UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Sunday 6 October 2013

Adakah Dia Milikku? 1


Alescha Awanies nama secantik wajah. Itu yang dapat digambarkan apabila melihat wajah kacukan Melayu dan Pakistan milik gadis pemilik nama itu. Gadis yang hanya mempunyai 3 orang adik beradik. Dia kekurangan kasih sayang ibu ketika umurnya baru meningkat ke 3 tahun. Menurut neneknya, ibunya pergi menghadap ILLAHI disebabkan penyakit yang aneh. Sampai kehari ini, dia masih tidak mengetahui penyakit apa yang meragut nyawa ibunya.
“Escha, apa yang dimenungkan tu? Sampai baju sekolah pun belum salin ni?” soal nenek kesayangannya. Dia dibesarkan oleh neneknya, selepas ayahnya pulang ke negeri kelahirannya, setelah kematian ibunya. Menurut neneknya juga, ayahnya tidak dapat menerima hakikat bahawa wanita yang dicintainya sepenuh hati pergi meninggalkannya untuk selamanya.
“Eh,nenek. Mana ada Escha termenung? Escha cuma ambil angin je kat luar ni,” Alescha Awanies cuba menafikan soalan yang ditanya oleh neneknya.
“Ambil angin? Nenek nampak Escha sedang termenung. Escha fikirkan apa ni? Cuba cerita kat nenek. Mana tahu nenek boleh tolong Escha?” soal neneknya. Setelah pemergian anaknya, Aqilah Ayuni, Pn.Maziah lah tempat Escha bermanja dan menumpang kasih.
“Err, Escha cuma teringatkan ibu. Kenapa ibu tinggalkan Escha nek, disaat Escha memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu?” sayu hatinya menanyakan soalan soalan itupada neneknya.
“Escha, kenapa cakap macam tu? Tak baik cu. Soalan Escha tu seolah mempersoalkan Qada dan Qadar yang ditentukan ALLAH, berdosa Escha. Kita sebagai manusia seharusnya menerima Qadar dan Qadar yang diberikan ALLAH dengan redha. Ada hikmah sebalik itu cu, yang mungkin kita tak tahu,” Pn.Maziah cuba menenangkan cucu kesayangannyaitu, Pn.Maziah memeluk Escha dan mengusap kepala gadis itu.
“Maafkan Escha nek, Escha tak berniat mempersoalkan Qada dan Qadar ALLAH, cuma Escha cemburu tengok kawan-kawan yang lain, yang ada ibu dan ayah mereka,” Alescha Awanies meluahkan perkara yang sebenarnya kepada neneknya.
“Nenek faham cu, tapi bukankah lebih baik Escha mendoakan arwah ibu Escha, agar dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Hanya doa seorang anak yang mampu membahagiakn arwah disana cu, ingat pesan nenek, walaupun Escha tiada ibu dan ayah, tapi Escha masih ada nenek,kakak dan abang Escha. Kami tetap sayangkan Escha. Escha budak baik kan? Dah,jangan sedih-sedih lagi, sekarang pergi masuk,tukar baju,mandi dan solat Zuhur. Dah,nak habis waktu ni,” Pn.Maziah mengingatkan Alescha Awanies kepada tanggungjawabnya sebagai makhluk ciptaan ALLAH S.W.T., hidung mancung cucunya dicuit sebelum Pn.Maziah masuk kerumah.
Setelah selesai menunaikan solat Zuhur, Alescha Awanies berdoa kepada yang Maha Esa, “YA ALLAH YA TUHANKU, ampunilah dosa kedua ibubapaku YA allah. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani hambamu ini semasa kecil, berikan taufik dan hidayahmu pada bapaku YA ALLAH, serta berikanlah kesihatan yang baik untuknya dan bukakanlah hatinya untuk npulang ke Malaysia melawat anak-anaknya disini YA ALLAH, sesungguhnya hamba begitu merinduinya. YA ALLAH, tempatkan roh ibuku dikalangan orang yang beriman YA ALLAH,serta jauhkanlah dia dari seksaan api nerakamu YA ALLAH, serta berilah hambamu ini kekuatan dan kesihatan yang baik, agar hamba dapat berbakti kepada keluarga hamba YA ALLAH. Berikanlah kesihatan yang baik kepada nenek kesayanganku serta kepada kakak dan abangku YA ALLAH. Hambamu ini memohon hanya padamu, kerana tiada Tuhan yang wajib disembah melainkanmu YA ALLAH, amin ya rabbal al-amin.” menitis airmatanya tika membaca doa tadi.

Tanpa disedari Alescha Awanies, ada sepasang mata yang bergenang airmata tika mendengar doa yang dibaca oleh Alescha Awanies. Pn.Maziah segera mengelap airmatanya dan meninggalkan Alescha Awanies. Dia tidak kuat mendengar rintihan anak ini. Di dalam hati, dia berdoa agar ALLAH S.W.T., menguatkan hati cucunya itu.

2 comments:

Anna said...

mta tlg megat tukar colour tulisan megat ye ^^

Unknown said...

best.....

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!