UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Thursday, 9 January 2014

What? Katak Puru Suamiku? 11


Jauh betul awak mengelamun, boleh saya tahu apa yang awak fikirkan?” Ezrean yang setia bersandar di dinding lif, kini mengubah posisinya dengan duduk di lantai lif.
'Ish, lama pulak masa yang dorang ambil nak repair lif ni. Aku dah seram sejuk, bila berdua dengan dia ni. Pandangan dan suaranya mampu membuatku terbuai,' Riana bermonolog sendiri.
Ezrean binggung apabila Riana mendiamkan diri. Sudah berkali dipanggil, tapi tiada respon dari Riana yang menunjukkan dia sedar akan tindakan Ezrean itu. Tanpa berfikir panjang, Ezrean menarik beg yang dipegang oleh Riana. Akibat tindakannya itu, Riana secara spontan mahu memukulnya dengan beg tangannya.
Awak buat apa ni? Jangan ingat saya berlembut dengan awak, awak boleh buat sesuka hati awak! Tolong hormat saya, sebagai seorang wanita!” agak keras suara Riana tika itu. Di mindanya, mula membayangkan sesuatu yang buruk, apabila Ezrean mendekatinya.
Riana, apa yang awak cakap ni? Bila masa saya, ambil kesempatan atas awak?” Ezrean bingung dengan reaksi Riana yang berubah sekelip mata.
Tadi, awak nak sentuh saya?” Riana menjengilkan matanya.
Riana, sebenarnya saya bukan nak sentuh awak, saya dah cuba panggil awak berkali-kali. Tapi, awak tak dengar. Saya risau, bila awak tak tunjukkan respon,” Ezrean berterus terang tanpa segan lagi.
Ezrean, saya nak tanya sesuatu boleh?” Riana cuba mengubah topik, kerana dia tahu itu hanya akan menjerut lehernya sendiri, jika dia melayan Ezrean.
Awak nak tanya apa?” Ezrean tahu Riana sedang mengubah topik. Ezrean perasan akan perubahan di wajah Riana. Ezrean mengambil keputusan untuk melepaskan Riana, kerana dia tidak mahu Riana menjauhkan diri darinya jika dia terus mendesak.
Boleh saya tahu, kenapa awak panggil kawan awak yang bernama Qiesha tu Cik Badak? Bukan ke tak elok, kita menyamakan manusia dengan haiwan?” Riana cuba mengawal perasaannya itu. Dia mahu mendengarnya dari mulut Ezrean a.k.a Katak Puru.
'Riana, kau sedar tak apa yang kau cakapkan? Kau nak nasihatkan dia, tapi kau sendiri pun tak betul? Kau pun menyamakan dia dengan haiwankan?' akal warasnya membidas.
Sebenarnya, saya panggil dia begitu sebab masa tu hanya dia yang mampu membuat saya suka. Suka untuk rapat dengan dia, suka melihat dia marahkan saya. Bagi saya ia sangat indah untuk dilihat,” Ezrean akhirnya mengakui perasaannya sendiri pada empunya badan, sedangkan dia tidak mengetahui hakikat sebenarnya. Di mana, gadis yang di puja dalam diam, kini berada jelas di depan matanya.
Saya rasa awak ni tak betul la. Awak cakap, awak sukakan dia, tapi kenapa awak sakitkan hati dia?” Riana meneruskan sesi soal jawab dengan katak puru.
Ya, saya akui saya ni tak betul atau dalam bahasa kasarnya, saya ni gila. Saya betul-betul gilakan dia, sehingga kini wajah itu sentiasa berada jelas bermain di depan mata saya. Saya akui, pada mulanya saya hanya suka-suka untuk menyakatkannya, tetapi perasaan suka-suka itu berubah menjadi suka. Saya sendiri tak tahu, bila ia hadir dalam diri saya.
Saya tahu, saya telah menguriskan hatinya dengan tingkah saya masa tu. Andai masa dapat diputarkan, saya ingin sekali minta maaf padanya. Saya juga pernah berjanji dengan diri saya sendiri, bahawa saya tidak akan mengguriskan hatinya lagi. Jika saya diberikan peluang, untuk berjumpa dengannya, ingin sekali saya melihat dia gembira,” panjang lebar Ezrean menceritakan sebab musabab dia memanggil Qiesha dengan panggilan Cik Badak.
Riana yang leka mendengarnya, sudah diburu dengan perasaan yang terharu. Sebaik Ezrean menghabiskan bicaranya, Riana pantas menyeka airmatanya yang mula terbit. Dia tidak mahu, Ezrean melihat dia sebegitu, kerana dia sudah berjanji untuk tidak semudah itu dia tunduk dengan lelaki.
Kalau betul apa yang awak cakapkan, kenapa awak tak cari dia?” Riana menguatkan dirinya untuk bertanya.
Bukan saya tidak mencarinya, tetapi kami terputus hubungan sebaik habis SPM,” Ezrean menyeka airmatanya sebaik dia mengucapkannya.
Terputus hubungan? Maksud awak?” Riana melihat sekilas jam ditangannya. Hampir sahaja dia menjerit, bila melihat waktu yang terpamer.
'YA ALLAH, dah hampir satu jam aku terperangkap dalam lif ni? Dorang ni tak buat kerja ke? Nasib baikla, si katak puru ni bagi aku pinjam kot dia, kalau tak mahu keluar suratkhabar esok. Jadi isu muka depan, SEORANG PEKERJA MATI KESEJUKAN DI DALAM LIF. YA ALLAH, tak mahu aku jadi macam tu, aku masih belum menunaikan janjiku kepada kedua ibubapaku. Selamatkan la, hambamu ini YA ALLAH,' hati Riana berbicara sendiri, dan sempat memohon pertolongan dari Yang Maha Esa.
Maksud saya, Qiesha memang tidak mahu lagi untuk berjumpa dengan saya. Sebaik sahaja SPM tamat, dia dan keluarganya berpindah keluar negara. Saya dapat tahu dia pindah pun, dari kawan dia sendiri, Qursyia.
Kalau saya tidak jumpa dengan Qursyia, semasa mengambil keputusan SPM, memang saya tak tahu dia dimana. Hanya ALLAH yang tahu, bagaimana hati dan perasaan saya masa tu,” Kini, Ezrean tidak malu lagi untuk mengalirkan airmatanya didepan Riana.
Ezrean, nah ambil ni. Lap air mata awak tu. Dah macam orang mati bini, saya tengok bila awak menangis,” Riana sempat memberi skarf yg dipakainya, hanya untuk mengelap airmata yang jatuh dari tubir mata Ezrean.
Terima kasih,dan maafkan saya sebab menangis depan awak. Teruk sangat ke wajah saya, bila saya menangis?” Ezrean menguntumkan senyuman sebaik menerima skarf yang di beri oleh Riana.
Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi bagi saya, tak sesuai untuk seorang lelaki macam awak untuk menangis kerana perempuan. Masih banyak lagi perempuan dekat luar sana, yang mampu untuk membahagiakan awak. Cuma masa yang menentukan, samada cepat atau lambat. Jika benar dia jodoh awak, suatu hari nanti pasti bertemu juga,” Riana memberikan kata-kata semangat untuk Ezrean dan juga dirinya sendiri.
Sebaik sesi mengenali dan mengetahui cerita sebenar dari Ezrean, pintu lif sudah terbuka. Sepantas mungkin mereka bangun, dan bertindak seperti tiada apa yang berlaku.
'Terima kasih, YA ALLAH. Terima kasih, kerana telah memberi peluang kepada diri ini untuk mengetahui perkara sebenar. Tapi benarkah, apa yang dia ucapkan?' Hati Riana masih ragu-ragu untuk mempercayai kata-kata Ezrean.

P/S: MAAF JIKA ENTRY NI AGAK PENDEK, SESUNGGUHNYA INI YANG TERMAMPU ME CERNAKAN MENERUSI ILHAM YANG DIUTUSKAN OLEH ALLAH S.W.T. SEGALA PUJI HANYA UNTUKNYA, SEGALA KELEMAHAN DATANGNYA DARI ME SENDIRI.

4 comments:

Niesa said...

yuhuu ME..apa kaba... :)

Unknown said...

yuhuu Niesa, sihat alhamdulillah,
teima kasih sudi melawat... tolong promote ye.. hehe

Thanusya Shanmuganathan said...

sambunglah cepat... nak panjang2 sikit... :)

Unknown said...

thanusya, firstly ME ucpkan terima kasih sebab sudi follow blog ME,

berbalik kepada permintaan anda,
ME akan cuba sedaya upaya untuk memanjangkannya.. tapi ia bergantung juga pada ilham dan idea yang hadir..

ME mmg nk sgt tulis panjang2, tapi ME takut akan membuatkan ia bosan, yela ME dah xda idea ssh gak kan?

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!