“Betul
ke, itu Kiesha kembar Ashfiq, budak nerd tu? Macam tak percaya je,”
Ezrean bermonolog sendiri.
'Kalau
betul macam mana?' akalnya pula berfikir.
“Kalau
betul, macam mana dia boleh berubah sebegitu drastik? Bukan dulu dia
gemuk macam badak ke? Takkan dalam masa 4 tahun aku tak jumpa, dia
boleh berubah persis Nadia Mustapha?” Ezrean menggaru kepalanya
yang tak gatal.
'Masa
boleh je mengubah sesiapa, termasuk la diri kau,' akalnya membidas.
Deringan
telefon bimbitnya, menganggu khayalannya mengenai Kiesha.
Serta-merta, khayalannya sebentar tadi musnah.
“Helo,”
Ezrean menjawab panggilan menggunakan alat bebas tangan.
“Helo,
En.Ezrean. Jangan lupa, petang ni Encik ada meeting dengan syarikat
Virgo Sdn Bhd,” Wahidah mengingatkan Ezrean tentang mesyuarat yang
Ezrean wajib hadiri.
Syarikat
Virgo Sdn Bhd, merupakan syarikat pengiklanan yang terkemuka di
Malaysia. Uasahasama antara syarikat keluarganya dengan Virgo Sdn
Bhd, telah menimbulkan perasaan yang agak pelik bagi Ezrean. Dimana,
disitu dia telah mengenali seorang gadis yang membuat hari-harinya
serba tak kena.
Sehingga
mampu menjadikannya angau, gadis yang mampu membuatnya menjadi
sebegitu ialah Riana Aqiesha a.k.a Cik Badak. Sehingga kini, Ezrean
tidak tahu bahawa gadis yang dicari selama ini, berada jelas didepan
matanya.
“Helo
En.Ezrean? Masih atas talian ke?” Wahidah bertanya, sebaik Ezrean
tidak memberikan respon kepada apa yang baru di bicarakannya.
“Ye,
saya tahu. Terima kasih kerana ingatkan saya,” Ezrean terus
mematikan talian.
Fikirannya
terganggu tika ini. Dia seperti terlihat kelibat Riana di bahu jalan,
tanpa berfikir panjang, dia menghentikan kereta dengan mengejut.
Akibat tindakannya itu, kenderaan dibelakangnya membunyikan hon
sebagai tanda marah, kerana memberhentikan kenderaan secara mengejut.
Hampir saja, kereta dibelakang melanggarnya.
“Hoi!
Apa kes kau ni? Tiba-tiba berhenti? Nasib baik aku sempat brek, kalau
tak tadi ..”
“Amboi
cantik bahasa! Sekolah mana dulu?” Ezrean sempat menemplak pemandu
yang memarahinya sebentar tadi.
“Kau
ni faham soalan aku ke tidak? Aku tanya yang kau berhenti tiba-tiba
ni kenapa?” Wanita itu masih bertanya.
“Saya
faham soalan awak, tapi bukan ke lebih elok dan manis, kalau berbudi
bahasa dengan orang lain?” Ezrean masih dapat menahan sabarnya,
“Kau
tak payah nak tunjuk 'budi bahasa' sangat. Kalau kau ada 'budi
bahasa', mesti kau fikirkan tentang orang lain kat atas jalan ni.
Lagipun bukan kau seorang yang guna jalan ni,” wanita itu
mengerakkan jari telunjuknya, bila menyebut 'budi bahasa'.
“Maafkan
saya Cik, saya tak sengaja memberhentikan kenderaan dengan mengejut,
cuma tadi ada orang melintas. Setahu saya, dia jugak ada hak ada
jalan raya, bukan Cik sorang je kan?” Ezrean sempat memerli wanita
yang dianggap tidak berbudi bahasa.
“Kau
jangan nak putar belit cerita! Kau tahu tak, gara-gara kau, aku dah
terlepas meeting yang penting untuk syarikat aku! Sekarang siapa yang
nak bertanggungjawab?” wanita itu memarahi Ezrean sambil
membetulkan kacamata hitamnya.
“Kalau
itu masalah yang Cik hadapi sekarang, saya boleh selesaikan masalah
Cik. Saya akan bertanggungjawab,” ucap Ezrean sambil memandang
wajah wanita itu.
“Kau
ingat, kerugian yang syarikat aku terpaksa tanggung, sikit?” gertak
wanita itu tanpa ada tanda yang kemarahannya akan reda.
“Cik
tulis amaun, yang syarikat Cik tanggung atas cek ni,” Ezrean
mengeluarkan buku ceknya, dan menandatangani cek itu, dan menyerahkan
kepada wanita itu.
“Macam
mana aku nak tahu, ni bukan cek tendang?” wanita itu masih curiga.
“Okey,
andai kata pihak Cik tak dapat nak tunaikan cek tu. Cik boleh datang
terus ke pejabat saya. Ni kad saya, Cik boleh call bila-bila masa
yang Cik perlukan,” Ezrean menyerahkan kad perniagaannya.
Wanita
itu mengambil cek dengan kad yang Ezrean hulurkan. Sempat dia
membelek nama yang tertera di atas kad tersebut, sambil tersenyum
sinis.
“Okay,
aku akan cari kau. Jangan kau pulak yang lari dah la,” seraya itu,
wanita itu membuka pintu keretanya dan meninggalkan Ezrean
berseorangan.
Ezrean
geleng kepala melihat tingkah wanita itu. Rasa seperti dia pernah
bertemu dengan wanita itu sebelum ini, tetapi dia tidak ingat di
mana. Tanpa berlengah, dia terus memasuki keretanya dan meneruskan
perjalanannya.
Seperti
dijangka olehnya, Wahidah pasti akan menghubunginya. Bertanyakan
lokasi dia, kerana mesyuarat yang penting harus dihadirinya. Telefon
bimbitnya mula bergetar sebaik dia melepasi lampu isyarat.
“Hello
En.Ezrean. Encik di mana? Pihak Virgo sedang menanti Encik dalam
bilik mesyuarat ni,” Wahidah terus bercakap sebaik panggilannya
bersahut.
“Saya
dalam perjalanan ke pejabat, minta mereka tunggu saya sekejap. Dalam
15 minit lagi, saya sampai pejabat. Sebelum saya terlupa, awak dah
inform dengan Qairulnisa tentang meeting ni? Dia mesti kena ada
sekali semasa perbincangan dengan pihak Virgo,” Ezrean menanggalkan
kacamatanya, kerana ia menganggu pemanduannya dalam hujan.
“Cik
Qairulnisa? Maafkan saya, saya terlupa nak inform dia, saya akan
inform dia sekarang En.Ezrean,” Wahidah mengakui silapnya, kerana
mengabaikan Cik Qairulnisa, sedangkan dia sendiri tahu bahawa
Qairulnisa wajib sertai meeting tersebut.
“Wahidah,
how can you forget about her? Did you know, she very important in
this meeting?” Ezrean mula menaikkan suaranya.
“Maafkan
saya En.Ezrean. Saya akan inform pada dia sekarang,” Wahidah segera
mematikan talian. Dia tahu, pasti dia akan dibebelkan oleh Ezrean
jika masih atas talian.
“Macam
mana la dia buat kerja ni? Dah 6 tahun kerja dekat company tu, tak
kan tak tahu lagi,” Ezrean menghentak stereng keratanya sebagai
tanda protes.
Ezrean
masih melangkah dengan tenang menuju ke bilik meeting, walaupun
kemarahannya terhadap dua wanita itu masih bersisa. Dia mengawal
emosinya, agar tidak mengganggunya semasa meeting dengan pihak Virgo,
sebentar nanti.
“Hello
Qiesha, kau dekat mana?”
“Hei!
Dah tak reti nak bagi salam ke?” soal Riana Aqiesha sebaik menjawab
panggilan dari rakan sekolejnya, merangkap kawan baiknya.
“Err,
sorry. Aku terlupa, assalammualaikum Qiesha,” rakannya itu sengaja
melembutkan suaranya.
“Ha,
reti pun nak bagi salam. Kau kena ingat, kau tu orang Islam. Bukannya
orang putih. Ni ada apa call aku ni? Siap tanya aku dekat mana lagi?”
Riana memerli rakannya itu.
“Kan
aku dah minta maaf? Tak kan nak call kawan sendiri pun tak boleh? Aku
tanya kau dekat mana, sebab takut menganggu kau. Mana la tahu, kau
tengah spend time dengan kekasih kau ke? Tak nak la, dianggap kacau
daun,” sengaja mengacau Riana.
“Sejak
bila pulak, aku ada kekasih ni? Jangan buat fitnah ye? Sesungguhnya
fitnah itu lebih kejam dari membunuh,” Riana sempat berkhutbah
percuma.
“Aku
bukan fitnah la Qiesha, mana la tahu kau nak sorok dengan aku. Kau
pun perahsia juga orangnya,” dia tidak mahu mengalah.
“Okay-okay,
straight to the point. Ada apa kau call aku ni? Aku ingat kau dah
lupa kawan,” Riana mengacau kopi sambil menjawab panggilan kawannya
itu.
“Sampai
hati, kau tuduh aku macam tu? Aku bukannya lupakan kau, buktinya aku
masih menghubungi kau. Cuma, lately ni aku busy. Kau pun tahukan,
yang aku baru memulakan perniagaan? Banyak benda, yang aku kena
uruskan,”
“Maafkan
saya, Cik Asyikin. Saya terlupa tentang bisnes awak. Kebetulan kau
tanya aku dekat mana, ni aku nak bagitahu kau. Sebenarnya aku ada
dekat depan butik kau ni, naik lenguh kaki aku berdiri. Tekan loceng,
tapi macam tak da orang kat sini,” Riana merengus sambil menyelak
rambutnya yang jatuh.
“Ha?
Kau biar betul? Jangan main-main. Aku dari tadi tak dengar bunyi
loceng pun?” Asyikin terkejut dan segera berdiri, apabila Riana
memberitahu bahawa dia sudah ada di depan butiknya.
“Tak
dengar? Aku rasa loceng kau ni rosak kot, cuba kau pergi dekat pintu
butik kau ni, kau tengok sendiri. Aku main-main ke betul-betul?”
Riana mengarahkan Asyikin intik menjemputnya masuk.
Asyikin
apalagi, terus berlari menuju ke pintu. Terkejut bercampur gembira
hatinya saat itu. Sudah dua bulan dia tidak bertemu dengan sahabat
baiknya itu.
“Kau
apa khabar?” Asyikin bertanya, seraya itu dia terus memeluk tubuh
Riana.
“Bertuah
punya kawan, dari tadi call aku. Baru sekarang, nak tanya khabar? Aku
sihat, sama macam dulu jugak, tak da yang berubahnya,” Riana
membalas pelukan sahabat yang amat dirinduinya itu. Dengan
pertolongan Asyikin, Riana mampu menguruskan berat badannya. Riana
terhutang budi dengan Asyikin.
“Hahaha...
sorry la Qiesha. Aku excited sangat dapat cakap dengan kau. Aku baru
plan, nak ajak kau keluar, tak sangka kau yang datang jumpa aku,”
Asyikin menjemput Riana masuk ke butiknya.
“Wait!
Kau panggil aku apa tadi? Kurang jelas la, boleh ulang balik?”
Riana melabuhkan punggungnya ke sofa. Kakinya yang sakit, akibat
berdiri terlalu lama di urut perlahan.
“Aku
panggil kau Qiesha, kenapa?” Asyikin mengerutkan dahinya. Pelik
bila Riana bertanyakan soalan sebegitu.
“Asal
kau panggil aku Qiesha? Bukan aku dah cakap ke? Panggil aku Riana,
aku tak nak orang tahu yang aku Qiesha a.k.a Cik Badak!” agak keras
suara Riana tika ini.
“Alamak,
aku terlupa. Kau tak nak aku panggil kau Qiesha, sebab kau tak nak
orang lain tahu identiti kau kan?” Asyikin mula tersedar.
“That's
right! Aku tak nak sesiapa pun tahu, yang aku Qiesha. Lagi-lagi si
katak puru dengan kuncu-kuncunya tu,” Riana bangun dari sofa dan
menuju ke pantri untuk buat air, kalau nak tunggu Asyikin yang
buatkan, mahu dia mati kehausan.
Asyikin
ni kalau dah dapat berborak, makan dan minum pun dia terlupa. Riana
dah kenal sangat dengan perangai sahabatnya itu.
“When
you mention about 'katak puru', baru aku teringat sesuatu. Guess
what, aku jumpa siapa tadi?” Asyikin membengkokkan jarinya apabila
menyebut 'katak puru'.
“Kau
ni, macam tak kenal aku pulak. Kau tahu kan, yang aku tak suka nak
main teka-teka? Just tell me, who?” Riana meletakkan air oren yang
dibancuhnya di atas meja.
“Kau
tunggu kejap, aku nak ambil sesuatu,” Asyikin segera bangun dan
mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya.
Sebaik
sampai dekat dengan Riana, Asyikin menyerahkan sesuatu kepada Riana.
“Apa
benda ni? Just tell me,” Riana meletakkan mugnya atas meja sambil
membelek pemberian Asyikin.
Hampir
sahaja Riana menghamburkan air yang di teguknya keluar, sebaik
melihat dan membaca nama yang tertera di atas kad tersebut.
No comments:
Post a Comment