UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Thursday 28 November 2013

Adakah Dia Milikku? 19

 “Escha dari mana, nak?” soal Mak Longnya apabila nampak Alescha Awanies menghampiri kawasan rumah.
“Saya dari bendang, kepunyaan ayah kawan saya,” Alescha Awanies masih belum mampu mesra dengan ibu sedaranya.
“Escha pergi ke sana sorang diri ke?” Pn.Emy masih cuba untuk berbual dengan Alescha Awanies, walaupun gadis itu kurang memberi respon.
“Ya, dah biasa pun. Kalau tak da apa-apa yang penting, saya masuk dulu. Nak tunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA,” ucap Alescha Awanies sambil mengemaskan tudungnya yang jatuh ditiup angin petang.
“Lepas solat, temankan Mak Long pergi pekan, boleh tak? Mak Long nak beli barang sikit, itu pun kalau Escha sudi temankan Mak Long. Mak Long tak kan memaksa Escha,” Pn.Emy tersenyum untuk memujuk hati gadis itu.
“InsyaALLAH, saya tak berani nak janji. Saya masuk dulu, assalammualaikum,” Alescha Awanies meneruskan hasratnya tanpa menoleh ke arah wanita itu.
'Aku percaya, satu hari nanti dia akan dapat terima takdir yang telah di tetapkan untuknya. Qila, along janji, along akan menjaga dan menyayangi anak-anak Qila seperti mana along sayang anak-anak along' hatinya berbicara.
'Emy, kau bukan jaga anak-anak dia saja, laki dia pun kau jaga sekali, tanpa selidik terlebih dahulu!' bentak akal nakalnya.
“Aku bukan berniat sebegitu. Bukankah itu semua takdir ALLAH, jadi aku kena terimanya walaupun aku tahu, ada hati yang terluka, dengan perhubungan antara aku dengan Al Farisi, sedangkan aku sendiri tidak mengetahui dia adalah suami adikku sendiri!” jawabnya seperti berbisik. Dia akui, dia tersalah memilih.
'Kenapa kau tak selidik? Sedangkan sebelum ni, boleh pulak kau selidik tentang arwah suami kau? Kau sendiri tahu rahsia arwah, dengan perempuan simpanan diakan?' akalnya kembali mengasak ingatannya tika itu.
“Setiap manusia melakukan kesilapan, begitu juga aku. Jadi apa masalahnya aku memaafkan dia? Sedangkan ALLAH, memaafkan hambanya yang melakukan dosa, inikan pula aku? Aku hanya manusia biasa!” keras suaranya tika itu.
“Mummy, mummy cakap dengan siapa tu? Dari tadi, Hael perasan yang mummy bercakap sorang diri,” Azhael Ikhtiman bertanya dan meluahkan apa yang dilihat olehnya sebentar tadi.
“Err, ha? Ish! Hael ni! Suka buat mummy terkejut. Dah tak sayangkan mummy ke?” Pn.Emy seakan merajuk.
“Mummy, kenapa mummy cakap macam tu? Hael tak terniat pun, nak buat mummy terkejut. Hael cuma pelik, bila Hael tengok, mummy bercakap seorang diri,” Azhael Ikhtiman menjelaskan perkara yang berlaku.
“Mana ada mummy bercakap seorang diri. Hael dari mana ni, dengan rambut tak terurus,” Pn.Emy sengaja mengalihkan topik perbualannya dengan anaknya. Dia tidak mahu Azhael Ikhtiman bertanya tentang apa yang difikirkan tika itu! Dia mesti merahsiakan segalanya dari pengetahuan mereka.
“Hael, saja jalan-jalan sekitar kampung. Seronok juga kampung mummy ni, tapi kenapa sejak Hael kecil, mummy tidak pernah bawa kami adik-beradik pulang ke sini?
Hael tengok mummy, macam tak sihat je, mummy okay tak ni? Hael minta maaf, jika soalan Hael tadi menyinggung hati mummy,” Azhael Ikhtiman mulai risau melihat perubahan di wajah Pn.Emy.
“Hael, sebenarnya mummy ada perkara yang mummy nak bagitahu pada Hael,” Pn.Emy rasakan ini adalah masa yang sesuai untuk Azhael Ikhtiman mengetahui akan asal usulnya.
“Mummy nak bagitahu Hael apa?” soal Azhael Ikhtiman teruja bercampur takut.
“Sebenarnya Azhael Ikhtiman ialah ...” Pn.Emy tak mampu untuk meneruskan perbualan, apabila melihat Aisya Syafia mendekati mereka.
“Hye mummy, hye Hael,” ucapnya sambil memeluk mummynya dan menampar bahu adiknya.
“Aisya nak pergi mana ni?” Pn.Emy pelik melihat penampilan Aisya Syafia tika itu. Sebelum ini anaknya itu cukup liat, untuk memakai baju kurung, tapi tak sampai satu hari berada di kampungnya, anaknya sudah selesa memakai pakaian yang sinonim dengan wanita Melayu.
“Cantiknya anak mummy ni, sebelum ni mummy tak pernah tengok anak mummy pakai baju kurung, tapi hari ni baru mummy nampak. Apa yang buat Aisya pakai baju kurung?” soal Pn.Emy dan terus terlupa akan perbincangannya dengan Azhael Ikhtiman sebentar tadi.
“Sekarang kan dekat kampung, tak kan la Aisya nak pakai macam selalu, mahu terbeliak mata orang tua tu nanti,” ucapnya tanpa memikirkannya terlebih dahulu.
“Maksud angah? Hael tak faham,” soal Azhael Ikhtiman yang hanya diam sebaik kehadiran kakaknya sebentar tadi.
“Yela, tak kan la akak nak pakai tubeless kat sini? Mau mati terkejut orang tua dekat rumah tu!” kini suaranya sudah berubah keras. Berang apabila adik dan mummynya tidak memahaminya.
“Aisya, kenapa cakap macam tu? Mummy tak pernah ajar, anak-anak mummy kurang ajar dengan orang tua kan? Sejak bila Aisya jadi macam ni? Siapa yang ajar Aisya, sampai tak reti hormat pada nenek?” Pn.Emy mulai berang dengan sikap anaknya itu.
“Mummy nak Aisya hormat pada nenek? Sedangkan nenek sendiri tak boleh nak hormatkan orang! Halau Aisya macam anjing kurap yang kelaparan! Mummy pernah fikir tentang itu? Tak kan? Yang mummy fikir sekarang, hanya anak mummy seorang ni!” seraya itu jari telunjuknya ditujah pada kepala Azhael Ikhtiman. Azhael Ikhtiman terkejut dengan perubahan drastik kakaknya.
Tanpa disedari mereka, ada yang mendengar pertelingkahan mereka anak-beranak. Hancur hatinya, apabila orang menghina neneknya sebegitu, tanpa disedari pipi Aisya Syafia menerima pelempang sulung dari tangan gadis itu.
“Woi, kau apasal tampar aku?” Aisya Syafia membentak apabila pipinya ditampar oleh Alescha Awanies. Dia tidak pernah dipukul atau ditampar oleh sesiapa sebelum ni, termasukla mummy dan daddynya.
“Saya tampar sebab akak dah terlalu kurang ajar! Mungkin selama ini tiada yang berani, tapi saya tidak takut menegakkan kebenaran! Pertama, akak dah kurang ajar dengan mummy akak sendiri! Kedua, akak da menghina insan yang paling saya sayang iaitu nenek saya!
Jangan ingat akak, lebih tua dari saya, saya tidak berani untuk menampar akak! Niat saya untuk membetulkan, kesilapan akak! Akak sepatutnya bersyukur, sebab masih mempunyai mummy, sedangkan saya sejak kecil sudah jadi yatim piatu!” Alescha Awanies berubah drastik, bila ada yang menghina orang yang dia sayang!
“Kau ingat, aku kisah kau yatim piatu atau pun tak? Sedar la diri kau tu dulu! Kau pun bukannya sempurna sangat! Jangan kerana ayah kau, kahwin dengan mummy aku, kau boleh naik junjung! Sedar la diri kau tu! Makan, minum dan pakaian kau pun mummy dan daddy aku bagi!
Kau jangan ingat, kau pakai tudung, pakai baju kurung macam ni, aku akan kesian dekat kau? Sedar la diri kau tu! Dasar perempuan kampung, yang tak sedar diri!” Aisya Syafia mengangkat tanggannya untuk melempang Alescha Awanies, tetapi dihalang.
“Kau kenapa? Kau pun nak pertahankan perempuan kampung ni?” herdik Aisya Syafia kepada insan yang menghalangnya dari melempang Alescha Awanies.
“Kau dah kenapa ni? Apa beza perempuan kampung dengan perempuan bandar macam kau ni, di mata kau? Boleh aku tahu?” soal lelaki itu dengan wajah selamba.
“Kau tanya aku apa beza aku dengan dia? Kau sanggup ke nak mendengarnya?” Aisya Syafia menggertak lelaki itu yang masih beriak tenang.
“Aku nak tahu, boleh kau cerita? Apa kehebatan perempuan bandar macam kau ni?”
Berdesing telinga Aisya Syafia apabila disindir begitu oleh lelaki di hadapannya. Manakala mummynya, dan semua mata yang memandang hanya mampu diam melihat pertengkaran itu.
“Aku tak da sampai nak menumpang harta orang lain! Aku tidak hipokrit dan paling penting sekali aku bukan anak haram macam dia!” sebaik sahaja mulutnya melafazkan perkataan itu, Alescha Awanies sudah terduduk atas tanah, mujur sahaja dia tidak pengsan.
Selaras itu, satu lagi penampar hinggap di muka Aisya Syafia! Tidak sampai setengah jam sahaja, pipinya sudah menerima dua penampar, satu dari Alescha Awanies akibat dirinya yang kurang ajar, dan yang kedua oleh abangnya sendiri, Shahrul Hirdy! Aisya Syafia tidak menjangka, bahawa abangnya sendiri sanggup menamparnya dan mempertahankan perempuan kampung itu!
“Sampai hati kau tampar aku?” soalnya dalm tersedu-sedu menahan sakit dan airmatanya mula mengalir deras seperti empangan tadahan hujan pecah.
“Aku tampar kau sebab, mulut kau sendiri yang kurang ajar! Kau nak menghakimi orang, tapi kau sedar tak diri kau macam mana?
Aku tahu, yang kau selalu keluar malam tanpa pengetahuan mummy dan daddy, untuk pergi ke kelab malam!
Kau jangan ingat, perempuan bandar macam kau bagus sangat! Aku tahu rahsia, yang kau sorok dari kami semua!” tegas Shahrul Hirdy.
“Rahsia apa?” soal Aisya Syafia yang mulai cuak.
“Kau nak aku bagitahu sekarang, atau kau nak minta maaf pada Alescha Awanies?” Shahrul Hirdy memberi pilihan kepada Aisya Syafia.
Jangkanya Aisya Syafia akan gentar, tetapi sebaliknya yang berlaku. Aisya Syafia bertindak lebih agresif, dengan menarik tudung yang dipakai oleh Alescha Awanies dan menolak tubuh Alescha Awanies hingga menyembah bumi.
“Aku sangka kau akan takut, tetapi jangkaan aku meleset, aku arahkan kau jauhi Alescha Awanies, sekarang atau kau akan terima sesuatu yang kau tak jangka?!” kini suara Shahrul Hirdy semakin nyaring. Senyaring hatinya, apabila melihat Alescha Awanies di perlakukan begitu.
“ Kau ingat aku, akan takut dengan ugutan kau? Kau memang silap besar, jika itu yang kau fikirkan! Kalau kau berani, kau buat la!” Aisya Syafia semakin menggila.
“Kau jangan ingat, kau boleh tutup semua kesalahan dari mummy dan daddy selamanya! Kau jangan lupa, yang kau pernah mengandung anak luar nikah dan kau gugurkan kandungan kau, gara-gara jantan yang mengandungkan kau tak nak bertanggungjawab! Itu yang kau banggakan, jadi perempuan bandar? Walaupun Alescha Awanies, yang kau cakap anak luar nikah, tapi dia sempurna didikan agama berbanding dengan kau! Untuk pengetahuan kau, sebenarnya kau adalah anak ..” belum sempat Shahrul Hirdy melunaskan bicaranya, mummy dengan neneknya menyampuk dan mengarahkannya berhenti.
“Along, tolong hentikan semua ini! Jangan teruskannya!” serentak Pn.Maziah dan Pn.Emy menghalangnya. Pn.Maziah mendapatkan cucunya yang sudah banjir dengan airmata dan kotor dengan tanah yang berlumpur, Pn.Maziah meminta pertolongan Shahrul Hirdy membawa Alescha Awanies masuk kedalam rumah, manakala Pn.Emy mendapatkan Aisya Syafia.
Tetapi Aisya Syafia menepis tangan mummynya serta menolak tubuh ibunya itu, dan terus berlari masuk ke rumah. Tanpa berlengah, Aisya Syafia mengemaskan pakaiannya dan berhasrat untuk meninggalkan rumah itu, tetapi mummynya menghalang.
“Sayang, tolong jangan tinggalkan mummy. Mummy tak nak berpisah dengan anak-anak mummy,” Pn.Emy merayu anaknya agar jangan tinggalkannya.
“Mummy, maafkan Aisya, Aisya tak mampu untuk bertahan lagi, izinkan Aisya pergi! Biarla Aisya berdikari di luar sana!” ucapnya yang hanya bersandiwara kerana dia sempat mengambil kad kredit mummynya sebelum beredar dan meninggalkan rumah neneknya tanpa berpaling lagi.

“Aisya, jangan tinggalkan mummy sayang, mummy tak nak kehilangan anak mummy,” rayu Pn.Emy di muka pintu, tetapi Aisya Syafia sudah tidak menoleh kearahnya.

P/S : Andaikata entry ni tidak mendapat sambutan, ME terpaksa menamatkannya , untuk memberi peluang kepada karya ME, yang lagi satu. segala kerjasama anda amat dihargai..

3 comments:

Anna said...

knpmckp cmni me

Anna said...

saba mie...nnt mst ad..antra lmbt dgn cpt je...

Unknown said...

sy follow crita awk ni... mmg waiting the story everyday..

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!