UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Saturday 25 January 2014

Aku Doktor Peribadi Hatimu! 01


“Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Masih terngiang kata-kata itu di telinga Shaza Azwin. Mana mungkin dia boleh melupakan perkara itu. Hatinya bagai dihiris, dengan belati yang sungguh tajam. Walaupun sudah tiga tahun, dia memegang status janda, namun tidak semudah itu Shaza melupakan insan yang pernah bertakthta dihatinya, suatu ketika dulu.
“Shaza, kau okey ke ni?” Maziana menegur, sambil mengambil tempat berhadapan dengan Shaza Azwin.
“Ha? Kau tanya apa tadi, Maz?” Shaza tersedar dari khayalannya.
“Shaza, kau okey ke ni? Dari tadi aku tengok kau termenung je. Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah, cerita la dekat aku, mana tahu aku boleh tolong,” Maziana merenung wajah Shaza Arwin.
“Maz, sebenarnya aku ...” Shaza agak keberatan untuk bercerita tentang apa yang mengganggunya tika ini.
“Sebenarnya apa? Kau nak tamatkan zaman janda kau ke?” Maziana mula mengusik. Niatnya satu, mahu tengok Shaza Azwin ceria seperti selalu.
“Ish! Kau ni, ke situ pulak fikiran kau. Tak la, sebenarnya aku masih tak boleh lupakan dia,” sayu Shaza menuturkan kata-kata. Jelas terlalu berat beban yang ditanggung.
“Kau tak boleh lupakan dia? Siapa yang kau tak boleh lupakan? Cuba bagitahu aku,” Maziana melambai kearah pelayan untuk memesan makanan.
“Aku tak boleh lupakan bekas suami aku,” Shaza menyatakan apa yang tersirat di minda saat itu.
“Shaza, come on. Dah tiga tahun, kau dengan dia bercerai. Mustahil, kau tak boleh lupakan dia?” Maziana sedikit terkejut dengan jawapan yang diberi oleh Shaza.
“Ya, memang dah tiga tahun aku bercerai dengan dia. Tapi, aku tak boleh nak lupakan dia sebab dia lelaki pertama yang hadir dalam hati aku. Tidak semudah itu, aku mampu nak lupakan dia, Maz. Setiap apa yang terjadi, antara aku dengan dia semuanya masih segar di ingatan aku, Maz. Kau sendiri tahu, macam mana layanan dia terhadap aku dulu. Tak ubah seperti budak kecil, dibuatnya aku ni.
Setiap hari, pasti ada kejutan yang dia buat untuk aku. Mana mungkin aku lupakan dia, lagi-lagi bila zuriat kami lahir melihat dunia. Aku tak sangka, dia tidak boleh menerima kehadiran zuriat kami. Aku tahu, ini semua sudah ditetapkan oleh ILLAHI, tapi kenapa dia sanggup tinggalkan aku sewaktu aku masih dalam pantang. Apa salah aku Maz?” Shaza mula menangis apabila mengingati semula apa yang telah berlaku dalam hidupnya.
“Shaza, aku tahu apa yang kau alami susah untuk diterima. Tapi, aku tahu kau mampu menjalani ujian ini. Mana mungkin, ALLAH menguji hambaNYA melebihi paras kemampuan seseorang? Shaza, dengar apa aku nak cakap ni. Walaupun sekarang dia sudah tinggalkan kau, itu tidak bermakna yang kau harus berterusan hidup macam ni. Kau kena kuat, kuat untuk zuriat kau Shadrina Shafiyah. Dia memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.
Jangan jadikan perkara ini, sebagai penghalang untuk kau menberi kasih sayang yang sewajarnya untuk dia. Aku tahu, Shaza Azwin yang aku kenal, bukan jenis cepat mengalah macam ni. Apa yang dah berlaku, biarkan ia berlaku.
Jadikan ia sebagai memori. Jalani kehidupan kau sekarang, dengan buka buku baru. Jangan biarkan perkara ini berterusan menghantui hidup kau. Pasal Aniq Raykal, biarkan dia dengan hidup dia. Satu hari nanti, ALLAH akan membalas apa yang telah dia lakukan,” Maziana menggenggam tangan Shaza.
“Terima kasih, Maz. Terima kasih, sebab sudi mendengar masalah aku. Sudi membantu aku, dan mengembalikan semangat aku yang telah hilang. Aku tak kan lupa jasa kau. Sampai mati, aku akan ingat,” Shaza sudah mengelap airmatanya yang jatuh. Kini, dia sudah berazam untuk memulakan kehidupan baru. Kehidupan yang tidak lagi dibayangi oleh bayangan Aniq Raykal.
“Shaza, apa gunanya aku sebagai kawan kalau aku tak mampu tolong kawannya yang memerlukan pertolongan? Mungkin ini hari aku tolong kau, mana tahu nanti tiba hari aku meminta pertolongan kau pula?
Dah-dah jangan menangis lagi, simpan airmata kau. Aku nak kau pastikan, selepas ini airmata kau hanya keluar untuk perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan Aniq Raykal! Lagi satu, aku nak ingatkan kau, kita datang sini bukan untuk membazirkan airmata dan bersedih. Aku bawa kau dengan Shadrina ke sini, sebab nak kau bina hidup baru.
Shaza, lepas ni temankan aku shopping, boleh? Dah lama rasanya aku tak shopping, seingat aku last aku shopping, masa kau lepas pantang. Maknanya, dah tiga tahun aku tak shopping. Macam tak percaya je, aku mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun,” Maziana sudah tersenyum apabila melihat dan mendengar tawa yang terhambur di bibir Shaza.
“Hei, mak cik! Yela tu, dah tiga tahun kau tak shopping. Tak percaya la aku. Flight sana sini, tak kan la tak da shopping dekat negara orang?” Shaza memerli rakannya itu. Best Friend Forever, itu janji mereka.
“Memang la aku ada shopping, bila flight ke tempat orang. Tapi bukan dengan kau la, mak cik! Hari ni baru dapat nak shopping dengan kau, dan yang paling best aku dapat shopping untuk Shadrina sekali.
Dah lama aku simpan hajat, untuk beli barang-barang keperluan untuk anak 'aku' sorang ni. Yela, nak shopping untuk anak sendiri, tak tahu bila,” Maziana mengambil Shadrina dari stroller yang menempatkannya.
“Maz, kau tak teringin ke nak kahwin? Asyik flight memanjang?” Shaza bertanya sambil menghirup air yang dipesan oleh Maziana sebentar tadi.
“Apa punya soalan la, kau tanya ni? Perempuan waras mana yang tak nak kahwin? Bagitahu aku? Belum sampai seru, nak buat macam mana? Bukan aku tak nak kahwin, cuma aku nak puas enjoy dulu, sebelum aku memberikan perhatian yang penuh pada perkahwinan aku.
Kau sendiri tahu prinsip aku, dan matlamat hidup aku kan? Jadi, soal bila aku nak kahwin biar masa yang menentukan,” Maziana mencium pipi gebu Shadrina.
“Okey-okey, aku mengalah. Aku janji, aku tak bangkitkan lagi isu ni. Maz,aku tertanya-tanya, kenapa kau bawa kami kesini? Maksud aku, selain untuk membantu aku melupakan kisah silam aku, kenapa kau pilih untuk kesini? Yela, kau sendiri tahu, dalam Malaysia pun aku tak habis teroka lagi?” Shaza akhirnya bertanya apa yang bermain di mindanya.
“Sebenarnya, aku bawa kau dekat sini sebab aku nak bawa, kau melihat negara kelahiran aku. Bukan ke aku pernah janji dengan kau dulu, yang aku akan bagitahu dan bawa kau melawat tempat kelahiran aku?” Maziana menjawab soalan Shaza, sambil menghirup air yang dipesannya.
“Maksud kau, kau lahir dekat sini? Dekat Frankfurt? Kau biar betul?” Shaza seakan teruja.
“Shaza, pernah ke aku bohong dengan kau tentang diri aku?” Maziana merenung Shaza dengan pandangan yang sukar ditafsirkan oleh Shaza sendiri.
“Tak, aku tak cakap kau tipu. Cuma aku tak percaya, orang yang lahir di Frankfurt, boleh cakap bahasa Malaysia dengan fasih sekali. Tak pernah sekali pun, aku dengar slang German kau selama ni,” Shaza sudah terkesima apabila mengetahui asal usul Maziana.
“Hebat tak aku? Haha ...” Maziana sudah tertawa mendengar hujah Shaza.
“Aku serius ni, kau boleh gelak pulak? Tak pasal-pasal aku, siram kau dengan air ni kang!” Shaza memegang gelas yang berisi air.
“Sabar, Pn.Shaza Azwin. Bawa bertenang, benda boleh bincang,” Maziana sudah tersenyum melihat gelagat Shaza.
“Tahu takut. Maz, kenapa sebelum ni kau tak bagitahu aku tentang asal usul kau? Kenapa baru sekarang kau dedahkan?” Shaza kembali serius.
“Sebenarnya, aku tak nak orang tahu tentang asal usul aku. Aku tak nak, orang berkawan dan rapat dengan aku sebab aku orang German. Aku nak orang yang berkawan dengan aku, terima aku seadanya, bukan atas sebab-sebab lain.
Aku minta maaf pada kau, jika perbuatan aku merahsiakan asal usul aku, buat kau kecil hati. Aku langsung tak da niat macam tu. Aku harap, kau terima penjelasan aku ni,” Maziana memandang Shaza dengan penuh pengharapan.
“Maz, aku langsung tak kecil hati. Aku tahu, bukan semua ikhlas nak berkawan dengan kita. Sebelum terkena, better we take precaution. By the way, mak ke ayah kau yang berasal dari sini?” Shaza bertanya sambil menolak stroller milik Shadrina.
“Mak aku yang berasal dari sini, dan membesar disini. Dia berhijrah ke Malaysia, untuk menyambung pelajarannya bila nenek aku meninggal dunia. Di sana dia mengenali ayah aku. Mereka berkenalan dan berkahwin mengikut cara Islam. Atuk aku, tidak menghalang niat murni mak aku untuk memeluk agama Islam.
Sebulan selepas mak aku mendalami agama Islam, dia pun turut serta memeluk agama Islam. Sebaik mak aku disahkan mengandung, atuk aku ajak dia pindah di sini. Ayah aku mengikut tanpa bantahan.
Seminggu selepas mereka tiba disini, ayah aku dapat surat yang menyatakan permohonan dia diluluskan untuk berkhidmat disini. Oleh kerana itu, terlahirlah seorang manusia yang diberi nama Maziana Amani bt Shazlan,” Maziana bercerita tanpa sebarang paksaan. Baginya, Shaza Azwin berhak untuk mengetahui, asal usul dan salasilah keluarganya.
“Wow! Boleh buat novel la cerita, kau ni Maz. Tak sangka aku, aku berkawan dengan orang German sebelum ni,” Shaza mula mengusik.
“Shaza, banyak la kau nak buat novel. Siapa la yang nak baca kisah aku. Lain la kalau, kisah kau. Penuh dengan liku-liku kehidupan, dan begitu tragis apabila diceraikan suami semasa dalam tempoh berpantang,” Maziana berniat untuk bergurau, tanpa memikirkan apa yang mungkin ditafsirkan oleh Shaza Azwin.
“Maz, kau tahu kau bergurau. Aku tak kisah tentang itu semua lagi, yang penting sekarang aku bukan Shaza Azwin yang dulu. Shaza Azwin yang tidak boleh terima ketentuanNYA, sudah mati bersama bayangan Aniq Raykal. Di hadapan kau sekarang ni, Shaza Azwin yang baru.
Maz, aku nak minta tolong kau sesuatu boleh tak?” Shaza meminta pertolongan Maziana.
“Kau nak aku tolong apa? Just let me know, I will help you dear,” Maziana memeluk bahu Shaza.
“Apa pandangan kau, jika aku memilih untuk memulakan hidup baru dengan Shadrina di sini? Di Frankfurt?” Shaza menyatakan hasratnya dengan penuh harapan.
“Are you sure? Kau dah fikir masak-masak ke? Habis tu, harta benda kau dekat sana macam mana?” Maziana ingin mendapatkan kepastian tentang hasrat sahabat baiknya itu.
“Aku pasti dengan keputusan aku. Lagipun dekat sana, dah tiada apa-apa untuk aku. Dekat sini aku ada kau. Lepas ni, kita boleh berjumpa selalu. Aku rasa aman dan bahagia sangat bila berada di sini, Shaza sudah tekad.
“Kalau itu yang kau mahukan, aku akan tolong apa yang patut. Sekarang ni, aku nak bagi kau satu kejutan,” Maziana teruja mendengar keputusan Shaza.
“Kejutan apa pula ni? Kau nikan, selalu dengan kejutan. Perangai saling tak tumpah macam ...” Shaza berat hati untuk menyebut nama lelaki itu.
“Macam siapa? Bekas laki kau tu ke? Lansung tak sama okey?” Maziana memahami apa yang ingin diucapkan oleh Shaza.
“Kejutan apa yang kau nak bagi aku ni?” Shaza sudah mengalih topik.
“Tutup la mata dulu, tak suprises la kalau kau buka mata dulu,” Maziana meminta Shaza menutup matanya terlebih dahulu.
“Okey, aku tutup mata. Dah lama aku tak terima kejutan ni, harap-harap jantung aku ni kuat lagi untuk terima kejutan,” Shaza sempat bergurau.
“Okey, aku yakin jantung kau masih kuat lagi. Sekarang kau dah boleh buka mata kau,” Maziana mengarahkan Shaza untuk membuka mata.
Sebaik Shaza membuka mata, hatinya terus beristigfar.

3 comments:

Unknown said...

kejutan apa agaknya?Best;-) n 1 ore thing adikku ME, FRANKFURT ya..salaeh eja tadi, hehe..teruskan menulis cite ni, tajuk pun dah gempak;-P

Ian asynata said...

best...next entry.

Unknown said...

ME akan cuba sehabis baik untuk next episode, and ME akan pastikan ia lebih suspens dan mungkin ada unsur-unsur lain...

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!