UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, 26 November 2013

Adakah Dia Milikku? 18

 “Assalammualaikum, boleh saya duduk di sini?” soalnya apabila melihat Alescha Awanies duduk di batas sawah padi seorang diri.
“Waalaikummussalam, duduk la. Bukan kena bayar pun,” Alescha Awanies menjawab acuh tak acuh, malah tidak menunjukkan minat untuk melihat pemilik suara itu.
“Apa yang awak menungkan tu, sampai awak menangis?” suara itu tidak berputus asa untuk memulakan perkenalannya dengan Alescha Awanies.
'Ish, sibuk pulak dia ni, nak tahu apa yang aku menungkan? Bukan ada kena mengena dengan dia pun, yang dia sibuk nak ambil tahu kenapa?' bentak hatinya tika di soal begitu oleh stanger.
“Err, salah ke saya bertanya?” soal suara itu lagi apabila soalannya, tidak mendapat jawapan yang sewajarnya.
“Ish! Jangan ganggu saya boleh tak? Saya tidak berminat untuk berbual dengan sesiapa sekarang! Kalau awak nak berbual juga, cari orang lain kat kampung ni!” Alescha Awanies mula berang apabila disoal begitu.
'Kau ni, kalau nak berbual pun, tak reti nak cari masa yang sesuai ke? Masa aku nak tenangkan fikiran ni la, kau sibuk nak kacau!' bentak hatinya lagi.
“Saya nak berbual dengan awak, bukan orang lain. Kenapa saya tidak boleh, berbual dengan awak? Awak okey tak ni? Tak kan saya tanya soalan macam tu, awak menangis?” soalnya yang mula tidak keruan bila melihat Alescha Awanies mengalirkan airmatanya.
“Saya okay,” jawabnya sambil mengelap airmatanya dengan hujung tudung yang dipakainya.
“Kalau awak okey, kenapa sampai menangis? Awak ada masalah ke? Saya boleh jadi pendengar masalah awak, awak boleh percayakan saya,” suara itu bersungguh meyakinkan Alescha Awanies.
Alescha Awanies seakan terpujuk dengan apa yang diluahkan oleh suara itu. Seraya itu, dia memalingkan pandangannya kepada suara yang menyapa dan ingin menjadi pendengar luahan hatinya.
“Err, macam pernah nampak awak la, tapi dekat mana ya? Rasanya awak bukan orang sini. Awak buat apa dekat sini?” Alescha Awanies mengajukan soalan apabile melihat jejaka itu.
“Awak dah lupakan saya ke? Okey, saya kenalkan diri saya. Saya Azhael Ikhtiman, awak boleh panggil saya Hael. Awak Alescha Awanies kan?” ucap Azhael Ikhtiman dengan yakin.
“Macam mana awak tahu nama saya, sedangkan kita tak pernah berjumpa dan berkenalan sebelum ni?” Alescha Awanies di himpit perasaan kelirunya tika itu.
“Oh lupa, mummy Hael tak sempat nak kenalkan Hael kepada awak dan nenek tadi. Hael anak bongsu Mak Long awak, Emy Zuhana merangkap kakak kepada arwah ibu awak. Kiranya kita ni sepupu la.Apa yang awak menungkan, sampai menangis tadi?” Azhael Ikhtiman bertanya kembali selepas memperkenalkan dirinya.
“Oh, anak Mak Long. Maafkan saya, atas keterlanjuran saya tadi. Saya ingatkan budak-budak kampung ni tadi. Awak boleh panggil saya, Alescha. Lama ke awak dengan family awak kat sini?” Alescha Awanies bertanya tanpa memikirkan apa yang di tanya.
“Kenapa, awak macam tak suka je kami kat sini?” soal Hael yang sengaja mahu mengusik sepupunya itu.
“Err, bukan itu maksud saya. Awak jangan salah faham,” Alescha Awanies mula berubah riak apabila tersedar akan kesilapannya.
“Tak pe, Hael faham. Mummy plan, want spend a whole month here, is it okay for you, Escha?” terangnya.
“What?! Sebulan?!” membulat mata Alescha Awanies apabila mendengarnya.
“Awak terkejut ke? Atau awak tak selesa dengan kehadiran kami?” soal Azhael Ikhtiman sambil memandang wajah Alescha Awanies yang sungguh cantik baginya.
“Bukan itu maksud saya. Sebulan kan lama, mummy dengan daddy awak tak keje ke? Bos dorang tak marah ke?” soal Alescha Awanies yang secara tak sengaja menekan perkataan 'daddy'.
'Bukan itu ayah aku ke? Ish, aku nak panggil apa pada lelaki itu? Keliru aku dibuatnya!' bentak hatinya lagi.
“Mummy dengan daddy buka bisnes sendiri. Oleh kerana itu, mereka tiada masalah untuk cuti lama, kenapa awak macam susah nak sebut panggilan daddy Hael? Oh, Hael lupa. Kita berkongsi ayah, tapi lain mak. Mungkin sebab itu awak kelirukan?” Teka Azhael Ikhtiman seolah mengetahui apa yang sedang di fikirkan oleh gadis di depan matanya tika itu.
“Awak boleh baca, apa yang saya fikirkan?” soal Alescha Awanies sambil menjarakkan sedikit kedudukan mereka.
“Sebenarnya Hael pun sedang memikirkannya, sebab Hael tidak pernah alaminya lagi. Ini kali pertama Hael terlibat dengan perkara sebegini. Awak panggil je dia ayah, lagipun dia ayah kandung awak. Lagipun, dia cuma ayah tiri kami, dan tiada pertalian antara dia dengan kami adik beradik. Jadi awak tak perlu, keliru untuk memanggilnya apa. Kita tetap sepupu. Escha, Hael nak tanya sikit boleh?” soalnya selepas membantu merungkai maslah yang di hadapi oleh gadis itu.
“Hael nak tanya apa?” Alescha Awanies sudah mula selesa dengan sepupunya itu.
“Escha ada berapa adik beradik ye? Dorang kat mana? Hael tak nampak pun mereka, di teratak nenek tadi. Escha ni umur berapa?” Azhael Ikhtiman memulakan langkahnya dalam mengenali latar belakang gadis yang menjadi pujaannya saat itu.
Tidak terduga oleh akal Azhael Ikhtiman untuk bercinta di usia begini, tetapi setelah bertemu Alescha Awanies sebentar tadi, hati dan akalnya sudah tidak sehaluan lagi. Dia juga tidak menduga bahawa Alescha Awanies berjaya meragut pendiriannya tika ini.
Baginya, Alescha Awanies lain dari gadis yang pernah dia jumpa dan di kenali semasa di asrama penuh.
“Saya ada tiga orang adik beradik, saya anak bongsu. Kakak sulung saya, sambung belajar di universiti yang sama dengan Kak Dina, atas saya pula abang, dia juga masih belajar di universiti dekat Shah Alam. Hurm, umur saya baru 17 tahun nak masuk 18 tahun depan, baru je habis SPM, awak pulak?” Alescha Awanies pula bertanya mengenai Azhael Ikhtiman.
“Sama la kita, Hael pun ada tiga orang adik-beradik, abang sulung Hael belajar di tahun akhir dekat Pahang, manakala atas Hael pula Kak Aisya, tapi dia tak minat nak sambung belajar buat masa ini. Eh, kita sebaya la. Macam mana result SPM awak? Apa rancangan awak lepas ni?” Azhael Ikhtiman sudah teruja berbual dengan Alescha Awanies.
“Lepas ni? Saya terpilih untuk menyertai PLKN, saya dapat dekat kem di Sabah. Awak macam mana pulak?” Alescha Awanies menyoal sambil mengajak Azhael Ikhtiman berjalan keliling kampung.
“Kebetulan pulak, Hael pun dapat kat Sabah. Awak dapat kem kat mana di Sabah tu?” Azhael Ikhtiman bertanya sambil memerhatikan kawasan yang sedang di laluinya.
“Escha dapat kat Kem Mesapol Sipitang, Hael pulak?” Alescha Awanies terdiam selepas bertanya. 'Ish, macam mana aku boleh ubah panggilan diri dari 'saya' kepada Escha? Biasanya aku akan bahasakan diri aku Escha bila bercakap dengan orang yang rapat dengan aku, baru sekejap berbual, dah terus rapat? Biar betul aku ni?' Alescha Awanies bermonolog sendiri, dia tidak pasti sama ada Azhael Ikhtiman mendengarnya ataupun tidak.
Azhael Ikhtiman memahami kekalutan yang sedang di lalui oleh Alescha Awanies tika ini, dia perasan perubahan yang mendadak, bila Alescha Awanies merubah panggilan dirinya, tetapi Azhael Ikhtiman sengaja berlakon seperti dia tidak perasan demi menjaga hati gadis itu.
“Hael dapat kat Kem Bagai Budi di Sandakan, kenapa lah kita tak dapat satu kem ey?” Azhael Ikhtiman sengaja menguji gadis itu.
“Err, kenapa Hael nak satu kem dengan saya?” Alescha Awanies menjawab sambil memalingkan wajahnya kearah sawah padi yang terbentang luas.
“Kalau satu kem kan senang, dapat juga Hael kawan, dan boleh juga Hael tolong tengok-tengokkan Escha kat sana nanti,” jawabnya spontan tanpa sempat berfikir sebelum bercakap.
“Kenapa pulak nak tolong tengok-tengokkan saya? Pandai la saya, jaga diri kat sana nanti. Hael, kat sana nanti, mesti Hael dapat ramai kawan, silap-silap ada yang sangkut nanti, maklumla Haelkan ada rupa dan harta, mesti ramai yang nak kat Hael nanti,” Alescha Awanies pelik, kenapa tiba-tiba jantungnya berdegup lebih kencang dari biasa apabila mengucapkan kata-kata kepada Azhael Ikhtiman sebentar tadi.
'Adakah ini di namakan cinta? Tak mungkin! Aku takkan benarkan ia hadir tika ini! Aku sudah berjanji, dengan nenek yang aku takkan melibatkan diri dengan cinta di usia begini. Terlalu cepat untuk aku nyatakan yang aku sudah jatuh cinta. Argh!' jeritnya di dalam hati.
“Escha, tolong jangan salah anggap dengan apa yang Hael cakap sebentar tadi. Hael tidak bermaksud buat Escha curiga, cuma Hael tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada Escha, bila Escha di sana nanti,” Azhael Ikhtiman meluahkan kegusaran yang melanda dirinya tika ini.
“Sesuatu yang buruk? Maksud awak? Serius, saya mula tidak memahami awak sekarang ni. Tadi awak cakap, nak tengok-tengokkan saya, sekarang awak tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada saya?
Apa sebenarnya yang awak cuba sampaikan? Boleh awak jujur dengan saya? Saya tidak pandai dalam meneka, kata hati orang,” Alescha Awanies menyatakan apa yang bergelumang dalam fikirannya tika ini, apabila mula merasai sesuatu yang aneh, dalam bicara jejaka itu.
“Err, sebenarnya saya …,”
'Ish, kenapa susah sangat, aku nak bagitahu dia, tentang apa yang aku rasa saat ini? Kenapa tiba-tiba perasaan ini hadir? YA ALLAH, berikanlah hambaMU ini kekuatan untuk meluahkannya,' Azhael Ikhtiman bermonolog dalam hati.
“Sebenarnya, awak apa Hael? Tolong jangan buat saya, jadi tak keruan,” pinta Alescha Awanies.
“Sebenarnya, saya sukakan awak,” suara Azhael Ikhtiman tika itu seperti berbisik, tiada kekuatan untuk dia meluahkannya.
“Apa yang awak cakap, ni Hael? Awak jangan main-main, dengan saya boleh tak? Saya tak suka la, bila saya bertanya, orang tak nak jawab. Saya tidak suka bermain tarik tali, dengan awak sekarang,” Alescha Awanies berubah menjadi seorang tegas, bila pertanyaannya tidak mendapat jawapan yang sepatutnya.
“Sebenarnya, saya sukakan awak!” Azhael Ikhtiman kaku. Dia sendiri pelik, di mana dia memperoleh kekuatan, untuk meluahkan apa yang dirasa tika ini, sedangkan dia adalah seorang yang amat malu untuk berkongsi rasa dengan orang lain.
“Hael sihat ke tak ni? Awak sedar tak, apa yang awak cakapkan? Awak, umur kita baru 17 tahun, masih muda untuk melibatkan diri dengan cinta,” Alescha Awanies cuba menyedarkan Azhael Ikhtiman yang di anggap sedang bermimpi, dan tidak sedar, akan apa yang sedang di bicarakan.
“Escha, saya serius dengan apa yang saya cakapkan, saya tidak main-main. Apa yang ada pada usia? Orang yang dah berusia, juga masih mencari cinta,” Azhael Ikhtiman cuba membidas hujah Alescha Awanies.
“Hael, untuk pengetahuan awak, saya tidak berminat dan tidak akan sesekali melibatkan diri, dengan cinta di usia begini. Bagi saya, selagi saya tidak dapat mencapai impian saya, saya tidak akan sesekali bermain cinta! Tolong hormati pendirian saya!” Alescha Awanies mula berubah sikap.
“Escha, saya tahu awak ada impian. Setiap manusia yang ada, di muka bumi ini, ada impian. Tapi jangan jadikan ia, sebagai alasan untuk awak menafikan cinta.
Awak mesti pernah dengar, tentang bekas perdana menteri kita, yang bercinta semasa belajar, dan kekal hingga kini. Malah, dia tidak menjadikan cinta, sebagai penghalang untuk dia mencapai impian hidup dia.
Baginya, cinta dijadikan sebagai motivasi untuk berjaya. Awak sepatutnya menjadi seperti dia,” Azhael Ikhtiman tidak mengalah untuk menawan hati Alescha Awanies.
“Hael, kalau awak anggap saya sebagai sepupu awak, tolong hormati pendirian saya. Saya tak nak di sebabkan isu ini, hubungan sedara antara kita berantakan dan bermusuhan. Saya juga tak nak, perkara ini di bangkitkan lagi! Awak faham dengan apa yang saya cakap ni?!” Alescha Awanies sudah berubah sikap begitu mendadak!
“Maafkan saya, saya tidak sepatutnya meluahkannya pada awak, tapi saya takut kehilangan awak, seperti mana saya kehilangan arwah daddy saya, dan saya tak nak ia berulang. Saya harap awak memahami saya,” Azhael Ikhtiman berubah sayu apabila terkenangkan arwah daddynya.
“Apa kena mengena saya dengan arwah daddy awak?” soal Alescha Awanies tanpa memikirkan, bicaranya yang bisa mengguris hati jejaka itu.
“Saya sudah mula menyayangi awak, seperti mana saya sayangkan arwah daddy saya,” Azhael Ikhtiman menundukkan wajahnya dari pandangan Alescha Awanies.
“Sudahlah, jom kita balik. Saya belum solat asar lagi,” ucap Alescha Awanies sambil meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.
Alescha Awanies mula menoleh kebelakang, apabila terasa seperti berjalan seorang diri. Dia perasan yang Azhael Ikhtiman masih berdiri kaku sambil menundukkan wajahnya di tempat mereka berbicara sebentar tadi.
“Hael, awak tak nak balik ke? Kalau tak nak, saya balik dulu, nanti pandai-pandailah awak cari jalan pulangnya sendiri. Saya nak cepat, saya tak nak ketinggalan solat asar gara-gara terpaksa menunggu awak berjalan,” nada suara Alescha Awanies begitu keras tika itu, tanpa memikirkan orang kampung yang berada di sawah padi tika itu.
Azhael Ikhtiman meneruskan perjalanan, sebaik mengelap airmata yang terbit gara-gara kata-kata yang di ucapkan Alescha Awanies.

P/S: napa feedback macam kurang, adakah karya ME membosankan? i need ur support guys..

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!