UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Saturday 23 November 2013

What? Katak Puru Suamiku? 01

“Hye Riana, awak tengah tunggu teksi ke?” soal jejaka yang berada di dalam kereta Proton Estima.
“Tak la, saya tengah tunggu tunang saya datang ambil,” bohongnya yang malas nak melayan jejaka itu.
“Wait! Sejak bila awak ada tunang? Tak bagitahu saya pun?” jejaka itu mula keluar dari kereta dan berjalan menuju kearah Riana.
“Perlu ke saya, bagitahu awak yang saya dah bertunang? Lagipun awak bukan ada kena mengena pun dalam hidup saya,” ucap Riana sambil mengeluarkan telefonnya dan menaip sms.
'Fiq, tolong selamatkan aku sekarang, sebelum aku jadi mangsa si katak puru ni'
sebaik berpuas hati dan memeriksa pesanan yang ingin dihantar, butang send di tekan.
“Sebagai rakan sekerja, saya perlu tahu,” jawabnya tanpa segan silu.
Sebaik Riana mahu membalas kata-kata lelaki itu, telefon yang dipegangnya bergeger, menandakan ada pesanan masuk.
'Katak puru mana yang kacau kau ni? Nak kena dengan aku ke apa? Kau kat mana sekarang?'
Panas hati Riana membaca pesanan yang dihantar oleh adiknya, Ashfiq Iqram. Jarak umur mereka cuma 5 minit, jadi mereka lebih biasa menggunakan kata ganti nama 'aku' dan 'kau' berbanding kakak dan adik.
Pantas tangan Riana menaip pesanan untuk dihantar kepada adiknya.
'Nanti aku cerita kat kau, yang penting sekarang kau ambil aku kat bustop depan office aku. Aku bagi masa dekat kau 5 minit je!'
Butang send ditekan sambil, memandang wajah jejaka yang amat dibencinya itu.
“Kau tanya apa tadi? Sorry, tunang aku mesej tadi,” jawap Riana sambil menukar kata ganti nama dari 'saya' dan 'awak' kepada 'aku' dan 'kau'.
“Saya tanya, bila awak bertunang? Sampai hati tak bagitahu saya,” ucap lelaki itu sambil buat muka minta kesian.
'Nak muntah aku dengar, bila si katak puru ni ber'saya' ber'awak' dengan aku. Jangan ingat, dengan begitu mudah aku nak lupakan apa yang kau dah lakukan pada aku dulu.
“Okay, listen carefully! First, aku tak rasa kau perlu tahu bila aku bertunang! Second, kau siapa sampai aku kena bagitahu kau, yang aku dah bertunang?” Riana mula berang apabila di soal siasat oleh lelaki yang dipanggil katak puru itu.
“Salah ke, saya ambil berat pada awak? Saya tak rasa ia satu kesalahan,” lelaki itu mula menjalankan misinya untuk mendapatkan Riana.
“Ezrean Zackri, listen here! Maybe for you, ia tak salah, but not for me! Im fiancee for someone, so I hope you understand my position!” Riana sudah tidak memberi muka kepada lelaki itu.
“Tak perlu la panggil, nama penuh saya. Just call me, Akie. Can you?” Ezrean Zackri mengingatkan Riana sambil mengenyitkan matanya.
'Hurh! Ingat aku akan tergoda dengan kau? Aku sanggup jadi andartu dari kahwin dengan kau! Eh, asal pulak isu andartu dengan kahwin ni yang berbangkit! Ni salah si katak puru ni la! Tak nak aku jadi andartu! Harap selisih jauh-jauh dari aku!
Dulu kau, kutuk dan buli aku sebab aku bersaiz XXL, sekarang ni kau terhenggeh nak kejar aku bila aku berjaya mentransformasikan diri aku, dan sekarang aku bersaiz S. jangan bermimpi la si katak puru!' hatinya berbicara mengutuk si katak puru depan matanya saat ini.
“Excuse me, you want me call you, Akie? Asal aku tak boleh panggil nama penuh kau? Kau malu ke dengan nama kau?” Riana memulakan provokasi terhadap Ezrean Zackri.
'Masa sekolah dulu, boleh la kau buli aku, but now my turn to bully you!' Sekarang sudah terukir senyuman yang begitu annoiying sekali.
Belum sempat, Ezrean Zackri membalas kata-kata dari Riana Aqiesha, gadis itu sudah mengatur langkah menuju ke kereta Ashfiq Iqram, serta meninggalkan Ezrean Zackri dalam keadaan terkesima.


Sebaik memasuki kereta yang dipandu oleh Ashfiq Iqram, Riana Aqiesha terus menekan butang on pada radio, serta menguatkan volume. Tindakannya itu, menimbulkan ketidakpuasan pada Ashfiq Iqram.
“Kau dah kenapa? Sewel ke? Masuk-masuk kereta, pasang radio dan kuatkan volume, macam orang pekak?” soal Ashfiq Iqram sambil memperlahankan volume radio.
“Ni semua, katak puru tu punya pasal la!Boleh pulak, nak usha aku? Dah buang tabiat ke apa? Dulu bukan main dia, kutuk dan buli aku, cakap aku anak gajah! Besar macam tempayan! Sekarang, bila aku dah kalahkan Nora Danish, baru terhegeh-hegeh nak usha aku! Geram betul aku!” Riana Aqiesha meluahkan perasaannya pada kembarnya.
“Dari tadi aku dengar, kau sebut katak puru. Siapa katak puru yang kau maksudkan? Aku kenal ke siapa dia? Jangan-jangan katak puru kau tu ...” Tak sempat Ashfiq Iqram menghabiskan kata-katanya, kembarnya Riana Aqiesha sudah memotong.
“Siapa lagi, kalau bukan si Ezrean Zackri tu! Sejak sekolah lagi, dia suka buli aku, dan sejak itu la aku panggil dia si katak puru! Aku tak sangka akan bekerja dengan syarikat dia,” Riana Aqiesha pantas menoleh keluar.
“Wei, kuat gila jodoh korang ey? Aku ingat, korang perang sampai tamat sekolah je, ni dah kerja pun masih jugak jumpa. Tahniah!” Ashfiq Iqram bercakap dan menghamburkan tawanya tanpa memikirkan perasaan Riana.
“Ish! Gila la kau ni! Tak ingin aku dengan dia, dah la poyo, lepas tu tak sedar diri pulak tu. Apa dia ingat, dengan kekacakan dia, mampu nak goyahkan hati aku? Sorry la, mati hidup balik pun, takkan ada tempat untuk dia, dalam hati aku ni,” Riana Aqiesha sudah menolak kepala kembarnya secara spontan.
“Wei, melampau betul kau ni, main kepala pulak. Habis rambut aku, dah la baru lepas cuci kat saloon tadi. Wei, aku nak tanya ni, korang kerja satu syarikat atau lain-lain syarikat?” soal Ashfiq sambil membetulkan rambutnya yang panjang paras bahu.
“Mestilah syarikat yang laian-lain, kalau satu syarikat, dah lama aku berhenti cari kerja lain. Tak ingin aku hadap muka dia tu, dah la sepet, kacak lagi Faizul AF tu. Sejuk je hati tengok dia.
Aku pun pelik, dalam banyak-banyak syarikat kat KL ni, kenapa la bos aku setuju bagi tender dekat company dia,” Riana sudah melepaskan geramnya dengan menjerit dari dalam kereta, di sepanjang perjalan pulang ke rumah mereka.
“Oi! Kau ni dah kenapa? Tak kan la gara-gara si katak puru tu, kau nak jadi orang gila? Menjerit tak tentu pasal! Apa kata kau layan je dia, sampai dia jatuh cinta dekat kau, lepas tu kau tinggalkan dia, buat dia merana, tapi satu je aku nak ingatkan dekat kau, jangan kau pulak yang feeling dengan dia, amacam? Okay tak idea aku?” Ashfiq mengeluarkan pendapatnya untuk mengenakan Ezrean.
Sebenarnya, Ashfiq simpati dengan nasib yang di alami oleh kembarnya. Tiba-tiba kenangan semasa waktu sekolah dulu menerjah ingatannya.
“Woi budak nerd, kau tak malu ke ada kakak macam badak air tu? Dah la gemuk, tak sedar diri pulak tu, nak masuk pertandingan ratu kebaya? Buat malu keturunan je,” Ezrean Zackri dengan pengikut setianya mentertawakan Ashfiq sambil menolak Ashfiq ke tepi dinding sekolah.
“Kalau dia nak masuk pertandingan tu, apa kena mengena kau dengan dia? Tu kan hak semua pelajar untuk menyertainya, yang kau pulak menghalang kenapa? Apa hak kau?” Ashfiq membidas balik kata-kata yang dihambur oleh Ezrean tanpa sekelumit gentar, walaupun dia berseorang tika itu.
“Dah pandai melawan budak nerd ni sekarang, kang tak pasal-pasal makan penumbuk aku ni,” Ezrean mengepal buku limanya dan menghalakan depan muka Ashfiq.
“Woi, korang buat apa tu? Nak bergaduh ke? Kamu semua, mari ikut saya ke pejabat, saya nak jumpa kamu semua. Sekarang!” lantang suara En.Azree selaku guru disiplin sekolah yang paling di geruni oleh semua pelajar sekolah itu. Disebabkan oleh ketegasannya, sekolah itu berjaya mengurangkan kadar kes masalah disiplin pelajar, dengan mendadak sebaik dia melapurkan diri berkhidmat di sekolah itu.
'Nasib baik, En.Azree datang tapat pada masanya. Kalau lambat tadi, mahu bersepai aku kat sini. Dah la aku sorang, dorang bertiga. Mana mampu aku nak tewaskan mereka.
“Tunggu kau, hari ni kau selamat! Hari berikutnya belum tentu lagi,” jerkah Ezrean sambil menarik kolar baju Ashfiq.
“Ezrean, kamu buat apa lagi dekat situ? Dah tuli ke, sampai saya panggil tak dengar?!” makin kuat suara En.Azree.
Sebaik sampai di dalam biliknya, mereka berempat diarahkan berdiri di depannya. Jelas ketakutan mula bersarang di dalam diri empat orang pelajar tu. Disebabkan oleh ketakuatan itu, Ezrean telah terkencing didalam celana sekolahnya.
“Ezrean, kenapa dengan kamu ni? Nak jadi samseng ke? Sampai nak pukul pelajar lain? Boleh saya tahu sebab apa kamu bertiga hendak memukul Ashfiq?” En.Azree perasan akan keadaan seluar yang dipakai oleh Ezrean, sudah basah gara-gara ketakutan sampai terkencing dalam seluar!
'Buat malu je la si katak puru ni! Tadi bukan main samseng, sekarang sampai kencing dalam seluar. Hahaha... padan muka kau' Ashfiq mentertawakan Ezrean dalam diam.
“Err, sebenarnya saya …” Ezrean tidak mampu untuk bersuara lagi.
“Sebenarnya apa?” jerkah En.Azree sambil melibaskan rotannya keatas permukaan meja.
“Sebenarnya saya terkencing dalam seluar” jawabnya spontan apabila di jerkah sebegitu.
“Saya tanya lain, kamu jawab lain! Tak faham bahasa Malaysia ke?”jerkah En.Azree lagi.
“Saya faham bahasa Malaysia,” jawab Ezrean sambil terketar lututnya.
Satu kelemahan yang dihadapi oleh Ezrean ialah dia akan terkencing apabila di jerkah.
“Kalau faham, kenapa saya tanya lain, awak jawab lain?” En.Azree melibaskan sekali lagi rotannya.
“Saya bukan nak jadi samseng,” jawabnya sambil menundukkan kepalanya dan memandang ke arah lantai. Dia tidak berani untuk memandang En.Azree yang sudah membengis tika itu.
“Kalau bukan nak jadi samseng, kenapa kamu menarik kolar baju Ashfiq sambil mengepal buku lima ke mukanya?” soal En.Azree lagi.
“Maafakan saya, saya janji saya tak kan buat lagi cikgu.” jawabnya yang mati idea untuk berdebat dengan En.Azree.
“Saya maafkan kamu kali ni, tapi kamu bertiga kena ingat, kalau saya nampak kamu buat lagi, saya tak teragak-agak melapurkan kepada pihak polis dan ibubapa kamu. Sebagai denda atas kesalahan kamu, saya arahkan kamu Ezrean untuk lap balik lantai yang kamu terkencing tadi. Manakala, kamu berdua dengan Ezrean saya arahkan kamu berjalan berdiri padang perhimpunan sampai waktu persekolahan tamat, dengan memakai ini di leher kamu bertiga!” En.Azree menulis sesuatu di kertas dan di hulurkan kepada mereka bertiga.
“Ezrean, untuk kamu saya bagi special sikit,” En.Azree menghulurkan kertas yang ditulis kepada Ezrean.
Ezrean segera membaca apa yang ditulis oleh En.Azree untuknya. Berubah serta-merta wajahnya.
'Saya terkencing dalam seluar, apabila dijerkah oleh En.Azree, dan saya berjanji tak kan jadi samseng lagi'
Sebaik selesai mengelap lantai di dalam bilik En.Azree, dia dengan kuncu-kuncunya berjalan menuju ke padang dengan memakai tag masing-masing. Kuncu-kuncunya memakai tag yang berbunyi, 'Saya balaci Ezrean, tak kan jadi samseng lagi'
Wajah mereka tika itu berubah kemerahan menahan malu yang tak dapat disorok lagi. Ezrean sempat berfikir mahu menyorokkan mukanya dibelakang Riana Aqiesha masa itu.
Lamunan Ashfiq berkecai apabila Riana mengetuk kepalanya. Seraya itu, dia memarahi Riana atas kebiadapan kembarnya itu.
“Kau dah kenapa? Dari tadi main kepala aku? Kau jeles ke dengan rambut aku ni?” soal Ashfiq sambil mencubit pipi Riana.
“Woi sakit la! Nama je lelaki, tapi perangai mengalahkan perempuan. Sibuk sangat dengan rambut dia. Wei, apa yang kau fikirkan sampai aku panggil kau tak dengar?” soal Riana sambil mengurut pipinya yang merah akibat dicubit oleh Ashfiq sebentar tadi.
“Kau ingat perempuan je ke pandai jaga rambut? Lelaki tak boleh nak jaga rambut? Aku teringat zaman sekolah dulu. Aku pun tak tahu kenapa? Aku boleh teringat masa Ezrean kena denda berdiri kat padang sekolah dengan seluarnya basah, gara-gara terkencing dalam seluar.
Dekat setahun jugak la, baru hilang perkara itu dari jadi bualan budak-budak sekolah.
Nasib baik la En.Azree datang tepat pada masanya, kalau tidak mahu bersepai aku atas lantai di keronyok oleh mereka,” terhambur tawanya apabila selesai menyatakannya kepada Riana.
“Kau patut ucap terima kasih kat aku, kalau aku tak panggil En.Azree masa tu, agaknya dekat hospital la kau masa tu,” ucap Riana sambil menyambung tawanya yang masih bersisa.
“Kau ke yang bagitahu En.Azree masa tu? Kenapa kau tak cakap dengan aku? By the way, thank you sis for your help,” ucap Ashfiq sambil menepuk bahu Riana.
“Kau panggil aku apa tadi? Sis? Aku silap dengar ke apa ni?” soal Riana apabila perkataan itu terpacul di mulut Ashfiq.
“Salah ke aku panggil kau sis?” soal Ashfiq sambil mengerutkan dahinya.
“Memang tak salah, tapi pelik je. Selama ni aku tak pernah dengar kau panggil aku dengan perkataan tu.
“Tak perlu pelik sangat la, someone can change right? Cuma yang membezakan cepat atau lambat je benda tu berlaku. Wei, cadangan aku tadi macam mana? Kau tak bagi respon pun,” soal Ashfiq sambil membelokkan kereta yang dipandunya ke kiri.
“Cadangan? Cadangan apa? Repeat please,” jawabnya sambil tersenyum melihat wajah Ashfiq.
“Ish, tuli betul la kakak aku ni. Cadangan untuk kenakan Ezrean la. Tak kan kau tak nak buat apa-apa pada si katak puru tu? Mustahil, kau nak lupakan macam tu je, apa yang dia dah buat pada kau?” Ashfiq mengingatkan Riana kembali pada cadangannya untuk mengenakan Ezrean a.k.a si katak puru.
“Let's me think first. Biar masa menentukannya!” Riana terus keluar dari kereta apabila sampai ke rumah mereka.

2 comments:

Niesa said...

wahh..ada rupanya part 1..xsmpat nk baca nih..

Hanae said...

best2 >.< ... citer ni blum diterbitkan lagi ke? best2 ^_^

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!