UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Friday, 3 January 2014

What? Katak Puru Suamiku? 09


Macam mana kau boleh jumpa dengan …” kelu lidah Riana nak menyebut nama manusia yang tercetak diatas kad yang diberikan oleh Asyikin.
Katak puru ni? Itu yang kau nak cakap?” Asyikin sudah menaikkan keningnya ala-ala Ziana Zain.
Macam mana kau boleh tahu, aku panggil dia dengan gelaran tu?” Riana terkejut dengan reaksi spontan Asyikin.
Come on, aku kenal kau bukan hari ni la Cik Riana Aqiesha. Semua rahsia kau, ada dalam poket aku ni,” Asyikin menepuk poket seluarnya.
Setahu aku, aku tak pernah cerita pun tentang lelaki tu,” Riana semakin bingung.
Err... sorry. Memang kau tak pernah bagitahu, tentang katak puru tu,” Asyikin dihimpit rasa menyesal kerana terlajak kata. Benar kata pepatah dahulu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, badan binasa. Baru sekarang dia faham akan pepatah dahulu. Sebelum ni, dia lansung tidak mengambil endah tentang keagungan bahasa Melayu. Kini, terimalah akibat akan keterlanjuran mulutnya.
Habis tu macam mana kau tahu?” Riana yang terkejut sebentar tadi, kini berubah menjadi seperti singa kelaparan.
Aku minta maaf, sebenarnya aku ...” Asyikin sudah pucat.
Sebenarnya apa?!” Riana menjerkah.
Sebenarnya, aku terbaca diari kau. Masa tu, kau tertidur dekat sofa. Aku tak sengaja, aku minta maaf sekali lagi,” Asyikin tertunduk apabila memberitahu hal sebenar.
Ha, kan bagus kalau kau jujur. Jangan risau, aku tak marah kau. Cuma aku nak minta tolong dekat kau,” Riana masih dapat mengawal kemarahannya.
Kau nak minta tolong apa?” Asyikin masih tidak berani mengangkat wajahnya.
Tolong hormati privacy orang. Aku tahu kau bukan sengaja. Salah aku jugak, sebab tak reti nak simpan diari aku. Okey, sekarang kita tutup cerita tentang diari aku. Aku nak, kau pandang muka aku,” Riana mengangkat wajah Asyikin yang tertunduk.
Terima kasih sebab maafkan aku,” Asyikin terus memeluk sahabatnya itu. Dia tahu, bukan senang nak maafkan orang yang menceroboh privacy kita.
Dah, jangan buat muka macam tu lagi. Tak sanggup aku tengok, mahu sembelit aku dibuatnya,” Riana cuba menghidupkan suasana yang suram.
Akhirnya, terhambur tawa antara mereka. Asyikin bersyukur, dipertemukan dengan sahabat sebaik Riana Aqiesha. Walaupun Riana berasal dari keluarga yang serba mampu, tidak pernah sekali Riana membezakan darjat antara manusia. Dia menggauli masyarakat sekeliling, sama rata. Dia tahu, prinsip Riana bagaimana.
Syiq, aku nak tanya ni. Macam mana kau, boleh dapat kad perniagaan katak puru ni?” Riana bertanya sambil memegang kad tersebut.
Sebenarnya, aku nak jumpa dengan kau, sebab ni la. Tadi, masa aku dalam perjalanan nak pergi meeting. Ada la seorang hamba ALLAH ni, boleh pulak dia berhentikan kereta secara mengejut. Kebetulan aku dekat belakang dia, nasib baik aku sempat brek. Kalau tak, mahu masuk bengkel kereta aku tu,” Asyikin menjuihkan bibirnya, kearah kereta yang dihadiahkan oleh Riana atas jasanya membantu Riana mengawal selera makannya, hingga Riana berjaya menurunkan berat badannya tanpa sebarang kesan yang tidak diingini.
Lepas tu kau buat apa?” Riana menunjukkan minatnya untuk mendengar cerita dari sahabatnya itu.
Aku pun apa lagi, terus keluar kereta dan suruh dia keluar,” Asyikin semakin rancak berbicara sambil melakonkan kembali, adegan yang terjadi antaranya dengan katak puru tu.
Beraninya kau, dibuatnya orang tu sengaja buat macam tu atas tujuan rompakan, macam mana?” Riana menyatakan pendapatnya.
Aku tak terfikir pulak sampai macam tu. Lagipun, kawasan tu ramai orang. Jadi aku tawakal je,” Asyikin menyelak rambutnya kebelakang.
Kalau aku berada dekat tempat kau, aku tak kan keluar dari kereta macam tu je. Bahaya la, lagipun kita ni perempuan,” Riana tak sedar bicaranya mendatangkan keberangan sahabatnya itu.
Riana, kau lupa ke aku ni ada taekwando dengan silat? Kalau dia lebih-lebih, aku patahkan tulang-tulang mereka,” Asyikin menjadi semangat secara tiba-tiba.
Maaf, aku lupa. Siapa tak kenal Asyikin Murshid? Mana ada lelaki yang berani dekat, silap langkah, mahu patah riuk di belasah oleh kau,” Riana sempat memerli sahabatnya.
Amboi, kalau bab mengenakan aku, bagi dekat kau. Okey, berbalik kepada cerita tadi. Aku marah dia, sebab tindakan dia tu. Kau tahu dia cakap apa?” Asyikin mengenyitkan matanya.
Dia cakap apa? Dia minta maaf ke?” Riana kembali bersemangat mendengarnya.
Memang dia minta maaf, tapi dia sempat bagi khutbah percuma dekat aku. Dia siap boleh ajar aku berbudi bahasa. Hampir saja tawa aku terhambur masa tu, sebab mengikut apa yang kau tulis, dekat diari kau lansung tak sama dengan apa yang aku nampak,” Asyikin sempat menyindir Riana.
Maksud kau? Hai, sempat kau perli aku kan. Apa yang tak sama?” Riana bertanya sambil membetulkan rambutnya yang jatuh kedahinya.
Kau tulis, dia tak reti nak hormat orang kan? Tapi tadi, dia boleh lagi berbudi bahasa sedangkan aku herdik dia. Kalau orang lain, aku tak tahu la. Lepas tu, entah macam mana aku boleh terlepas cakap tentang meeting yang aku kena attend masa tu,” Asyikin mengambil tempat disebelah Riana.
Okay, after that?”
You guess?” Asyikin sengaja bermain teka-teki dengan Riana, kerana dia tahu Riana tak suka main teka-teki.
Dia minta nombor kau? Ajak kau pergi dinner?” Riana memberi respon.
Nope! You're wrong. Totally wrong. Dia bagi aku ni,” Asyikin menunjukkan cek yang dibagi oleh Ezrean.
What? Dia bagi kau cek? Cek kosong?” soal Riana.
Aku rasa kau kena tambah lagi dua mata la, kau tak nampak ke signature dia dekat cek tu? Dia suruh aku tulis amaun kerugian yang butik aku terpaksa tanggung sebab kesilapan dia,” Asyikin sudah tersenyum lebar.
Hai, dah buang tabiat ke apa dia tu? Setahu aku, dia bukan jenis yang mudah bagi duit dekat orang, sebab masa sekolah dulu ada yang datang kelas, minta derma untuk seorang pelajar yang ditimpi musibah, kau tahu dia cakap apa?” Riana kembali respon setelah terkedu apabila melihat Ezrean berubah sedrastik itu.
Dia cakap apa? Macam menarik je, cerita tentang katak puru ni,” Asyikin sudah memeluk bantal yang di letak ditepi sofanya.
Dia boleh cakap dekat budak yang kutip derma tu, 'pesan dekat budak yang ditimpa musibah tu, hidup kena berusaha untuk dapatkan sesuatu, bukannya meminta simpati orang'. Sampai sekarang aku ingat lagi apa yang dia cakap,” Riana menuturkan kembali apa yang pernah Ezrean ucapkan.
Kau serius, dia cakap macam tu? Aku tak percaya la,” secara tidak sengaja dia meragui Riana sedangkan Riana lebih mengenali Ezrean berbanding dirinya.
Amboi, yang kau sebelahkan si katak puru tu kenapa? Jangan cakap dengan aku, kau dah terpikat dengan dia?” Riana sengaja bertanyakan soalan itu.
Kau ingat aku ni apa? Tak da maknanya aku nak terpikat dengan dia. Nanti kau panggil aku Miss katak puru pulak,” Asyikin menghamburkan tawanya.
Tahu tak pe, tapi aku musykil la. Betul ke dia dah berubah? Apa yang menyebabkan dia berubah?” secara tidak sengaja Riana meluahkan apa yang tersirat di mindanya.
Kalau kau nak tahu apa yang menyebabkan dia berubah, better kau tanya dia sendiri,” Asyikin memberikan pendapatnya.
Syiq, kau nak tahu tak? Sebenarnya, syarikat dia dengan syarikat yang aku kerja sekarang adalah bussines partner Virgo,” Riana memberitahu hal sebenar.
Really? So, aku tak nampak apa masalahnya, kalau kau tanya dia sendiri,” Asyikin sudah tersenyum.
Tak kuasa aku nak ambil tahu tentang dia, aku tak nak perkara lama berulang lagi,” Riana berubah nada.
Riana, aku cadangkan kau berbaik dengan dia. Sampai bila kau nak berdendam dengan dia? Kau sendiri yang ajar aku, agar tidak berdendam dengan orang kan? Mana tahu, dia betul-betul dah berubah? Tak mustahil, kalau dia rasa bersalah pada kau kalau benar dia dah berubah,” Asyikin menggenggam tangan Riana.
Sebaik mendengar apa yang Asyikin cadangkan, otaknya teringat akan kata-kata Ashfiq. 'Apa kata, kau cuba buat sampai dia jatuh cinta pada kau?' hatinya menyatakan sebaliknya. 'tapi sanggup ke aku melakukannya? Aku takut aku yang tersungkur nanti,'

No comments:

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!