UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Saturday, 30 November 2013

Adakah Dia Milikku? 20

 Tanpa Alescha Awanies sedari, kini semakin ramai yang memusuhi dirinya. Dulu hanya Diana Syuhada, kini bertambah dengan kemunculan Aisya Syafia. Tetapi, semakin ramai yang menyayanginya. Alescha Awanies tidak gentar lagi dalam menghadapi mereka, kerana baginya ALLAH itu ada, dan ALLAH akan sentiasa bersama hambaNYA yang selalu mengingatiNYA. Alescha Awanies menyedari hakikat itu, tetapi dihatinya tidak sedikit pun terlintas untuk mencipta musuh, niatnya hanya satu. Alescha Awanies hanya mengingatkan mereka dan mencuba membantu mereka agar lebih dekat dengan maha pencipta.
“Escha, maafkan Mak Long nak. Semua ini berpunca dari Mak Long. Mak Long sedar yang Mak Long bukannya muda lagi, tapi sebagai manusia Mak Long memerlukan seseorang untuk berada di sisi Mak Long, bila Mak Long tersasar dari jalannya, Mak Long memerlukan suami untuk membimbing Mak Long kembali ke jalannya. Mak Long harap, Escha tak salah anggap pada Mak Long,” rayu Pn.Emy tanpa segan mengalirkan airmatanya.
“Mak Long tak salah, saya tak pernah marahkan Mak Long kerana kahwin dengan ayah saya, lagipun itu urusan Yang Maha Esa, siapa kita nak lawan Qada dan Qadar ALLAH? Saya redha dengan jalan hidup saya, saya terima ketentuanNYA, tapi saya akan lawan jika sesuatu yang melanggar hukumNYA,” Alescha Awanies kini persis seperti Summayyah, yang sanggup berjuang walaupun nyawa sebagai galang gantinya demi agama yang dicintainya.
“Sejuk perut arwah ibu Escha, dapat anak macam Escha. Escha, boleh Mak Long peluk Escha?” pinta Pn.Emy.
Alescha Awanies tergamam apabila Mak Longnya meminta sebegitu. Dia tidak tahu mahu bertindak bagaimana, sama ada menunaikan permintaan itu, ataupun mengabaikan. Hati dan fikirannya begitu bercelaru tika itu.
'Escha, apa salahnya kau menunaikan permintaannya? Bukan susah pun, cuma memeluknya, kau cuma perlu menganggap seperti kau memeluk ibu kau. Bukan ke dia kakak kandung ibu kau?' tingkah akal warasnya. Tetapi, lain pula situasi dan kata hatinya.
'Sanggup ke kau nak memeluk perempuan yang dah merampas suami kepada arwah ibu kau? Sejak mereka kahwin, ada mereka datang menjenguk kau? Kenapa baru sekarang mereka datang mencari kau? Sebab kau dah besar?' kata hatinya tika itu sememangnya tidak bersatu dengan akal.
Alescha Awanies dalam dilema, sama ada mengikut kata hati atau akal warasnya.
'YA ALLAH, berikanlah petunjukMU untukku menghadapi situai ni. Sesungguhnya aku amat memerlukan bantuanMU tika ini'
“Escha, Mak Long tidak memaksa Escha untuk mengikut kata Mak Long. Mak Long faham situasi Escha sekarang ni, cuma Mak Long harap, Escha tidak menganggap Mak Long sebagai orang asing dalam hidup Escha, anggapla Mak Long sebagai ibu Escha.
Mak Long tahu, mesti Escha rindukan arwah ibu. Mak Long tahu, sejak kecil Escha memerlukan kasih sayangnya, tapi Escha kena ingat nak, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dari ALLAH S.W.T,” Pn.Emy mencuba memujuk hati gadis itu.
“Maafkan Escha Mak Long,” Alescha Awanies terus memeluk Pn.Emy dengan airmata yang mula berkunjung di tubir matanya.
Pn.Emy pada mulanya terkejut, apabila Alescha Awanies memeluknya sambil menangis, terus membalas pelukan itu. Sesungguhnya dia memahami, apa yang tersirat dalam hati gadis itu. Tanpa berlengah, dia mengelap airmata Alescha Awanies, dan memandang wajah gadis itu.
“Escha tak salah apa-apa dengan Mak Long sayang, malah Mak Long begitu gembira apabila Escha sudi menerima kehadiran Mak Long. Walaupun hakikatnya, Mak Long tidak setanding ibu Escha,” Pn.Maziah yang memandang sejak tadi, turut mengalirkan airmatanya. Sebaik sahaja dia, mengelap airmatanya, dia perasan ada mata yang memandang kearah yang sama, iaitu kearah Pn.Emy. Hati kecilnya mula berkata-kata. 'Jangan la terbit perasaan cinta dalam hati mereka di usia begini, YA ALLAH. Sesungguhnya aku takut perkara lama berulang kembali, aku tidak mampu menghadapinya sekali lagi' airmatanya kembali jatuh tika itu.
“Assalammualaikum nek, boleh Escha masuk? Maaf kalau Escha mengganggu nenek,” ucap Alescha Awanies dengan lemah.
“Waalaikummussalam sayang, kenapa ni? Escha tak sihat ke?” soal Pn.Maziah bila melihat wajah cucunya yang pucat tika itu.
“Escha sihat nek, cuma Escha ...” Alescha Awanies terus memeluk neneknya.
“Escha, cuba bagitahu nenek, mana tahu nenek boleh tolong Escha?” Pn.Maziah mengusap belakang Alescha Awanies untuk menenangkan cucunya itu.
“Nek, betul ke apa yang Kak Aisya cakap tentang Escha?” soalnya yang mula reda tanggisannya.
“Maksud Escha?” soal Pn.Maziah yang masih tidak dapat tanggkap maksud soalan Alescha Awanies.
“Betul ke Escha anak luar nikah nek?” sayu suaranya bila bertanyakan soalan itu kepada neneknya.
“Astafirullah alazim,” Pn.Maziah beristigfar sambil meraup mukanya.
Sungguh tidak di duga, bahawa isu itu akan dibangkit oleh cucunya sendiri. Dia jadi serba salah untuk menerangkan perkara sebenar kepada Alescha Awanies.
“Betul ke nek? Kalau betul, siapa ayah kandung Escha nek? Escha dah bersedia untuk mengetahui perkara yang sebenar nek, tolong beritahu Escha nek, jangan bagi Escha berteka-teki lagi. Escha perlu tahu hakikat kewujudan Escha,” soal Alescha Awanies seakan mendesak Pn.Maziah untuk menceritakan perkara sebenar.
“Escha, nenek nak minta maaf terlebih dulu, sebelum nenek beritahu Escha. Nenek tahu perkara ini akan menambahkan lagi kedukaan Escha. Tapi, ini adalah masa yang nenek rasa sesuai untuk Escha mengetahui cerita sebenarnya, tapi Escha kena janji dengan nenek, Escha tak kan mudah melatah dengan kebenarannya cu,” Pn.Maziah mula mengumpul kekuatan untuk membongkar kembali titik hitam dalam keluarganya.
“Escha janji, yang Escha tak kan menyalahkan takdir-Nya untuk Escha, Escha dah bersedia,” Alescha Awanies menggenggam tangan Pn.Maziah.
“Sebenarnya, ibu Escha terjerat dengan cinta, dan kerana cinta juga, ibu Escha terjerat dengan nafsu,” Pn.Maziah mengambil nafas untuk menceritakan hakikat yang menjadi rahsia keluarganya setelah kian lama.
“Maksud nenek? Arwah ibu terlanjur? Pada usia berapa? Siapa lelaki itu?” soal Alescha Awanies bertubi-tubi kepada Pn.Maziah.
“Ya sayang, arwah ibu Escha terlanjur. Masa tu usia ibu Escha baru 22 tahun, itu sebabnya nenek menghalang cucu-cucu nenek bercinta semasa belajar, nenek tak nak perkara ini berulang,” Pn.Maziah mengelap airmatanya yang kini makin lebat.
“Siapa lelaki itu nek? Adakah dia …” Alescha Awanies mula mahu memberi kesimpulannya sendiri.
“Bukan sayang, lelaki yang memperkosa arwah ibu Escha adalah Pak Ngah Escha sendiri. Tetapi, dia tidak mahu bertanggungjawab diatas perbuatannya itu. Di sebabkan perkara itu, ibu Escha berhenti belajar, kerana dia telah digantung oleh pihak universiti, akibat alahan yang mula bertandang, dan semasa itu dia belum berkahwin,” jawab Pn.Maziah sambil mengelap airmatanya dengan hujung bajunya.
“Mak Ngah tahu tak tentang perkara itu?” soal Alescha Awanies yang mulai sebak mendengar cerita dari neneknya,.
“Masa tu, mereka belum berkahwin lagi. Ibu Escha membawa diri ke kampung, dan dalam tempoh dia mengandung itu, nenek dan arwah atuk yang menjaganya, walaupun masa itu arwah atuk dan nenek sungguh kecewa dengan sikap mereka berdua.
Tapi apa yang mampu kami lakukan lagi? Nasi sudah menjadi bubur, nak marah atau pukul pun dah tiada guna lagi,” Pn.Maziah menegelus wajah cucunya dan mencium dahi cucunya.
“Jadi di mana anak itu sekarang nek?” soal Alescha Awanies yang mula didesak oleh perasaan ingin tahu yang semakin meninggi.
“Anak yang lahir dari hubungan itu, kini sudah membesar dan di didik dengan agama yang yang secukupnya, tetapi kini dia sudah tersasar dari acuan yang di beri oleh kami,” Pn.Maziah terus terbayang wajah cucunya.
“Siapa nama dia nek? Adakah Escha?” soal Alescha Awanies yang mula mengalirkan airmatanya.
“Bukan sayang, dia ialah Diana Syuhada, along Escha sendiri. Arwah ibu Escha tidak mahu menjaganya dan pernah berniat mahu membunuh along disebabkan marah dengan Pak Ngah Escha sayang,” jawab Pn.Maziah sambil mengelus lembut bahu cucunya.
“Macam mana pula arwah ibu boleh kenal dengan ayah?” soalnya yang agak susah untuk menerima kenyataan bahawa lelaki itu di depan matanya.
“Setahu nenek, mereka berkenalan selepas ibu Escha melahirkan along. Sejak kelahiran along, arwah ibu Escha terus tinggalkan along dengan kami, alasannya dia tidak mahu memandang wajah along, sebab itu akan membuatkan dia mengingati perbuatan Pak Ngah Escha,” ucap Pn.Maziah yang mulai tenang setelah beritigfar didalam hati.
“Ayah tahu ke tentang ni?” laju meluncur soalan itu di bibir Alescha Awanies.
“Dia tahu, tapi disebabkan cintanya yang mendalam terhadap arwah ibu Escha, dia mengambil keputusan untuk mengahwini ibu Escha, dengan perkahwinan mereka, terhasil la angah di dunia ini,” jawap Pn.Maziah sambil mengambil sesuatu di dalam almarinya.
“Nenek ambil apa tu?” soal Alescha Awanies yang mulai pelik dengan tindakan mendadak neneknya.
“Escha, ini bukti dan jawapan kepada soalan Escha tadi,” jawap Pn.Maziah sambil menghulurkan satu sampul surat kepada Alescha Awanies.
“Ada apa dalam sampul ni nek?” soal Alescha Awanies yang diasak dengan pelbagai soalan.
“Semua maklumat yang Escha nak tahu, ada dalam sampul surat itu, tapi dengan satu syarat, Escha mestilah membukanya sebaik Escha tamat PLKN nanti.
Nenek tak nak, fikiran Escha terganggu dengan isi dalam surat itu. Nenek yakin Escha, mampu menjaga wasiat arwah ibu untuk Escha dengan sebaik mungkin. Berjanjilah dengan nenek, yang Escha akan menjaga ia sama seperti nyawa Escha,” Pn.Maziah terus memeluk Alescha Awanies yang tenggelam dengan seribu persoalan.
“Nek, malam ni Escha nak tidur dengan nenek boleh?” pinta Alescha Awanies sambil baring di atas peha Pn.Maziah.
“Amboi, manjanya cucu nenek ni. Escha, maafkan nenek ye jika isi dalam sampul itu bakal membuatkan perubahan dalam hidup Escha nanti,” ucap Pn.Maziah.

“Nek, biarlah masa yang menentukan apa yang bakal terjadi, Escha yakin ALLAH sentiasa ada dengan Escha,” jawab Alescha Awanies dengan penuh keyakinan.

1 comment:

Unknown said...

susah nak baca font huhuhu

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!