucap Dina Mariani. Rasa serba salah, mula menyerbu Dina Mariani. 'Maafkan akak sebab tak jujur dengan Escha' ucapnya di dalam hati.
Hadiah ni terlalu besar bagi Escha, Escha tak pernah dapat hadiah sebegini sepanjang umur Escha, terima kasih Kak Dina, sebab bagi Escha hadiah ni. Escha janji, Escha akan berusaha bersungguh dan menggunakannya dengan penuh berhemah,” Alescha Awanies berjanji kepada dirinya juga.
Baguslah, kalau itu niat Escha, akak harap dengan hadiah ini Escha dapat membuktikan kepada orang diluar sana yang Escha, bukan anak kampung biasa, tetapi luar biasa,” ucapnya sambil menekan perkataan 'Luar Biasa' itu.
Sebaik selesai urusan pembelian, dan berlalu keluar dari kedai itu, Dina Mariani menghantar teks mesej kepada seseorang. 'Saya dah menunaikan satu impiannya, dia begitu gembira,' Selepas siap menghantar teks, dia memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.
Escha, teman akak cari tudung boleh? Akak, nak minta pendapat Escha, boleh?” soal Dina Mariani.
Boleh je kak, pertolongan yang akak minta tu kecil saja, berbanding pertolongan akak pada Escha,” jawab Alescha Awanies.
Escha, jangan bangkitkan tentang itu, sebab akak takut nanti timbul pulak perasaan riak pada akak, kan riak tu tak baik?” soal Dina Mariani lagi.
Maafkan Escha, kak. Kak, Escha nak tanya sikit,” soal Alescha Awanies.
Nak tanya apa Escha?” soal Dina Mariani sambil membelek tudung-tudung yang dijual di kedai yang mereka masuk.
Akak pernah sampai Manila, Filipina?” soal Alescha Awanies.
Pernah, tapi dah lama dah. Seingat akak, akak pergi lima tahun lepas, kenapa Escha nak pergi sana ke?” soalnya kembali.
Escha memang teringin nak pergi, tapi kos dia mesti mahal kan? Nak fikir, tentang penerbangan, penginapan dan kos kat sana lagi. Rasanya Escha, tak mampu nak menjejakinya buat masa sekarang, lagi pula Escha nak sambung belajar lagi, duit pun sikit je yang Escha ada,” jawabnya jujur.
Okay, buat masa sekarang, Escha fikirkan tentang sambung belajar dulu, dah dapat sambung belajar nanti, baru Escha fikirkan, mana la tahu ada rezeki Escha nak pergi melawat negara orang, rezeki seseorang kita tak dapat nak predict, tu semua rahsia ALLAH,” ucapnya.
Sedang mereka rancak berbual, mereka didatangi oleh seseorang yang begitu asing bagi Alescha Awanies, tetapi tidak bagi Dina Mariani. Dina Mariani mengerti, akan perubahan pada wajah Alescha Awanies.
Assalammualaikum,” soal tetamu dihadapan mereka ketika itu.
Waalaikummussalam, Encik dari mana?” soal Dina Mariani.
Saya ada meeting tadi, dekat area berdekatan, terasa nak membeli sesuatu, tu yang saya singgah di sini, tak sangka terserempak dengan awak kat sini,” jawabnya sambil memandang gadis yang berada dibelakang Dina Mariani.
Kak, dia ni siapa?” soal Alescha Awanies sambil menyorok di belakang Dina Mariani.
Saya Al Farisi, pensyarah Dina Mariani,” bohong lelaki di depannya.
Oh, saya minta maaf. Saya tak biasa bercakap, dengan orang luar. Saya minta maaf lagi sekali, saya Alescha Awanies,” ucapnya sambil menundukkan sedikit mukanya.
Sebaik Alescha Awanies, memperkenalkan dirinya, wajah pemuda dihadapannya berubah. Sungguh dia tidak menyangka bahawa gadis dihadapannya, merupakan anaknya bersama arwah Aqilah Ayuni yang diabaikan sejak 14 tahun yang lalu. Dia tidak menyangka bahawa Alescha Awanies, mewarisi sepasang mata yang begitu mirip dengan arwah Aqilah Ayuni. Hatinya, ingin melepaskan rindu kepada anaknya itu, tetapi dia tidak mahu Alescha Awanies tersalah sangka kepadanya. 'Satu hari nanti, aku akan berterus terang dengannya, sesungguhnya aku begitu merindui anak itu' suara hatinya mula bersuara.
Nama encik sama dengan nama ayah saya,” ucap Alescha Awanies.
Dina dengan Alescha, sudi tak teman saya makan?” ucapnya dan berharap mereka bersetuju.
Dina Mariani memandang Alescha Awanies untuk mendapatkan persetujuannya, apabila melihat ada senyuman yang terbit di wajah gadis itu, dia bersuara.
Boleh juga, Encik Al Farisi. Saya pun baru, bercadang untuk makan,” jawabnya sambil tersenyum dan memberi peluang untuk Al Farisi bagi mendekati anaknya.
Escha, nak makan dimana?” soal Dina Mariani memecahkan kesunyian yang tercipta antara mereka.
Err, Escha nak makan McDonald je la, sebab Escha tak bawa banyak duit ni kak,” akuinya jujur.
Escha, tak payah keluarkan duit, hari ni saya yang belanja, anggap ini sebagai rezeki Escha,” ucap Al Farisi.
Alhamdulillah, murah sungguh rezeki hambamu hari ini. Sesungguhnya, hamba begitu bersyukur dengan rezeki kurnianMu,” ucap Alescha Awanies.
Tersentuh sungguh hatinya, tika itu. Sesungguhnya, anaknya adalah anugerah terindah yang di tinggalkan oleh arwah isterinya, Aqilah Ayuni. 'Terima kasih sayang, untuk tinggalanmu yang begitu berharga dan terindah. Terima kasih bonda, kerana sudi mendidik dan mengasuh puteri anakda menjadi seorang muslimah yang sejati', katanya didalam hati.

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!