UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Monday, 25 November 2013

Adakah Dia Milikku? 17

 “Waalaikummussalam,” jawab Alescha Awanies sambil berjalan menuju ke pintu rumah.
Terpaku Alescha Awanies apabila melihat kehadiran Al Farisi. 'Apa pensyarah Kak Dina dan along buat kat sini?' soal hatinya.
“Escha, siapa yang datang tu?” soal Pn.Maziah dari dapur.
“Pensyarah Kak Dina dengan along datang nek,” jawab Alescha Awanies yang masih terkejut dengan kehadiran lelaki yang dikenali sebagai pensyarah Dina Mariani itu.
Lelaki itu juga terkejut apabila melihat Alescha Awanies dihadapannya tika ini. Hati seorang ayah mula memberontak. Seperti mahu memeluk anaknya, tetapi perasan itu di tepis, takut isteri dan anak-anaknya tersalah sangka. Dia berlagak seperti tidak pernah mengenali Alescha Awanies.
Sekali lagi dia terkejut, apabila melihat kehadiran Pn.Maziah di belakang Alescha Awanies.
Tanpa berlengah, dia cuba mengalihkan posisinya masa itu. Pelbagai perasan mula bertandang di jiwanya kini.
Pn.Emy perasan akan perubahan suaminya tika itu, tetapi di diamkan sahaja. Tanpa berlengah dia meluru mendapatkan emaknya. Rasa rindu kepada emaknya terurai juga setelah 22 tahun tidak berjumpa dengan ibunya. Dia sendiri menyesali, apa yang telah terjadi dahulu adalah di atas kesilapannya. Dia akui, jika dia tidak terlalu mengikut nafsu tika itu, mesti dia tidak akan berpisah dengan ibunya.
“Mak, maafkan Emy. Emy menyesal dengan apa yang telah terjadi. Emy berdosa, berdosa pada arwah ayah dengan mak. Jika perkara itu tidak berlaku, mesti mak dengan arwah ayah tidak kecewa dengan Emy. Emy begitu menyesal mak, maafkan Emy? Emy tak sanggup lagi berpisah dengan mak, Emy tak nak kehilangan lagi, cukupla Emy kehilangan arwah Qila,” Pn.Emy menangis teresak-esak sambil memeluk emaknya yang begitu dirinduinya. Suaranya tidak kedengaran oleh suami dan anak-anaknya.
“Mak maaafkan Emy, nak. Di dunia ni, mana ada manusia yang tidak melakukan kesilapan? Syukur, kepada-Nya. Emy da menyesali dan berubah dari melakukan kesilapan yang sama. Mak harap, Emy akan lebih menghargai keluarga Emy sekarang.
Emy mana cucu-cucu mak? Mak teringin sangat, nak jumpa mereka. Sejak anak kamu yang sulung berusia 2 tahun, mak tak pernah dengannya. Berapa anak kamu sekaran, Emy?” soal Pn.Maziah sambil mengelap airmatanya yang masih bersisa di pipi anak sulungnya itu.
“Dengan arwah abang Isaac, kami dikurniakan tiga orang cahaya mata. Dua lelaki, dan seorang perempuan. Along, mari salam nenek sayang,” arah Pn.Emy kepada anak sulungnya.
“Assalammualaikum, nek. Nenek sihat?” soalnya sambil menyalam tangan Pn.Maziah.
“Waalaikummussalam, nenek sihat cu, maafkan nenek, nenek lupa nama cucu nenek yang kacak ni, dah lama nenek tak jumpa kamu, dah besar panjang sekarang,” luah Pn.Maziah sambil mengusap belakang cucunya.
“Nama saya Shahrul Hirdy, nek,” jawab anak sulung Pn.Emy, sambil menghadiahkan seutas senyuman untuk neneknya.
“Aisya, Hael mari salam nenek kamu sayang,” panggil Pn.Emy.
“Ni yang no 2, Aisya Syafia,” Pn.Emy mengenalkan anaknya nombor 2.
Terkejut Pn.Maziah tika Aisya Syafia menghampirinya.
“Ni anak kamu, Emy?” soal Pn.Maziah sambil mengurut dadanya.
“Ya, mak. Kenapa? Mak pernah jumpa Aisya ke?” soal Pn.Emy sambil memerhati anak dangan emaknya.
“Assalammualaikum nek, Aisya memang cucu nenek,” jawab Aisya Syafia yang memahami bahawa neneknya terkejut dengan kehadirannya kali kedua di teratak itu. Dia juga telah mengetahui, bahawa daddynya telah berkahwin terlebih dahulu dengan adik mummynya sebelum mereka bersatu.
“Maknanya, kamu dengan Al Farisi ni suami isteri? Betul ke tekaan mak ni, Emy? Jawab, Emy!” nada suara Pn.Maziah mula berubah tegang.
“Ya mak, dia suami baru Emy. Macam mana, mak tahu nama dia, sedangkan Emy belum perkenalkan dia kepada mak lagi,” Pn.Emy mengajukan soalan yang mula bersarang di benaknya.
“Kamu kenal tak siapa suami arwah Qila? Kamu tahu tak, yang anak-anak arwah Qila kehilangan kasih sayang ayahnya selepas pemergian arwah adik kamu, Aqilah Ayuni? Kamu nak tahu siapa ayah mereka?” soal Pn.Maziah dengan suaranya yang mula bergetar menahan perasaannya tika ini.
“Kenapa mak tanya Emy, macam tu?” soal Pn.Emy yang masih terkejut dengan soalan maknya.
“Mak tanya kamu, sebab lelaki yang menjadi suami kamu sekarang adalah suami kepada adik kamu sendiri, Aqilah Ayuni merangkap ayah kepada Alescha Awanies,” jawab Pn.Maziah sambil memandang wajah cucu kesayangannya itu.
Serta merta semua mata yang berada diterataknya kini, memandang kearah Al Farisi kecuali Aisya Syafia yang tidak terkejut dengan penyataan yang dikeluarkan oleh neneknya.
Alescha Awanies kini terduduk mendengar kenyataan neneknya sebentar tadi. Dia tidak menyangka bahawa lelaki yang dikenali sebagai pensyarah kepada Dina Mariani dan Diana Syuhada adalah ayah kandung yang dirinduinya selama ini. Sanggup lelaki itu membohongi status sebenarnya dari pengetahuannya.
Dia juga tidak menyangka, bahawa Dina Mariani sanggup bersekongkol dengan lelaki itu untuk membohonginya.
“Nek, betul ke apa yang nenek cakap ni? Lelaki itu, adalah ayah kandung Escha? Ayah kandung yang sanggup meninggalkan Escha adik beradik selama 14 tahun? Tanpa mempedulikan tentang kami?” soal Alescha Awanies yang semakin lemah di muka pintu sebaik mendengar tentang kebenaran yang disorokkan darinya selama 14 tahun.
“Escha, maafkan nenek sayang, nenek terpaksa membongkar rahsia ini, kerana nenek rasa inilah masa yang sesuai untuk Escha mengenali siapa sebenarnya lelaki yang meninggalkan tanggungjawabnya kepada anak-anaknya.
Nenek sendiri terkejut, lelaki itu sekarang sudah berkahwin dengan anak sulung nenek,” Pn.Maziah menerangkan perkara sebenar sambil memandang bengis wajah menantunya.
“Daddy, betul ke apa yang nenek cakapkan tu?” serentak soalan yang diajukan oleh Shahrul Hirdy dengan Azhael Ikhtiman.
“Betul sayang, apa yang nenek cakap tadi. Daddy la lelaki yang tak berguna tu. Daddy sudah gagal menjalankan tanggungjawab daddy sebagai ayah kepada Alescha Awanies adik beradik. Daddy juga telah lari dari tanggungjawab daddy membesarkan mereka.
Daddy minta maaf sayang, daddy tidak berniat untuk meninggalkan Escha adik beradik, daddy cuma manusia biasa. Daddy tidak mampu terima hakikat bahawa daddy telah kehilangan arwah isteri daddy, iaitu arwah mummy Escha,” jawabnya sambil berjalan kearah Alescha Awanies dengan membiarkan airmata lelakinya berguguran jatuh, tanpa memikirkan orang sekitarnya tika ini.
“Kau jangan berani menyentuh cucu aku! Selagi aku hidup, aku haramkan kau menyentuh dan menyebut namanya! Ayah yang tak guna! Sanggup kau kembali kerumah ini, selepas 14 tahun kau meninggalkan mereka, tanpa memikirkan tentang makan minum mereka, tentang pelajaran mereka! Bila mereka semua da besar, baru kau nak mengaku yang mereka anak kau?!” Pn.Maziah berubah 360 darjah dari sikapnya sebelum ini.
“Mak, maakfan Ryz. Tolong bagi Ryz peluang, untuk tebus balik silap Ryz dulu. Mak tak kesian ke dekat cucu-cucu mak, sampai sekarang mereka tidak merasai kasih sayang seorang ayah? Memang benar Ryz ada melakukan silap, macam mak cakap tadi, sebagai manusia biasa kita tidak lari dari melakukan silap.
Ryz da menyesal mak, tolong la maafkan Ryz, dan izinkanlah Ryz menjaga mereka dan tebus balik kesilapan Ryz mak. Ryz da tak sanggup menanggung rasa bersalah Ryz hingga kini. Ryz akui, Ryz bersalah pada mereka, bersalah pada isteri yang Ryz sayangi, Ryz telah gagal untuk menjadi suami dan ayah yang baik,” Al Farisi meluahkan segalanya.
“Mak, maafkan Emy, sebab Emy tidak tahu latar belakang, suami Emy sebelum kami berkahwin,
Emy harap mak dapat maafkan kami,” ucap Emy Zuhana.
“Nek, nenek sayang Escha tak?” Alescha Awanies mula bersuara setelah mendengar rintihan seorang lelaki yang paling di rindui dalam hidupnya.
“Kenapa Escha tanya macam tu, cu? Mestilah, nenek sayangkan Escha. Nenek tak sanggup nak lihat airmata Escha mengalir lagi, cu.” Pn.Maziah menyusun kata-kata sambil mengelap airmata di wajah cucunya itu. Tangannya erat memeluk Alescha Awanies.
“Nek, Escha harap sangat nenek mampu, untuk memberi sedikit kemaafan pada lelaki ini, nek. Berikanlah Escha peluang, untuk merasai kasih sayang seorang ayah, nek. Escha teringin sangat merasai seperti kawan-kawan Escha yang lain, yang ada ibu dan ayah di samping mereka.
Sejak Escha, berumur 3 tahun Escha telah kehilangan seorang ibu, selain itu Escha juga telah ditinggalkan oleh seorang ayah,” Alescha Awanies memohon kepada neneknya.
Semua yang berada di situ, turut mengalirkan airmata apabila mendengar rintihan gadis itu.
“Escha, maafkan ayah nak. Ayah begitu kesal dengan semua ini. Ayah, takkan maafkan diri ayah, jika Escha tak memaafkan ayah. Ayah sedar, yang selama ini ayah bukan lah seorang ayah yang terbaik bagi Escha adik beradik, tapi bagilah ayah peluang untuk menebus kesilapan ayah.
Ayah bersalah pada arwah ibu, pada Escha, nenek dan anak-anak ayah yang lain. Ayah akui, yang sebelum ni ayah terlalu mengikut kata hati dan ayah telah berdosa kerana mempersoalkan Qada dan Qadar yang diberikan oleh ALLAH, pada hambanya.
Ayah terlalu sayangkan arwah ibu, kerana dia adalah wanita pertama yang ayah sayangi dan cintai, selain dari nenek Escha, iaitu emak ayah. Sejak ayah lahir, ayah tidak merasai kasih sayang keluarga, di sebabkan konflik negara tika itu. Ayah di besarkan di rumah anak-anak yatim di sana.
Bila ayah berpeluang melanjutkan pelajaran, ayah memilih untuk menyambung di Malaysia, kerana bagi ayah Malaysia sebuah negara yang aman serta masyarakatnya yang penyayang,” Al Farisi membuka salasilah dirinya dihadapan semua ahli keluarganya, tanpa menyembunyikan satu perkara.

“Escha, kalau itu yang Escha mahukan, nenek tak mampu menghalangnya, nenek tidak mahu lagi melihat airmata terbit di wajah cucu kesayangan nenek ni. Nenek harap, Escha akan gembira selepas ini. Maafkan nenek, sebab telah merahsiakan banyak perkara dari Escha,” Pn.Maziah memeluk Alescha Awanies sambil di perhatikan oleh sepasang mata yang tidak lepas memandang wajah Alescha Awanies sebaik sahaja melangkahkan kakinya di teratak Pn.Maziah.

p/s: ME minta maaf semua, sebab lambat sikit update chapter Adakah Dia Milikku? harap kalian akan terus menyokong ME

1 comment:

Unknown said...

nice... im waiting for the next episode..
crita ni akn d update everyday ke?

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!