“Assalammualaikum, angah. Escha nak bagitahu angah, yang Escha
terpilih untuk menyertai PLKN, Escha kena mendaftarkan diri minggu
depan di Kem Mesapol Sipitang di Sabah,” ucapnya gembira apabila
Khairul Fadlan menjawab panggilannya.
“Waalaikummussalam. Amboi, macam peluru adik angah ni cakap, tanpa
bagi peluang angah jawab salam dia, seronok sangat la tu?” usik
Khairul Fadlan terhadap adiknya.
“Hehe, Escha excited la ngah, sebab ni baru first time adik dapat
lawat negeri orang. Angah lain la, dari sekolah dulu angah
berpeluang. Jangankan Sabah, Sarawak pun angah da sampai kan?” soal
adik kesayangnya itu.
“Tu la untungnya jadi lelaki, tak perlu risau nak pergi mana,”
jawabnya sambil ketawa.
“Eleh, ada Escha kesah ke jadi lelaki? Perempuan lagi banyak
keberkatannya. Syurga seorang anak lelaki, di telapak kaki ibunya.
Ibu tu kan perempuan,” Alescha Awanies tidak mahu mengalah.
“Amboi, da pandai berdebat adik angah sekarang, sapa yang
mengajarnya?” soal Khairul Fadlan lagi.
“Tengok la abang ngahnya siapa? Pendebat terhebat dan juara 4 tahun
berturut-turut tu, sapa yang berani lawan? Sebut je nama Khairul
Fadlan, boleh dikatakan semua kenal,” jawabnya sambil memerli abang
kesayangannya.
“Ish, Escha ni saja usik angah kan? Tu zaman sekolah la sayang,
sekarang angah da pencen dari berdebat. Angah da mulakan hobi baru,
iaitu memulihara alam sekitar kita yang semakin uzur dimamah
pembangunan,” jawabnya sambil mengeringkan rambutnya yang masih
basah semasa mandi tadi.
“Wah, bagusnya abang Escha ni. Prihatin pada alam sekitar. Tak
teringin ke nak prihatin pada wanita pulak?” Alescha Awanies terus
mengusik abangnya itu.
“Maksud Escha?” soalnya seperti tidak memahami kiasan adiknya.
“Alah angah, tak kan da berkarat kot kepala tu, sampai tak faham
soalan ? Adik rasa, soalan tu budak sekolah rendah pun, mampu nak
jawab,” perli Alescha Awanies. Dia tak dapat bayangkan, muka
Khairul Fadlan yang sedang kemerahan akibat malu.
“Apalah Escha ni, boleh pulak tanya macam tu? Escha, angah nak
bagitahu Escha, angah tak kan sesekali terlibat dengan percintaan
selagi along dengan Escha belum berkahwin. Itu janji angah pada
nenek, Escha ingat tu,” ucap Khairul Fadlan serius.
“Kenapa angah janji macam tu dekat nenek?” soal Alescha Awanies
yang pelik dengan sifat Khairul Fadlan.
“Escha lupa ke yang angah ni wali Escha dengan along? Angah sebagai
anak lelaki bertanggungjawab terhadap saudara perempuannya,” terang
Khairul Fadlan kepada Alescha Awanies.
“Angah, angah lupa ke yang kita masih ada ayah kandung? Dia lebih
berhak angah, jangan la angah menggadai diri sampai begitu sekali,”
Alescha Awanies mulai protes dengan apa yang Khairul Fadlan ucapkan
tadi.
“Escha, sejak kecil kita dibesarkan oleh nenek, Escha lupa ke?
Entah hidup lagi ke tidak ayah, kita sendiri tak tahu,” Khairul
Fadlan cuba mengingatkan Alescha Awanies.
“Escha tahu, sejak kita kecil sampai la sekarang, nenek yang jaga
kita, tapi takkan semudah itu kita nak menafikan kewujudannya di
dunia ni? Perancangan ALLAH, kita tak tahu angah. Dibuatnya ayah
masih hidup, tak kecil ke hati dia, bila mengetahui anak-anaknya
menafikan kewujudannya?
Escha bukan nak menafikan hak angah sebagai wali kami, tapi Escha
pelik kenapa angah sanggup cakap macam tu?” Alescha Awanies
membidas hujah Khairul Fadlan.
Terkelu lidah Khairul Fadlan bila Alescha Awanies berkata begitu.
Bila dikirkan balik, betul jugak apa yang Alescha Awanies ucapkan.
Seolah dia menafikan kewujudan ayah kandungnya sendiri bila dia fikir
hanya di wali bagi mereka. Terus habis ideanya, tak sangka hari ini,
dia kalah berdebat dengan adiknya sendiri.
“Angah marahkan Escha ke? Escha minta maaf, Escha tak berniat buat
angah marah. Escha cuma perbetulkan persepsi angah,” Alescha
Awanies sedar akan keterlanjuran kata-katanya, tanpa memikirkan
angahnya.
“Eh, Escha tak salah la sayang. Angah cuma alpa, terima kasih sebab
Escha telah mengingatkan angah tentang ayah. Escha jangan risau,
angah okay,” jawab Khairul Fadlan bagi mengurangkan rasa bersalah
adiknya.
“Angah, PLKN tu seronok tak?” Alescha Awanies menukar topik
perbualan.
“Bagi angah, PLKN memang seronok. Kat situ, angah banyak mengenali
diri dan mendidik angah untuk lebih bijak menguruskan diri. Kat situ,
banyak kenalan baru dari serata negeri angah kenali. Angah juga dapat
peluang, mengenali budaya dari negeri lain,” jawab Khairul Fadlan
tentang kelebihan menjalani PLKN.
“Latihan dia macam mana pulak angah?” soal Alescha Awanies.
“Latihan dia, memang mencabar dan menguji fizikal dan mental kita,
tapi Escha jangan risau. Latihan di sana semua telah di uji terlebih
dahulu. Angah yakin, Escha akan seronok kat sana nanti,” Khairul
Fadlan meyakinkan adiknya.
“Tapi Escha risaukan nenek la ngah, sebab nanti Escha tak dapat nak
jaga nenek, Escha dah la tak pernah berpisah dengan nenek sejak
kecil,” akui Alescha Awanies.
“Tu la namanya pengorbanan, Escha. Masa ni la Escha nak belajar
untuk memahami erti pengorbanan. Tentang nenek, Escha janganlah
risau, Cikgu Latifah kan ada, nanti Escha minta la tolong dia
tengok-tengokkan nenek,” Khairul Fadlan memberi cadangan yang
dianggap bernas tika itu.
“Thank's angah for the opinion, i'm appreciate that. By the way,
what are you doing now?” soal Alescha Awanies dengan selamba.
“Bertuah punya adik, dah borak panjang lebar, baru nak tanya angah
buat apa? Angah baru lepas mandi, tak sempat lagi pakai baju, Escha
da call angah,” jawab Khairul Fadlan spontan tanpa memikirkan kesan
dari kata-katanya.
“Angah ni kan, kalau ye pun pakai la baju dulu, baru jawab call
Escha, nanti tak pasal-pasal orang kat luar dapat tengok tayangan
percuma,” sakat Alescha Awanies.
“Ish, ke situ pulak Escha ni. Sapa je yang ada kat luar tu?
Kawan-kawan serumah angah semua da keluar pergi kelas la Escha. Angah
tak da kelas hari ni, baru plan nak tidur balik lepas mandi tadi,
tapi kena layan tuan puteri angah ni pulak,” usik Khairul Fadlan
pada Alescha Awanies.
“Yela, Escha ni kan mengganggu angah je, pergi la sambung tidur tu,
Escha bukan penting pun bagi angah. Tidur tu lagi penting,” rajuk
Alescha Awanies pada jawapan yang diberikan oleh Khairul Fadlan
sebentar tadi.
“Merajuk la pulak, tuan puteri angah ni. Okay-okay, angah minta
maaf okay? Jangan la merajuk dengan angah, tak elok untuk kesihatan
fizikal dan mental,” jawab Khairul Fadlan selamba.
“Kalau nak merajuk jugak? Angah nak buat apa?” soal Alescha
Awanies manja.
“Angah suruh nenek, tarik hidung Escha sampai merah, nak tak?”
Khairul Fadlan terus mengusik adik kesayangannya.
“Ish, janganlah, sakit tau tak? Okay la angah, Escha nak kemaskan
pakaian, lepas tu nak tolong nenek masak, sebab tadi nenek cakap ada
orang nak datang,” Alescha Awanies mohon untuk menamatkan
panggilan.
“Okay Escha, jangan bantal busuk pun nak masuk dalam beg sekali,
sudah la,” usiknya lagi. Dia dapat mengagak wajah Alescha Awanies
berubah kemerahan bila bantal busuknya di jadikan isu.
“Assalammualaikum angah, jaga diri tau. Jangan sampai lupa sarapan
pulak. Angah tu, kalau dapat tidur bukan ingat apa lagi, kalau orang
letak bom pun, bukan angah sedar punya,” giliran Alescha Awanies
pula mengusik abangnya.
“Waalaikummussalam Escha,” Khairul Fadlan terpaksa menamatkan
panggilan tanpa sempat cakap apa, sebab perutnya mula berperang.
Tanpa berlengah dia terus berlari ke bilik termenung.
“Nek, sapa yang datang nek?” soal Alescha Awanies sebaik selesai
mengemas pakaiannya ke dalam beg.
“Mak Long kamu yang nak datang, semalam dia call nenek,” jawab
Pn.Maziah sambil mengupas bawang untuk dikisar.
“Mesti Mak Long datang sekeluarga kan nenek? Pak Long ikut sekali
ke nek?” soal Alescha Awanies yang mulai teruja apabila berpeluang
mengenali adik-beradik ibunya.
“Mak Long datang dengan suami barunya, beserta tiga orang
anak-anaknya,” jawab Pn.Maziah. Alescha Awanies perasan akan
perubahan di wajah neneknya. Neneknya nampak, begitu gembira sekali.
Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan anaknya beserta cucu-cucunya.
“Ramai juga tu, nenek nak masak apa?” soal Alescha Awanies sambil
membantu neneknya memasak.
“Lauk kegemaran Mak Long Escha, rendang burung puyuh,”
“Nek, Escha nak tanya sikit boleh?” Alescha Awanies bertanya,
sekali gus memecahkan kesunyian seketika.
“Escha nak tanya apa cu?” Pn.Maziah terus mengalihkan
pandangannya seketika kearah wajah cucunya itu.
“Arwah Pak Long meninggal sebab apa nek? Mak Long ada anak ke
dengan suami barunya itu?” Alescha Awanies terus menanyakan apa
yang bermain di mindanya tika itu.
“Menurut Mak Long, arwah meninggal sebab sakit jantung. Dekat 5
tahun juga, dia menjanda sebelum berjumpa dan berkahwin dengan suami
barunya. Nasibnya baik, sebab anak-anaknya dapat menerima
keputusannya untuk berkahwin semula.
Tak silap nenek, dengan suami barunya, dia tidak dikurniakan anak,
sebab Mak Long kamu dah tak boleh mengandung lagi, selepas melahirkan
anaknya yang terakhir. Arwah Pak Long, tak izinkan sebab tak sanggup
tengok Mak Long kamu bertarung dengan nyawa bila bersalin. Untuk
pengetahuan Escha, Pak Long juga suruh Mak Long ikat sistem
peranakannya.
Semasa melahirkan anak bongsu mereka, Mak Long terpaksa menjalani
operation untuk melahirkan anaknya, sebab tu la arwah tak bagi Mak
Long mengandung lagi,” panjang lebar Pn.Maziah bercerita tentang
anaknya itu.
“Romantiknya arwah Pak Long ye nek? Agak-agak nenek, ada lagi ke
lelaki macam arwah Pak Long tu kat dunia ni lagi? Setahu Escha, tak
ramai yang dapat jumpa lelaki macam arwah Pak Long.
Masa Mak Long kahwin dengan suami barunya, anak bongsunya umur berapa
nek?” Alescha Awanies memberikan pendapatnya selain mengagumi sikap
arwah Pak Longnya itu sambil bertanya kepada neneknya.
“Tak silap nenek, masa tu anak bongsunya baru masuk tingkatan 1.
Escha, nenek percaya satu hari nanti Escha akan jumpa lelaki, macam
arwah Pak Long. Asalkan Escha tidak pernah berputus asa, berdoa dan
tawakal kepada-Nya.
Tapi nenek nak ingatkan Escha, satu perkara. Jangan sesekali bermain
dengan cinta semasa Escha belum tamat belajar nanti, capaikan
cita-cita Escha dulu, baru la Escha fikirkan tentang cinta.
Nenek cuma tak mahu, Escha tak dapat tumpu perhatian pada pelajaran
bila terlibat dengan cinta. Cinta mampu membuat orang celik jadi
buta. Cinta juga mampu, untuk memporak perandakan hidup seseorang.
Paling nenek takut, bila cinta mampu menafikan larangan ALLAH kepada
hambaNya,” sempat Pn.Maziah menyelitkan amanatnya kepada cucunya
itu.
“Escha setuju cakap nenek, cinta mampu membuat seseorang hilang
kewarasannya. Escha janji dengan nenek, yang Escha tak sesekali
bermain dengan cinta selagi Escha tidak dapat apa yang Escha
cita-citakan selama ini.
Escha nak bantu nenek, dan Escha dah berjanji dengan diri Escha, yang
Escha nak hantar nenek, arwah atuk dengan arwah ibu menunaikan Haji
di Mekah,” ucapnya bersemangat sekali.
Terharu Pn.Maziah mendengar cita-cita Alescha Awanies. 'YA ALLAH,
bantu la cucuku mencapai cita-citanya. Lindungilah dia dari
terpengaruh dengan nafsu serakah manusia.' Pn.Maziah berdoa di dalam
hatinya.
“Nek, sedapnya rendang ni. Mesti Mak Long suka kan nek?” soal
Alescha Awanies apabila merasa masakan neneknya.
Pn.Maziah hanya mampu tersenyum melihat gelagat cucunya.
“Escha, nenek dengar suara orang beri salam, boleh Escha tolong
nenek, tengok siapa yang datang, sementara nenek salin rendang ni ke
dalam bekas,” ucap Pn.Maziah kepada Alescha Awanies.
“Okay, nek. Escha pergi tengok kejap,” jawabnya sambil mendaki
anak tangga untuk memastikan siapa yang datang.
No comments:
Post a Comment