UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Sunday, 8 December 2013

Adakah Dia Milikku? 21

 Azhael Ikhtiman tidak dapat melelapkan mata. Banyak perkara yang bersarang di mindanya tika itu, perasaannya juga bercelaru. Keliru dengan perasaannya pada Alescha Awanies, sama ada perasaan cinta ataupun perasaan sayang kepada sepupu. Malah, dengan penglibatan abangnya secara tidak di duga, menambahkan lagi kekusutannya. Baginya, abangnya hanya akan menjadi penghalang untuknya memiliki Alescha Awanies.
'Adakah aku dengan along, memiliki perasaan yang sama pada Alescha Awanies? Tak mungkin la, along kan tak minat dengan perempuan?' dia bermonolog sendiri tanpa memikirkan kebenaran kata-katanya itu.
'Kau dah kenapa? Sanggup kau, menuduh along kau macam tu? Adakah sebab dia membela Alescha Awanies petang tadi, kau jadi iri hati dan tergamak menuduh dia sebegitu?
Kau ada bukti ke? Jangan sampai tuduhan kau tu beralih kepada fitnah? Bukan ke fitnah tu lebih teruk dan berdosa? Jangan gara-gara perempuan, kau sanggup bermusuhan dengan abang kandung kau sendiri,' akal warasnya membidas.
'Habis tu, selama aku hidup dengan dia, aku tak pernah nampak dia dengan mana-mana perempuan, asyik berkepit dengan kawan lelaki je, sampai cari kerumah, apa kes pulak?' dia berbicara sendiri, melawan kata-kata yang terbit dari akal warasnya.
'Gara-gara itu, kau menuduh dia begitu? Dalam pandai kau ni, ada jugak bodohnya! Bercakap berdasar andaian, bukan fakta. Lebih baik kau tanya dia sendiri, sudah tentu dia lebih mengetahui dirinya, mungkin dia ada sebab kenapa dia tidak pernah terikat dengan mana-mana perempuan,' bidas akalnya sendiri.
'Argh! Buat serabut kepala je memikirkan perihal dia! Kalau betul dia, ada menaruh harapan pada Alescha Awanies, dia sememangnya akan menjadi musuh aku lepas ni!
“Mummy, ahad ni Hael, dah nak kena daftar PLKN, Escha pun dapat juga, tapi kami kem yang berlainan, tetapi di negeri yang sama, Sabah,” Azhael Ikhtiman memulakan bicaranya dengan Pn.Emy.
“Sorry sayang, mummy lupa tentang tu. Sayang dah siapkan semua persiapan ke?” Pn.Emy nak pastikan semua keperluan mereka, dilengkapkan.
“Hael, dah lengkap. Escha, Hael tak tahu pula,” Azhael Iktiman meluahkan pendapatnya.
“Lain macam je mummy tengok Hael ambil berat pada Escha? Hael ada sorokkan sesuatu pada mummy ke?” soal Pn.Emy yang mula curious dengan sikap anak bongsunya itu.
“Ish, ke situ pulak mummy ni, Hael ni budak lagi la. Banyak lagi yang Hael kejarkan, dalam hidup ni,” Azhael Ikhtiman cuba mengelak dari Pn.Emy mengetahui hatinya.
Mana mungkin, seorang anak yang dibesarkan sejak kecil, dapat berahsia dengan ibubapanya? Pastinya, Pn.Emy memahami gejolak jiwa remaja, kerana dia juga pernah melalui zaman itu. Baginya, zaman itu sungguh indah, kerana di zaman remaja ini lah, dia mengenali erti kehidupan dengan lebih meluas.
“Betul ni? Tak nak share dengan mummy? Mana tahu, mummy boleh tolong Hael?” Pn.Emy memancing minda anaknya. Mana tahu, Hael mungkin termakan umpan itu.
“Mummy, sebenarnya Hael keliru dengan perasaan Hael sekarang ini. Hael tak tahu sama ada perasaaan sayang itu, sayang sebagai saudara ataupun sayang sebagai ..” Azhael Ikhtiman terhenti disitu. Tiada keberanian untuknya menyebut perkataan itu dihadapan mummynya itu.
“Sayang seperti sayang seorang lelaki kepada perempuan? Itu ke maksud Hael?” Pn.Emy meneka lagi.
Pertanyaannya tidak dijawab melalui mulut, tetapi Azhael Ikhtiman hanya menjawabnya dengan anggukan. Itu sudah memadai bagi Pn.Emy untuk mengetahuinya.
“Hael, mummy bukan nak menghalang untuk Hael mengenali cinta, tapi mummy cuma nak nasihatkan Hael agar tidak terlalu fokus dengan cinta.
Cinta di usia remaja, tak salah. Bagi mummy, ia akan membantu kita untuk meningkatkan motivasi diri, Hael nak tahu kenapa mummy cakap macam tu?” Pn.Emy memandang Azhael Ikhtiman untuk melihat reaksi anaknya.
“Boleh Hael tahu tak mummy?” Azhael Ikhtiman memahami butir bicara mummynya.
“Mummy cakap macam tu, kerana bila kita mula mencintai seseorang, kita secara automatik ingin menjadi yang terbaik buat dirinya, bukankah itu akan menambahkan lagi semangat kita untuk lebih berjaya?
Selain itu, sudah semestinya kita ingin menjadi miliknya secara sah, dan disitu kita akan berazam untuk menjaga dan memenuhi impiannya? Tapi Hael kena ingat, di usia begini kita juga terkadang keliru untuk menafsir perasaan kita sendiri. Hael kena pastikan betul-betul perasaan Hael,” Pn.Emy tersenyum melihat riak wajah Azhael Ikhtiman.
“Habis tu Hael nak buat macam mana mummy?” soal Azhael Ikhtiman.
“Seeloknya, Hael bersabar dahulu dan meminta pertolongan dari yang ESA, hanya DIA tahu siapa jodoh Hael yang sebenarnya,” Pn.Emy mengusap kepala anak bongsunya.
'Azhael Ikhtiman, mummy tahu yang Hael mampu menerima dugaan yang datang ini dengan hati yang ikhlas serta dengan akal yang waras'
“Assalammualaikum, Yana tengah buat apa tu? Naz mengganggu ke?” soal Nazrul Alimi dihujung talian.
“Waalaikummussalam, Yana sihat je, Naz pulak?” Diana Syuhada sudah tersenyum sendiri, sebaik menerima panggilan dari insan yang bertakhta dihatinya saat ini.
“Alhamdulillah, Naz masih diberi kesihatan yang baik dan diberi kesempatan oleh ALLAH, untuk mendengar suara buah hati Naz,” Nazrul Alimi sempat memuji ALLAH Yang Satu.
“Naz kat mana ni? Bising je bunyi kat belakang tu?” Diana Syuhada sudah berbaring sambil melihat gambar Nazrul Alimi yang diambil beberapa minggu lepas secara candid.
“Naz dekat pasar ni, tengah temankan mummy beli barang basah sikit, Yana pulak dekat mana?” Nazrul Alimi masih tekun melihat orang yang sedang berjalan kelilingnya.
“Yana dekat rumah je, tak keluar pergi kemana pun, sebab tak da teman,” Diana Syuhada memberitahu dengan jujurnya pada kekasihnya.
“Tak da teman? Kembar Yana mana? Selalu kan Yana keluar dengan dia?” Nazrul Alimi bertanyakan soalan yang menimbulkan kemarahan dihati Diana Syuhada, tanpa di sedarinya.
“Kembar? Bila masa pulak Yana ada kembar?” nada suara Diana Syuhada mula berubah apabila nama Dina Mariani dikaitkan, walaupun Nazrul Alimi tidak menyebut namanya, tetapi Diana Syuhada yakin dan pasti, kembar yang dimaksudkan ialah Dina Mariani.
Selepas pulang dari kampungnya, Dina Mariani sudah mengambil keputusan untuk mencari rumah sewa yang lain. Dina Mariani tekad dengan keputusannya, kerana dia tidak mahu bersubahat dengan Diana Syuhada, kerana dia lebih mengasihani Alescha Awanies. Walaupun begitu, dia masih lagi mengambil tahu tentang Diana Syuhada, kerana tugasannya belum lagi selesai. Dia sudah menandatangi perjanjian dengan Tuan Al Farisi mengenai tugasnya untuk mencari lokasi anak-anak majikannya, dan menyatukan mereka semua. Selagi mereka belum bersatu, tugasnya masih belum dianggap selesai.
“Yana, marah ke? Kenapa bila Naz, sebut tentang kembar Yana, Yana macam lain je,” Nazrul Alimi yang perasan akan perubahan suara kekasihnya itu.
“Yana rasa, better we should not talk about it anymore, Yana tak suka,” Diana Syuhada memberi arahan kepada Nazrul Alimi.
“Yana, ada masalah ke dengan dia? Boleh Naz tahu?” Nazrul Alimi masih bertanya perihal Diana Syuhada dengan Dina Mariani, walaupun Diana Syuhada sudah melarang.
'Kau ni, memang sengaja kacau sarang tebuan kan?' hatinya mula bicara.
'Kacau sarang tebuan? Salah ke aku sekadar bertanya untuk mendapatkan kepastian?' balas akal warasnya pula.
“Naz, please understand me. I dont think its a right time to talk bout her,” Diana Syuhadah sudah mula berang apabila kekasihnya asyik menyebut nama musuhnya. Bagi Diana Syuhada, sesiapa yang membela Alescha Awanies, secara rasmi atau tidak rasmi akan menjadi musuhnya juga.
“Okey, im sorry dear. Can we meet? Im really miss you dear!” Nazrul Alimi mencuba untuk memujuk buah hatinya yang sedang beremosi, gara-gara dia bertanya tentang 'kembar' kekasihnya, iaitu Dina Mariani.
“Hurm …” Diana Syuhada sengaja ingin melihat kebenaran akan kata-kata teman lelakinya itu.
“Tak sudi ke nak jumpa dengan Naz? Kalau tak sudi, tak pe lah. Naz minta maaf dekat Yana,” Nazrul Alimi cuba mempraktikkan ilmu memujuk yang diajar oleh adiknya, Dania Aqiescha.
“Naz!” Diana Syuhada mula bimbang apabila Nazrul Alimi mula merajuk dengannya.
“Hurm ..” Nazrul Alimi masih lagi mencuba sebaik mungkin mengawal perasaannya yang mahu ketawa, bila Diana Syuhadah mula memujuk.
“Naz, Yana minta maaf ye? Naz nak jumpa Yana dekat mana?” Diana Syuhada pula yang panik.
“Bukan tadi cakap tak nak jumpa Naz ke?” Nazrul Alimi masih mahu main tarik tali dengan kekasihnya itu.
“Naz, jangan la macam ni. Yana minta maaf sangat, Yana tak suka la bila Naz asyik sebut nama dia,” Diana Syuhada mahu memberitahu Nazrul Alimi, tetapi belum ada keberanian untuk itu.
“Dia? Sapa dia? Kenapa dengan dia? Apa yang dia dah buat?” Nazrul Alimi berterusan menyerang dengan soalan.
“Yana tak rasa, ia sesuai untuk Yana cakap dalam telefon, lebih baik kita ...” belum sempat Yana menerangkan, Nazrul Alimi sudah mula memintas.

“Ouh, Yana tunggu dekat rumah, dalam sejam lagi, Naz datang ambil Yana. Nanti kita boleh bicara dengan lebih detail, okay sayang? I need to go now, bye! Take care!” Nazrul Alimi terus memutuskan panggilan, apabila seseorang berjalan kearahnya.

2 comments:

Hoyaz said...

Huhuhuhu... Layan cerita ni...

ZH Blogger

Unknown said...

Smbung2. ;)

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!