UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 8 January 2014

What? Katak Puru Suamiku? 10


Cik Riana, ada orang kirim bunga dan coklat untuk Cik Riana,” Azhiqa hanya tersenyum selepas bunga dan coklat itu bertukar tangan.
Ha? Siapa yang bagi Zhiqa?” dahi Riana sudah berkerut. Matanya meliar melihat sekeliling, mana tahu terjumpa dengan pengirimnya.
Maaf, Cik Riana. Saya tak tahu pulak, siapa yang bagi. Saya rasa, peminat Cik Riana kot,” Azhiqa masih tersenyum sambil meneruskan pekerjaannya.
Peminat awak kata? Ada ke yang minat saya? Saya pasti orang tu, mesti buta,” Riana mengomel sebaik terjumpa kad, yang tersorok sedikit dalam jambangan bunga itu.
'Senyumanmu, semekar dan seindah bunga yang dihantar sebagai pengganti diri,
Ikhlas dari Peminatmu'
Riana tidak tahu mahu bereaksi bagaimana apabila menerima bunga itu. Sebelum ni, dia tidak pernah menerima kiriman sebegitu.
'Pelik pulak, bila masa aku ada peminat ni? Ni, mesti kena tulis dalam diari ni,' akalnya berbicara.
Tak pe la Zhiqa, terima kasih ye. Maaf ganggu awak kerja,” ucap Riana selepas membaca pesanan itu. Tanpa berlengah, dia mengatur langkah menuju ke lif. Nasib dia baik, tidak perlu menekan butang, pintu lif sudah terbuka.
Dia langsung tidak mempedulikan, orang yang keluar dari lif. Terus memasukinya, dan menekan nombor 6. Akalnya berperang saat ini, memikirkan siapa yang sudi memberinya bunga dan coklat. Riana mengambil tempat di sudut lif, sebaik lif sampai di tingkat 2, untuk memberi laluan kepada penghuni lain masuk. Dia langsung tidak melihat siapa yang masuk, kerana dia sedang dilanda resah.
Hye, Riana. Awak sihat?” sapa jejaka itu ramah.
Err, macam mana awak tahu nama saya?” Riana berasa pelik, apabila pemuda itu menyapanya.
Awak tak ingat saya? Cuba awak pandang muka saya ni,” pemuda itu memberi arahan.
Riana terkejut, sebaik dia mengangkat wajahnya. “What? Katak ...” Riana segera menutup mulutnya apabila melihat Ezrean Zackri didepannya.
Mana katak?” Ezrean bertanya kepadanya sebaik Riana menyebutnya.
Err, sorry. Saya melatah tadi, tak sangka jumpa awak dekat sini,” Riana pantas mengawal situasi agar rahsianya tidak diketahui oleh Ezrean.
Tak sangka jumpa saya?” Ezrean perasan yang Riana tidak mengunakan perkataan 'aku' dan 'kau', tetapi dia bertindak selamba.
Err, awak sihat?” soal Riana yang sudah tidak keruan.
Syukur, saya masih diberi kesihatan yang baik. Awak pulak?” Ezrean mengikut situasi yang dicipta oleh Riana.
Saya siha sentiasa. Awak buat apa kat sini?” Riana memberanikan diri melihat wajah Ezrean.
'Betul la, kacak jugak dia ni. Kemas orangnya. Betul-betul metroseksual la ni,' hatinya mengomel saat itu.
Riana, awak lupa ke yang kita ada meeting pagi ni? Cantik bunga, tunang awak bagi ke” Ezrean bertanya sambil membetulkan tali lehernya.
Err, ha? Bunga? Eh, saya mana ada tunang, sapa la yang nak ..” Riana segera menutup mulutnya dan memalingkan wajahnya.
'Ish, macam mana pulak aku boleh terlepas cakap ni? Harap-harap dia tak perasan, yang lif ni pun satu, kenapa lambat sangat nak sampai tingkat 6 ni? Dari tadi dekat tingkat 4 je, jangan cakap lif ni rosak dah la,' Riana mengomel sendiri di dalam hati.
Riana, lif ni rosak la. Dari tadi tak bergerak, cuba awak call technical,” Ezrean seperti dapat memahami isi hati Riana saat ini.
'Alamak, rosak la pulak lif ni. Apa la malang sangat nasib aku ni? Dah la berdua je dengan katak puru ni, mati lah aku macam ni,' Riana lansung tidak memandang Ezrean. Jarinya ligat mendail menekan nombor bahagian teknikal.
Hello, Haikal. Saya ni Riana, boleh tak awak cek lif utama ni? Saya terperangkap dekat tingkat 4 ni dah dekat 15 minit ni,” Riana segera memberi arahan sebaik Haikal menyambut panggilannya.
Okey, Riana saya cek sekarang,. Saya harap awak bersabar semasa kami membaiki kerosakan lif ni,” Haikal memberitahu.
Berapa lama masa yang awak ambil, untuk baiki kerosakkannya?” Riana pantas bertanya.
Bergantung kepada kerosakkannya jugak. Paling awal pun, dalam setengah jam,” Haikal serba salah untuk bagitahu.
Setengah jam? Boleh cepat sikit tak? Saya tak tahan sejuk dalam ni,” Riana meminta jasa baik Haikal.
Pihak saya akan buat secepat yang mungkin, saya minta maaf di atas kesulitan yang awak terpaksa hadapi,” Haikal memohon maaf.
Riana segera mematikan talian telefon, setelah selesai mengadu kepada Haikal.
Macam mana Riana? Apa yang dorang bagitahu? Berapa lama masa yang diambil?” Ezrean segera bertanya sebaik Riana menyimpan telefonnya kedalam beg tangannya.
Mereka cakap paling awal, setengah jam. Saya tak tahan, sejuk sangat,” Riana mengadu.
Sebaik Riana cakap dia tak tahan sejuk, Ezrean segera membuka kot yang dipakainya. Ezrean berniat untuk mengurangkan sejuk Riana, tapi sebaliknya pulak yang berlaku.
Awak nak buat apa ni? Jangan berani buat yang bukan-bukan,” Riana segera memarahi Ezrean.
Riana, awak jangan fikir yang bukan-bukan. Saya tidak berniat untuk melakukan yang bukan-bukan. Saya cuma ...” Ezrean tak sempat berkata, Riana sudah memotong.
Cuma apa? Awak jangan berani datang dekat saya! Saya jerit nanti!” Riana semakin panik apabila Ezrean semakin menghampiri.
Riana, be positive! Cuma kita berdua je dekat sini. Awak ingat saya ni apa? Sampai awak takut saya menghampiri awak? Saya ni hantu ke pada pandangan awak?” Ezrean masih cuba berdiplomasi dalam situasi ini.
Awak manusia,” Riana terketar-ketar menjawab.
Habis tu? Saya sama je dengan awak. Lagipun saya masih waras dan tahu hukum hakam agama. Cuma saya tak sanggup, nak tengok awak kesejukan,” Ezrean berterus terang.
Riana terkesima apabila Ezrean menyebut tentang hukum hakam agama. 'Betul ke dia dah berubah? Atas sebab apa? Siapa yang mampu mengubahnya?' Riana bermonolog sambil mengikat rambutnya yang dibiarkan terlepas.
Tanpa disedari olehnya, Ezrean ternampak akan tanda lahirnya yang terletak di belakang leher Riana, tetapi dia tidak mahu bertanya takut mengeruhkan keadaan.
Nah, ambil ni. Boleh kurangkan sikit sejuk awak tu,” Ezrean menghulurkan kotnya kepada Riana.
Err, terima kasih,” Riana tertunduk malu. Malu dengan tindakannya sebentar tadi, malu kerana tersalah sangka dengan tindakannya terhadap Ezrean.
Riana, boleh saya tanya sikit?” Ezrean bertanya sambil bersandar di dinding lif.
Awak nak tanya apa?” Riana mengangkat sikit wajahnya.
Awak kenal ke dengan Qiesha?” Ezrean bertanya sambil memandang wajah Riana.
Err, Qiesha? Siapa dia? Kenapa awak tanya saya?” Riana sudah tidak keruan.
Qiesha tu rakan sekolah saya semasa sekolah menengah dahulu. Saya tanya awak, sebab awak penah menyebut namanya, semasa kita jumpa di Uptown tempoh hari,” Ezrean memberitahu tanpa rasa segan, walaupun dia tahu Riana mungkin tidak mengenali siapa gadis itu.
Bukan kawan awak sorang je, yang bernama Qiesha. Ramai lagi kat luar sana, yang mempunyai nama sebegitu,” Riana memberanikan dirinya menjawab soalan Ezrean.
Saya tahu tentang tu, tapi awak ada menyebut Qiesha. Setahu saya, dulu saya pernah menengking seorang gadis. Gadis itu bernama Qiesha. Saya tak tahu nama dia, tapi seingat saya rakan-rakan memanggilnya Qiesha. Tapi, saya menukar panggilan itu kepada Cik Badak, sebab saiz badannya yang terlalu besar untuk umur kami pada masa itu,” Ezrean memberitahu dengan penuh beremosi.
'Biar betul dia ni? Tak kan dia ada dua personaliti? Masa jumpa dengan aku dekat Uptown, tak ubah macam singa kelaparan. Tapi bila dengan Asyikin, dia boleh menjadi seperti kucing?' hatinya berkata.
Riana? Riana?” Ezrean mengetuk dinding lif untuk menarik minat Riana.
Err, ye. Maafkan saya, awak cakap apa tadi?” Riana tersedar dari fantasinya sebentar tadi.

4 comments:

Unknown said...

menarik ME..teruskan berusaha ya;-)

Unknown said...

best...what and how and should i don to be an excellent novelist like u?

Unknown said...

KAK HAIDA, TERIMA KASIH SUDI MENYOKONG ADIKMU INI

Unknown said...

JH, ME TAK LAYAK LAGI UNTUK DIBERI GELARAN SEBEGITU, MASIH BANYAK KELEMAHAN DIRI INI.,

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!