UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 20 November 2013

Pelat Huruf

Ditertawakan rakan hanya kerana bunyi aneh dalam setiap sebutan yang ‘terlahir’ di bibir. Bahkan, ada yang ‘berani’ meniru intonasi percakapannya dengan gaya jenaka. Beginilah saban hari terpaksa melalui keadaan sama dengan dikelilingi rakan yang kuat menyakat.
Lumrah manusia diberikan akal dan perasaan yang sering menerjah di lubuk hati. Seperti mereka yang pelat, risiko untuk kerap berkecil hati itu lebih tinggi. Malahan, ia turut membabitkan emosi dan mental seseorang. Meskipun begitu, kemampuan mengucapkan kata-kata, vokal dan konsonan secara sempurna bergantung kepada tahap kematangan sistem saraf otak individu itu. ia adalah satu gabungan antara lidah, langit-langit dan bibir manusia. orang tua pernah mengamalkan pelbagai kaedah untuk anak yang masih kecil bersuara mengikut percakapan yang betul. ini adalah cara merawat untuk mengelak anak terbabit terikut sekiranya ada sebutan yang tidak betul sehingga terbawa-bawa ke usia dewasa.
Pun begitu, disarankan ibu bapa tidak terlalu memaksa anak untuk bercakap dengan betul kerana ia akan membuatkan mereka tertekan dan sering mengelak untuk meningkatkan kemahiran berbahas. Namun, lakukan dengan kerap sehingga mendapat­kan hasil positif.

Contoh selebriti terkenal yang mengalami masalah ini adalah Piere Andre dan Lisa Surihani. Kedua-duanya pelat dalam menggunakan konsonan ‘S’ dan ‘R’. 

Misalnya Lisa yang banyak mengacarakan program realiti di kaca televisyen dan memerlukan beliau berucap dengan jelas agar difahami oleh setiap orang yang menonton siaran terbabit. Berikutan itu, ada sebutan yang diucapkan kedengaran lucu dan comel seperti perkataan penari, asrama, rambut, lori dan sebagainya. Ada konsonan ‘R’ di situ.

Lisa dalam satu ruangan ‘blog’ berkata, pelat huruf ‘R’ memang sudah sebati dengan kehidupannya sejak kecil dan baginya itu bukan menjadi penghalang dirinya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi kini. 

Sedangkan masih ramai golongan artis tempatan turut mengalami masalah pelat yang sama. Cuma dia mengharap orang awam khususnya para peminat tidak perasan akan hal itu. Bagaimanapun Lisa mengambil komen negatif itu sebagai satu motivasi diri yang perlu dipandang serius. Selain menghormati pandangan itu, dia cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa.


Gurau suka-suka

Pandangan seorang pelajar, Fatin Farhah Mohd Zabidi, 22, banyak bergaul dengan rakan yang pelat dalam sebutan huruf ‘R’ hingga ada ketikanya beliau menyakat gaya percakapan mereka dan ia sekadar bergurau. 

“Bila ada kawan-kawan yang pelat terutama huruf yang mengandungi konsonan ‘R’, saya suka mengajuk percakapan mereka tapi itu bukanlah tandanya saya tak hormat pada mereka dan lakukannya sekadar suka-suka. 

“Ada ketikanya, kawan pelat itu tidak kisah sekiranya saya dan rakan lain menyakat dirinya dan faham bahawa itu hanya gurauan semata-mata tanpa ada niat untuk menyakit­kan hati kawan sendiri. 

“Ia kerap berlaku ketika pembentangan kerja dalam kelas, jadi setiap orang perlu mengeluarkan hujah, pendapat dan menjelaskan apa yang dilakukan kepada pensyarah. Masa itu nampak jelas rakan yang pelat bercakap dan ada masanya ditertawakan rakan lain. 

“Perlu faham, rakan sekelas bukan mengejek anugerah Tuhan itu tapi ia kelihatan comel bila menyebut perkataan tertentu. Meskipun bagi mereka yang sempurna, jangan sesekali merendahkan keistimewaan itu yang hanya dimiliki oleh orang tertentu. 

“Dapat saya perhatikan, bila menyakat rakan lelaki misalnya, tidak ambil hati dengan apa yang rakan lain katakan, malah anggap itu sebagai jenaka semata-mata dan tidak bermaksud sebaliknya. Berbeza dengan perempuan yang jelas kelihatan raut wajah kurang ‘senang’ bila ada rakan sekelas mengusik atau mengajuk percakapan mereka. Biasalah kaum wanita seperti saya adalah golongan sensitif yang tak suka bergurau sedemikian, bahkan boleh tak bertegur sapa. 

“Sedangkan manusia itu sendiri diberikan kelebihan dan kekurangan. Sebagai hambanya, jangan pertikaikan pemberian itu kerana masih ada insan lain yang tak sempurna seperti bisu dan pekak dalam usia muda,” katanya.
petikan harian metro 
khamis, 21/11/2013

1 comment:

Anna said...

haha kite pun pelat hurufkaaa...kdg2 malu nk bckp dgn kwn laju2....huruf yg kt pelat L dgn R...so bile bckp dgn pkataan yg ad kdua2 huruf ni..nnt kite tpaksa tdiam skjap

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!