UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Friday, 18 April 2014

SI MANIS PAVLOVA

Sebenarnye dah lame duk google resepi pavlova ni, tapi semalam baru rase nak buat. Ni pun 2 kali buat baru jadi. -_-” Tapi jadi tak jadi sangat la. Boleeee laaa~~~ Pavlova ni antara dessert yang tengah in la sekarang, selain macarons tu.
Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue dessert with a crisp crust and soft, light inside.
(source : jejaka kachak bernama wikiwikiwakawaka eh eh~)
Name orang rupenye pavlova neh. Majoriti resepi pavlova yang daku jumpe same je ingredients nye. Tapi hasil die agak lain2, ade yang lembut, ade yang keras sikit, etc. Macam den jugak, 1st pavlova den lembik. -_-” Bukan la lembik macam adunan die ke ape, just tak berapa nak menjadi la. Resepi pavlova yang 2nd, oke sikit. Ade la rupe pavlova tu ye dok? So, ayuhla kite menengok resepi pavlova mr. lovalova ni.
Bahan-bahan resepi pavlova:
  • 4 biji putih telur
  • Secawan gula kastor (Kurangkan untuk elak manis sangat)
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
  • 1 sudu besar cuka masakan
Cara-cara buat :
  • Panaskan oven dulu (150 darjah celcius) dan biarkan
  • Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’
  • Then, masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Putar lagi dengan kelajuan tinggi sampai adunan jadi putih berkilat dan bertanduk. Kalau korang terbalikkan bekas adunan tu, mende alah tu tak tergolek jatuh.
  • Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  • Pastu masukkan tepung jagung & cuka, gaul dan ratakan pakai spatula or senduk.
  • Tuang or pipingkan adunan atas baking paper. Nak lukis bulatan dulu atas paper tu pon boleh, daku just tuang terus je. Muehehee
  • Ratakan biar jadi bulat or ape2 bentuk yang berkenan di hati. Ramai yang buat bahagian tepi tu lebih tinggi dari bahagian dalam, ala2 tebing. Tapi ikut suke korang la nak buat bentuk macam mane.
  • Masukkan adunan ke dalam oven, letak rak tengah. Masak selama 1 jam 15 minit dengan suhu 140 darjah celcius. (ekceli, masa masak ni bergantung kepada oven kita jugak. Kalau dah lebih 1 jam, korang tengok warna adunan dah kuning2 and rasa dah garing or crispy, dah masak la tu. Kalau tak, lebihkan masa bakar tu.)
  • Bila dah masak, offkan oven. TAPI jangan keluarkan lagi mende alah tu from oven. Biar die duk dalam tu lebih kurang 10 minit, regangkan sikit pintu oven. Dah sejuk, boleh keluarkan.
Cara hias pavlova:
  • Pukul whipping cream (boleh beli dekat kedai kek) sampai kental.
  • Then, masukkan gula aising secukup rasa dan sedikit esen vanilla.
  • Pastu potong buah strawberi, anggur, kiwi, blueberry, blackberry, etc.
  • Boleh la taruk cream atas pavlova yang dah masak tadi & susun potongan buah2 tersebut. Siaaap!~
Tips resepi pavlova :
  • Time asingkan putih telur tu, pastikan betul2 takde kuning telur yang termasuk, terloncat, tergatal nak masuk dalam tu. Karang, idok la naik adunannye.
  • Pastikan dalam bekas korang nak putar adunan tu, takde sebarang air or minyak or bahan asing.
  • Sesetengah resepi, diorang gantikan tepung jagung & cuka tu dengan cream of tartar. *nanti i try*
  • Some resepi, bakar pakai api bawah aje. Ade yang pakai api atas bawah. Korang tengok la yang mane sesuai dengan oven korang.
resepi pavlovaAntara bahan yang digunakan untuk resepi pavlova
adunan bertandukRupa adunan yang bertanduk
pavlova sebelum bakarTuangkan adunan ke atas baking paper
pavlova siap bakarSiap bakar!~ Luar die kaler coklat2 kuning gitu, tengah tu bila tekan lembut2 je rase.
pavlova siap hiasBoleh la hias dengan buah ape korang nak. Den malas, taruk anggur je semua.
pavlova
pavlova siapDah siap dikerjakan oleh manusia2 kat rumah.
Pavlova ni tak berapa sesuai untuk sape2 yang ade diabetes ke orang2 tua ke, sebab manis sangat. Tak pun, time buat tu, letak gula sikit je. Kalau tak, korang pun boleh dapat diabetes tu sekali. Tekstur pavlova ni ringan & lembut banget! Tapi den punya ni, letak lam peti ais, so dia jadi macam puding roti sikit -.-” Lagi satu, cream dia tu takyah letak melampaui batas macam den punya kat atas tu. Kureng rase pavlova tu karang.
So, kalau nak makan pavlova ni, takyah la makan hari2. Mau darah tinggi ko karang. nak buat sekali lagi, sebab macam tak bape puas hati dengan resepi pavlova ni. Isk. Tengok la kalau rajin. Huhu. Okaaii!~ Selamat menteraaiii~ Bye!
Post a Comment

Google+ Followers

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!