Matanya
masih terlekat pada wajah yang berjaya mencuri hatinya. Betul-betul
khusyuk Ezrean memandang gadis itu, hingga Ruzaiman disebelahnya
tidak lagi dipedulikan.
'Ish,
macam mana dia pun ada dekat sini?' akalnya mula bersuara.
“Akie,
kau tenung apa tu? Sampai nak terkeluar biji mata kau, aku tengok?”
Ruzaiman mula persan akan perubahan Ezrean.
“Err,
kau tanya apa tadi?” Ezrean tersedar dari lamunannya, sambil
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Ish,
ke mana kau dah melayang ni? Aku tanya, kau tenung apa sampai nak
terkeluar biji mata tu?” Ruzaiman bertanya sekali lagi, sambil
memandang ke arah, yang Ezrean pandang sebentar tadi.
Soalan
Ruzaiman sengaja tidak dijawab oleh Ezrean, dia tidak mahu Ruzaiman
tahu apa yang dia fikirkan sebentar tadi. Tanpa berlengah, Ezrean
terus keluar dari kereta, sebaik selesai meletakkan keretanya di
parking.
Ruzaiman
yang masih dirundung pelik, dengan sikap Ezrean terus mengikuti
Ezrean dari belakang. Di mindanya masih bersarang dengan persoalan
yang dia sendiri tidak mendapat jawapannya.
“Akie,
kau nak ke mana?” Ruzaiman bertanya sambil membetulkan rambutnya
yang mula menutup matanya.
“Man,
jom kita makan dulu? Aku laparlah,” Ezrean mencari jalan untuk
menjejak gadis yang dilihatnya sebentar tadi.
“Kau
ajak aku kemari, hanya untuk makan? Tempat lain, tak boleh makan ke?”
Ruzaiman mulai curiga dengan kelakuan Ezrean.
“Memang
la tempat lain boleh makan, tapi aku nak makan dekat sini. Lagi satu,
tadi kau juga minta aku, belikan seekor sugar glider untuk kau kan?
Bila aku nak belikan, kau pulak membebel tak tentu pasal,” Ezrean
bingung dengan tingkah sahabatnya itu.
“Kau
serius ke? Aku cuma bergurau je tadi?” Ruzaiman mula tersedar akan
permintaannya pada awal tadi.
“Kau
nak aku belikan ke tak? Kalau tak nak, aku nak makan. Lepas tu aku
balik,” Ezrean mula mengertak sahabatnya itu.
“Hehe,
sorry la Akie. Aku gurau je, memang rugi la kalau aku cakap, tak nak
sugar glider. Kau sendiri tahu, aku ni memang minat dengan haiwan tu
kan?” Ruzaiman memeluk bahu Ezrean dan berjalan seiring dengannya.
“So,
kalau kau banyak membebel, aku tak nak beli okey?” Ezrean bermain
tarik tali.
“Okey
bos. Aku akan diam!” Ruzaiman mengangkat tangannya keatas dahi,
seperti memberi tabik hormat kepada Ezrean. Lalu terhambur tawa
mereka berdua.
“Riana,
kau ajak aku dengan Qursyia ke sini, kenapa? Kau nak beli barang
ke?”Ashfiq mula membuka mulut, memecahkan kesunyian yang melanda.
“Tak
la, aku nak cari calon suami. Mana la tahu, jumpa sorang dua ke?”
Riana spontan menjawab sambil membetulkan ikatan rambutnya yang mula
longgar.
“Kau
ingat cari suami, macam beli baju ke? Aku rasa otak kau ni dah biul
kot?” Ashfiq mengetuk kepala Riana.
“Ouch!
Sakit la! Kau ketuk kepala aku, kenapa?” Riana berang dengan
tindakan kembarnya.
“Riana,
awak serius ke dengan apa yang awak cakap tadi? Saya bukan berniat
nak mencampuri urusan awak, tapi sebagai kawan, saya tak nak awak
menderita bila tersalah pilih lelaki untuk di jadikan suami,”
Qursyia mula bersuara, setelah berdiam diri sebaik sampai.
“Ish!
Kamu berdua ni dah kenapa? Ingat aku ni terdesak sangat ke? Aku cuma
bergurau je, yang kamu berdua, ambil serius kenapa?” Riana mula
berang apabila gurauannya bertukar kepada isu serius.
“Tak
da la, aku tanya kau. Apa tujuan kau datang sini, yang kau cakap nak
cari, calon suami buat apa? Of course, kami berdua terkejut,”
Ashfiq cuba menutup malunya.
“Kamu
berdua ni, otak sama level kan? Aku ingat, bila da besar dan bekerja,
masing-masing boleh berfikir. Ini tidak, bertambah sempit rupanya,”
Riana menghamburkan tawanya, tanpa disedari ia menimbulkan kepelikan
pada Ashfiq dan Qursyia.
“Cik
Riana Aqiesha binti Qamarul Hairee, kau ingat isu tu, boleh dibuat
main ke? Bila isu itu keluar dari mulut kau, sudah semestinya ia
mengundang perspektif yang berbeza bagi mereka yang mendengarnya!
Okey, kita tutup isu ni. Berbalik kepada soalan aku sebentar tadi,
tolong jawab dengan bijaksana,” Ashfiq memerli Riana, manakala
Qursyia hanya menjadi pendengar dan pemerhati akan pertelingkahan
kecil, antara dua orang kembar dihapannya sekarang.
“Aku
teringin nak bela sugar glider la, aku tengok haiwan ni comel sangat.
Atleast, ada la kawan untuk aku melepaskan tension aku,” Riana
menjawab sambil memandang kearah kedai-kedai yang dibuka di Uptown
itu.
“Awak
nak jadikan, sugar glider sebagai kawan awak melepaskan tension? Awak
ni, tak baik la mendera haiwan. Kalau awak berniat begitu, saya
nasihatkan awak jangan membelanya. Kesian pada haiwan tu,” Qursyia
menyampuk.
“Aduh,
aku ingat ajak kamu berdua ni, boleh release tension aku! Ni buat
darah aku naik adalah!” Riana mulai berang apabila apa yang
dicakapnya, selalu disalah erti oleh mereka berdua.
“Rilex
la, kau pun satu! Kalau cakap, biar jelas dan terang! Tak da lah kami
tersalah sangka,” Ashfiq cuba mempertahankan dirinya dengan
Qursyia.
“Fine!
Balik-balik aku yang salah! Aku nak pergi tengok apa yang menarik,
dekat sini kejap! Nanti aku call or sms kau!” Riana mula mengatur
langkahnya, meninggalkan Ashfiq dengan Qursyia yang terpinga dengan
tindakan spontannya itu.
Ashfiq
dengan Qursyia mula mengejar Riana, tetapi kelibat Riana hilang dalam
keriuhan manusia yang berkunjung. Setelah kehilangan jejak Riana,
Ashfiq membuat keputusan untuk berbual disamping mengenali Qursyia
dengan lebih dekat.
“Qursyia,
kita minum dulu? Saya dahaga la,” Ashfiq memulakan langkah
pertamanya.
“Riana
macam mana?” soal Qursyia sambil mengelap peluh di dahinya.
“Riana
tu bukan budak kecil, pandai-pandai la dia jaga diri,” Ashfiq
melepaskan lelahnnya.
“Memang
la dia dah besar, tapi dengan emosi dia tadi, kita tak boleh jamin,
yang dia tidak akan membuat perkara yang bukan-bukan,” Qursyia
masih mahu mencari Riana.
“Awak,
biarkan la dia. Dia tu keras kepala, cakap orang mana dia nak
dengar,” Ashfiq memberitahu Qursyia akan sikap yang dimiliki oleh
Riana.
“Saya
ikut cakap awak, tapi kalau berlaku sesuatu yang buruk pada Riana,
saya akan salahkan awak,” Qursyia memberi amaran kepada Ashfiq.
“Okey,
awak boleh letak kesalahan itu di bahu saya,” Ashfiq menjawab
sambil menguntum sebuah senyuman untuk gadis dihapannya.
'Aku
cakap sikit, ada je yang nak bangkang! Tak boleh aku bagi pendapat,
mesti ada yang nak bangkang!' bentak hatinya.
Tika
itu, dia langsung tidak memberikan perhatian kepada perjalanan
kakinya. Betul cakap orang, bila dalam keadaan marah, seseorang boleh
berubah menjadi tidak waras.
Tanpa
diduga, dia telah merempuh seseorang. Serta merta, wajahnya tika itu
berubah. Perasaan takut mula menyelubunginya. Tiada kata yang keluar
dari minda dan mulutnya. Dia mula mengangkat wajahnya, apabila
mendengar suara orang yang dilanggarnya sebentar tadi.
“Woi,
buta ke? Lain kali jalan, pakai mata! Bukan pakai hidung, macam
anjing!”
Riana
mula berang apabila diherdik sebegitu! Seumur hidupnya, hanya seorang
yang berani mengherdiknya sebegitu. Siapa lagi, kalau bukan si katak
puru tu.
“Makan
boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap! Melampau kau ni!”
Riana menjawab, tapi tidak mahu mengangkat wajahnya, tetapi tangannya
sudah menjadi buku lima di dalam poket sweater yang dipakainya.
“Kenapa,
salah ke aku cakap? Kalau kau guna mata, mesti kau nampak orang dekat
depan, tak da la sampai melanggar orang lain!” suara itu masih
mengherdiknya.
Tika
itu, airmatanya seperti mahu mengalir, tetapi dia pantas menyekanya.
Dia tidak semudah itu untuk mengalah dengan orang tiada adab sebagai
manusia! Dia mengumpulkan kekuatan, untuk melihat wajah manusia yang
tiada adab itu!
Terkejut
bukan kepalang! Dia begitu mengenali 'manusia yang tidak beradab'
itu! Tanpa berlengah, tangannya terus diangkat untuk menampar mulut
yang celupar itu.
PANG!!!
Sebaik melempang muka manusia itu, dia mula mengatur kata-kata di
minda dan menanti tindak balas. Dia sudah bersedia dengan tindak
balas yang mungkin akan tiba.
“Riana?!”
Ezrean menjerit terkejut apabila melihat wajah manusia, yang
melanggarnya sebentar tadi.
“Kau?!”
Riana sendiri terkejut melihat wajah katak puru dihapannya tika itu.
“Kenapa
awak lempang saya?” soal Ezrean sambil memegang pipinya yang sakit
akibat ditampar oleh Riana sebentar tadi.
“Kau
tanya aku, kenapa aku lempang kau?” Riana menyoal sambil
menunjukkan jari telunjuknya kearahnya.
“Awak
ingat tak sakit ke?” Ezrean masih terkejut dengan tindakan spontan
gadis itu.
“Aku
lempang kau atas dua perkara! Pertama, kerana kau terlalu 'bersopan
santun' dengan orang. Bercakap tak reti nak guna akal! Kedua, kau
ingat semua perempuan boleh berdiam diri bila ditengking begitu?
Seperti mana kau tengking Qiesha?” Riana sedar yang dia hampir
membuka rahsianya dihadapan katak puru itu.
“Qiesha?
Maksud awak? Awak kenal ke dengan dia?” soal Ezrean tanpa
mengetahui bahawa gadis dihapannya itu adalah Riana Aqiesha binti
Qamarul Hairee. Dia lansung tidak mengetahuinya.
“Err,
aku tak kenal dia! Dah, tepi aku nak lalu! Meluat aku nak tengok muka
kau ni!” Riana mencari helah, untuk memastikan rahsianya selamat.
No comments:
Post a Comment