UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, 20 November 2013

Adakah Dia Milikku? 13

    

Al Farisi begitu bersyukur kepada ALLAH S.W.T, kerana telah mempekenankan doanya untuk berjumpa dengan puteri bongsunya. Tidak sia-sia dia mengupah Dina Mariani, untuk mendekati mereka sekeluarga. Penantiannya selama 14 tahun, tidak berakhir dengan kegagalan kerana akhirnya, doanya dimakbulkan. Selain itu juga, dia telah bernazar untuk mendirikan sebuah rumah perlindungan, bagi anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa mereka, agar nasib-nasib mereka terbela dan mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya. Memang itu, janjinya dengan arwah Aqilah Ayuni. Janji itu sentiasa kekal di ingatannya, kerana kasih dan sayangnya kepada arwah isterinya masih mekar, walaupun kini dia menjadi suami Pn.Emy.
Pertemuanya dengan Alescha Awanies, memang sudah dirancang dengan bantuan Dina Mariani. Selama ini, Dina Mariani di upah untuk membantu anak sulungnya, Diana Syuhada bagi meneruskan pengajiannya. Dia juga tidak menyangka bahawa dia akan bertemu dengan anak yang paling dirinduinya, Alescha Awanies.
Assalammualaikum,” Dina Mariani memulakan bicara.
Waalaikummussalam, ada yang boleh saya bantu? Soal suara dihujung talian.
Saya Dina Mariani. Saya call tuan, untuk bertanyakan tentang pekerjaan yang tuan iklankan, masih ada kekosongan ke?” soalnya.
Oh, berkenaan dengan pekerjaan itu. Ya, masih ada kekosongan. Awak berminat ke dengan pekerjaan itu?” suara dihujung talian bertanya.
Boleh saya tahu, dengan lebih detail tentang pekerjaan itu? Saya bertanya, sebab saya takut ia akan clash dengan kelas saya,” Dina Mariani menerangkannya.
Saya rasa tidak sesuai, untuk saya terangkan di atas talian. Bila awak free? Kita jumpa, dan saya akan terangkan dengan lebih detail mengenai skop kerja awak, dan bayaran yang akan awak dapat jika awak mampu melakukannya,”
Kalau petang ni, macam mana tuan? Tuan tentukan tempatnya, saya akan ke sana,”
Okay, kalau macam tu, petang ni kita jumpa di Secret Recipe, Mid Valley, pukul 5, boleh?” soal suara dihujung talian.
Boleh, saya nak tanya, macam mana saya nak tahu encik?” soalnya berhati-hati.
Saya pakai baju warna merah stripes putih, dan berkaca mata, atau pun cik boleh call saya,”
Okay, kalau macam tu kita jumpa pukul 5 nanti, assalammualaikum,”
Termeterai janji untuk Dina Mariami berjumpa dengan bakal majikannya. Dia tidak menjangka, bahawa dia akan mendapat pekerjaan tu.
'Ah, jangan nak perasan sangat la, bukan kau sorang yang minta, mana tahu ramai lagi calon yang memohon' pintas hatinya.
'Aku sekadar mencuba, andai kata memang rezeki aku, tak ke mana pun, yang penting aku mesti yakin yang aku mampu lakukan' pintasnya sendiri.
Dina Mariani berasa sungguh gembira kerana dia sudah berjaya menjalankan tugasan yang diberikan kepadanya.
Kak, baik sungguh pensyarah akak tu, sampai belanja kita makan,” ucap Alescha Awanies.
Rezeki Escha, dia memang pemurah. Tapi kesian dia....” Dina Mariani memancing Alescha Awanies.
Tapi kesian dia? Maksud akak?” soalnya
Yela, dia terpisah dengan anak-anaknya selama 14 tahun, selepas kematian isterinya, dia terpaksa meninggalkan mereka disebabkan dia tak mampu terima ketentuan takdir,” Dina Mariani bersuara.
Oh macam tu, dah macam sama dengan situasi Escha je kak, sampai sekarang Escha tak tahu ayah Escha kemana, Escha ada juga tanya nenek, tapi nenek cakap dia pun tak tahu. Apa la khabarnya ayah Escha sekarang, ingat lagi ke dia dengan anak-anaknya?
Escha berharap sangat dapat jumpa ayah. Sejak Escha kecil, hanya nenek dengan angah je yang sayangkan Escha, along sampai sekarang masih memarahi dan menyalahkan Escha, apa salah Escha agaknya pada dia sampai dia tak mahu mengaku Escha ni adik dia.
Escha cuma ada angah je untuk Escha bermanja selain nenek. Macam mana la, bila angah kahwin nanti? Dengan siapa Escha nak bermanja?” keluh Alescha Awanies.
Escha masih ada kak Dina, janganlah mengeluh dan menyalahkan takdir, ada hikmah di sebalik takdir yang diberikan kepada Escha, Escha kena ingat ALLAH tak kan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya.
Lagi banyak ujian yang kita hadapi, lagi dekat kita dengannya. Yang penting, Escha jangan cepat mengalah, dan mengeluh atas setiap ujian yang Escha hadapi,” Dina Mariani menasihati Alescha Awanies.
Escha tidak cukup kuat Kak Dina, nak hadapi ini semua. Escha takut nak menghadapi kenyataan yang begitu pahit bagi Escha,” Alescha Awanies melepaskan keluhan yang bersarang di mindanya.
Macam mana kalau akak cakap, yang ayah Escha begitu merindui anak-anaknya? Apa yang Escha akan lakukan sekiranya Escha berkesempatan berjumpa dengannya?
Adakah Escha kuat untuk berhadapan dengannya? Adakah Escha sanggup memberinya peluang, untuk dia menjelaskan, apa sebabnya dia meninggalkan Escha adik-beradik? Mampukah Escha, memaafkannya setelah 14 tahun dia mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anaknya?” Dina Mariani memulakan perang psikologi terhadap Alescha Awanies. Dia bukan berniat menambahkan, lagi kedukaan dan kekeliruan dalam diri gadis itu, tetapi hanya ingin merungkai isi hati gadis itu.
Kak, maafkan Escha. Escha tak mampu nak jawab soalan akak buat masa sekarang. Bagi Escha ruang untuk berfikir, sebab Escha tak tahu bagaimana Escha nak terima dan menghadapi situasi itu. Biarkan masa menentukannya,” Alescha Awanies mengumpulkan kekuatan untuk menjawab soalan Dina Mariani.
Okay, take your time dear. I will not force you. All in your hand,” ucap Dina Mariani sambil mengelap airmata yang masih bersisa di wajah gadis itu.
Kak, terima kasih sebab sudi menjadi pendengar setia Escha. Kalau akak tak da, Escha tak tahu, macam mana nak hadapi perkara ini. Escha bersyukur sebab dipertemukan dengan akak disaat Escha mula mahu mengenali permainan dunia, yang menuntut Escha untuk menjadi kuat serta tabah menghadapi perkara yang Escha tidak jangka,” ucapnya sambil memeluk Dina Mariani.
Escha, ucapan terima kasih sepatutnya Escha tujukan kepada ALLAH S.W.T, kerana dia yang mengutus akak untuk membantu Escha. Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari masalah, keranan masalah tidak akan selesai, jika kita tidak menghadapinya.
Jika kita melarikan diri dari masalah, ia menunjukkan yang kita sebenarnya tidak bersyukur dengan ujian dari Nya. Ujian yang datang, akan membantu kita mematangkan diri dalam menghadapi masalah mendatang.
Escha kena ingat, ALLAH sentiasa bersama dengan hambanya yang tidak pernah putus asa. Memohonlah serta dekatkan la diri kepadanya, nescaya ia akan membantu kita dalam menghadapi kesulitan,” Dina Mariani memberi motivasi kepada gadis di depannya itu. Alescha Awanies menguntum senyuman kebahagian.
Kak, jom kita pulang. Hari pun da lewat petang ni,” ucap Alescha Awanies.
Sebelum kita pulang, akak nak belikan nenek barang dapur sikit, sebab akak nak minta tolong nenek masakkan rendang daging,” Dina Mariani mengutarakan hajatnya.


p/s: sorry lambat update, terlalu busy dengan kerja sekarang ni, maklum la da hujung tahun, jadi ramai yang mengambil cuti, secara paksa rela, megat kena ganti dorang, harap korang bersabar untuk update seterusnya, megat akan update secepat mungkin andai ada masa yang terluang. terima kasih bagi yang membaca.

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!