UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Saturday, 26 April 2014

Resepi Kek Marble Pelangi Bakar

Kali ni saya nak kongsi resepi kek marble pelangi bakar yang saya buat semalam. Kek marble nak bakar pun boleh nak kukus pun boleh tapi kalau sy lagi suka yg bakar sbb lebih garing kat bahagian tepi kek. Kat bahagian tu la yang sedap tu. Sebenarnya kek ni sangat senang nak buat dan juga sedap makan panas2. Bahan2 pun senang je nak cari kat supermarket banyak.
Bahan-bahannya1 1/2 cwn marjerin
1 1/2 cwn gula kastor
4biji telur Gred A (kalau nak buat kek lebih baik guna Gred A untuk kek yang gebu gitew)
1/2 cwn susu pekat
1 sudu teh esen vanila
3cwn tepung naik sendiri (kalau nak pakai tepung gandum biasa pun boleh tapi kena tambah dengan 1 sudu kecil baking powder dan ayakkan, sebab sy nak senang sy guna tepung naik sendiri je)
sedikit pewarna (merah, kuning, serbuk koko)
Cara-cara1. Pukul marjerin dan gula kastor sampai gebu. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan marjerin dan gula td2. Masukkan susu pekat dan esen vanila ke dalam adunan td.3. Bila semua bahan2 td sudah sebati, masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga semua bahan2 menjadi sebati.
4. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian, dan masukkan pewarna untuk setiap adunan yg dibahagikan tadi.
5. Masukkan adunan satu demi satu ke dalam loyang. Saiz loyang yg sy guna ialah 9x9. Teknik yg betul me'marble'kan kek ialah dengan cara masukkan adunan pertama diikuti dgn adunan kedua dan seterusnya sehingga habis adunan.
6. Kemudian, masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 30minit dgn suhu 180 darjah celsius. 













Catatan Untuk Semua Dari, 
Megat Eyrulez
Post a Comment

Google+ Followers

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!