“Assalammualaikum Naz, tengah buat apa tu?” soal Diana Syuhada kepada kekasihnya, Nazrul Alimi.
“Waalaikummussalam, Naz tengah temankan adik Naz. Dia nak daftar
masuk kolej, mummy dengan daddy tak dapat nak temankan dia, jadi
mereka minta tolong Naz temankan,” jawab Nazrul Alimi.
“Naz, Yana nak tanya sesuatu boleh tak? Tu pun kalau Naz sudi
memberikan jawapan kepada soalan Yana,” begitu manja Diana Syuhada
apabila berbual dengan kekasihnya di telefon.
“Yana nak tanya apa?” soalnya.
“Kenapa Naz, tak pernah nak cerita dekat Yana tentang keluarga Naz?
Yana tak berhak tahu ke?” Diana Syuhada merubah nadanya agar lebih
serius.
“Naz tak pernah cerita dekat Yana ke tentang keluarga Naz? Maafkan
Naz, Naz terlupa. Yana pun tak pernah tanya tentang tu, malu la Naz
nak cerita,” jawab Nazrul Alimi selamba.
“Naz malu nak cerita, kenapa pulak nak malu? Oh, nak kena Yana
tanya, baru Naz nak bagitahu ke? Hurm, yela Yana ni bukan penting pun
bagi Naz,” Diana Syuhada sengaja merubah suaranya seolah sedang
merajuk dengan apa yang dilafazkan oleh Nazrul Alimi.
“Yana, jangan merajuk ey? Serba salah pulak Naz rasa. Bukan Naz,
nak berahsia tentang keluarga Naz dengan Yana, Naz cuma risau kalau
Yana tak nak dengar je cerita Naz tentang keluarga Naz, sebab tak da
yang menarik pun Naz nak share dengan Yana,” jawab Nazrul Alimi
sambil memujuk buah hatinya itu.
“Hurm ...” Diana Syuhada memulakan rancangannya untuk menguji
kekasihnya, sama ada Nazrul Alimi seorang yang pandai memujuk ataupun
tidak.
“Yana, jangan la merajuk. Naz bukannya pandai nak pujuk orang yang
merajuk ni. Okey, Naz akan bagitahu Yana tentang keluarga Naz, Yana
nak Naz start dari mana?” Nazrul Alimi mula cuak, bila kekasihnya
mula merajuk dengannya.
'Tak perlu la kau memujuknya, dia sengaja je tu, yang tunjuk perangai
gedik dia dekat kau' otaknya mula mengeluarkan pendapat.
'Kenapa pulak aku tak perlu memujuknya? Kau ingat senang ke aku nak
tackle dia dulu? Aku, tak nak kehilangan dia' bidasnya.
“Naz, are you still there?” soal Diana Syuhada, apabila
Nazrul Alimi diam seribu bahasa.
“Yes, im still here. Sorry, dear. Yana nak tanya apa tentang
family Naz?” pantas Nazrul Alimi kembali ke realitinya kini.
“Naz ada berapa adik beradik? Mummy and daddy Naz kerja apa? Sampai
tak boleh temankan adik Naz?” soal Diana Syuhada yang mulai cemburu
dengan adik Nazrul Alimi.
“Naz anak sulung, dari 3 beradik. Bawah Naz semuanya perempuan.
Mummy ada meeting dengan pengetua rumah anak yatim, yang
dibinanya. Daddy pulak kene attend meeting dengan board of
director syarikat dia,” tulus Nazrul Alimi menjawabnya.
“Oh, patutla dorang tak dapat nak temankan adik Naz. Boleh Yana
tahu, nama-nama adik Naz?” soalnya persis seorang detektif yang
cuba mendapatkan informasi tentang kes yang sedang di siatnya.
“Bawah Naz, nama dia Dania Aqiescha dan yang bongsu pulak, Sofia
Sufiana. Dorang tanggungjawab Naz, bila mummy and daddy busy.
Lagipun, mereka je adik yang Naz ada, jadi Naz kena la
bertanggungjawab sebagai anak sulung,” Nazrul Alimi menerangkan
kepada kekasihnya.
“Hurm, Naz nak perli Yana ke apa ni?” Diana Syuhada terasa dengan
apa yang Nazrul Alimi ucapkan sebentar tadi.
“Mana ada, Naz perli Yana. Naz, cuma terangkan apa yang Yana nak
tahu tentang Naz,” Nazrul Alimi terkejut dengan apa yang baru di
dengari seketika tadi.
“Kalau nak terangkan pun, tak perlu la sampai nak cakap tentang
tanggungjawab dengan adik-adik, Yana tak suka bila melibatkan tentang
mereka,” Diana Syuhada mula berangin satu badan, bila isu yang
begitu sensitif dibangkitkan oleh kekasihnya itu.
“Yana, Naz tak faham. Kenapa, tiba-tiba Yana marah ni? Naz, salah
cakap ke atau Yana cuba nak sembunyikan sesuatu dari Naz?” soal
Nazrul Alimi. Mencuba merungkai isi hati Diana Syuhada.
“Sorry Naz, Yana rasa better kita stop dari cakap tentang
adik-beradik masing-masing, Yana jadi tak selesa bila benda ni
dibangkitkan,” terangnya.
“Okay, Naz pun minta maaf, kalau Naz ada buat Yana marah,”
jawabnya yang mula curiga dengan kekasihnya itu.
“Daddy and mummy Naz asal dari mana?” Diana Syuhada mula menukar
topik perbualan.
“Yana, nanti kita sambung lagi ya? Adik Naz, da selesai
pendaftarannya. Naz nak drive hantar dia pulang kejap, nanti sampai
rumah Naz call Yana, and kita jumpa dekat tempat biasa kita, maafkan
Naz ye?” Nazrul Alimi terus mematikan panggilan apabila melihat
kelibat adiknya. Dia tidak mahu adiknya, tahu yang dia sedang
bercinta tika ini. Dia takut jika perkara ini sampai ke pengetahuan
parentsnya. Jika parents dia tahu, mesti dia kena tahan telinga di
tarbiah oleh mummy and daddynya.
Mereka kurang bersetuju, bila anak-anak mereka melibatkan diri dengan
cinta di usia semuda ini. Mereka mahukan anak-anaknya berjaya
terlebih dulu dalam pelajaran.
Diana Syuhada mula berangin satu badan, gara-gara Nazrul Alimi
meletakkan panggilan tanpa sempat dia bercakap apa-apa. Dia cukup
pantang, bila orang letak telefon, sebelum dia bercakap.
'Boleh pulak dia matikan panggilan,macam tu je? Apa dia ingat, aku ni
tunggul ke atau robot? Yang tak da perasaan? Ish, geramnya aku! Macam
nak baling je telefon ni, biar berkecai!' gumamnya saat itu. Hatinya
bertambah panas, bila mengingatkan kembali apa yang Nazrul Alimi
ucapkan tadi, tentang tanggungjawab sebagai anak sulung. Wajah
Alescha Awanies mula mengambil ruang di penglihatannya. Lagi bagus
kalau aku, tak da adik yang bawa malang macam dia tu! Gara-gara dia,
aku kehilang ibu, disebabkan dia juga aku jadi anak yatim.
'Kau lupa ke, apa yang nenek kau cakap hari tu? Bukan dia, yang
menyebabkan kau kehilangan ibu kau, tapi kau! Kenapa kau nak letak
kesalahan itu pada dia?' soal otaknya sendiri.
'Nenek tipu! Nenek cakap macam tu, sebab nak bela budak yang bawa
malang tu! Aku masih waras! Takkan la aku begitu bodoh sampai nak
buat macam tu!' bidasnya sendiri.
'Kau cakap, kau masih waras? Kalau betul, kau masih waras, kenapa kau
tak boleh terima takdir yang di tentukan ALLAH pada kau? Kenapa kau
panggil adik kau sendiri, budak yang bawa malang?' otaknya bersoal
kembali.
'Diam! Kau tak rasa apa yang aku rasa! Kau tahu tak, aku baru nak
kongsikan kegembiraan dengan ibuku, bila aku jadi pelajar cemerlang
di sekolah, tapi sampai dirumah, aku cuma tengok jasad ibu yang sudah
siap di kapankan? Dan budak tu, dia boleh ketawa!' jeritnya lagi.
'Mana kau letak, akal kau masa tu? Ibu kau meninggal, semasa dia
berumur 3 tahun. Apa yang kau harapkan, budak yang baru berusia 3
tahun lakukan?'
Diana Syuhada mula berfikir, ada benar juga apa yang dibicarakan oleh
otaknya sebentar tadi. Dia mula bersetuju dengan kata-kata otaknya
saat itu. Tanpa sedar, dia terlena dengan perasaan yang berkecamuk
tika itu.
Diana Syuhada tersedar dari lenanya, sebaik terdengar azan Subuh yang
berkumandang. Dia amati suara yang mengalunkan azan itu.
Suara yang sama, dia mula memuji pemilik suara itu, kerana baginya ia
cukup enak di dengar dan paling penting, ia mampu menyentuh hingga ke
dasar hati gadis berusia 23 tahun itu. Dia terasa seperti terbuai
apabila terdengar suara itu.
'Apa maksud semua ini? Bila terdengar suara pemuda yang mengalunkan
azan itu, hatiku terasa sesuatu? Apa yang berlaku sebenarnya? Aku
amat mengagumi pemuda itu, kerana pemuda itu mampu melaungkan azan
dengan begitu sempurna' otaknya memulakan bicara.
'Ah, tak mungkin aku boleh suka pada orang yang aku tak kenal?'
sangkalnya sendiri.
'Cinta hadir tanpa dipaksa Diana Syuhada, bukankah kau sendiri
percaya bahawa cinta itu anugerah ALLAH untuk setiap hambanya? Siapa
kau, nak menyangkal ketentuan takdir-Nya?' otaknya bersoal lagi.
'Cinta? Tak mungkin, aku jatuh cinta hanya kerana mendengar suaranya
melaungkan azan? Itu mustahil!' tingkahnya lagi.
Suasana beranjak sepi, tiada lagi pertelingkahan antara dia dengan
kata-kata dari otaknya. Hanya suara katak-katak memanggil hujan di
dengari. Tanpa berlengah, dia terus ke kamar mandi untuk membersihkan
dirinya bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba di muka bumi
ini.
Sebaik selesai menunaikan solat Subuhnya, dia mula perasan ketiadaan
Dina Mariani di bilik itu. Seingatnya, sebaik pulang dari kampung dia
lansung tidak bertegur sapa dengan Dina Mariani kerana dia tidak
dapat terima hakikat, bahawa Dina Mariani menyebelahi adiknya,
Alescha Awanies. Baginya, Dina Mariani tidak sewajarnya mencampuri
urusan keluarganya.
'Ah! Lantak dia la, buat apa aku nak ambil kisah tentang dia? Siapa
suruh dia sebelahi budak bawa malang tu?' dia bermonolog sendiri.
'Kau ni dah kenapa? Sanggup kau putuskan, hubungan kau dengan Dina
Mariani, gara-gara dia sebelahi Alescha Awanies? Kawan apa kau ni?'
otaknya memulakan persengketaan.
'Aku bukan nak putuskan hubungan dengannya, tapi aku tak boleh terima
dia sebelahi budak bawa malang tu! Aku tak suka! Kalau betul dia
kawan aku, dia sepatutnya bersama aku!' dia mula bertindak balas
dengan serangan yang menyinggahinya tika itu.
'Gara-gara dia sebelahi adik kau, kau tak anggap dia kawan kau lagi?
Mudah betul kau menghukum manusia? Kau ingat kau siapa? Hanya ALLAH
yang berhak menghukum hambanya kalau betul dia melakukan sesuatu yang
menyalahi agama!' otaknya mengasak lagi.
'Tapi kenapa dia sebelahi budak tu!'
'Salah ke kalau dia menegakkan benda yang betul?' dia diasak lagi.
'Benda yang betul, kau cakap? Kau tak berada di tempat aku, mana kau
tahu apa yang aku rasa! Sakit tau tak! Bila kawan sendiri, berpaling
tadah?' jawabnya sambil mengalirkan airmata.
'Kau anggap dia berpaling tadah, hanya kerana dia melakukan benda
yang betul? Menyedarkan kawannya dari terus hanyut?'
Diana Syuhada terdiam. Tidak mampu baginya untuk membidas lagi. Dia
terus bersiap untuk menghadiri kelasnya.
No comments:
Post a Comment