UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Friday, 3 January 2014

aDAKAH dIA Milikku? 24


 “Assalammualaikum, nek oh nenek. Escha da balik nek,” Alescha Awanies terus memanggil neneknya sebaik sampai di depan pintu rumah neneknya.
“Waalaikummussalam, cucu nenek da selamat sampai. Syukur, alhamdulillah. Escha sihat sayang?” Pn.Maziah terus memeluk dan mencium pipi cucu kesayangannya.
“Alhamdulillah, nek. Escha sihat, nenek pula? Rindunya Escha dekat nenek,” Alescha Awanies membalas pelukan neneknya.
“Escha, mari masuk cu. Nenek dah siap masak lauk kegemaran Escha. Khai apa tercegat kat situ lagi? Tiang rumah nenek masih kuat, cu,” Pn.Maziah menegur cucunya yang sedari tadi hanya memerhatikan program jejak kasih antara nenek dengan cucu kesayangannya.
“Khai, rasa cemburu pulak dengan Escha, dapat layanan istimewa dari nenek,” Khairul Fadlan mengikuti nenek dengan Alescha Awanies memasuki rumah.
“Angah cemburu? Kenapa pulak?” Alescha Awanies sempat bertanyakan soalan pada abang kesayangannya itu.
“Mana tak cemburunya, nenek dengan Escha banyak berahsia dengan angah. Macam angah ni orang luar je,” Khairul Fadlan sedar yang dia tidak sepatutnya bicara begitu.
“Angah, kenapa cakap macam tu? Apa yang kami rahsiakan sampai angah cakap macam tu? Angah sedar tak apa yang angah ucapkan akan mengguriskan hati nenek?” Alescha Awanies memarahi Khairul Fadlan atas keterlanjuran katanya. Alescha Awanies tahu, Pn.Maziah mendengarnya tetapi neneknya tidak mahu bersuara.
“Angah sedar tu Escha. Angah bukan budak kecil. Sampai tak perlu ambil tahu tentang keluarga sendiri? Angah betul-betul kecewa, kecewa dengan Escha dan nenek,” Khairul Fadlan meletakkan beg Alescha Awanies didepan pintu bilik adiknya, dan mengamambil tempat duduk di ruang tamu.
Pn.Maziah yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia, mula bersuara. Tiada niat hatinya untuk menyorokkan perihal keluarganya dari pengetahuan Khairul Fadlan dan Diana Syuhada.
“Khai, nenek tiada niat untuk menyorokkannya dari Khai,” Pn.Maziah mengumpul kekuatan sambil mengelap airmata yang mula gugur sebaik Khairul Fadlan mempersoalkan haknya dalam keluarga itu.
“Angah, apa yang terjadi ni? Escha dengan nenek sorok apa dengan angah? Cuba bagitahu Escha? Escha nak dengar dari mulut angah sendiri,” Keras suara Alescha Awanies tika itu. Dia tidak suka sesiapa menyakitkan hati nenek kesayangannya.
“Okey, Escha nak tahu sangat kan? Angah boleh bagitahu, tapi dengan satu syarat. Escha kena cakap jujur dengan angah,” Khairul Fadlan mulai serius.
“Apa dia?” Alescha Awanies memfokuskan pandangannya pada Khairul Fadlan.
“Siapa yang datang rumah ni masa angah tak da?” Khairul Fadlan menyoal Alescha Awanies.
“Kenapa angah tanya?” Alescha Awanies sedikit pelik dengan tingkah angahnya. Sebelum ini, Khairul Fadlan tidak seperti ini.
“Escha, faham soalan angah tak? Angah tak rasa, Escha dah pekak lepas balik PLKN ni,” sinis bicaranya.
“Faham, angah betul nak tahu? Nek, izinkan Escha bagitahu angah tentang perkara sebenar, Escha dah bersedia nek,” Alescha Awanies menggenggam tangan neneknya.
“Escha, biar nenek yang terangkan. Ini semua salah nenek, biar nenek yang selesaikan cu, nenek tak sanggup nak tengok kamu adik-beradik bergaduh sebab ini,” Pn.Maziah meyakinkan nenek.
“Khai tanya Escha, jadi biar dia yang jawab!” Khairul Fadlan sungguh kecewa dengan mereka tika itu.
“Okey, Escha bagitahu. Sebelum tu, Escha nak angah minta maaf pada nenek,” Alescha Awanies memberi arahan pada angahnya.
“Kenapa pulak? Angah tak da buat salah apa-apa pada nenek?” Khairul Fadlan bereaksi seperti orang tidak bersalah, walaupun dia tahu dia dah melukakan hati neneknya itu.
“Angah ni dah kenapa? Nak minta maaf pada nenek pun susah ke?” Alescha Awanies melepaskan tangan neneknya.
“Straight to the point, please!” Khairul Fadlan serius.
“Okey, kalau angah tak nak minta maaf pada nenek, tak pa. Tapi satu, Escha minta pada angah. Lepas Escha bagitahu apa yang angah nak tahu, jangan anggap Escha ni sebagai adik kandung angah lagi,” Alescha Awanies sudah mengalir airmata.
“Kenapa Escha cakap macam tu?” Kini Pn.Maziah bersuara.
“Nek, izinkan Escha terangkan pada angah,” lembut pinta Escha.
“Nenek izinkan, tapi kenapa sampai nak putus hubungan?” Pn.Maziah kini sudah bergenang airmata.
“Untuk pengetahuan angah, yang datang kerumah ini sebelum Escha pergi PLKN 3 bulan lepas, ialah ayah kita, Al Farisi. Tetapi dia tidak datang berseorangan. Dia datang dengan keluarga barunya,” Alescha Awanies menarik nafas sedalamnya.
“Apa kaitan ayah dengan keluarga barunya?” Khairul Fadlan mula mengasak.
“Isteri ayah sekarang ialah Mak Long kita, anak nenek yang sulung,” Alescha Awanies menahan hatinya agar tidak terlalu beremosi.
“Nenek ada anak lain? Kenapa angah tak tahu semua ni? Macam mana Escha boleh tahu?” Khairul Fadlan tidak mahu mengalah.
“Bukan nenek tak nak bagitahu, tapi nenek rasa masanya belum tiba,” Pn.Maziah bersuara.
“Bila masanya akan tiba? Lepas Khai mati? Baru nenek rasa masa yang sesuai?” sebaik melepaskan kata-kata itu, Khairul Fadlan ditampar disebabkan keterlanjuran katanya. Dia ditampar oleh Alescha Awanies.
“Angah! Tolong hormatkan nenek! Angah dah lupa ke siapa yang jaga kita sejak ayah dan arwah ibu tinggalkan kita? Sampai hati angah cakap macam tu pada nenek?” Alescha Awanies mulai berang.
“Angah tak lupa tentang semua tu! Tapi kenapa kalian nak sorokkan pada angah?”
“Angah, nenek ada sebabnya kenapa dia sorokkan dari angah, sebab dia tahu angah tak kan dapat terima kenyataan!” Alescha Awanies mengelap airmatanya.
“Habis tu, apa guna angah sebagai cucu lelaki dalam rumah ni? Tunggul ke? Tak berhak tahu latar belakang keluarga?” Khairul Fadlan membentak.
“Angah, sebenarnya nenek ada tiga orang puteri. Arwah ibu merupakan anak bongsu nenek. Nenek merahsiakan tentang kewujudan mereka, dari kita disebabkan oleh perkara yang boleh mengaibkan keluarga kita. Nenek tak nak cucu-cucunya dihina dan dicaci masyarakat.
Nenek sanggup tempuhinya seorang diri. Pada mulanya nenek, keberatan untuk menbuka kisah ini. Tetapi Escha memaksa nenek. Mak long yang sekarang ini, menjadi isteri baru kepada ayah, pernah mengaibkan nenek dan arwah atuk semasa hayat atuk dikandung badan,” Alescha Awanies memandang Pn.Maziah yang sudah berendam air mata.
“Apa yang Mak Long buat?” Khairul Fadlan meminta penjelasan.
“Sebelum berkahwin dengan arwah Pak Long, Mak Long bercinta dengan budak kampung ni. Hubungan mereka seperti tidak boleh dipisahkan. Satu hari, Mak Long mendapat tawaran untuk bekerja di Johor Baharu sebagai setiausaha. Pada masa itu, pekerjaan itu sememangnya menjadi impian setiap gadis, kerana sering dimomokkan dengan kekayaan.
Sebaik menghadiri temuduga tersebut, Mak Long mendapat pengesahan dari pihak syarikat untuk jawatan yang dipohon. Berita itu telah memberi kebahagian kepada nenek dan arwah atuk. Mereka dengan berat hati, melepaskan Mak Long untuk bekerja di sana.
Setelah sebulan bekerja di sana, Mak Long hanyut dengan godaan duniawi. Dia telah mula menjalinkan hubungan dengan arwah Pak Long. Tetapi hubungan itu, bukanlah hubungan yang sah kerana Mak Long hanya dijadikan perempuan simpanan arwah Pak Long.
Mereka tersasar begitu jauh, dan tanpa pengetahuan nenek Mak Long telah menggugurkan kandungan sebanyak 3 kali. Tetapi bila masuk kandungan yang keempat, nenek telah mengetahui bahawa mereka sudah terlanjur. Arwah atuk mengambil keputusan untuk mengahwinkan mereka. Arwah Pak Long sanggup bertanggungjawab atas perbuatannya, akhirnya mereka di ijab kabulkan.
Tetapi Mak Long tak setuju, kerana dia begitu menyintai kekasihnya dikampung. Selepas Mak Long melahirkan anaknya, Mak Long mengambil keputusan untuk berpantang di kampung. Sebaik sampai di kampung, Mak Long mencari helah untuk berjumpa dengan kekasihnya. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah. Hubungan mereka telah dihidu oleh arwah Pak Long. Arwah atuk sungguh kecewa dengan tindakannya itu. Arwah atuk memberi cadangan kepada arwah Pak Long untuk membawa arwah Mak Long jauh dari kampung, kerana tak sanggup menanggung malu pada orang kampung.  

2 comments:

Unknown said...

mcm pendek je entry ni..
btw nice writing..
truskn smbungn nye lgi ye..

Unknown said...

pendek ke kak lyna?
i will try harder and harder to make it longer ang longer just for you..


tq coz follow my ADM

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!