“Assalammualaikum,
selamat pagi Riana,” Qursyia memberi salam sebaik melangkah masuk
ke bilik yang menempatkan Riana.
“Waalaikummussalam, eh Qursyia. Selamat pagi, lama tak jumpa awak. Awak sihat?” Riana begitu gembira melihat kehadiran Qursyia.
“Alhamdulillah, saya sihat. Semalam, Ashfiq bagitahu, awak discharge hari ni. Betul ke?” Qursyia bertanya sambil membantu Riana melipat selimut yang digunakan.
“Haah, saya tunggu dia ambil saya. Kereta saya kan, dekat office lagi. Qursyia saya nak tanya sesuatu boleh?” Riana melihat sekeliling, jika Ashfiq sampai.
“Awak nak tanya apa? Kalau saya boleh jawab, Insyaallah saya akan jawab,” Qursyia mengulum senyuman.
“Saya nak tanya awak, awak sekarang dengan Ashfiq ke?” Riana kembali beraksi normal.
“Ya, saya datang dengan Ashfiq. Tadi, dia pergi jumpa Dr Raziq. Awak nak saya panggilkan dia ke?” Qursyia bangun dari tempat duduknya untuk mencari Ashfiq.
“Bukan itu, maksud saya. Maksud saya, awak dengan Ashfiq sedang menyulam cinta ke?” Riana bertanya sebaik Qursyia duduk kembali.
“Menyulam cinta? Maksud awak? Maaflah, saya tak berapa faham soalan awak tu,” Qursyia sudah menahan riaknya, agar Riana tidak dapat mengesan tingkahnya tika itu.
“Okay, maksud saya. Awak dengan Ashfiq couple ke? Tak perlu sorok dengan saya. Jujur je,” Riana bermain psikologi.
“Ashfiq tak bagi tahu, awak apa-apa ke? Malu la, kalau perempuan yang canang cerita. Sedangkan dia, tak cakap apa-apa dengan awak. Awak tanya la dia,” Qursyia sudah tidak senang duduk.
“Dia ada bagitahu saya, tentang awak dengan dia. Cuma saya nak dengar dari mulut awak. Saya tak nak Ashfiq kecewa lagi,” Riana menyatakan pendapatnya.
“Riana, saya faham apa yang awak rasa. Kalau dia, dah bagitahu awak tentang kami. Saya mengaku, yang kami sedang bercinta. Kami masih diperingkat awal. Masih di peringkat mengenali antara satu sama lain.Tapi, saya tak berani nak janjikan apa-apa tika ini. Saya hanya mampu katakan saat ini, saya sedang berusaha untuk menerimanya. Untuk pengetahuan awak, saya sedang berusaha untuk menghapuskan cinta yang masih tersisa di hati saya,” Qursyia mengalihkan pandangannya.
“Cinta yang masih tersisa? Cinta pada siapa? Boleh saya tahu?” Riana cuba untuk mengorek rahsia wanita yang sedang berada di hadapannya tika ini.
“Riana, boleh bagi saya masa? Saya tak nak, rosakkan emosi saya dan awak ketika ini. Saya janji, bila tiba masa yang sesuai nanti saya akan bagitahu awak. Tapi satu yang saya minta, awak tolong saya rahsiakan perkara dari pengetahuan Ashfiq. Boleh?” Qursyia mengangkat jari kelingkingnya sebagai simbolik kepada janji mereka.
“Saya janji. Qursyia, lepas ni awak teman saya shopping boleh tak? Saya dah bosan duduk sini, dah la makanan tak sedap. Jururawat dia pun, buat saya tak selesa,” Riana sudah tidak sabar untuk melangkah keluar dari hospital.
“Boleh juga, saya pun dah lama tak shopping. Kebetulan hari ni saya ambil cuti, tapi boleh tak kalau kita berdua je? Tanpa Ashfiq?” Qursyia takut jika ia membuatkan Riana tidak selesa.
“Mestilah dia takda. Ni antara kita berdua je. Kalau ikut dia shopping, mahu lebih cerewet dari kita yang perempuan ni. Nanti awak akan tahu, macam mana cerewetnya dia,” Riana sudah ketawa, diikuti oleh Qursyia.Ashfiq masuk ke bilik yang menempatkan Riana, dengan muka yang masam mencuka. Sebaik keluar dari bilik Dr Raziq, Ashfiq langsung tidak mengendahkan mereka yang lalu lalang sekitarnya. Hati dan mindanya sakit, bila mendengar penjelasan dari Dr Raziq.
“Ashfiq, kau dah kenapa? Serius sangat ni? Raziq cakap apa dengan kau?” Riana menyoal, sebaik jasad Ashfiq di hadapannya
.“Kau dah siap berkemas? Bak sini beg kau, aku tunggu korang berdua dekat kereta. Qursyia, awak ingatkan saya letak kereta saya dekat mana?” hatinya lansung tidak terdetik, untuk menjawab soalan Riana. Lalu, langkah kakinya diatur keluar dari bilik itu.Sebaik kelibat Ashfiq hilang dari pandangan, Riana bertanyakan soalan tentang Ashfiq kepada Qursyia.
“Qursyia,, Ashfiq tu kenapa? Saya tanya lain, dia jawab lain? Ada yang berlaku ke antara kalian?” Riana bingung dengan layanan Ashfiq terhadapnya.
“Entah, saya pun pelik. Tadi, dia yang begitu teruja nak jemput awak. Sekarang, dia masam mencuka. Mungkin ada, sesuatu yang ganggu fikirannya. Dah la, jom kita turun. Nanti tak pasal-pasal dia membebel,” Qursyia merasakan perubahan yang berlaku pada Ashfiq, mesti ada kaitan dengan Dr Raziq.
“Nak kata PMS, mustahil. Dia kan lelaki?” Riana bicara sendiri.Riana dan Qursyia melangkah menuju ke kereta milik Ashfiq, tanpa kata. Masing-masing sedang memikirkan tentang perubahan diri Ashfiq.“Fiq, boleh hantarkan kami ke pejabat Riana tak? Riana nak ambil kereta dia?” soal Qursyia. Ternyata soalan Qursyia, telah memecahkan kesunyian ruang udara di dalam kereta milik Ashfiq.
“Okey,” ringkas jawapannya.Qursyia dan Riana berpandangan sesama sendiri. Sah, ada sesuatu yang sedang mengganggu Ashfiq! Sebaik sampai di pejabat Riana, mereka berdua melangkah keluar dari kereta. Riana pantas menuju ke kereta miliknya. Sementara Qursyia, masih disisi kereta milik kekasihnya itu.
“Fiq, kenapa ni? Fiq ada masalah ke?” lembut Qursyia menyapa.
“Err, awak tanya apa tadi?” ternyata Ashfiq tidak mendengar soalan yang dituju padanya.
“Ada yang mengganggu fikiran awak ke? Awak tak nak share dengan saya?” Qursyia masih di situ.“Awak, nanti saya bagitahu awak. Awak tolong tengok-tengokkan Riana untuk saya, boleh? Kalau ada apa-apa yang berlaku, tolong inform saya dengan segera?” Akhirnya Ashfiq bersuara
.“Awak hutang dengan saya, satu penjelasan. Nanti saya akan tuntut hutang awak. Tentang Riana, saya akan tengok-tengokkan dia. Awak pandu kereta, hati-hati tau. Jangan fikirkan sangat masalah awak tu,” Qursyia memberi nasihat kepada Ashfiq, sebelum meninggalkan kekasihnya itu.
“Thank you, Qursyia. Thank you, sebab sudi memberi peluang pada saya untuk menghuni ruang hati dan menjadi seseorang yang awak perlukan dalam hidup awak,” Ashfiq berkata, sebaik Qursyia meninggalkannya dan menuju ke kereta Riana.
'YA ALLAH, sungguh berat dugaan yang Kau titipkan untukku kali ini. Kau kuatkan diriku, untuk menghadapi realiti kehidupan ini,' Ashfiq berdoa dengan seikhlas hatinya.
*****
Riana meletakkan keretanya, ditempat yang telah disediakan oleh pihak pusat membeli belah yang dikunjunginya.
“Riana, awak okey ke ni? Saya tengok, awak diam je dari tadi. Awak fikirkan apa?” Qursyia bertanya sebaik menapak masuk ke pusat membeli belah itu.
“Qursyia, saya pelik la dengan layanan Ashfiq tadi. Sebelum ni, dia tak pernah macam tu pun dengan saya. Saya ada buat salah ke dengan dia?” Riana meluahkan rasa hatinya.
“Riana, saya rasa awak lebih mengenali dia dari saya. Maaf, saya tiada jawapan untuk soalan yang awak berikan tadi. Riana, saya minta maaf sebab tak dapat lawat awak semasa awak kena tahan dekat hospital tempoh hari,” Qursyia membetulkan tudungnya.
“Eh, tak pe lah. Saya okey je, saya tak ambil hati pun. Qursyia saya nak bagitahu awak sesuatu, tapi awak kena janji dengan saya, yang awak tak kan bagitahu Ashfiq. Boleh?” Riana rasa Qursyia boleh menyimpan rahsianya.
“Apa dia? Awak nak kahwin ke?” Qursyia meneka.
“Ish, kesitu pulak dia. Bukanlah, sebenarnya ...” Riana terasa seperti berat sangat nak bagitahu Qursyia. Dia sendiri pelik, tadi dia yang beriya nak berkongsi dengan Qursyia.

Catatan Untuk Semua Dari,
Megat Eyrulez
No comments:
Post a Comment