UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Friday, 22 November 2013

Adakah Dia Milikku? 14


 “Nek, Escha ada berita gembira dan sedih untuk Escha bagitahu nenek. Nenek nak dengar yang mana satu dulu?” soal Alescha Awanies sambil menarik neneknya duduk di halaman rumah.
“Berita apa sayang? Macam serius je bunyinya,” Pn.Maziah mula merasakan sesuatu bertandang di dalam hatinya.
“Nenek tak jawab pun lagi soalan Escha,” nada suaranya berubah apabila neneknya tidak memberikan respon terhadap soalan yang dia kemukan.
“Ala, dah merajuk cucu nenek sorang ni. Okey, nenek nak dengar yang sedih dulu,” jawabnya sambil mencuit hidung cucu kesayangannya itu.
“Nak dengar yang sedih dulu ey? Okay, macam ni. Escha sebenarnya ...” Alescha Awanies mematikan bicaranya.
“Sebenarnya apa sayang? Escha mengandung ke?” soal Pn.Maziah yang mula takut. Takut untuk menerima perkara yang sama berulang dalam keluarganya. Dulu anaknya telah melakukan kesilapan, dia tidak mahu perkara yang sama berulang.
“Ish, nenek ni, kesitu pulak yang nenek fikirkan. Nenek fikir Escha ni dah tak waras ke sampai nak buat perkara yang terkutuk tu? Escha masih ada iman. Escha masih tahu nak membezakan perkara yang baik atau tidak,” Alescha Awanies membidas tuduhan neneknya.
“Nenek minta maaf. Nenek tahu, yang cucu nenek ni tidak akan buat perkara yang memalukan seperti itu. Apa berita sedih yang Escha nak bagitahu nenek?” soal Pn.Maziah sambil mengurut dadanya yang berombak kencang sebentar tadi.
“Berita sedih itu, adalah Escha terpaksa tinggalkan nenk seorang diri di kampung ini,” jawabnya.
“Tinggalkan nenek? Maksud Escha? Nenek tak faham. Boleh Escha jelaskan dengan lebih lanjut?” soal Pn.Maziah yang sudah berubah riak wajahnya.
“Macam ni, minggu depan Escha kena bertolak ke Sabah, sebab Escha terpilih untuk menjalani PLKN disana selama 3 bulan,” ucap Alescha Awanies sambil memeluk neneknya.
“Oh, Escha terpilih untuk menyertai PLKN ke? Ala, tak da la sedih mana. Buat suspen je Escha ni,” rungut neneknya.
“Sedih la, sebab Escha kena tinggalkan nenek. 3 bulan tu, bukan 3 hari. Escha mana boleh nak berpisah lama dengan nenek, nanti Escha rindu nenek macam mana? Ataupun nenek yang tak rindu Escha nanti?” soalnya yang mula berubah nada suara.
“Nenek nak rindu Escha? Memang mustahil la,” usik Pn.Maziah sambil memalingkan wajahnya.
“Sampai hati nenek, tak rindukan Escha. Nenek tak risaukan Escha ke nanti?” soalnya sambil mengelap airmatnya yang mula gugur. Sebak mula bertandang di hatinya.
“Ala, menangis pulak cucu nenek ni. Mestilah nenek akan rindu dan risaukan Escha, bila Escha di sana. Tapi nenek yakin Escha, mampu bertahan. Lagipun, itu kewajipan kita kepada negara. Tak kan nenek nak halang Escha pergi pulak?
Inilah masanya untuk Escha belajar mengenali dunia luar serta berdikari menguruskan diri Escha bila di sana nanti.
Escha janganlah risaukan nenek. Tau la nenek nak jaga diri nenek nanti. Cuba Escha pandang dari sudut positif, banyak faedah yang akan Escha peroleh bila di sana nanti. Escha boleh dapat kawan-kawan baru, Escha boleh belajar mempertahankan diri, berdikari serta belajar menguruskan diri sendiri.
Escha, macam-macam perkara baru yang Escha akan perolehi dari PLKN itu. Nenek cuma nak pesan, bila sampai di sana nanti, jangan sesekali Escha tinggalkan solat dan jaga maruah diri, sebab kat sana nanti Escha akan temui dengan kawan-kawan yang berbeza latar belakangnya.
Pandai-pandailah Escha mencari kawan, jangan sampai tersalah pilih kawan. Nenek yakin, Escha tahu nak membezakan mana yang baik dan mana yang buruk,” pesan Pn.Maziah sambil memeluk cucunya. Airmata yang masih bersisa di wajah cucunya dilap dengan tangannya.
“Escha janji dengan nenek, yang Escha akan jaga diri sebaiknya. Escha akan ingat semua pesanan nenek,” jawabnya sambil mencium pipi neneknya.
“Berita gembiranya pulak, cu?” soal Pn.Maziah apabila Alescha Awanies telah reda dari tangisannya.
“Nenek nak dengar ke berita gembiranya?” soal cucunya.
“Mestilah nenek nak dengar, berita apa yang mengembirakan cucu nenek ni,” jawab Pn.Maziah sambil mengusap kepala Alescha Awanies yang berbaring di atas pehanya.
“Berita gembiranya ialah Escha jumpa dengan seseorang yang bernama Al Farisi. Nama dia sama dengan nama ayah Escha,” jawab Alescha Awanies dengan gembiranya.
Terus berubah wajah Pn.Maziah apabila Alescha Awanies menyebut nama menantunya itu. Peristiwa lama mula bertandang di layar matanya.
“Mak, macam mana Ryz nak teruskan hidup selepas ini? Kenapa Qila tinggalkan Ryz, di saat Ryz baru nak jalankan tanggungjawab Ryz sebagai suami?” Al Farisi tanpa rasa malu, melempiaskan kesedihannya di hadapan mak mertuanya.
“Ryz, jangan salahkan takdir nak. Ingat ALLAH, ini semua dugaan darinya untuk Ryz sekeluarga nak. Qila cuma tinggalkan Ryz di dunia, tetapi dia menanti Ryz di akhirat nanti. Ryz kena kuat demi anak-anak Ryz. Jangan jadikan pemergian arwah untuk Ryz tinggalkan tanggungjawab terhadap anak-anak Ryz.
Mereka memerlukan Ryz, untuk meneruskan kehidupan mereka. Sekarang ni, tanggungjawab Ryz besar untuk mendidik mereka menjadi orang yang berguna di masa depan mereka. Sekarang, Ryz adalah ibu dan bapa mereka,” Pn.Maziah menasihati dan memberi motivasi kepada menantunya.
Pn.Maziah kembali ke realitinya apabila Alescha Awanies memanggil neneknya.
“Apa yang nenek menungkan tu? Sampai Escha panggil, nenek tak dengar. Mesti nenek ada sorokkan sesuatu dari pengetahuan Escha. Nek, boleh Escha tanya sesuatu?” soalnya sambil meminta izin neneknya untuk bertanyakan soalan yang berlegar di ruang fikirannya, yang terganggu ketika ini.
“Maafkan nenek, tadi nenek teringatkan arwah ibu Escha. Escha, nak tanyakan apa cu? Kalau nenek boleh jawab, nenek akan jawab,” jawab Pn.Maziah sambil memandang kewajah cucunya.
“Nek, arwah ibu anak tunggalkan ke? Sejak Escha lahir, sampai sekarang Escha tak pernah dengar pun nenek bercerita pada kami tentang mereka?” soal Alescha Awanies.
“Sebenarnya, arwah ibu Escha bukan anak tunggal cu, nenek ada 3 orang anak. Arwah ibu Escha, adalah anak bongsu nenek,” jawabnya sambil mengelus tangan cucunya.
“Habis tu, mana anak nenek lagi dua orang? Tak kan mereka tak jenguk nenek?” Alescha Awanies terus menyoal.
“Mereka semua sudah ada keluarga masing-masing. Sejak Mak Long dengan Mak Ngah kahwin, mereka telah mengikut suami masing-masing dan berpindah keluar dari kampung ni,” jawabnya sambil mengelap air matanya, yang muncul tanpa diundang.
“Mereka lansung tak balik jenguk nenek ke sejak mereka kahwin? Nenek tak rindukan mereka ke?” soalnya tanpa perasan akan kehadiran airmata neneknya.
“Suami mereka tidak izinkan cu, mereka tidak boleh melawannya. Syurga seorang isteri kan di bawah telapak kaki suami mereka. Nenek rindukan mereka, tapi nenek faham, sebab mereka sekarang kena patuh arahan suami mereka,” Pn. Maziah menjawab sambil mengalihkan pandangannya ke kebunnya.
“Kenapa suami mereka tidak izinkan? Mesti ada sebabkan nek? Escha tak rasa menziarahi ibu sendiri satu dosa. Pelik jugak Escha rasa,” Alescha Awanies meluahkan ketidak puasan hatinya selepas mendengar bicara dari neneknya.
“Panjang ceritanya cu. Mereka kahwin di usia yang terlalu muda, tak silap nenek mereka kahwin ketika mereka berusia awal 20 tahun. Mereka manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Dengan kesilapan mereka itulah, suami mereka tidak membenarkan mereka pulang ke kampung, tetapi suami mereka masih menghubungi nenek dan mengirimkan wang pada nenek. Dengan wang yang mereka berikan kepada nenek, nenek dapat membesarkan Escha tiga beradik.
Tak silap nenek, anak bongsu Mak Long sebaya Escha, manakala anak sulong Mak Ngah sebaya along. Mak Long mempunyai tiga orang anak, sama seperti arwah ibu Escha, yang sulung lelaki, kedua perempuan dan yang ketiga adalah lelaki” panjang lebar Pn.Maziah menceritakn perihal anak-anaknya.
“Nek, boleh Escha tahu, apa kesalahan mereka sampai suami mereka tidak membenarkan mereka menziarahi nenek ataupun dengan bahasa yang kasar, pulang ke kampung ni?” soal Alescha Awanies yang begitu girang mendengar neneknya bercerita mengenai ibu-ibu sedaranya.
“Pak Long dapat tahu yang Mak Long masih bermain cinta dengan jejaka di kampung ni, walaupun mereka sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Tika itu, nenek sendiri terkejut apabila perkara ini terjadi, kerana Mak Long telah memalukan nenek dengan arwah atok.
Manakala, Mak Ngah pula telah melakukan sesuatu di luar jangkaan kami. Nenek tidak menyangka, bahawa Mak Ngah terlalu cemburu dengan arwah ibu Escha.
Gara-gara cemburunya kepada arwah ibu Escha, dia sanggup bertuankan syaitan dan melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama, iaitu mengamalkan ilmu hitam.
Mak Ngah telah menyantau ibu Escha. Arwah ibu Escha mampu bertahan hingga dia sempat melahirkan Escha. Nenek tidak sanggup melihat kesengsaraan yang dihadapi oleh ibu Escha ketika itu.
Sebaik selesai nenek tunaikan solat Asar, nenek telah meredhakan sekiranya ALLAH mengambil ibu Escha dari nenek. Nenek tidak sanggup membiarkan dia hidup dalam kesakitan dan kesengsaraan. ALLAH telah mendengar doa ibu tua ini. Selesai nenek solat, nenek ingin melawat arwah ibu Escha, tapi ALLAH lebih menyayanginya. Maafkan nek cu, kerana nenek, Escha kehilangan ibu ketika diusia yang terlalu muda,” airmata yang tadi cuba dikawal, kini tidak dapat lagi dibendung di wajah tuanya. Sesungguhnya dia begitu merindui anak-anaknya.
Alescha Awanies terus memeluk neneknya dan menangis dengan semahunya dibahu neneknya. Kini baru dia tahu penderitaan yang di hadapi oleh arwah ibunya. 'YA ALLAH, kau ampunkanlah dosa ibuku YA ALLAH, kau tempatkanlah dia dikalangan orang yang kau kasihi. Sungguh dasyat dugaan yang dihapinya YA ALLAH, kini hamba redha dengan pemergiannya. Janganlah Engkau menyiksanya, lapangkanlah liang lahadnya YA ALLAH, aku memohon kepadamu,' doanya didalam hati.
Alescha Awanies sudah mampu menerima takdir hidupnya dengan penuh keredhaan. Kini, dia bertekad untuk bangkit dari kedukaan yang dialaminya. Dia juga telah menanam janji dalam hidupnya, dia tidak akan mudah mengalah menghadapi sebarang dugaan yang hadir dalam hidupnya.

1 comment:

Violet Sofia Official said...

Yeah. Alescha Awanies kena kuat. Kena tabah. Keep writing, writer! Hwaiting2! ^_^

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!