UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Sunday, 6 October 2013

Adakah Dia Milikku? 2



“Assalammualaikum nek, boleh Escha masuk?” pinta Alescha Awanies.
“Waalaikummussalam, masuk la Escha, pintu tak kunci pun,” jawab Pn.Maziah sambil menyorokkan sekeping foto beserta sekeping kertas dibawah tilam, sambil mengelap airmatanya.
“Nenek nangis ke?” soal Alescha Awanies bila melihat mata neneknya berair.
“Tak la Escha. Mata nenek masuk habuk tadi.” jawab Pn.Maziah berselindung.
“Nek,jom makan. Escha lapar la,” rengek Escha sambil melentokkan kepalanya pada bahu Pn.Maziah.
“Ala cucu nenek sorang ni, kenapa tak makan lagi?” soal Pn.Maziah.
“Escha nak makan dengan nenek, Escha nak nenek suap, dah lama nenek tak suap Escha makan.”Alescha Awanies ingin bermanja dengan Pn.Maziah.
“Dah besar panjang, pun masih nak nenek suap ke? Tak malu ye?” soal Pn.Maziah sambil mencuit hidung Alescha Awanies.
“Rugi la kalau Escha malu dengan nenek, tak dapat la Escha rasa nenek suap.” jawab Alescha Awanies sambil memeluk nenek kesayangannya.
“Pandai menjawab cucu nenek sekarang, Escha tunggu dekat dapur. Nenek nak tanggalkan telekung sekejap”
“Okey nek, Escha tunggu nenek.” ucap Alescha Awanies sambil meninggalkan neneknya.
Setelah Alescha Awanies berlalu keluar dari biliknya,Pn.Maziah segera menyimpan foto dan surat peninggalan menantunya yang diwasiatkan kepada Alescha Awanies dalam almarinya. Lalu, dengan segera dia menyapu kembali airmatanya yang mengalir, dan menanggalkan telekungnya. Dia memastikan almarinya dikunci dahulu, sebelum dia keluar dari biliknya dan menuju kedapur.
“Nenek, lepas makan ni Escha nak pergi rumah Cikgu Latifah boleh? Escha nak buat ulangkaji dengannya, sebab Escha lemah dalam mata pelajaran yang dia ajar. Boleh tak nek?” Alescha Awanies memohon keizinan neneknya untuk keluar rumah.
“Baguslah cu, ada inisiatif nak maju dalam pelajaran yang Escha lemah. Nenek izinkan Escha pergi, tapi lepas habis ulangkaji, Escha mesti terus balik rumah ye? Sebelum nenek terlupa, tadi abang Khai ada telefon. Dia cakap malam ni dia sampai. Dia rindu Escha katanya.”
“Yahuu, abang Khai balik. Masih ingat rupanya dia kat Escha, ingatkan da lupakan Escha, lepas dia sambung belajar kat Shah Alam tu.”
“Ish, tak baik Escha cakap macam tu, abang Khai kan belajar. Mesti dia sibuk dengan pelajarannya. Nanti bila giliran Escha pulak, mesti Escha dah tak ingatkan nenek kat kampung ni,” sengaja Pn.Maziah mengusik Alescha Awanies.
“Ada pulak nenek tuduh Escha macam tu, Escha ni mana boleh berenggang dengan nenek lama, nanti Escha rindu.”
“Betul ke ni? Macam tak percaya je, bila Escha cakap macam tu. Dah-dah karang lambat pulak Escha nak pergi rumah Cikgu Latifah. Baik-baik jalan tu.”Pn.Maziah berpesan kepada cucu kesayangnya.
“Escha pergi dulu nek. Assalammualaikum,” ujar Alescha Awanies sambil mencium pipi dan tangan neneknya.
“Waalaikummussalam,”jawab Pn.Maziah sambil melihat Escha menaiki basikalnya meninggalkan kawasan rumah.
Pn.Maziah masih dipintu, walaupun kelibat Alescha Awanies telah lama hilang dari pandangan. 'Kesian cucu aku, terpaksa hidup tanpa kedua ibubapanya sejak berumur 3 tahun hingga la sekarang.YA ALLAH, kau selamatkan cucuku,dari terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang berleluasa diluar sekarang. Kau tetapkan la hatinya agar sentiasa dekat padamu, dan Kau sematkanlah dalam hatinya agar sentiasa ingat bumi yang dipijaknya,' Pn.Maziah bermonolog sendiri.
“Assalamualaikum,” Khairul Fadlan memberi salam kepada neneknya.
“Waalaikummussalam, eh Khai. Bila sampai cu? Tadi cakap malam baru sampai?”soal Pn.Maziah apabila kelibat cucu keduanya muncul dimuka pintu.
“Saja je Khai bagitahu nenek, Khai sampai malam, nak buat kejutan kat Escha. Escha mana nek?” soal Khairul Fadlan.
“Bertuah punya cucu, nak buat kejutan, sekarang ni nenek nak bagi kejutan kat kamu. Nenek tak sempat lagi nak masak, jadi kamu ikat la perut tu dulu sementara nenek masak ya?”Pn.Maziah menampar lembut bahu Khairul Fadlan.
“Nenek, Escha mana nek? Da rindu dekat budak kecil tu,” Khairul Fadlan menyoal lagi apabila tiada jawapan kepada soalannya.
“Kasut pun tak buka lagi, sibuk cari adik dia. Escha pergi rumah Cikgu Latifah, nak ulangkaji katanya. Kan SPM da nak dekat ni,”ujar Pn.Maziah.
“Bagusla kalau di minat nak belajar nek. Budak-budak sekarang ni kebanyakkannya bukan minat nak belajar lagi, yang dorang tahu dapat duit dan berseronok je kat sekolah tu,”Khairul Fadlan menyuarakan pendapatnya.
“Hai, da tak reti nak masuk ke, sampai berborak depan pintu ni?” Pn.Maziah menyakat cuc tunggal lelakinya.
“Hehe, macam la nenek tak kenal cucu nenek sorang ni, kalau dah berhujah tak ingat dunia dah,” giliran Alescha Awanies menyakat abang ngahnya.
Segera Khairul Fadlan menoleh tika mendengar suara yang menyampuk dari belakangnya. Tanpa berlengah Alescha Awanies terus menyalam abang ngahnya dan memeluk Khairul Fadlan, seperti sudah 20 tahun tidak berjumpa, hakikatnya baru bulan lepas Khairul Fadlan balik.
“Bagusla, rancangan jejak kasih da mula,” sakat Pn.Maziah melihat telatah dua beradik ni.
“Hehe, angah sihat? Rindunya kat angah. Sekejap, tadi nenek cakap angah sampai malam?” soal Alescha Awanies pada angahnya.
“Angah saja bagitahu nenek, angah sampai malam. Angah nak bagi kejutan kat Escha dengan nenek, tapi angah pulak yang kena kejutan,” sayu suara Khairul Fadlan seolah meminta simpati.
“Angah yang kena kejutan? Kejutan apa angah?” soal Alescha Awanies.
“Nenek tak masak lagi, angah da lapar ni,” sayu suaranya.
“Padan muka angah, tu la nak buat kejutan lagi. Sekarang angah sendiri yang lapar. Tak pa, ni Escha ada bawa bekalan dari Cikgu Latifah. Rezeki angah la,” Alescha Awanies menyuakan bekalan pada angahnya.
“Terima kasih budak kecik,” pantas tanganya mencuit hidung mancung adiknya.
“Angah sakit la hidung Escha ni,” balas Alescha Awanies.
“Sudah la tu, sekarang masuk, bersihkan badan tu lepas tu boleh kita solat Asar berjemaah sekali,” Pn.Maziah mengarahkan kedua beradik tu masuk.

Post a Comment

Google+ Followers

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!