'Kenapa
dia sebut nama perempuan tu? Apa kaitan dia dengan si gajah tu?'
serabut kepalanya memikirkan kaitan Riana dengan Qiesha.
'Kalau
dah tahu serabut, yang kau fikirkan kenapa?' hatinya bermukadimah.
'Aku
pun tak tahu, nama tu memang susah nak hilang dari ingatan. Nak kata
dia istimewa, tak jugak,' bidas akal warasnya.
'Jangan-jangan
kau ada hati dekat dia kot?' hatinya mengusik.
“Aku
suka dia? Err... mustahil la...” kali ini dia sendiri menafikannya.
Ezrean
meraup mukanya, lalu pandangannya dihalakan kearah LRT yang sedang
bergerak. Dari biliknya, dia dapat melihatnya tanpa gangguan.
Baginya, melihat LRT yang tidak pernah lekang dengan manusia, amat
menenangkan jiwanya. Memang pelik perangai manusia yang bernama
Ezrean Zackri ni. Susah untuk di duga.
Bunyi
ketukan pintu biliknya, menyedarkan dia dari lamunan. Segera dia
memperkemaskan dirinya. Lalu dia memberi keizinan untuk memasuki
biliknya.
“Maaf
menganggu En.Ezrean, boleh saya masuk?” soal Wahidah sambil
memegang tombol pintu pegawainya.
“Masuklah,
mana report yang saya minta tu? Awak dah siapkan?” Ezrean menyoal
Wahidah sebaik gadis itu memasuki biliknya.
“Ni
report yang En.Ezrean minta tu. En.Ezrean boleh membaca dan
menyemaknya buat kali kedua,” Wahidah mengemaskan rambutnya yang
sengaja dilepaskan. Seutas senyuman hadir dari bibirnya.
“Okey,
nanti saya akan semak. Saya rasa itu saja, awak boleh teruskan kerja
awak, terima kasih,” Ezrean mengucapkannya tanpa memandang Wahidah,
malah pandangannya dihala ke komputer ribanya.
“Terima
kasih, En.Ezrean,” jawabnya sambil memalingkan badannya dan
bergerak keluar dari bilik pegawainya itu.
'Eee,
geramnya aku dengan mamat ni! Cakap pun tak nak pandang aku! Dia
ingat dia kacak sangat ke? Berlagak tak habis-habis. Senyum pun
payah!' Wahidah hanya berani mengutuk pegawainya di dalam hati.
'Bukan
dia memang kacak ke? Kau sendiri yang cakap, muka dia macam Shah
Iskandar kan?' akalnya membidas.
'Argh!
Lantak la, malas aku nak fikir tentang mamat tak da perasaan tu! Buat
tambah dosa je!' hatinya pula berdebat.
“Helo,
Akie. Tengahari ni kau keluar lunch tak?” soal Ruzaiman sebaik
panggilannya diangkat oleh Ezrean.
“Tak
tahu lagi, kenapa? Kerja banyak ni, report nak kena check lagi,”
Ezrean mencari helah. Tapi sememangnya itu hakikat situasinya
sekarang.
“Kalau
asyik fikir kerja, sampai kau mati pun belum tentu habis lagi kerja
kau. Kerja kerja jugak, makan tu kena la jaga,” Ruzaiman memujuk
Ezrean.
“Ye
la, kau kalau tak membebel macam mak cik cleaner tak boleh ke? Sakit
telinga aku nak dengar,” Ezrean melepaskan amarahnya.
“Okey,
straight to the point! Aku tunggu kau dekat VIVO, Aeon Bukit Tinggi.
Jangan lambat pulak!” Ruzaiman memberi arahannya.
“Kau
ingat kau siapa ha? Nak arah aku ikut suka kau?” Ezrean tidak mahu
mengalah.
“Jangan
lambat, okey bye!” Ruzaiman segera mematikan talian, tidak mahu
berdebat dengan Ezrean lagi, dia tahu dia pasti akan kalah, jika dia
meneruskan.
“Sesuka
hati je, nak arah aku,” Ezrean bermonolog sendiri.
Jam
di tangan dikerling. Cepatnya masa berjalan, tak sedar dah masuk
waktu lunch. Lalu, dia menyimpan segala dan mematikan komputernya.
“Wahidah,
kalau ada orang cari saya. Cakap saya keluar makan, saya masuk lepas
pukul dua,” Ezrean terus beredar selepas memberitahu Wahidah.
“Dia
ingat ada ke orang nak cari dia?” Wahidah bermonolog.
“Ida,
apa yang kau omelkan tu?” soal Tuah Iskandar bila melihat Wahidah
bercakap seorang diri.
“Tak
apa la. Kau tak keluar makan ke?” Wahidah bertanya.
“Tak,
hari ni aku puasa sunat,yang kau tanya aku, kau tak keluar ke?”
jawab Tuah sambil tersenyum.
“Tak
kot. Lagipun aku ada bawa bekal. Kebetulan, semalam kakak aku datang.
Jadi aku masak la lebih sikit, tapi tak habis pulak. Tu yang aku bawa
bekal, dari membazir,” jawapnya sambil mengemaskan fail-fail di
atas mejanya.
“Bagus
la, dapat berjimat. Sekarang kos sara hidup tinggi, aku sokong sikap
kau,” Tuah meletakkan bunga yang dikirim untuk En.Ezrean dari
peminat misterinya.
“Untuk
siapa ni?” Wahidah membelek jambangan bunga yang diberi oleh Tuah.
“Untuk
siapa lagi? Kalau bukan kembar Shah Iskandar kau tu,” Tuah
tersenyum sambil berlalu pergi.
“Nasib
baik la aku ni berhati perut, kalau tak mahu aku buang je bunga ni.
Buat semak mata je memandangnya,” Wahidah mengomel sendiri.
“Hye
Man, ada apa kau ajak aku lunch kat sini?” soal Ezrean sebaik duduk
bertentangan dengan Ruzaiman.
“Hye,
sejak bila pulak aku nak ajak, kau lunch bersama tak boleh Akie? Aku
nak kena buat appointment jugak ke, untuk jumpa kau?” Ruzaiman
menyindir Ezrean sambil memanggil pelayan, untuk mengambil pesanan
mereka.
“Ya
encik, nak order apa?” soal pelayan wanita yang datang untuk
mengambil pesanan.
“Bagi
saya chicken chop dengan mocha ice, kau pulak Akie?” Ruzaiman
bertanya sebaik selesai memesan.
“Bagi
saya lasagne dengan hot choclate, untuk desert bagi saya banana
split,” Ezrean tersenyum setelah memberitahu pelayan itu.
Tidak
semena-mena, bayangan Qiesha menerjah fikirannya. 'Kau macam mana la
sekarang? Sudah lama aku tak berjumpa dengan kau,' desis hatinya.
“Kau
menungkan apa tu Akie? Teringat Qiesha ke?” tepat soalan Ruzaiman
tuju kepada Ezrean.
“Ha?
Macam mana kau boleh baca, fikiran aku?” Ezrean sudah tidak senang
duduk, apabila nama itu meniti di mulut Ruzaiman.
“Akie,
aku kenal kau dah berapa lama?” soal Ruzaiman sambil memandang
kearah pelayan wanita yang mengambil pesanan mereka tadi.
“Err,
kau ada terima apa-apa berita tak tentang Taufik? Lama rasanya tak
jumpa dia. Last sekali aku jumpa, masa dia kahwin dulu. Lepas tu,
terus lost contact,” Ezrean sengaja mengubah topik perbualan, sebab
dia tahu kemana arah perbualan mereka nanti, jika ia diteruskan.
“Kau
ni, kalau bab ubah topik, cepat je. Kenapa tiba-tiba kau sebut nama
Taufik? Bukan ke kau tu asyik sibuk dengan kerja? Akie, aku nak tanya
kau satu soalan ni,” Ruzaiman kembali serius.
No comments:
Post a Comment